Friday, 30 December 2022

NOVEL SHH...I LOVE YOU


Image result for novel shh i love you



Novel ini merupakan hasil karya FARISYA NATASHA dan pernah diadaptasi drama. Saya teruja untuk membaca novel ini kerana tajuknya yang selalu sangat muncul di FB sewaktu dramanya hangat ditayangkan. Namun jujur saya tidak pernah menonton drama ini ha ha...sebab saya lebih prefer novelnya. Lama jugalah saya mencari novel ni akhirnya saya jumpa juga.

Pada saya jalan cerita novel ini agak menarik walaupun masih berpaksi kepada genre romantik tapi saya suka ha ha....yang menarik perhatian saya ialah punca konfliknya iaitu JANTUNG...

Hubungan Nadia dan Aidan bermula hasil kerja adik mereka yang ingin menyatukan kedua-duanya. Adik-adik mereka ni memang berkawan baik. Usaha berjaya apabila abang dan kakak mereka mula memulakan proses mengenali hati budi masing-masing. Namun tanpa disedari oleh Nadia...dia merupakan wanita yang dicari-cari oleh Aidan selama ini. Oleh itu,  Aidan telah menggunakan peluang yang ada dan berusaha untuk memenangi hati Nadia. Hal ini kerana Aidan mahu jantung arwah tunangnya Sumayah yang ada dalam diri Nadia akan terus kekal menjadi miliknya. Aidan merasakan dengan denyutan jantung itu, Sumayah seolah-olah masih hidup bersamanya. Kegilaan Aidan terhadap jantung Sumayah itu membuatkan dia sendiri akhirnya keliru dengan perasaan sebenarnya terhadap Nadia.

Dia berusaha untuk menafikan perasaannya terhadap Nadia kerana padanya dia mahukan Nadia hanya kerana jantung Sumayah dalam diri Nadia. Dia langsung tidak memikirkan keperitan hati Nadia setelah mengetahui kisah yang sebenar. Aidan hampir kehilangan Nadia namun dia akhirnya sedar dengan kesilapan diri. Sesuatu yang di luar jangkaan berlaku di pengakhiran cerita apabila terbongkar kisah kematian Sumayah yang sebenarnya disebabkan oleh adiknya sendiri yang tergila-gilakan bakal abang iparnya. Semua ini terbongkar apabila Sumaira adik Sumayah cuba untuk membunuh Nadia sama seperti yang dilakukannya dengan kakaknya namun dia sendiri yang terkorban.

Aidan berusaha untuk mendapatkan semula keyakinan dan cinta isterinya. Apatah lagi Nadia berkeras untuk meneruskan kandungannya walaupun dia tahu dia bakal kehilangan nyawanya sendiri. Aidan memberikan sokongan penuh dan akhirnya....HAPPY ENDING...ada lagi...banyak lagi kisah lain yang menyokong jalan ceritanya...jadi baca ya he he....k dapatan novel :-
1.    KASIH SAYANG PERLUKAN KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN
Luruskan niat dalam membina sebuah ikatan kasih sayang yang halal. Jika tersimpan niat yang tidak baik..lebih baik janganlah diteruskan kelak membawa penderitaan kepada orang lain.

2.    KASIH SAYANG BUKAN PERSAINGAN/PEREBUTAN
Kasih sayang juga bukan satu paksaan. Ia lahir dengan sendirinya. Naufal yang berasa tercabar dengan Nadia yang memilih Aidan terus-menerus dengan niatnya untuk bersaing semata-mata tanpa ada rasa cinta pada Nadia.

#Terfikir juga...agak-agaknya...Aidan ni sempat jadi psiko sebab terlalu taasub pada jantung Sumayah...

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...