Wednesday 28 February 2018

NOVEL CINTA ABANG SADO


Image result for novel cinta abang sado


Novel ini karya O’CHA. Saya yakin ini kali pertama saya membaca karya beliau he he. Novel ni tidaklah terlalu tebal tapi sarat dengan pertarungan ha ha...ala-ala pertarungan hero dengan penjahat dalam filem Hindustan he he. Cerita ni mudah tapi penuh dengan emosi. Penulis lebih memaparkan unsur sedih. Dimulai dengan kesedihan dan dilerai dengan kesedihan trauma akibat perbuatan zalim manusia yang berpaksikan dendam dan kebencian.

Kisah sedih pasangan Azrai dan Ros Adiba yang tidak direstui oleh ibu Azrai iaitu Puan Sri Zuraidah yang terlalu mementingkan darjat dalam hidupnya. Ros meninggal sewaktu melahirkan anak manakala Azrai kemalangan dan turut meninggal dunia. Tinggallah Isma Naufal anak kecil yang menjadi yatim piatu. Nasib baik Azrai sempat menyerahkan Isma kepada Dian Arrisa sahabat baik Ros sebelum dia kemalangan.

Selama 5 tahun Dian membesarkan Isma dengan penuh kasih sayang dan didikan agama, tidak pernah timbul sebarang masalah sehinggalah kemunculan Adam iaitu adik Azrai yang inginkan anak saudaranya itu demi memenuhi impian ibunya. Puan Sri Zuraidah yang meratapi pemergian Azrai tidak dapat menerima kenyataan. Dia sangat menginginkan cucu yang dahulunya tidak diakui malah dihalau kerana dianggap pembawa bala dalam keluarga mereka.

Adam telah melaksanakan strategi untuk menculik Isma daripada Dian dengan cara lebih lembut. Namun sungguh dia tidak menyangka dia akan terjatuh hati kepada gadis yang menjadi ibu angkat kepada anak saudaranya. Kelembutan dan kasih sayang gadis tersebut kepada Isma menawan hati Adam. Namun tindakan Adam menculik Isma untuk ibunya menyebabkan kemarahan Dian. Dia beranggapan Adam sama sahaja dengan Zahid bekas kekasihnya yang pernah menipunya satu ketika dulu.

Adam terpaksa melepaskan Dian setelah melihat hinaan dan cacian ibunya terhadap Dian pasti menyukarkan untuk mereka bersama. Namun semua ini berubah apabila Adam sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan Dian daripada pembunuh upahan Puan Sri Zuraidah. Adam cedera parah dan koma. Di sinilah Puan Sri Zuraidah mula berubah dan insaf atas kesalahan. Dia mula berubah dan mula merestui hubungan Adam dan Dian.

Malang masih lagi melanda apabila Zahid yang keluar daripada penjara tidak berpuas hati dengan tindakan Dian meninggalkannya. Dia bergabung dengan Sabron musuh Adam ketika di Sabah dalam memusnahkan Adam dan Dian. Berlaku pertarungan sengit sehingga menyebabkan beberapa orang terdekat Dian termasuk Adam dan Abangnya Em tercedera parah. Ia juga turut meninggalkan trauma dalam diri Dian yang hampir dinodai oleh Zahid di hadapan Adam sendiri.apa-apaun HAPPY ENDING...mereka berkahwin dan hidup gembira. K dapatan :-

1.    DARJAT BUKAN JAMINAN KEBAHAGIAAN HIDUP
-     Jangan terlalu mementingkan darjat atau kedudukan sebab ia tidak akan menjamin kebahagiaan hidup kita. Semewah manapun kita jika tidak disertai dengan rasa rendah diri kepada pemilik segala kemewahan iaitu Allah maka ia hanya sia-sia sahaja.

