Friday, 30 December 2022

TUAN CEO KGdot.com


Image result for TUAN BOOKINGDOTCOM

Buku ni merupakan karya GEE AZEEZ. Saya yakin ni buku pertama beliau yang saya baca he he sebab nama ni sangat tidak familiar dgn sy. Cerita santai yang best pada saya...cukup menghiburkan dengan jalinan cerita yang cukup rencahnya. Bermula daripada awal cerita yang pada saya mempunyai unsur humor dan rasa sendu pada klimaks yang akhirnya membawa kepada peleraian yang membahagiakan he he.Baru saya perasaan, jiwa saya lebih selesa dengan penulisan yang banyak menggunakan teknik dialog daripada pemerian. Saya rasa lebih seronok apabila watak-watak berkomunikasi berbanding dengan penceritaan panjang lebar penulis tentang perjalanan kehidupan watak. Itulah kelebihan pada novel ini yang membuatkan saya terpaku meneruskan pembacaan he he.dialog yang selamba..jelas..ringkas namun mampu menggambarkan suasana. Disebabkan dialog-dialog ni lah yang membuat saya ketawa dengan unsur humor selamba yang dimainkan oleh penulis.

Kisah ini walaupun masih berkisar klise drama Melayu iaitu melibatkan CEO namun ada sedikit perbezaan. Dalam novel ini bukanlah CEO yang duduk di KL di kawasan bandar raya besar tetapi jauh di sebuah kampung yang terletak di Kuantan. Kisah bermula apabila Iman Fairus atas cadangan rakannya Amira memohon untuk menjalani latihan praktikal di sebuah ladang milik lelaki dingin beku bernama Wahyudeen. Ketika keraninya Siti menunjukkan senarai nama yang memohon pratktikal di ladang itu, Wahyudeen cepat-cepat memilih nama Iman Fairus. Dalam hati saya sudah terdetik cepatnya plot bergerak he he. Iman diterima sebagai pelajar praktikal pertama di tempat itu. Ketika dia melapor diri dengan Wahyudeen berlaku babak yang mengeletek hati saya ha ha iaitu :-

"Kau perempuan kan," Suara Wahyudeen kasar . Kertas di tangan di tunjuk depan Iman Fairus.

Memanglah aku perempuam. Dia nampak aku macam lelaki ke? gumam hati Iman Fairus.

"Kenapa perempuan?!,"Wahyudeen menjerit dengan tiba-tiba. Bergegar kandang tersebut dengan jeritan suara Wahyudeen.

Aku jadi perempuan pun salah ke ? Fairus tidak puas hati dengan soalan Wahyudeen itu.

"Saya memang perempuan sejak azali lagi," balas Iman Fairus selamba.

"Siti, kenapa perempuan. Sepatutnya nama yang kubagi hari itu lelaki.

Terpinga-pinga terus Siti dan Iman Fairus ha ha rupa-rupanya Wahyudeen tersilap. Dia nak pelatih lelaki dan dia ingatkan Iman Fairus tu lelaki. Awal-awalpun saya sama seperti Wahyudeen ingatkan lelaki he he. Maka bermulalah sesi penderaan terhadap Iman  oleh Wahyudeen sebagai pelempias kepada kemarahannya. Deen ni memang jenis lelaki yang dingin beku terhadap perempuan. Pendek kata prejudis setelah pernah dikecewakan gara-gara cintanya ditolak dengan penuh penghinaan oleh teman rapatnya sendiri. Pelbagai jenis penderaan yang dilakukan termasuklah fizikal seperti membersihkan najis lembu, memandikan lembu, mengira lembu, menolak lembu dan macam-macam lagi. Penderaan mental dan emosi jangan ceritalah dengan maki hamun Wahyudeen yang tak pernah lekang dari mulut dia.

Hinggalah satu peristiwa hitam yang memerangkap mereka menjadi suami isteri atas khianat orang lain. Akibatnya Iman dibuang oleh ayahnya dan dia dipandang hina oleh penduduk kampung. Tatkala cinta mereka mekar bersemi, sekali lagi Iman diperangkap dengan kawan baiknya yang kebetulan datang mengunjunginya iaitu Muiz. Wahyudeen habis-habisan mendera emosi isterinya dengan sanggup berkahwin dengan Saqeena anak ketua kampung yang memang menggilainya. Kekecewaan di hati Iman usah dicerita. Oleh sebab itulah selepas Wahyudeen mengetahui hal yang sebenarpun bukan mudah untuk dia kembali kepada suaminya. Jenuh juga Wahyudeen memujuk isterinya kembali.

Ketika Iman mengandung punyalah suami dia jaga dia bagai menatang minyak yang penuh. Mengidampun bukan alang-alang dan dengan sabar dilayan karenahnya oleh Wahyudeen sehinggalah dia terjatuh dan keguguran. Hal ini menyebabkan Iman menjadi tertekan dan saya anggap meroyan. Dia tidak boleh mnerima kenyataan kematian anaknya dan juga berita dia tidak boleh mengandung lagi walaupun Wahyudeen berusaha untuk menyembunyikan hal ini daripada isterinya. Apabila Iman mula bertenang, dia merasakan ketidaksempurnaannya itu sebagai bebanan suaminya. Oleh itu, dia berkali-kali memaksa suaminya untuk berkahwin lain agar mempunyai zuriat. Berkali-kali jugalah Wahydueen menolak sehinggalah suatu tahap akhirnya dia sendiri mencari madu untuk isterinya. 

Sesudah Wahyudeen mendapat calonnya, Iman pula yang berasa cemburu namun terus menyembunyikan rasa di hati sehinggalah pada hari pernikahan suaminya dia telah melarikan diri. Jenuh dia melarikan diri tanpa mengetahui yang pernikahan itu hanyalah olok-olok untuk menyedarkan Iman betapa Wahyudeen begitu bersungguh-sungguh menyayangi Iman dan tidak akan sanggup untuk menduakannya. Walawei...bajet lelaki terakhir c Wahyudeen ni tau ha ha....susah nak cari lelaki setia macam ni...dahlah kacak...kaya dengan ternakan dan ladang...fuyooo....akhirnya dengan izin Allah, Iman mengandung juga. Tiada yang mustahil bagi Allah. Cuma yang kelakar dan agak tidak logik sikit apabila pasangan ini langsung tidak tahu anak mereka kembar...bukan dua tapi tiga pula tu he he sampai pengsan Wahyudeen he he...klinik mana yang diorg pigi ni sampai tidak boleh kesan kandungan kembar tersebut tapi tidaklah mencacatkan novel ni..tu je ha ha...apa-apapun HAPPY ENDING...k dapatan novel ini :-
  1. JAGA PERASAAN ORANG LAIN. JIKA KITA TIDAK SUKA DIPERLAKUKAN SEPERTI ITU JANGAN SESEKALI MELAKUKANNYA TERHADAP ORANG LAIN.
  2. BERFIKIRAN RASIONAL MERUPAKAN KUNCI KEPADA KEPERCAYAAN KITA
# Banyak lagi kisah dalam ni tau...tak masuk lagi sapa yang sabotaj ladang dan ternakan Wahyudeen, sapa pembunuh Saqeena dan kenapa dibunuh, Wahyudeen +Iman pula berhadapan dengan maut, Iman yang desprate balik2 nak bunuh diri.

#Bagaimana Iman boleh kembali kepada keluarganya....tragis juga ni...sampai Iman koma tau barulah ayah dia nak maafkan dia....persoalan-persoalan ni...saya tinggalkan untuk anda baca he he.

4/60 CABARAN 60 NOVEL SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL (12 JANUARI 2019)



No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...