Friday, 30 December 2022

NOVEL DIA INEZ SOFEA


Image result for NOVEL DIA INEZ SOFEA


Novel ini merupakan karya PUTERI AQISH. Ini karya pertama beliau yang saya baca dan buku ini merupakan terbitan Cute Publication. Saya mula perasaan setelah membaca tiga buku keluaran Cute Publication ni......memang bukunya tidaklah terlalu tebal boleh dikategorikan nipis sahaja tetapi sarat dengan konflik.

Kisah ini tentang gadis bernama Inez Sofea. Kisah silamnya pernah dimalukan oleh seorang rakan sekolahnya ketika berada di sekolah menengah meninggalkan kesan yang begitu dalam terhadapnya. Perbuatan Zyne Zahrin yang telah melakukan onar ke atas Inez walaupun tidak sampai memperkosanya menyebabkan trauma yang dalam diri Inez dan keluarganya. Bertahun-tahun mereka hidup dalam pandangan serong masyarakat.

Takdir menemukan mereka apabila Inez berkerja sebagai Eksekutif Akaun di tempat Zyne Zahrin menjadi CEO selepas dilantik oleh bapa saudaranya menerajui Danau Holdings. Bertahun juga Zyne mencari Inez untuk memohon kemaafan namun tidak punya kekuatan. Dia juga menjalin hubungan istimewa dengan Keisa walaupun dalam masa yang sama dia menyimpan perasaan dalam dan rasa bersalah terhadap Inez. Kesempatan bertemu Inez digunakan oleh Zyne untuk memohon kemaafan namun tidak semudah seperti yang disangka kerana Inez menjadi seorang perempuan yang keras hatinya.

Tanpa disangka keluarga Inez menerima lamaran Zyne untuk tujuan menjernihkan keadaan. Namun tidak semudah seperti yang disangka kerana Inez tidak dapat menerima Zyne dalam hidupnya. Dia mula menjadikan Nizam sahabat baik abangnya yang memang menaruh hati kepadanya sebagai alasan untuk dia melepaskan diri daripada Zyne. Di saat dia mula menyedari kesilapannya yang telah menjatuhkan maruah suaminya, Zyne mula melancarkan perang dingin kepadanya. Apatah lagi Nizam semakin menggila. Dia memaksa Keisha untuk mempertahankan Zyne supaya dia dapat Inez.

Tindakan Nizam semakin teruk apabila dia menyeksa adiknya Keisha. Ketika pergelutan, Inez dan Keisha cedera teruk. Berhadapan dengan kedinginan Zyne amat melukakan Inez. Dia pula meraih kemaafan suaminya. Hubungan mereka semakin teruk dengan campur tangan Azian adik kepada Zyne yang tidak boleh menerima kehadiran Inez. Kemuncak apabila Fahmi suami Azian hampir merogol Inez menyebabkan trauma Inez semakin dalam. Namun hikmahnya, hubungannya dengan Zyne semakin baik....HAPPY ENDING.....k dapatan :-

1.    GUNAKAN AKAL SEPENUHNYA
-       Akal mana akal.......gunalah akal di tempat yang sepenuhnya. Jangan biarkan rasa hati menguasai kita tapi biarkan akal merajai kita supaya setiap tindakan yang dilakukan tidak membawa natijah yang buruk.

2.    EGO TIDAK PERLU DIJADIKAN RAJA DALAM KEHIDUPAN
-       Ego yang kita junjung hanya makan diri apabila  kita mula menyedari bahawa ia hanyalah racun dalam kehidupan. Tidak salah untuk leburkan sedikit ego demi sebuah kebahagian.

# Apa yang menyebabkan Azian begitu membenci Inez.....ada jawapannya dalam novel ini.

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...