2.    IKHLAS DALAM SETIAP TINDAKAN
-       Apabila kita betul-betul ikhlas dalam sesuatu perbuatan maka ganjarannya pasti ada. Namun untuk mendapatkan ganjaran tersebut ia memerlukan kita kadangkala menempuh ujian hidup yang pasti memeritkan.

#Mengapa Zahid masuk penjara....mengapa Sabron memusuhi Adam......korang bacalah ya he he.....nipis tapi sarat dengan pertarungan.

Tuesday 27 February 2018

NOVEL AKU AKAN DATANG


Image result for novel aku akan datang


Yeah....saya suka novel ni.....santai dan rileks...perasaanpun agak lega sepanjang pembacaan....maknanya tidak adalah konflik berat sampai berkerut-kerut dahi ketika membacanya. Jiwa tenang dan selepas sahaja selesai pembacaan terpancar senyuman kepuasan dan kegembiraan hasil hiburan santai melalui pembacaan he he.....novel ini merupkaan karya IMAN NIZRINA....rasanya pertama kali kot saya membaca karya beliau. Buku ni kombo dengan Pilihan Hati Mr Milionaire yang dipromosikan oleh Suara Hati Publications.

Kisahnya simple sahaja. Kisah tentang gadis yatim bernama Hanni yang kehilangan ibunya sejak dia berusia 12 tahun. Dia dibesarkan dalam keadaan yang tidak diterima dengan sepenuh hati oleh keluarga ayah kandungnya iaitu Tuan Najwan ahli perhotelan yang berjaya. Hal ini disebabkan Tuan Najwan beranggapan Hanni bukan anaknya kerana dia yakin isterinya Hajar curang kepadanya. Dia telah menceraikan isterinya yang sedang mengandung pada waktu itu. Hal ini menyebabkan Hanni seolah-olah dilabelkan sebagai anak luar nikah oleh keluarga ayahnya. Konflik menjadikan Hanni seorang gadis yang tegas dalam pendirian dan sangat berdikari. Dia mencari kehidupan sendiri dan dia sebenarnya merupakan seorang fotografi terkenal di peringkat antarabangsa tetapi bersembunyi di bawah nama Hezzy.

Perkenalannya dengan Iskandar seorang arkitek berjaya tetapi terkenal dengan perangai kasanova melalui Sara yang selalu keluar dengan lelaki itu menyebabkan dia berasa sebal dan benci dengan ‘kegatalan’ lelaki itu. Iskandar juga tidak menyenangi sikap Hanni yang terlalu kasar dan tidak sesuai dengan sifat seorang wanita di mata Iskandar. Dalam proses tidak sebulu mereka, Hanni menggelar Iskandar sebagai mawas manakala Hanni pula Iskandar gelar anak singa. Rasa tidak senang antara mereka berterusan sehinggalah mereka bersama-sama menghadiri majlis di Pulau Pinang. Bermula dari sini, Iskandar mula melihat sisi baik Hanni yang selama ini tersembunyi dari matanya.

Hubungan mereka mula menjadi baik. Hubungan ini menjadi lebih baik apabila Iskandar terjumpa dengan Hanni ketika di hospital menguruskan anak saudaranya Balqis yang didera oleh ibunya sendiri. Kisah Balqis anak istimewa yang sumbing ini meruntun jiwa Hanni. Dia tidak menyangka sama sekali ada ibu bapa yang sanggup membiarkan anak kandung mereka menderita. Balqis didera dan dikurung kerana ibunya malu mengaku mempunyai anak yang istimewa. Iskandar dan Hanni mengambil keputusan akan menjaga bersama Balqis. Hanni menjadi ibu dan Iskandar menjadi ayah kepada Balqis. Apabila selalu bersama akhirnya timbul rasa saling memerlukan antara mereka. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berkahwin demi Balqis.

