Friday, 30 December 2022

NOVEL DIA BUKAN PLAYBOY


Image result for novel Dia bukan playboy


Novel ini merupakan karya O-CHA tak taulah pula kalau sebelum ini saya pernah membaca karya beliau sebab rasanya ini kali pertama he he. Novel ni terbitan Cute Kreatif Publication. Biasanya novel-novel terbitan penerbitan ini padat dengan konflik dan aksi walaupun kebanyakan buku-bukunya tidaklah terlalu tebal. Jadi bayangkanlah perasaan sepanjang pembacaan, kalau banyak konflik mestilah permainan emosi pembaca akan kuat.

Cerita dalam novel ni agak santai sahaja....sekarang ni saya lebih suka membaca yang santai tanpa mengusutkan minda saya untuk berfikir dengan konflik-konflik yang wujud. Kisah tentang Anis Sofea yang telah kehilangan ibunya yang terkejut dan terkena serangan jantung apabila mengetahui dia ditangkap oleh polis kerana menghadiri parti haram di rumah teman lelaki kawannya Fiza. Anis sendiri sebenarnya bercinta dengan Fendi iaitu kawan Zakuan kekasih kepada Fiza. Pada waktu itu, Anis dan Fiza masih muda lagi sebab itulah mereka mudah terpedaya dengan janji manis.

Kisah hitam itu benar-benar meninggalkan rasa penyesalan yang mendalam dalam hidup seorang Anis Sofea. Dia tidak berhenti menyalahkan kekhilafan dirinya yang menjadi punca kepada kematian ibunya. Nasib sahaja dia dikurniakan seorang ayah yang begitu menyayangi dan membesarkan mereka dua beradik dengan penuh tanggungjawab. Akhirnya Anis Sofea telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan menumpang tinggal di rumah kenalan ayahnya. Dalam proses dia mencari kerja dia telah bertemu dengan Faris yang merupakan PA di syarikat milik Dato Rosman. Anis atas ajakan Faris akhirnya mencuba nasib dan berjaya menjadi setiausaha Dato Rosman.

Konflik bermula apabila Anis terkejut CEO baru yang menggantikan Dato Rosman ialah Fendi bekas kekasihnya tujuh tahun yang lampau. Anis berpura-pura tidak mengenali Fendi kerana dilihatnya Fendi juga seolah-olah tidak mengenalinya. Namun sebenarnya Fendi dapat mengecam Anis namun dia berusaha untuk mendekati Anis terlebih dahulu. Di saat mereka mula menjalin ikatan semula....datanglah langau-langau menganggu. Bukan calang-calang punya jahat langau ni. Jeslina yang gilakan Fendi menggunakan sihir untuk mendapatkan Fendi namun malangnya dia terlanggar pantang. Syarat bomoh itu ialah orang pertama yang disentuhnya mestilah Fendi tapi dia tersentuh Faris maka korang taulah kan kejadian selepasnya.

Zakuan juga bersubahat dengan Jeslina kerana tercabar dengan kesombongan Anis. Anis sebenarnya menyimpan rasa marah dengan Zakuan kerana telah menyebabkan Fiza kawan baiknya mengandung dan ditinggalkan. Hasil perangkap Jeslina dan Zakuan dengan bantuan Rosnah yang sangat fanatic mengejar cinta Faris akhirnya Anis terpaksa berkahwin dengan Zakuan hu hu....sedih tau part ni...dah nak kahwin dah....Fendi hanya diam menahan rasa saja....geram dengan Anis yang tak mahu berterus-terang dengan Fendi...dia sanggup berkorbanlah pula...isshh...

Zakuan ni sangat jahat tau...dia nak kahwin dengan Anis semata-mata untuk mengaburi mata ibu bapanya dan juga mahu balas dendam menyeksa Anis. Namun niatnya, tidak kesampaian apabila dia kemalangan pada malam sebelum pernikahan dengan Anis. Pada waktu hari pernikahan keluarga Anis heboh kerana pengantin lelaki hilang. Fiza kawan baik Anis telah berjumpa dengan Fendi yang kebetulan dipaksa oleh ibu dan ayahnya untuk menghadiri majllis pernikahan Anis.....jeng jeng...dan korang boleh tekalah kan...sapa yang berkahwin dengan Anis he he....mayat Zakuan akhirnya ditemui di gaung dan Jeslina pula hilang ingatan dan menjadi tidak siuman akibat perbuatan jahatnya...HAPPY ENDING....

#Oh ya...jadi apa pula kaitan dengan tajuk....he he sebenarnya kisah PLAYBOY itu merujuk kepada kisah hidup Fendi namun ada kisah di sebaliknya...saya tinggalkan untuk korang baca eeh...sikit jer he he....

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...