Ini novel ketiga yang saya habiskan pembacaan
dalam satu hari ha ha lepas gian betul selepas hampir dua bulan tidak membaca. Novel
ini hasil karya SHAZIE KAMARUZAMAN. Rasanya pertama kali membaca karya beliau. Novel
ni nipis sahaja. Hanya 220 mukasurat. Boleh dihabiskan pembacaan dalam tempoh
satu jam jika tiada gangguan. Nipis-nipispun novelnya tapi harganya lebih
kurang sama dengan novel-novel yang lain he he. Namun berbaloilah bagi mereka
yang sukakan penceritaan dan jalan cerita yang santai dan menghiburkan.
Saya pada kelazimannya tidak berapa gemar
dengan cerita-cerita yang berkisar pada kehidupan remaja atau kehidupan kampus
yang melibatkan jiwa remaja ni he he...mungkin disebabkan faktor usia maka saya
lebih suka membaca novel yang berkisar tentang dunia kerjaya...konflik keluarga
atau masyarakat walaupun masih dalam keadaan yang menghiburkan. Ntah macamana
saya order juga novel ni sebab macam seronok saja teasernya walaupun melibatkan
dunia kampus.
Ternyata novel ini tidak mengecewakan saya. Saya
suka dengan jalan cerita yang santai. Tak
adalah konflik yang sampai memeningkan kepala atau memualkan saya. Jalan cerita
yang ringkas dan berfokus kepada watak-watak tertentu sahaja menjadikan ia
mudah difahami dan dihayati.
Kisah ini tentang Kayla siswi yang mencari
tutor untuk subjek Statistik yang dia hampir gagal. Kayla ni jenis manusia yang
jika dia nak belajar dia memerlukan orang lain untuk menerangkan dan
menjelaskan kepadanya. Dia telah meminta bantuan Adam Noah pelajar yang paling
pintar dalam Statistik. Noah yang sedang berusaha untuk lari daripada gadis
psiko Fura telah menetapkan syarat agar Kayla menjadi girlfriend sementaranya
dan dia akan menjadi tutornya. Konflik banyak berkisar tentang sikap Noah yang
tersangatlah garang dengan Kayla namun di sebalik kegarangan itu tersimpan
sejuta rasa untuk sentiasa melindungi Kayla walaupun Noah berusaha untuk
menafikannya. Kayla pula menjadi sasaran gangguan Fura yang telah bersubahat
dengan Dennish rakan serumah Noah menyebabkan hidup Kayla menjadi tidak tenang.
Hubungan mereka terputus selepas Noah kembali
ke London. Dia meninggalkan Kayla begitu sahaja dan langsung tidak mahu
menghubunginya. Hal ini berterusan sehinggalah Noah akhirnya mengambil
keputusan untuk kembali dan berkahwin dengan Kayla pada usia yang masih
muda....HAPPY ENDING...k dapatan novel :-
1.
MARUAH
VS PERASAAN
- Kadang-kadang
timbul juga rasa geram dengan kaum sendiri. Terlintas di hati pertanyaan yang
agak kasar....OTAK MANA OTAK...dah orang tak nak tu...tak payahlah paksa-paksa.
Ini menjatuhkan maruah diri. Maruah kaum perempuan. Suka sekalipun kalau dah
lelaki tu pandangpun tak hingin...nak paksa lagi hadap muka kita...dengan
andaian dia akan suka dengan kita....tipikal wanita lemah.....come on..move on
lah.....cari orang yang mahu dengan kita jangan terhegeh-hegeh dengan orang
yang terang-terangan meluat dengan kita. Fikir-fikirkanlah.
2.
SAYANG
VS KAWAN
-
Punca
konflik dalam perhubungan ialah kesukaran untuk mengenalpasti perasaan
masing-masing. Adakalanya kita keliru antara sayang atau kawan. Jadi kenali
hati anda agar tidak menyesal di kemudian hari.
# Novel
santai membuatkan jiwa anda juga jadi santai dan rileks he he. Tak ada dah
fikir-fikir konflik yang mengusutkan minda. Baik juga sekali sekala untuk
menghilangkan tekanan dan mengisi masa lapang.
No comments:
Post a Comment