Saya suka sikap tegas Iskandar. Dia lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang serta pelindung kepada keluarganya. Hanni yang sentiasa didera oleh persekitaran seperti fitnah Shila dan Nisha serta perangai jahat ibu Balqis iaitu Rania berjaya diselesaikan oleh Iskandar. Iskandar juga berjaya menyatukan Tuan Najwan dan anaknya Hanni melalui bantuan Balqis. Penyatuan mereka membongkar rahsia fitnah terhadap ibu Hanni satu ketika dahulu adalah disebabkan oleh ahli keluarga Tuan Najwan sendiri. Setelah masalah keluarga Hanni selesai, Rania pula membuat onar. Dia tidak berhenti-henti mengacau kehidupan Hanni kerana dia mahukan Iskandar semula. Oh ya.....Rania ni dulu cinta pertama Iskandar namun beralih hati kepada abang Iskandar iaitu Rafi disebabkan pada waktu itu Iskandar belum berjaya dalam kerjayanya. Alasan inilah yang digunakan oleh Rania untuk menganggu kehidupan Hanni. Namun Rafi yang selama ini berdiam diri kerana terlalu sayangkan isterinya akhinya bertindak bijak apabila dia menjatuhkan talak terhadap Rania yang semakin tidak terkawal menganggu keluarga adiknya Iskandar. Apabila semuanya selesai maka cerita ini pun HAPPY ENDING....k dapatan :-

1.    FITNAH PENGHANCUR KEHIDUPAN MANUSIA
-       Fitnah umpama bom jangka masa yang boleh meruntuhkan kehidupan manusia. Fitnah boleh menjadikan hidup seseorang menjadi teruk dan juga menjadikan orang itu menderita. Jaga tutur kata...jaga hati agar tidak mudah menabur fitnah. Sekali kita menjatuhkan orang lain hanya menggunakan fitnah....kesakitan orang tersebut belum tentu akan hilang walaupun dengan seribu kemaafan yang kita pinta.

2.    BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK
-    Jangan terlalu menurut kata hati. Adakalanya hati ini terlalu dipengaruhi oleh perasaan. Cuba seimbangkan dengan akal fikiran yang waras supaya setiap tindakan yang kita lakukan tidak membawa kemudaratan pada masa hadapan.

#Dalam saya seronok cerita ini, ada satu persoalan yang tidak terjawab sebenarnya....siapa yang menyebabkan Hanni pengsan ketika dia membantu suaminya Iskandar yang dalam keadaan tidak bermaya disebabkan pil yang dimasukkan ke dalam minuman. Ketika dia bersama Zakuan memapah Iskandar, ada seseorang yang telah memukul Zakuan dan memengsankan Hanni namun sampai ke hujung cerita tidak diketahui siapa...yang lebih menimbukan tanda tanya kerana daripada peristiwa inilah Hanni dan Iskandar pertama kalinya menjalani kehidupan mereka sebagai suami isteri yang sebenar...tapi logiknya sapa yang lakukan itu dan atas tujuan apa...kalau kata nak buat jahat tapi kenapa kebaikan tu kepada Hanni dan Iskandar he eh.....

Apa-apaun cerita ni masih best k.....

Saturday 24 February 2018

NOVEL CINTA YANG PULANG


Image result for novel cinta yang pulang

 Novel ini merupakan karya WAWA AKIL. Rasanya ini novel pertama karya beliau yang saya baca. Dalam simpanan ada beberapa buah lagi yang belum sempat dibaca sebab saya beli buku ni secara kombo....memang jimat he he. Selesai sahaja saya membaca novel Pilihan Hati Mr Milionaire..saya teringin untuk membaca sesuatu yang santai untuk menenangkan jiwa sebab novel sebelumnya tu agak merumitkan minda pembacaan saya he he.....novel tu banyak sangat konflik walaupun ia hanya berkisar dendam disertakan pula dengan khilaf manusia hedonisme menganggu jiwa saya...ooh ya saya ada buat review tentang novel tu dalam blog ni jadi korang bolehlah baca.

