Sudah lama novel ini
dalam simpanan saya tetapi sengaja saya lengah-lengahkan masa untuk membacanya
kerana saya mahu satu masa yang betul-betul tenang untuk saya membaca novel
ini.....hal ini disebabkan saya tahu kemampuan penulis ANJELL dalam
menyampaikan karyanya bukan calang-calang...ini merupakan novel kelima hasil
penulisannya yang telah saya baca maka sedikit sebanyak saya telah dapat
gambaran cara penulisan beliau..... tambahan pula apabila saya membaca review
pembaca yang lain....semua kata best.....
Fuuuh...amazing.....awal-awal cerita....saya seolah-olah
memandai-mandai membuat ramalan tentang cerita ini....saya berandaian selepas
ini....ini yang berlaku...tetapi saya agak terkejut apabila di tengah-tengah
cerita tiba-tiba pula berlaku peristiwa hitam yang sangat saya tidak suka
berlaku pada heroin.....sayakan tidak suka membaca sesuatu yang menyebabkan
jiwa saya sesak he he....saya tidak suka novel yang terlalu sarat dengan
penderitaan apatah lagi penuh dengan paparan kesulitan dan kelemahan hidup
wanita seperti didera...dirogol....pelacur....hhuuuuuh....saya paling benci
dengan cerita begini.....jadi saya teragak-agak untuk meneruskan pembacaan
namun saya kuatkan hati saya kerana seperti yang saya katakan tadi penulis
ANJELL ni bukan calang-calang...dan saya yakin hasil penullisan beliau tidak
akan menghampakan saya.....seusai pembacaan...dapatannya :-
1. KENALI PERASAAN ANDA SENDIRI.
-
Adakalanya
dalam pembacaan saya berasa jengkel apabila balik-balik punca konflik dalam
perhubungan ialah disebabkan oleh sikap manusia yang tersalah pilih pasangan. Tersilap
menilai perasaan masing-masing. Dah tunang malah ada yang sudah kahwin
sekalipun baharu sedar bahawa perasaannya terhadap pasangan mereka tidak mampu
mencapai tahap CINTA....namun apabila saya fikir semula....benda ni juga
berlaku dalam realiti hidup kita cuma mungkin tanpa kita sedari....sebelum
melangkah kepada satu perhubungan yang lebih serius...kenali perasaan anda
sendiri sama ada SUKA, SAYANG atau CINTA sebab ketiga-tiganya ada perbezaan
yang nyata....adalah sangat menyakitkan apabila sudah terjalin sebuah ikatan
barulah kita sedar bahawa kita tidak mengimpikan atau memaknakan perhubungan
tersebut......jadi jangan terburu-buru.......
2. BERTINDAK MELULU PERKARA SIA-SIA
-
Jangan
terlalu cepat mempercayai sesuatu perkara yang disampaikan oleh orang luar
berbanding dengan orang yang rapat dengan kita....kerana kita belum tahu niat
sebenar orang tersebut. Langkah sebaik-baiknya adalah dengan melakukan siasatan
dan berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang tindakan supaya tidak
menghukum orang lain. Tindakan melulu bukan sahaja menyusahkan kita malah
mungkin membahayakan orang-orang di sekitar kita. Oleh itu, berfikirlah sebelum
bertindak agar tidak menyesal di kemudian hari.
3. KEIKHLASAN KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP
-
Jika
kita benar-benar ikhlas dengan sesuatu perkara maka ia akan memberikan
ketenangan dalam hidup kita. Hidup yang tenang merupakan kunci kepada
kabahagiaan hidup. Ikhlas penting agar setiap tindakan kita akan dilakukan
dengan sepenuh hati tanpa ada unsur paksaan. Namun bukan mudah untuk kita
menilai apatah lagi mengukur sejauhmana kesungguhan sesorang itu dalam
menunjukkan keikhalasannya kerana ia merupakan sesuatu yang terlalu subjektif
untuk dinilai. Walau bagaimanapun, keikhlasan ini mudah sahaja terpancar
melalui raut wajah seseorang jika kita benar-benar mampu menilai setiap
tindakan yang dilakunya.
SINOPSIS
Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis
bernama Tristin Hazel yang mempunyai sepasang mata yang berwarna hazel yang
cantik. Dia telahpun bertunang dengan Iwan namun kesetiaannya dikhianati
apabila Iwan menjalin hubungan cinta dengan sepupunya sendiri Safura. Hazel
bertemu dengan Hilman yang menjadi pensyarahnya. Pertemuan demi pertemuan
mereka sangat menghiburkan. Tambah mengejutkan apabila Hilman merupakan jiran
kepada Hazel di kampungnya.
Satu peristiwa hitam telah berlaku dalam
hidup Hazel. Dia menjadi trauma. Iwan menjadikan alasan tidak mahu berkahwin
dengan gadis yang telah dinodai untuk memutuskan pertunangan mereka dan
akhirnya berkahwin dengan Safura. Hazel melalui kegetiran hidupnya dengan
berusaha untuk kuat. Setiap kali dalam kesulitan, Hilman sentiasa ada untuk
membantunya. Hilman akhirnya menjadikan Hazel sebagai isteri walaupun dia tahu
apa yang berlaku kepada gadis tersebut kerana pada malam itu....dialah orang
yang telah menyelamatkan Hazel daripada mangsa kerakusan nafsu serakah lelaki
misteri yang menodai Hazel (Saya dah mula
membuat andaian bahawa lelaki itu sebenarnya Hilman he he).
Banyak peristiwa yang berlaku yang
menimbulkan kecurigaan terhadap keselamatan Hazel. Dia tidak pernah putus
daripada pemerhatian lelaki misteri tersebut malahan kesemua lelaki yang pernah
menyentuhnya akan dicederakan kecuali Hilman. Oleh itu, pelbagai startegi telah
dibuat untuk menangkap lelaki tersebut namun gagal sehinggalah Hazel menjalani
latihan pratikalnya di sebuah syarikat. Akhirnya terbongkarlah identiti lelaki
mental yang selalu menganggu hidup Hazel. Dia adalah peminat Hazel yang tidak
boleh menerima kehilangan Hazel....banyaklah benda berlaku...korang baca
eeh....sebab memang best giler ......ada unsur-unsur suspen dan kejutan yang
banyak dalam novel ni he he...apa-apapun happy ending....yang pasti bukan Himan
yang menjadi pencabul kehormatan Hazel....
#Saya
terperasaan penulis ini....dia akan cuba membuat penampilan istimewa untuk
watak-watak lain dalam novel sebelumnya dalam novel terbaharu...cthnya watak
Nurin dan Harraz daripada novel Tundukkan Playboy Itu ada dalam novel Hero
Seorang Cinderella dan dalam novel ini....watak Tengku Ian Uzzam dan Medina
daripada Hero Seorang Cinderella.....agak menarik ya...sebab dia akan
berjaya menggamit rasa rindu pembaca terhadap karya sebelumnya he he...
No comments:
Post a Comment