Showing posts with label Nuriffa. Show all posts
Showing posts with label Nuriffa. Show all posts

Friday, 30 December 2022

NOVEL CALON ISTERI JUTAWAN


Image result for novel calon isteri jutawan


Dah lama saya tidak buat review untuk novel-novel keluaran Karya Seni dan Penulisan2U walaupun pada dasarnya saya mempunyai koleksi yang dikira banyak jugalah daripada penerbit ini. Namun malangnya, lebih banyak koleksi yang memenuhi rak buku yang belum dibaca berbanding rak buku yang telah saya baca...hu hu...bukan tak best tau tapi banyak membaca novel terbitan lain.

Buku ni merupakan karya NURIFFA...rasanya ni buku kedua beliau yang saya baca selepas Hati Yang Tersakiti. Kisah dalam novel ni simple sahaja....rileks dan santai. Tidak adalah konflik yang menyesakkan jiwa. Cerita ni lebih berkisar kepada konflik dalam mendapatkan sesuatu yang diingini dan seterusnya mempertahankannya daripada hilang dalam genggaman.

Kisah tentang seorang jutawan muda bernama Izzad Daniel yang dalam keadaan darurat untuk mencari pewaris kepada hartanya. Izzad dengan bantuan rakan karib merangkap pembantu peribadinya iaitu Adam telah mengadakan sesi temuduga untuk memilih calon isteri jutawan. Kelakarnya, Yanie atau Nurul Izyanie ni telah tersalah masuk temudugua menyebabkan timbul kekalutan dalam hidupnya. Dia sepatutnya menghadiri temuduga akauntan di tingkat dua tetapi tersalah masuk ke sesi temuduga calon isteri Izzad pula he he.

Oh ya....kisah Yanie ni agak sedih. Dia berhijrah ke bandar dan tinggal di rumah Mak Ngahnya selepas kematian kedua ibu bapanya dan selepas kakaknya berkahwin. Perkahwinan kakaknya dengan Malik tidak sebahagia seperti yang diimpikan oleh kakaknya Ifti. Namun Yanie seakan-akan sudah dapat mengagak kepelikan perangai abang iparnya itu. Firasat Yanie betul apabila kehidupan kakaknya Ifti menderita bersama Malik yang telah kehilangan pekerjaan. Penderitaan yang ditanggung oleh Ifti membuatkan Yanie bertekad untuk mencari kerja supaya dapat membantu kakaknya. Tambahan pula, Ifti telahpun mengandung.

Disebabkan hal inilah maka Yanie terpaksa menerima tawaran yang lebih kepada ugutan daripada Izzad untuk masuk dalam list terakhir calon isterinya. Masa ni lah, Yanie berhadapan dengan perangai-perangai tak berhemah daripada calon isteri yang lain terutamanya Tengku Fathia dan Saly. Banyaklah bentuk ujian yang telah dibuat oleh Izzad untuk menapis calon isterinya. Ketibaan nek wan Izzad iaitu Mek Yah banyak membantu menapis calon isteri cucunya dengan lebih pantas ha ha. Part yang ni memang kelakar. Apabila Mek Yah menjadi panel pemilihan. Kelam kabut calon-calon yang lain kecuali Yanie sebab Yanie kan wanita Melayu terakhir he he.

Akhirnya, Yanie menjadi pilihan calon isteri Izzad. Namun tidak semudah seperti yang Izzad rancangkan sebab Yanie bersungguh-sungguh menolaknya. Namun akhirnya, selepas Izzad memenuhi kehendak Yanie untuk berubah dan mendekatkan diri dengan Allah, Yanie akhirnya menerima Izzad menjadi suaminya. Perkahwinan mereka masing-masing ada agenda yang tersendiri. Tambahan pula, keadaan Izzad yang semakin hari semakin teruk. Keadaan itu menyebabkan Izzad lebih banyak berada di rumah.

Di sinilah ujian rumahtangga mereka bermula. Tengku Fathia yang tak berhenti-henti mahukan Izzad. Tambah kalut lagi apabila dia bergabung dengan Adam untuk memusnahkan rumah tangga Izzad dan Yanie. Adam yang pernah dijanjikan oleh Izzad akan melepaskan Yanie satu hari nanti datang menuntut janji tersebut. Bertelingkahlah dua sahabat ini hanya kerana seorang wanita bernama Yanie. Waktu itu Yanie telahpun mengandung anaknya dengan Izzad. Konflik bertambah teruk apabila gambar-gambar Yanie dan Adam dihantar kepada Izzad. adam pula terang-terangan mengaku dan mengugut Izzad agar melepaskan Yanie.

Namun berkat kepercayaan dan saling berterus-terang antara kedua suami isteri ini berjaya menyelamatkan rumah tangga mereka. Adam akhirnya sedar dengan kesilapannya manakala Tengku Fathia yang telah merancang untuk membunuh Yanie meninggal dalam kemalangan. Akhirnya, HAPPY ENDING he he.

# Ok....saya tinggalkan sedikit kegusaran kepada anda....apa yang berlaku kepada Izzad sebenarnya....kenapa dia terdesak untuk mencari isteri...kenapa dia takut kehilangan Yanie sedangkan dia ada segala-galanya...korang baca eeh. Saya juga tak masukkan kisah sepupu Yanie yang nak mengurat dia. Tapi watak Qairil tu sikit sangat dan tak menjejaskan emosi kita he he.