Berbalik semula pada novel ini....fuuh...pilihan yang tepat ha ha...novel ni sangat santai...plot cerita yang menyenangkan. Malahan membuatkan saya sangat terhibur. Saya boleh ketawa sorang-sorang sampai husband naik pelik dan siap tanya kenapa ketawa. Tak adalah kelakar sangat tetapi gelagat adik-adik kembar Dina tu sangat mencuit hati saya. Unsur humor penulis ni sangat baik.

Kisah ni tentang Adina Insyirah yang pernah disakiti oleh Noah Imran ketika mereka berusia 17 tahun. Noah telah menuduh Dina menyebarkan gambara tidak senonoh kekasihnya Thia. Noah telah mengeluarkan kata-kata makian dan hinaan yang betul-betul merenggut maruah diri Dina. Selepas peristiwa itu, Dina dan keluarganya telah berpindah ke Australia kerana ayahnya berkerja di sana. Selepas sahaja pemergian Dina, terbongkar kisah sebenar bahawa penyebaran gambar itu bukan dibuat oleh Dina. Noah menyimpan rasa sesalnya yang tidak berkesudahan. Selama 12 tahun dia menunggu semoga ada ruang untuknya memohon kemaafan.

Mereka ni sebenarnya tinggal berjiran. Setelah 12 tahun Dina sekeluarga telah kembali ke rumah mereka. Noah yang juga sudah mula tawar hati dengan Thia yang terlalu sosial mula merasa rindu dan ingin bertemu dengan gadis yang pernah dizaliminya satu ketika dulu. Pertemuannya dengan Dina semula membuka lembaran baru untuk Noah kerana dia mula jatuh cinta pada gadis tersebut. Tetapi berbeza dengan Dina sebab yang ada dalam dirinya hanyalah rasa dendam dan marah yang tidak berkesudahan terhadap lelaki yang sanggup menghinanya satu ketika dulu. Namun jauh di sudut hati Dina, dia masih menyimpan satu rasa terhadap lelaki itu.

Noah berusaha untuk memikat hati Dina. Dia mendapat bantuan dan sokongan daripada kedua-dua belah keluarga. Malahan atas bantuan ibu-ibu mereka Dina telah dipaksa menjadi PA Noah....maka senanglah kerja Noah he he buah hati sentiasa ada di depan mata. Tambah syok adik kembar Dina juga menyokong Noah menjadi abang ipar. Gelagat mereka nilah yang menghiburkan hati. Namun biasalah mesti ada langau yang munculkan. Thia yang sudah berpasangan dengan Noah selama berbelas tahun mana mungkin menerima kenyataan. Penat Noah terangkan tapi Thia tetap dengan pendirian. Urusan Thia ni mendapat sokongan daripada Datuk Saziman yang menyimpan rasa tercabar terhadap Dina kerana dia jenis lelaki gila yang  pantang perempuan tidak tunduk kepadanya.

Thia telah mengatur rancangan menculik Dina dengan kerjasama Datuk Saziman namun Thia bertindak terlebih awal. Ketika penculikan itu, Thia dan Datuk Saziman berebut nakkan Dina. Nasib tidak ada apa yang buruk berlaku pada Dina kerana bantuan tiba tepat pada masanya. Selepas itu...HAPPY ENDING...k dapatan novel :-

1.    SEKALI KITA DILUKAI MAKA KESAN LUKANYA KEKAL TERPAHAT
-      Betullah kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang. Sekali kita mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati orang maka sampai bila-bila kesan lukanya akan kekal dalam hati orang tersebut. Nak mengubati hati yang sudah terluka bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh itu, berhati-hatilah dalam pertuturan kita.

2.    JANGAN MEMBINA HARAPAN PADA ORANG LAIN
-       Jika tidak mahu sesuatu perhubungan itu menjadi lebih rumit pada masa hadapan maka jangan awali atau mulai perhubungan itu dengan satu kemesraan yang mungkin disalahertikan oleh orang lain. Jika tidak mahu musibah melanda kerana disebabkan perasaan manusia sanggup bertindak di luar akal waras mereka maka bataskanlah tahap pergaulan anda.

