Wow...dah lama sangat tidak update review
novel. Banyak novel yang dah dibaca namun masih tak sempat-sempat nak buat
reviewnya. Tambahan pula dah hampir dua bulan tidak membaca novel. Niat di hati
nak berikan tumpuan penuh sepanjang bulan Ramadan yang baru berlalu. Bulan syawal
ni pula terlebih makan maka kuranglah juga tenaga nak membaca....lebih pada
membuta saja ha ha
Ok.....novel ni merupakan karya NINA KAMAL. Novel
ni dah kali ketiga saya beli tau. Dua kali saya beli....orang pinjam lepas tu
dah dijadikan hak milik kekal. Depan-depan kita pula tu boleh cakap...dah habis
bacakan jadi buku bagilah dengan saya...aduhai...kawan-kawan kalau nak pinjam
tu pinjamlah tapi jangan jadikan hak milik orang sebab buku-buku tu...dibeli
dengan duit hasil titik peluh orang bukan main ambil macam tu kat kedai.
Oh ya....melalut lagi he he. Tapi novel ni memang best. Ini antara novel terawal
yang saya baca dan berjaya menarik minat saya sehinggakan dah tak terkira
berapa kali ulang-ulang baca. Dan saya juga sanggup beli lagi dan selepas ni
tak akan bagi pinjam dah dengan orang yang tak tahu nak kembalikan semula. Novel
ni rileks saja jalan cerita. Tak adalah konflik yang berat. Saya suka novel ni
sebab dia tiada watak orang ketiga yang menyebalkan. Lebih kepada konflik
antara watak utama dan juga dalaman mereka saja. Untuk anda yang suka genre romantik
komedi bolehlah membaca novel ni....memang sweetpun ada he he...
K....saya share sinopsisnya ya...novel ni
tentang seorang gadis bernama Najihah (Jia) yang ketika berada di Ting. 5 telah
terlibat dengan satu peristiwa yang menyebabkan trauma dalam hidupnya. Dia telah
diaibkan dengan teruk sekali oleh lelaki yang berdendam dengannya tanpa dia
mengenali identiti lelaki itu. Kesan daripada peristiwa itu, dia telah
disisihkan daripada keluarga sendiri malah dihina teruk oleh masyarakat dan
rakan-rakan. Jia yang baru berusia 17 tahun mula mencari kehidupan sendiri. Dia
berhijrah ke Kuala Lumpur dan membina kehidupan sendiri bekerja di kedai buku
di samping melanjutkan pelajarannya.
Gadis yang cekal ini berhadapan dengan trauma
yang menyebabkan hidupnya bertukar menjadi anak buangan dalam keluarganya. Ketika
Jia sedang menjalani pratikal di sebuah syarikat guaman...dia terkejut apabila
mendapati majikannya adalah lelaki yang satu ketika dahulu pernah menghancurkan
hidupnya. Terkejut sungguh Jia berjumpa dengan Adam Imran sehinggakan dia
pengsan ketika kali pertama melihat lelaki itu. Imran pula memang telah
merancang untuk memastikan Jia bekerja di bawahnya sepanjang dia berada di
syarikat kawannya itu.
Maka bermulalah kisah sweet Jia-Imran ni. Mereka
yang saling membenci. Jia yang kebingungan dan dari dulu memang ingin tahu apa
punca Imran memperlakukannya sebegitu kejam berusaha untuk mendapatkan
penjelasan namun Imran tetap berdolak-dalih. Akhirnya punca itu mula terserlah
apabila Jia yang dipaksa rela oleh Imran mengikutinya balik ke rumah
keluarganya di Johor. Jia sudah mula
merasakan Imran telah tersalah orang namun dia tidak mampu untuk membuktikan
satu kebenaran kepada Imran.
Konflik mereka ini bertambah apabila bekas
kekasih Jia iaitu Bazlan cuba untuk memujuk Jia kembali kepadanya. Namun Imran
lebih pantas bertindak apabila dia meminang Jia menjadi isterinya. Tambahan pula,
Imran lebih disukai oleh keluarga Jia. Umpama satu bebanan berat buat Jia
apabila dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang amat dibencinya. Dia terpaksa
akur apabila keluarganya meletakkan syarat yang dia akan dimaafkan jika dia
menerima Imran sebagai suami.
Apabila mereka sudah bernikah....korang boleh
gambarkanlah apa yang berlakukan he he....adegan usaha Imran nak memujuk
isterinya dan apabila Jia sudah mula membuka ruang hati untuk suaminya sekali
lagi Jia difitnah oleh orang yang sama menyebabkan Imran telah bertindak kasar
terhadap isterinya. Imran tidak menyangka apabila dia orang pertama yang ‘menyentuh’
isterinya kerana dia dimaklumkan bahawa Jia bukanlah seorang gadis yang baik
dan antara sebab itulah dia melakukan perkara kejam terhadap Jia suatu ketika
dulu. Jia pula terkejut apabila mendapati dia masih lagi suci ketika suaminya
menyentuh dengan cara yang kasar kerana dia menyangka ketika Imran melakukan onar
padanya suatu ketika dahulu Imran telah merenggut mahkota kesuciannya.
Jia yang merasa sakit hati diperlakukan
sebegitu rupa telah melarikan diri ke Langkawi. Di sana terungkailah misteri
punca sebenar Imran membenci Jia. Namun Imran tersalah orang. Bermulalah pula
adegan pujuk-memujuk sehinggalah Imran datang ke Langkawi untuk membawa semula
isterinya. Part Joanna basuh habis Imran...saya suka sangat...sebiji sebiji
Imran dikenakannya...namun Imran akhirnya berjaya memujuk...HAPPY ENDING....
Banyak lagi tau...kenapa Imran tersalah
orang...siapa yang memfitnah Jia....tak tahu nak cerita macamana he he....nnti
jadi macam novel pula he he...tapi memang best cerita ni...sangat best ha
ha...k dapatannya :-
1.
DENDAM
PEMUSNAH KEHIDUPAN
-
Sebelum
membiarkan dendam menguasai hidup anda, pastikan anda menyiasat perkara
tersebut dengan teliti. Jangan kerana dendam yang tak bertempat maka anda
memusnahkan hidup orang lain....ehh adakah dendam yang baik....ha ha..
2.
SABAR
HUJUNGNYA BAHAGIA
-
Ini
bergantung kepada tanggapan dan kekuatan kita sebenarnya. Bukan mudah untuk
bersabar namun apabila kita mula menghadapi hidup ini dengan kesabaran....pasti
ada sinar bahagia yang menanti di penghujungnya.
#Minta maaf ya....novel ni memang best...pada
saya sweet....emosi pun pelbagai....tapi saya tak tau nak cerita
macamana..walaupun konflik tidak berat tetapi perkaitan2 yang membawa konflik
tu terlalu panjang untuk diceritakan he he...jadi korang bacalah ya he he
No comments:
Post a Comment