K....penulis ni dah jadi antara penulis
kegemaran saya he he...setakat ni baru tiga buah buku beliau yang telah saya
baca dan kesemuanya tidak pernah mengecewakan hati pembaca saya. Novel ni karya
DILLA AHMAD...buku ketiga karya beliau yang saya baca tapi buku pertama yang
saya buat rewiewnya...he he..ada sebab di sebaliknya.
Kembali kepada novel ini...kisah masih lagi
berkisar tentang dunia klise cerita melayu yang ramai orang tidak suka baca ha
ha...tapi saya suka. Kisah tentang kemelut hidup seorang lelaki kacak dan kaya
bernama Ian Zafriel. Dia berhadapan dengan masalah menjadi rebutan
wanita-wanita yang dia tidak sukai. Ian cuba melarikan diri daripada tuntutan
janji arwah sahabatnya Zarul agar mengahwini isterinya Anissa selepas
kematiannya. Ian jadi tidak keruan kerana sebelum ini Anissa tu sebenarnya
bekas kekasihnya yang telah mengkhianati perhubungan mereka dan berkahwin
dengan kawan baiknya sendiri. Perasaannya terhadap Anissa telah lama hilang dan
dia tidak sanggup mengambil bekas isteri arwah sahabat baiknya sendiri. Tambahan
pula Anissa semakin menghimpitnya dan mendesak Ian supaya memenuhi janji untuk
mengahwininya.
Masalah Ian bertambah teruk apabila bakal
menantu pilihan ibunya iaitu Amalia anak kepada BFF Datin Zarinah (ibu Ian)
iaitu Datin Adira(Ibu Amalia) pula menempel dengan dia hampir sepanjang masa. Ian
sangat rimas dengan pilihan wanita yang dia ada untuk dijadikan sebagai isteri.
Dia juga tidak mahu berkahwin dengan Amalia yang terlalu gedik dan hanya
mementingkan kemewahan hidup semata-mata.
Ian cuba menyelesaikan masalahnya ini dengan
mengambil kesempatan terhadap Alisa yang berhadapan dengan masalah hidupnya
sendiri. Alisa ni dibesarkan oleh ayahnya selepas ibu kandungnya meninggalkan
mereka kerana tidak tahan hidup dalam kesusahan memandangkan ayah Alisa hanya
bekerja sebagai buruh. Kehidupan Alisa bertambah teruk apabila ayahnya lumpuh
dan dia terpaksa menampung kehidupan mereka termasuk ibu tiri yang selalu
memberikan tekanan kepadanya. Bukan itu sahaja, Alisa juga berhadapan dengan
penyakitnya sendiri iaitu ada tumor dalam kepalanya dan memerlukan 50 ribu
(kalau saya tak salah he he) untuk membiayai pembedahannya.
Dalam keadaan tersepit itulah, Alisa terpaksa
bersetuju dengan syarat Ian. Ian menawarkan diri untuk membiayai pembedahan
Alisa dengan syarat Alisa berkahwin dengannya. Ian mengetahui penyakit Alisa
selepas Alisa pengsan di kedai buku tempat Alisa bekerja dan kebetulan Ian
menjadi pengurus sementara kedai buku sepupunya. Perkahwinan mereka tidak
dipersetujui oleh ibu Ian. Namun mereka mendapat restu daripada ayah dan nenek
Ian.
Setelah terjebak dalam hidup Ian barulah
Alisa mengetahui identiti ibu kandungnya yang sebenar. Ian mengetahui hal
tersebut dan berasa marah namun akhirnya Ian mula berfikiran rasional dan
memberikan sokongan kepada Alisa. Perkahwinan mereka berhadapan dengan gangguan
daripada Amalia dan ibunya Datin Adira. Mereka berdua ni tidak habis-habis memprovok
Datin Zarinah agar membenci Alisa. Namun sampai satu ketika, Datin Zarinah
sedar akan kebaikan Alisa yang sebenar. Dia mula menerima Alisa sebagai
menantunya dan tidak lagi mempercayai BFFnya iaitu Datin Adira.
Selepas perkahwinan dengan Ian, hidup Alisa dan
bapanya semakin baik. Perkembangan positif ayahnya juga amat menggembirakan
Alisa. Namun kebahagiaan belum menjadi milik mereka apabila Datin Adira tidak
putus-putus menyusun strategi untuk memisahkan Ian dan Alisa. Hubungan Ian dan
Alisa terancam namun hasil bantuan Amalia yang tidak sanggup lagi bersengkokol
dengan ibunya memusnahkan rumah tangga Alisa dan Ian, rumahtangga mereka
berjaya dipertahankan. Amalia akhirnya sedar namun tidak bagi Datin Adira.
Padanya dari dulu sehingga sekarang, dia tidak akan dapat menerima Alisa dan
dia berasa jijik dengan Alisa. Balasan Allah tiba apabila Datin Adira akhirnya
menjadi penghuni sakit jiwa....mungkin disebabkan rasa penyesalan yang disulami
dengan ego menggunung dalam dirinya.
Ooppps......kenapa Datin Adira membenci
Alisa....mengapa dia begitu jijik dengan Alisa dan sanggup melakukan apa sahaja
asalkan hubungan Alisa dan Ian musnah...he he...rasanya korang boleh
teka...tapi adalah lebih baik korang baca sendiri...alah...janganlah marah...sy
tinggalkan suspen sikit jer he he....rasanya korangpun blh teka....HAPPY ENDING
# Jangan dikejar harta dunia. Sekaya mana
sekalipun kehidupan di muka bumi ini tapi ia hanyalah satu pinjaman sahaja. Lebih
baik kita kejar harta akhirat agar dapat diseimbangkan dengan harta dunia.
# Keikhlasan dalam perhubungan sangat
penting. Apapun punca kepada permulaan sebuah perhubungan....jika IKHLAS ada
pasti perhubungan itu akan berkekalan.
BICARA NOVEL 06 SEPT 2018
No comments:
Post a Comment