#Apa yang terjadi pada Thia dan Datuk Saziman.....korang baca ya....dan macamana kelakarnya adik-adik kembar Dina dan  rakan-rakan mereka menyokong usaha Noah memikat Dina korang baca juga he he.....


#Di awal-awal penulisan blog, saya suka berikan sinopsis penuh tapi ada orang tegur nanti katanya orang langsung tak baca novel tu...alahai macamlah saya tulis novel penuh he he...maka saya mulakan tinggalkan sedikit persoalan bukan nak mengikut telunjuk atau pendapat orang tapi saja nak buat korang penasaran sedikit he he.....

Thursday 15 February 2018

NOVEL KEJU DI HATIKU


Image result for novel keju dihatiku

Novel ni karya DOMI RYC. Kalau berdasarkan promosi novel ni melalui online katanya ia merupakan novel ala-ala korea. Watak dan latar tempat cerita ini memang di Korea. Malah latar masyarakatnya juga berkisar tentang masyarakat Korea yang terlibat dengan dunia hiburan. Novel ini memaparkan kesungguhan masyarakat Korea untuk membolehkan mereka terlibat dengan dunia hiburan sama ada lakonan, nyanyian ataupun penullisan skrip. Melalui novel ini juga digambarkan bahawa untuk berkecimpung dalam dunia hiburan Korea memerlukan proses yang agak rumit kerana melalui pelbagai audition. Dan melalui novel ini juga saya mengetahui bahawa banyak institusi pendidikan di Korea yang menawarkan kursus persediaan menjadi seorang artis.

Novel ini berkisar tentang Jung Hana gadis yang kematian ibunya ketika berusia 8 tahun. Dia telah dibesarkan oleh ibu tirinya. Dia sangat tidak disukai oleh ibu dan kakak tirinya Jung Hani. Jung Hani telah mengunci Jung Hana dalam bilik kostum namun tidak disangka itulah permulaan perkenalannya dengan seorang model lelaki yang kacak iaitu Daniel Kim. Hubungan mereka tidaklah terlalu baik. Masing-masing cuba untuk menyembunyikan perasaan. Daniel sanggup menjadi stalker kepada Hana semata-mata untuk menjaga keselamatan Hana. Kemunculan Shiwon yang misteri dalam hidup Jung Hana sedikit menimbulkan tanda tanya. Mengapa Shiwon begitu beria-ria membantunya untuk merungkai kes kematian ibu Jung Hana yang selama ini Jung Hana bermati-matian percaya ibunya kemalangan disebabkan kes langgar lari. Namun Shiwon muncul bersama bukti pembunuhan ibunya dan yang lebih mengejutkan pembunuh itu adalah ibu dan kakak tirinya.

Setelah berlaku pertelingkahan dengan Jung Hani, Jung Hana telah keluar dari rumahnya dan atas pertolongan Daniel dia terpaksa menumpang sementara di apartment Daniel. Masalah baru pula muncul apabila wartawan mula menyebarkan gossip hubungan mereka menyebabkan reputasi Daniel tercalar. Jung Hana akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada apartment Daniel dan kembali ke rumahnya. Berlaku pula episode pergaduhan dengan ibu tirinya sehingga menyebabkan ibu tirinya ingin membunuhnya namun malangnya Jung Hani yang terbunuh dalam pergelutan itu. Jung Hana dijadikan tawanan ibu tirinya namun ketika saat-saat dia hampir di bunuh di Sungai Han, Daniel datang membantu. Jung Hana tercedera sewaktu menyelamatkan Daniel. Polis tiba bersama Shiwon dan papa Jung Hana. Akhirnya Jung Hana mengikut Shiwon berpindah ke US. Setelah 4 tahun dia kembali semula sebagai penulis skrip dan akhirnya bertemu dengan Daniel. HAPPY ENDING. K dapatan novel ini :-

1.    PENIPUAN VS KEBAHAGIAAN
-       Sebesar manapun penipuan yang kita sembunyikan satu hari nanti pastikan akan terbongkar juga. Kebahagiaan yang dibina atas dasar penipuan tidak akan sampai ke pengakhiran yang membahagiakan.

