Friday, 30 December 2022

NOVEL GEMALAI KASIH



Image result for novel gemalai kasih

Novel ini merupakan karya LYNN SAFIYA......rasanya ni novel kedua beliau yang telah saya baca....ini adalah novel terbitan Love Novel.....fuuh.....syok pula novel-novel yang diterbitkan oleh penerbitan ini he he....kalau macam ni nampak gayanya semakin lebarlah sayap pembelian buku  novel sebab tidak perlu lagi ke kedai buku hanya di hujung jari anda...chewah....tambahan pula Love Novel ni suka sangat buat promosi kombo haiih....tambahlah bergetar jiwa untuk memiliki novel tersebut...

Cerita dalam novel ini....kalau nak kata jalan cerita dia biasa-biasa.....memang biasa-biasapun sebab citarasa pembacaan saya memang dalam bentuk cerita seperti ini...santai...rileks......membaca JUST FOR FUN...saya suka cerita yang berkisar tentang cinta selepas perkahwinan sebab bagi saya apabila saya membacanya tidaklah menimbulkan rasa jengkel di hati apabila melibatkan soal perasaan yang diungkapkan sama ada melalui pertuturan ataupun gambaran perlakuan....orang tanya....tak boringkah....cerita cinta selepas kahwin tak kiralah terpaksa, dipaksa, paksa rela dan yang sewaktu dengannya...he he jujur saya katakan dah banyak novel yang saya berdasarkan genre seperti ini namun saya tidak menemui novel yang jalan ceritanya sama dengan novel yang lain....pasti ada kelainannya yang mengundang keterujaan saya menghabiskan pembacaan....k lah....dah banyak merepek ni.....kita sambung dapatan dalam novel ini :-
1.    UNSUR TERPENTING DALAM KEHARMONIAN SESEBUAH KELUARGA IALAH SIKAP SALING MENERIMA ANTARA SATU SAMA LAIN
-       Semestinya ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan anak-anak namun adakalanya sebagai ibu bapa kita perlu cuba memahami kehendak sebenar anak-anak kita. Bukanlah satu tindakan yang bijak untuk terus memaksa anak-anak menuruti kemahuan kita sedangkan anak tersebut menderita batin dan memberontak dalam diam. Adalah lebih baik seandainya wujud ruang perbincangan yang terbuka antara ahli keluarga agar setiap permasalahan yang wujud dapat diatasi. Namun di pihak anak-anak pula jika inginkan kegembiraan buat orang tua yang telah membesarkan kita maka meletakkan harapan mereka sebagai keutamaan kita merupakan satu tindakan yang bijak. Intan Marliana yang sanggup mengorbankan perasaan dan keinginan sendiri untuk melihat kebahagiaan ahli keluarganya.

2.    TAMAK PUNCA KEPADA BALA DALAM HIDUP KITA
-       Jika kita terlalu menginginkan kemewahan dalam hidup tanpa memikirkan akibat yang berlaku kesan daripada tindakan itu maka kita telah menjadi seorang yang TAMAK. Ketamakan yang menguasai diri akan menyebabkan kita sentiasa tidak puas hati dengan apa yang dimiliki dan mahu memiliki sesuatu yang bukan milik kita dengan apa cara sekalipun walaupun menggunakan taktik yang kotor. Elakkan sikap tamak khususnya kepada harta dan kemewahan kerana ia bakal memusnahkan hidup kita. Mona dan Mila...dua watak yang tamak dengan kemewahan telah sanggup berlaku curang dengan pasangan masing-masing semata-mata untuk memenuhi sifat tamak mereka. Namun ketamakan mereka ini akhirnya dibalas apabila di akhir perjalanan hidup mereka terpaksa laluinya dengan penyesalan yang tidak berkesudahan.

3.    MENYAYANGI SECARA IKHLAS TANPA SEBARANG MAKSUD TERSIRAT
-       Mutakhir ini amatlah mudah untuk kita menuturkan kata-kata sayang walaupun ia hanya di luar bibir sahaja. Hal ini mungkin disebabkan peredaran zaman menjadikan lebih banyak pelakon-pelakon hebat di pentas dunia sehingga dengan mudah kita terpedaya dengan lakonan mereka. Namun keikhlasan sangat penting agar nilai kasih sayang yang kita berikan itu membawa impak yang positif bukan sahaja kepada orang yang kita sayangi malah untuk kita menyayangi orang lain juga. Lia yang menyayangi secara ikhlas anak tirinya Ina menjadikan dia lebih istimewa di hadapan di suaminya.

SINOPSIS

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang baharu saja menamatkan pengajian dalam bidang perundangan. Intan Marliana (Lia) merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarganya terpaksa menggalas tanggungjawab untuk mengembirakan kedua ibu bapanya selepas abang-abangnya gagal untuk memenuhi permintaan ibu bapa mereka. Bukan susahpun permintaan tu sebenarnya hanya meminta supaya anak-anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran dan mendapat pekerjaan yang lebih baik. Namun anak-anak lelaki mereka ini berkahwin awal kerana tidak mahu kehilangan teman wanita yang disayangi. Maka Lia terpaksalah mengorbankan segala-gala apa yang diminatinya termasuklah mengorbankan cita-citanya menjadi seorang guru kerana memenuhi permintaan orang tuanya untuk melihatnya menjadi penguam. Tidak cukup itu, Lia juga dipaksa untuk berkahwin dengan anak kawan baik ibunya yang juga merupakan duda beranak satu.

Lia tidak ada pilihan selain bersetuju untuk berkahwin dengan Effendi (Fendi). Namum dia tidak menyangka sama sekali bahawa Fendi mempunyai rancangan tersendiri dengan perkahwinan mereka. Dia bersetuju berkahwin dengan Lia kerana mahu mempergunakan Lia mempertahankan anaknya Ina daripada tuntutan bekas isterinya Mona. Fendi telah meminta Lia memberikan kerjasama agar menunjukkan mereka pasangan yang bahagia sehingga prosiding mahkamah selesai. Di sinilah kisah mereka bermula. Berlakon dalam keadaan yang nyata. Kedua-duanya pun sama......saling menyimpan perasaan masing-masing namun tidak mampu untuk meluahkan. Banyak sangat part-part di sini....korang bacalah ya he he...

Di saat mereka mengecapi kebahagiaan rumah tangga, Mona muncul menghancurkan keadaan sehingga menyebabkan Fendi dan Lia bersengketa. Namun saya puji kematangan Fendi dalam menangani masalah ini. Berbanding Lia yang mungkin masih muda dan juga emosi wanitanya menyebabkan dia tidak berfikir serasional suaminya. Apa-apapun....best cerita ni....happy ending....


#Gemalai kasih meruntun dua jiwa bertaut membina satu ikatan cinta yang dalam

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...