Novel ni karya NURFAZA ALISYA. Rasanya kali
pertama baca novel dia ni. Saya tertarik dengan novel sebab nama dia agak
kelakar sikit. Ada kelainan bunyinya daripada yang lain...belum sampai peliklah
tapi agak lain ha ha....novel ni tidaklah terlalu tebal...sekejap saja nak
habiskan...bersengkang mata jugalah waktu malam untuk menghabiskannya...
Kisah simple jer novel ni...kisah tentang Dr.
Rizz yang kebingungan mencari pengganti teman wanitanya Asmidar yang tiba-tiba
memutuskan perhubungan mereka dan berkhawin dengan lelaki lain. Dr. Rizz
terdesak mencari pengganti kerana dia sudah berjanji dengan keluarganya untuk
membawa bakal isterinya berjumpa dengan mereka. Pertemuan tidak sengajanya
dengan Che Hannah gadis yang berkerja di kedai bunga menjadikan dia mula
menjalankan misi meminta Hannah jadi pengganti kepada Asmidar.
Hannah yang dalam keadaan terdesak kerana
takut dengan ugutan ibunya untuk menerima pinangan lelaki di kampungnya
menyebabkan Hannah akhirnya menerima lamaran Dr. Rizz. Mereka akhirnya
berkahwin dan pasti ada dugaan muncul. Kemunculan Irfan yang sudah lama
menyimpan perasaan pada Hannah sehingga sanggup melakukan onar padanya. Asmidar
yang ingin kembali dan juga Liyana yang tak henti-henti mahukan Dr Rizz.
Hannah akhirnya mengambil keputusan untuk
membenarkan Rizz berkahwin dengan perempuan lain kerana permintaan Asmidar. Namun
Nenek Rizz dan ibu Hannah punya perancangan lain untuk menyedarkan
Hannah.....HAPPY ENDING...
Simple jer novel ni...tapi pada saya cukup menghiburkan....waktu
membacanya saya rasa jalan ceritanya memikat hati saya...K dapatan :-
1. JANGAN MUDAH MELEPASKAN SESUATU YANG KITA SAYANGI
Kalau dah sayang,
berusaha untuk pertahankan. Jangan diberi ruang untuk orang lain mengambilnya.
2. BERUSAHA SELAGI TERMAMPU
Selagi mampu...kita
perlu berusaha supaya apa yang kita ingini akan tercapai.
#Saya
suka watak comel Hannah dalam novel ni he he.....walaupun dia keanak-anakkan
tapi saya suka. Hannah ada bantal busuk tau he he
No comments:
Post a Comment