Friday, 30 December 2022

NOVEL MENANTU KOMANDO PENCEN


Image result for novel menantu komando pencen



Novel ini karya ketiga Cik Tet yang saya baca.....sama seperti dua novel sebelumnya yang inipun tidak mengecewakan saya ha ha....memang sesuai dan kena di jiwa. Menyesal pula tidak membeli kesemua empat novel karya beliau. Novel-novel Cik Tet memang tebal-tebal. Kalau nak membacanya kalau jenis yang penyabar bolehlah makan beberapa hari tapi kalau kena spesis macam saya....tak penyabar...pembaca marathon....dalam tempoh 7 jam....habislah buku ini saya kerjakan ha ha...

Novel Cik Tet ni ada kelebihan dia tersendiri. Cara beliau mengolah cerita dengan adunan bahasa yang disulami dengan unsur humor menjadikan pembaca teruja untuk meneruskan pembacaan. Walaupun cerita pada dasarnya adalah biasa-biasa sahaja tetapi cara penyampaian dan pengolahan beliau itu yang membuatkan saya tak berhenti meneruskan pembacaan. Tambahan pula, cara beliau menggambarkan watak...saya tersangatlah suka.....saya suka pada gambaran watak yang sempurna dari segi sifat fizikalnya....hero yang segak...heroin yang cantik...saya tidak berapa senang apabila penulis menceritakan wataknya sebagai biasa-biasa sahaja(namanya imaginasi...mestilah yang terbaik...lantaklah orang nak kata tak berpijak di bumi yang nyata...tak sedar diri huuuh...bukannya kita gambarkan pada diri sendiripun...hanya untuk hiburan sahaja...saya dah beli buku...guna duit saya..lantaklah nak watak dan cerita yang macamanakan ha ha)

Dapatan novel ini :-
1.    TIADA MANIS SEBELUM PAHIT
Apabila berlaku sesuatu yang menyakitkan terhadap kita...pasti Allah sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Memang sakit dan saat-saat sukar itu sangat mengerikan namun apa jua kudrat yang kita ada jika memang itulah qada dan qadarNya. Ikhwan yang meninggalkan Rania sebelum pernikahan mereka diganti dengan Kalif Adrian yang sepuluh kali lebih baik daripada Ikhwan dalam hidup Rania. Oleh itu, sama-samalah kita mengingatkan diri supaya yakin setiap apa yang Allah berikan itu adalah yang terbaik.

2.    CINTA : HARTA DUNIA VS HARTA AKHIRAT
Cinta merupakan ANTARA asas penting dalam sesebuah perhubungan namun ia bukanlah satu jaminan kepada keutuhan jalinan perhubungan yang dibina. Cinta juga bukanlah sandaran untuk sebuah perkahwinan yang bahagia tetapi ia adalah aset yang penting untuk mengekalkan sebuah ikatan yang sah. Kalif berusaha untuk memenangi hati gadis idaman dengan cara dan prinsipnya yang tersendiri iaitu sah dalam perhubungan.

3.    RASIONAL DALAM TINDAKAN
Lagi-lagi kaum Hawa ni kalau dah dilanda cemburu memang tidak boleh menerima ketentuan takdir. Sudah-sudahlah...orang tak mahu dengan kita...agak-agaklah..tak payahlah nak meroyan...memalukan diri dan kaum sendiri sajalah....Azwa dan Thasha....meroyan tak pandai habis nakkan Kalif.


SINOPSIS

Seri Rania gadis jelita anak komando pencen telah ditinggalkan oleh Ikhwan tunangnya dua minggu sebelum tarikh perkahwinan mereka. Pertemuan Rania dengan seorang lelaki bernama Kalif Adrian ketika ditinggalkan Ikhwan di KLIA merupakan petanda awal jalinan jodoh mereka. Kalif cuba memenangi hati gadis idaman dan cara gilanya yang tersendiri he he. Dia telah me”Tminta izin dengan bapa mertua komando pencennya untuk berkahwin secara senyap dan tanpa pengetahuan pemilik badan iaitu Rania. Hal ini disebabkan Kalif ingin mendekati gadis itu dengan cara yang halal dan dalam masa yang sama mengikat kemas gadis itu menjadi miliknya.

Rania yang tidak mahu dikurung di kampung oleh bapanya, terpaksa mengikuti arahan mereka untuk menjadi PA Kalif. Di sinilah pelbagai kisah suka duka...lucu...dan macam-macam karenah pasangan sejoli ini...korang baca ya....

Pernikahan mereka akhirnya terbongkar dan pastinya Rania tersangatlah marah kerana rasa ditipu. Pada Rania jika Ikhwan yang tidak sekaya dan sehebat Kalifpun meninggalkan dia apatah lagi Kalif. Oleh itu, adegan pujuk-memujuk pula he he...,muncul Tasha dan Azwa yang tidak henti-henti mahukan Kalif tambah merumitkan usaha Kalif untuk memenangi hati isteri kesayangannya yang tersangatlah manja dan mudah merajuk...malah tersangatlah keras kepala he he...
Saya belanja teaser sikit ok.....

PERTEMUAN PERTAMA

“Thanks...”ucapku tanpa mengangkat muka.

“You’re welcome. Tak sangka wujud juga makhluk yang tidak tahu menghargai keindahan ciptaan Illahi. Tak tahu nak bersyukur dengan apa yang dianugerahkan untuknya.”

“Maaf, awak cakap apa tadi?” Serius, aku memang tak faham. Apa maksud dia sebenarnya.

“Saya Kalif Adrian,” Pemuda itu memperkenalkan dirinya.

“Seri Rania.” Sebaik saja aku memberitahu namaku, aku lihat pemuda itu semakin lebar senyumannya dan keningnya sedikit terangkat.

SAAT RAHSIA PERNIKAHAN TERBONGKAR

Aku masih merenungnya dengan air mata yang semakin deras mengalir,”Kenapa tipu Nia? Kenapa abang tak berterus-terang dengan Nia? Kenapa mesti sorokkan semua ini dari Nia? Kenapa?!”Jeritku lagi. Aku memang sudah tidak dapat mengawal api kemarahan. Siapa yang tidak panas hati ditipu hidup-hidup?


#Rania mengamuk giler..kerasnya hati dia untuk memahami hati seorang Kalif yang tulus mencintainya....

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...