#Janji bukan setakat janji tetapi adalah satu harapan yang telah kita berikan kepada orang lain. Oleh itu, jangan mudah menabur janji kelak memakan diri.

#Sabar kunci dalam mengharungi dugaan hidup. Namun tidak semudah dan selancar bicara untuk kita bersabar kerana adakalanya dugaan itu benar-benar mengugat keimanan kita. Apa-apapun kembalilah kepada ALLAH.

KOLEKSI BICARA NOVEL 29 SEPT 2018

Saturday, 29 September 2018

NOVEL HATI YANG TERSAKITI



Image result for novel hati yang tersakiti

Sewaktu saya membaca review untuk novel ini, saya rasa sedikit teruja sebab ramai yang kata best dan ada kelainan sebab perempuan yang berusaha untuk memenangi hati suaminya. Namun selepas membeli novel ni....tidaklah pula terus membacanya....kata teruja he he....selepas dua bulan dalam simpanan baru tergerak hati nak membuka bungkusannya....mungkin banyak lagi simpanan novel belum dibaca tu yang take turn tu.....novel ini karya NURFIFFA

Saya sebenarnya teragak-agak nak  memulakan pembacaan....takut-takut nanti jalan ceritanya menyebalkan jiwa...hu hu....harap-harap janganlah......lalu saya mulakan pembacaan dan akhirnya.....apa yang mampu terluah ialah BEST he he...tak adalah konflik yang besar sangat dalam novel ni.....cerita mudah sahaja...lebih kepada konflik dalam perhubungan...k dapatan novel ni :-

1. JANGAN SESEKALI BERANI UNTUK MEMPERGUNAKAN ATAU MEMPERMAINKAN PERASAAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN DIRI
-       Sehebat manapun masalah yang kita hadapi, adalah tidak wajar untuk menyelesaikannya dengan cara menyakiti orang lain. Apatah lagi jika kita seolah-olah mengambil kesempatan atas kebaikan orang tersebut. Jangan sesekali berani untuk membiarkan kita berbahagia atas penderitaan orang lain. Farhaini yang mempergunakan perasaan Adam untuk keluar drpd kemelut perasaan peribadinya terhadap Idham adalah sangat tidak wajar.

2.    SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA
-       Setiap yang berlaku pasti ada sebab di sebaliknya. Bukan mudah untuk kita menerima sesuatu perkara yang menyakitkan namun kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana sesungguhnya rencana Allah lebih baik daripada apa yang kita impikan. Farhaini berasa marah apabila mengetahui keluarga kandungnya masih hidup dan dia merasakan dirinya telah dibuang daripada keluarga tersebut. Namun apabila dia berjumpa terus dengan keluarganya baru dia tahu kisah sebenar.

3.    BELAJAR UNTUK MENERIMA KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT.
-       Apabila kita berani untuk membuat keputusan maka kita juga haruslah akur dengan keputusan yang telah dibuat. Ini bermaksud kalau kita sudah menyatakan untuk meninggalkan seseorang maka adalah tidak wajar untuk kita menjilat semula ludah tersebut semata-mata untuk kepentingan sendiri. Rafika yang cuba untuk mendapatkan semula Adam selepas mendapati dirinya mengandung hasil hubungannya dengan orang lain.


SINOPSIS

Novel ini berkisar tentang seorang gadis bernama Farhaini yang menyimpan perasaan terhadap abang angkatnya Idham. Farhaini tidak mampu untuk menghilangkan perasaannya terhadap abang angkatnya itu telah mengambil keputusan untuk mempergunakan Adam sebagai penyelesai masalah. Farhaini telah mengajak Adam berkahwin dengannya walaupun dia tidak mempunyai sebarang rasa cinta  kepada Adam. Sebaliknya Adam pula mula mencintai Farhaini setulus hatinya.

Adam begitu mengambil berat dan sentiasa ada untuk Farhaini. Muslihat Farhaini terbongkar apabila Adam terbaca diari isterinya itu. Adam merasakan dirinya telah dipergunakan. Bermula kisah sang isteri memujuk sang suami he he korang bacalah ya....apabila diorang dah berbaik....muncul pula ex-girlfriend si Adam iaitu Rafika yang meminta Adam menjadi pak sanggup terhadap anak yang dikandungnya. Konflik menjadi rumit apabila Adam dan Rafika kemalangan bersama. Pasti terperanjat Farhaini dibuatnya. Adam koma dan Rafika keguguran serta mendakwa anak itu adalah anak Adam. Bertambah bingunglah c Farhaini. Nasib baik Qayyum muncul dan.....HAPPY ENDING....

#Cerita ini bukan kisah jutawan...lebih kepada kehidupan masyarakat marhaein yang berusaha untuk mencari kebahagiaan hidup....




REVIEW KDRAMA : OH MY GHOST CLIENTS

Kdrama ini memang saya dah lama tunggu untuk menontonnya. Tapi disebabkan kekangan masa maka barulah saya dapat meluangkan masa untuk drama ...