Friday, 30 December 2022

KONTRAK CINTA KEKAL


Image result for kontrak cinta kekal

Rasanya ni kali pertama saya membaca karya QHAYRA QHAYRIESA. Ramai yang bagi review novel ni best maka saya memilih untuk membacanya. Sebenarnya buku ni sudah lama dalam simpanan saya. Antara buku yang saya beria-ria nak beli tahun lepas tapi belum juga berkesempatan untuk membacanya. Saya dah lama baca novel ni. Dua minggu yang lepas kot. Jadi semata-mata nak buat review ni, saya kenalah buka balik novel ni supaya tidak salah cerita he he.

Masih kisah santai Kisah tentang seorang gadis bernama Zuhayra yang berada dalam kesulitan dan memerlukan wang. Oleh sebab itulah dia bersetuju untuk menerima tawaran Che Ton membantu Datin Dahlia. Tawaran itu meminta Zuhayra menjadi isteri kepada anak lelaki Datin Dahlia yang tidak boleh berjalan dan mengurus diri buat sementara waktu disebabkan kecederaan dalam kemalangan yang dialaminya. Hal ini menyebabkan Datin Dahlia memerlukan seorang penjaga yang mengurus anaknya melalui sentuhan halal. Tambahan pula, Datin Dahlia telah lama meminta anaknya Ashraf Daem untuk berkahwin. Tambahan pula, Catalina kekasih hati Ashraf yang sebelum ini diusung ke sana ke mari walaupun tidak berapa disenangi oleh Datin Dahlia dan Tok Mi Ashraf telah menolak untuk menjadi isteri Ashraf kerana tidak mahu menjaga lelaki yang sedang sakit itu.

Pernikahan ini memang menjadi tamparan hebat buat Ashraf. Dia sememangnya belum bersedia untuk berkahwin. Masih banyak tugasan yang membebani fikirannya termasuklah punca dia berada dalam keadaan begitu. Oleh itu, bukan mudah untuk dia menerima kehadiran Zuhayra sebagai isterinya namun dia tidak punya pilihan.

AWAL PERTEMUAN

"Huh. Perempuan kampung mana yang mama kutip ni?Cari orang lain sajalah mama."

Selamba saja lelaki yang dipanggil Ash itu bersuara. Sikap tayang riak menyampah lagi.

Huh, macamlah aku teringin sangat nak jadi isteri aku. Kalau tak kerana duit, taubat aku nak jaga kau. Hati Zuhayra berceloteh sendiri walau raut muka ditayang tenang saja. 

Depan bakal mentua, kelakuan haruslah dijaga kalau tak mahu dianggap perempuan tak beradab sopan.

"Kampung atau tidak, itu tak penting. Asalkan dia boleh jaga kamu dengan baik, itu sudah cukup bagi mama." Datin Dahlia mula bertegas suara.

"Eleh sebab mama beri upah, dia naklah jaga anak mama ni. Kalau tak, mimpilah." 

Selepas pernikahan mereka, tentulah Zuhayra berhadapan dengan amukan suaminya setiap hari. Ada saja yang dimarahkan oleh Ash sehinggakan Zuhayra terpaksa tidur di sofa kerana Ash tidak mahu berkongsi katil. Nasiblah ibu mertuanya peka dengan keadaannya dan meminta dia mengambil tilam. Kepolosan dan kesungguhan Zuhayra menjaganya sedikit sebanyak melunturkan kemarahan dan kebencian dalam diri Ash. Malah Ash sudah mula berkira-kira untuk tidak melepaskan Zuhyara selepas tamat tempoh kontrak. 

"Saya bukan sengaja nak menjawab, tapi nak fahamkan encik yang tak reti bahasa. Lagipun, takkanlah saya nak duduk hadap encik 24 jam kot. ENcik sendiri pun tentu tak selesa nanti."

"Ya? Mana kau tahu aku selesa ke tak? Ke, kau yang tak selesa?"

Ash sudah tersenyum nakal. Rasa mahu mengusik timbul dalam hatinya.

"Tapikan, kau selesa ke tak, kau tetap kena selesakan sebab muka aku aje yang kau akan hadap seumur hidup tau."

Berkerut dahi Zuhayra. Raut nakal Ash dipandang sekilas.

"Seumur hidup? Tapi, kontrak kita hanya enam bulan. Itu pun hanya berbaki empat bulan lagi."

"Itupun kalau aku ceraikan kau."

Makin berlapis kerutan muka Zuhayra.

"Kenapa pula encik tak nak ceraikan saya?Encik sanggup ke nak hadap muka saya sampai tua?"

"Kalau aku sanggup, kau pula macam mana? Sanggup jugak?"balas Ash tiba-tiba saja meluah kata-kata itu.

Apabila Ash telah kembali pulih dan boleh berjalan semula, bermulalah pula kisah dia nak memastikan Zuhayra kekal menjadi isterinya. Dalam masa yang sama, Ash menyusun rancangan untuk menghentikan perbuatan malah membalas dendam terhadap musuh tradisinya Muaz. Oh ya, Ash ni sebenarnya merupakan ketua gangster yang baik lah. Mereka menubuhkan kumpulan tersebut untuk melindungi empayar perniagaan hartanah tetapi sejak kemunculan Muaz sekeluarga banyak perkara huru-hara berlaku menyebabkan penglibatan Ash dalam mafia lebih jauh dan sangat tidak disenangi oleh mama dan Tok Mi. 

Yang lucunya pertama kali Ash mengaku dia adalah ketua mafia, pengsan terus isterinya tu he he. Pelbagai ancaman yang mereka terima termasuklah cubaan untuk menangkap Zuhayra dan rancangan merogolnya oleh beberapa lelaki upahan oleh Catalina berjaya dipatahkan oleh Ash. Hubungan mereka suami isteripun semakin baik. Kehilangan mak angkat Zuhayra walaupun meninggalkan kesan kepada Zuhayra namun kehadiran suami dan keluarga mertuanya sedikit sebanyak membantu dia dengan kuat. Kontrak juga diperbaharui kepada kontrak cinta kekal he he. Merekapun menjalani kehidupan dengan tenang sehinggalah Muaz muncul menyerang mereka. Zuhayra dan Datin Dahlia telah diculik dan Ash datang ke tmpt yang ditetapkan oleh Muaz. Berlaku pergelutan dan Ash yang tercedera di bawah ke hospital.

Kematian Muaz membolehkan Ash berubah daripada kehidupan mafianya. Selama inipun dia melakukan kerja itu untuk mengawal kegiatan Muaz. Dia telah memindahkan syarikatnya ke tanah kelahiran isterinya. Dia juga turut membina rumah di sana. Selepas serangan Muaz yang mengakibatkan kematian Tok Mi, Ash telah membawa mama dan isterinya berpindah memulakan kehidupan baru....HAPPY ENDING....k dapatan novel :-
  1. KEIKHLASAAN PENTING DALAM SETIAP PERBUATAN
  2. PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA

#Banyak lagi kisah ya dalam novel....apa punca pertelingkahan Ash dan Muaz...siapa sebenarnya Muaz ni dalam sejarah kehidupan keluarga Ash...kenapa mereka saling berdendam.

#Apa yang berlaku kepada Catalina setelah dia cuba untuk merosakkan Zuhayra. Pastinya Ash tidak akan membiarkan isterinya begitu sahaja...habis jahanam hidup Catalina dia kerjakan...apa yang Ash buat he he...korang baca eeh...

8/60 CABARAN 60 BUKU SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 18 JANUARI 2019




No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...