Ini juga hasil karya ANJELL. Kan saya dah
kata penulis ni memang hebat. Dah banyak dah novel diadaptasi dalam bentuk
drama. Yang ni pun sudah ada drama adaptasinya. Adalah juga saya tengok sedikit
drama tu tapi pada saya memang ada bezalah daripada drama namun apa-apapun saya
lebih suka membaca novel berbanding dramalah...berbulu mata ha ha...
Dah lama sebenarnya saya baca novel
ni....awal tahun ni kot atau lebih awal daripada itu...namun waktu tu belum
terfikir nak buat review...saya cuba ingat semulalah apa yang saya telah baca
dalam novel ini...
Novel ini berkisar tentang Qisya seorang
gadis manis yang telah diminta oleh ibunya untuk menjadi pengasuh kepada cucu
kawannya sewaktu dia bercuti semester. Dia diminta untuk menjadi pengasuh Hafiy
yang merupakan anak saudara kepada Izz. Ibu bapa Hafiy telah meninggal dunia
menyebabkan Izz menjalankan tanggunjawab membesarkan Hafiy. Pada peringkat awal
Hafiy memang tidak suka pada Qisya namun Qisya ni berjaya jadi sahabat pada
Hafiy. Hal ini menyebabkan Izz mula terpikat dan ingin menjadikan Qisya sebagai
mummy pada Hafiy.
Namun Qisya ni jenis yang suka berprasangka
buruk. Dia tidak mahu percaya dengan kesungguhan Izz kerana kewujudan Maya. Alah....Qisya
ni cemburu sebenarnya tapi dia tak nak mengaku tu yang meleret-leret tu he he. Sampailah
satu kejadian, Qisya mendapati dirinya dalam bilik di sebuah hotel bersama
dengan Izz. Maka atas persetujuan kedua-dua keluarga untuk menutup malu kerana
mereka telah ditangkap khalwat...Izz dan Qisya menikah. Namun Qisya punyalah
keras kepala tahap bengang ha ha....geram sungguh sebab dia langsung tak nak
percayakan suaminya sendiri. Bermula episode kesabaran c Izz ni untuk memujuk
dan menyakinkan Qisya.
Kisah ini berterusan sehinggalah dalang di
sebalik semua kejadian itu adalah Iqram kawan baik Qisya sendiri yang
menjadikan Qisya sebagai habuan kepada Along tempatnya meminjam duit. Dah selesai
yang ini muncul pula lagi masalah Maya. Perempuan seorang ni tak habis-habis
nak menganggu hubungan mereka sehingga menyebabkan Izz koma kerana kemalanngan
yang sepatutnya dirancang untuk membunuh Qisya. Selepas kejadian ini , hubungan
Qisya dan Izzpun menjadi baik. HAPPY ENDING....
Korang baca sendiri ya sebab ada lagi kisah
tentang sahabat Qisya sengal ni yang bernama Syukriah...adik ipar Qisya c
Hakimipun sengal juga ha ha..tu tak masuk kisah senget abang Qisya yang namanya
Qairul...memang best...jadi nak tahu tentang mereka...bacalah ya novel
ni....berbaloi untuk korang...
Walaupun dah lama baca tapi setiap buku yang saya
baca tu memang saya letak unsur pengajaran :-
1. MEMELIHARA ANAK YATIM MERUPAKAN SATU AMANAH BESAR DARI
ALLAH.
Anak yatim merupakan
takdir yang Allah berikan kepada mana-mana hambaNya. Hafiy yang menjadi yatim
piatu selepas kematian ibu bapanya dibesarkan oleh Izz dengan penuh kasih
sayang. Izz malahan meletakkan Hafiy sebagai keutamaan dalam memilih pasangan
hidupnya. Berkat kesungguhan Izz membesarkan Hafiy c anak yatim dia juga
mendapat sinar kebahagiaan dalam hidupnya.
2. REDHA DAN AKU DENGAN KETENTUAN ALLAH LEBIH BAIK DARIPADA
ANDA MENAFIKAN DAN MELARIKAN DIRI DARIPADANYA.
Kita hanya insan
lemah yang merupakan ciptaan Allah. Siapalah kita untuk menidakkan sesuatu yang
telah ditakdirkan untuk kita. Maka hadapilah dengan penuh kekuatan walaupun
acapkali kita tersungkur. Daripada kita terus melarikan diri ia bukanlah
penyelesaian terbaik malah merumitkan keadaan. Qisya terus melarikan diri tanpa
ingin tahu kebenaran dengan membuka pintu hatinya untuk suami sendiri. Keras kepala
sungguh akhirnya dia sendiri yang terduduk apabila hampir kehilangan Izz.
#Novel
ini mengajar saya untuk menilai kegunaan tahap EGO kita. Nak ego sangatpun tak
akan ke mana. Lebih baik akur jika kita juga punya rasa yang sama kecualilah
langsung tak ada perasaan ha ha...
No comments:
Post a Comment