Novel ni hasil karya CIK LOLA GHINA....ini
novel pertama tulisan beliau yang saya baca. Lama juga menunggu ketibaan novel
ni sebab hanya ada di online kalau nak baca awal he he.....awal-awalpun adalah
dalam sebulan lebih juga tunggu...novel ni agak menarik sebab ada gabungan unsur
seram dan komedi....saya mulakan pembacaan pada waktu malam pula tu...berdiri
jugalah bulu roma he he....sampai saya tidak jadi teruskan pembacaan....saya
sambung membaca semula selepas solat subuh....dasar penakut...
Novel ni santai sahaja....sesuai untuk
hiburan jiwa ataupun pengisi masa
lapang...kisah tentang seorang gadis yang menjadi ‘hantu’ akibat perbuatan
kejam ibu tiri dan adiknya menyebabkan penderitaan kepadanya...Anggun Jemilah
supermodel yang mengalami nasib dikecewakan oleh orang-orang yang
disayanginya...untuk kembali menjadi normal Milah terpaksa meminta bantuan
teruna-teruna yang gagah perkasa untuk membantunya namun tiada seorangpun yang
sanggup malah mereka semua sangat takutkan dirinya.
Hanya seorang yang boleh diharapkannya iaitu
Hud Haikal. Bermulalah kisah Milah memujuk Hud untuk membantunya. Babak-babak
ni agak lucu ha ha...banyak cara Milah di awal-awal perkenalannya dengan 3
sekawan itu sangat menggelikan hati...Milah sengaja menakut-nakutkan mereka.
Hud akhirnya setuju dan gigih berusaha membantu Milah tambahan pula...jauh di
sudut hatinya dia mula jatuh cinta dengan ‘hantu cantik’ itu. Hud akhirnya
berjaya membantu Milah dengan bantuan kawan baiknya Mat Yeh dan Rosyam namun
masalah pula berlaku apabila Milah hilang ingatan terhadap kisah hidupnya
sewaktu dia ghaib. Hal ini menyukarkan Hud yang telahpun jatuh cinta mati
dengan Milah. Milah pula keliru dengan perasaannya, akhirnya bersetuju untuk
berkahwin dengan Faris...hu hu part ni ada sedikit menggeramkan....geram dengan
Milah...geram dengan Faris....kesian kat Hud hehe....apa-apapun...HAPPY
ENDING....bagaimana diorg akhirnya bersama...korang baca ya....nanti tak suspen
pula ha ha....K dapatan :-
1. JANGAN TAMAK HARTA DUNIA
Harta tidak dibawa
mati. Gunakanlah harta dijalan yang betul. Ketamakan boleh membutakan hati
kita. Datin Khalida dan Anggun Kamalia sanggup bertindak kejam terhadap Anggun
Jemilah hanya kerana tamakkan harta Datuk Yusof. Mereka marah apabila mengetahui
Milah mewarisi 70% harta ayahnya. Tanpa pengetahuan Milah, Datin Khalida
hanyalah ibu tirinya sahaja yang berlakon selama ini untuk mengaburi mata
suaminya.
2. BERFIKIR WARAS VS PERASAAN
Dalam membuat sesuatu
keputusan adakalanya kita perlulah menggunakan kedua-duanya sekali untuk menilai
persekitaran sebelum mengambil ketetapan keputusan. Jangan terlalu ikut kata
hati tanpa disertai logik akal...takut nanti memakan diri.
#Saya
terhibur dengan novel ini sebab unsur komedi seram yang ada dalamnya he
he.....tapi kalau korang yang tak suka genre begini...tak payah baca...nanti
korang banyak membebel pula ha ha
No comments:
Post a Comment