Novel ini pula karya AIFA BATRISYA...ini
bukan satu-satunya karya milik beliau yang telah saya baca tetapi ini yang
pertama. Cinta pertama itu sangat penting ha ha....daripada pembacaan karya
penulis maka secara tidak langsung kita akan dapat mengagak cara penulisan
beliau dari situlah maka kita akan mulalah mencari karyanya...sebab itu
betullah orang kata tak kenal maka tak cinta...ooppps melalut pula dah....
Ooh ya...ini antara novel terawal yang saya
beli dan baca...macam ni novel yang ketiga rasanya...sebelum ni tak adapun
penyakit membaca ni tapi sejak penghujung tahun lepas...tiba-tiba pula penyakit
ni timbul maka jadilah c ulat buku novel....
Novel ni berkisar tentang Sofea yang telah
bercinta lama dengan Naim. Namun saat mereka ingin membawa hubungan yang lebih
terikat melalui perkahwinan...Sofea dikejutkan dengan kemunculan hubungan Naim
dengan bosnya iaitu Puan Zahlia yang garang dan benci giler dengan dia. Saat Naim
melamarnya Sofea jadi tidak tentu arah apabila diprovok pula oleh ibu Naim. Naim
yang tidak mampu melawan kehendak ibunya telah bertunang dan berkahwin dengan
wanita pilihan ibunya. Sofea yang merana akibat perbuatan tersebut akhirnya
bertemu dengan seorang lelaki yang sanggup untuk memelihara maruahnya di hadapan
keluarganya sendiri. Hal ini berlaku kerana pada saat dia dikhabarkan untuk
mempertemukan keluarganya dengan Naim...pada masa itu jugalah Naim bertunang
dengan orang lain.
Umar ni lebih kurang misterilah awal-awal
dengan Sofea. Dia tidak tahu sama ada Umar ni pelayan atau pemilik cafe. Namun setelah
berkahwin dengannya barulah Sofea tahu...suaminya itu merupakan seorang pilot. Ketika
mereka baru bertatih untuk membina hubungan...Sofea dikejutkan dengan
kemunculan Naim dalam keluarga Umar. Naim rupanya telah berkahwin dengan adik
angkat Umar iaitu Umayra yang juga menyimpan perasaan terhadap Umar tetapi
tidak dilayan oleh Umar...aduh memang konflik perasaan betul...
Dah jadi macam tu...memang keluarlah perangai
c Naim ni. Tak henti-henti nak mengacau Sofea sehingga menimbulkan ketegangan. Naim
ni macam gila talak tau. Dia tidak dapat menerima kehilangan Sofea apatah lagi
Sofea telah berkahwin dengan lelaki lain. Gangguan Naim ni sampai tahap gila
apabila dia cuba untuk merogol Sofea namun sempat diselamatkan oleh Umar. Akhirnya
terbongkar rahsia sebab Puan Zahlia benci sangat dengan Sofea rupanya ada kisah
lama antaranya dengan ibu Sofea dan bapa Naim. Dan lebih terkejut lagi bapa
Naim tu dah jadi gila kerana ugutan Puan Zahlia dan Naim juga mengikut kegilaan
bapanya.
Banyak lagi konflik dalam ni...korang baca
ya...tentang abang angkat Sofea yang juga ada menyimpan perasaan
terhadapnya...kisah bagaimana Umar dan Sofea cuba membina rasa cinta mereka
dalam melayari bahtera rumah tangga mereka...k dapatan novel ni :-
1. PERCINTAAN YANG MEMAKAN MASA YANG LAMA...BERTAHUN-TAHUN
SEKALIPUN BUKAN JAMINAN KEPADA SUATU KEBAHAGIAAN MAHUPUN IKATAN PERKAHWINAN.
Sebab tu ada orang
kata....apabila kita mula menyayangi seseorang maka kita sebenarnya bersedia
untuk menghadapi sebuah perpisahan. Naim dan Sofea bercinta begitu lama tapi
jodoh tidak berpihak kepada mereka. Jodoh Sofea dengan lelaki yang baru
dikenalinya iaitu Umar.
2. KASIH SAYANG BUKAN PAKSAAN, BUKAN UGUTAN, BUKAN DESAKAN
Perasaan sayang tidak
boleh kita paksa untuk hadir. Ia merupakan sesuatu yang hadir secara sendirinya
dalam diri kita. Jadi tidak perlu memaksa2 orang untuk menyayangi atau kekal
menyayangi kita. Puan Zahlia ni akhirnya terseksa kerana rasa sayang yang
dirasakan telah dikhianati oleh orang-orang yang disayanginya.
#Kadang-kadang
terfikir juga....kewujudan manusia yang terlalu obses dengan kasih sayang pada
seseorang...huuh menakutkan...
No comments:
Post a Comment