2.    KASIH SAYANG VS KEKAYAAN
-       Nilai kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kemewahan yang kita miliki tidak mampu untuk membeli sebuah kasih sayang kerana rasa sayang tidak boleh dipaksa-paksa. Ia hadir secara semulajadi dalam diri kita.
#Nak kata korea sangat....k lah...watak dan latar dah korea dah he he....terhiburlah juga dengan novel ini. Jangan pula korang anggap macam drama Korea tu yer...ooopss...apa hubungan Shiwon dengan Jung Hana.....alamak lupa nak cerita.....alah korang bacalah ya....bagi suspens sikit...he he 

Wednesday 14 February 2018

NOVEL PENGARAH CINTA TERBAIK


Image result for novel pengarah cinta terbaik

Sudah lama berhenti rehat daripada membaca buku keluaran Love Novel sebab sebelum ini saya banyak order buku daripada penerbitan ini. Mungkin benar jugalah tanggapan peribadi saya iaitu jika kita terlalu kerap membaca buku daripada penerbit atau penulis yang sama dalam tempoh masa yang lama maka akan terbit perasaan seolah-olah jemu dengan jalan cerita he he. Berpaksikan sebab itulah maka saya cuba untuk berehat sekejap daripada penerbit atau penulis yang sama risau mengundang rasa jemu di jiwa. Oh ya, jangan pula kata saya mengutuk atau mengkritik buku-buku keluaran Love Novel...tidak itu bukan maksud saya....saya juga peminat buku-buku keluaran penerbitan ini cuma sebagai insan biasa kita perlu bijak untuk mengatur dunia pembacaan sendiri agar kekal berkembang dan menghiburkan dengan tujuan membaca untuk hiburan dan mengisi masa lapang he he....

Saya pilih novel karya ALSYA KHAIRIN sebagai tirai pembukaan pembacaan semula buku Love Novel he he sebab ada beberapa lagi koleksi yang belum dibaca. Lama tak baca buku Love Novel....rasa rindu pula he he. Biasanya buku Love Novel ni kalau anda nak cerita tentang pergolakan dunia percintaan memang tidak mengecewakan kerana memang buku-bukunya akan penuh dengan pemaparan pelbagai konflik dalam dunia percintaan.

Novel ini berkisar tentang kisah seorang gadis malang bernama Citra Nur Alfiya yang hidup dalam kesusahan selepas kematian ayahnya. Hidup mereka bertambah malang apabila ibunya yang terlalu meratapi pemergian ayahnya pula hilang penglihatan. Doktor telah mengesahkan bahawa ibu Citra boleh sembuh dan dapat melihat semula selepas pembedahan namun memerlukan kos RM 30 ribu. Citra yang hanya bekerja kilang semestinya tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu. Oleh itu, dia telah meminta bantuan Qammar tunangnya agar dapat membantu dia mendapatkan part time job sebagai tea lady di produksi tempat Qammar menjadi jurukamera.

Rasfal Haqemmi pula seorang pelakon dan pengarah muda terkenal yang dilanda kontroversi dituduh sebagai gay. Pelbagai cerita dan gambar mengenai kehidupannya sebagai gay telah tersebar menyebabkan maruah keluarganya tercemar. Masalah Rasfal bertambah apabila Fiona pelakon wanita yang selalu bergandingan dengannya membuat kenyataan yang mereka mempunyai hubungan istimewa. Akibat desakan untuk membersihkan namanya Rasfal telah mengikut idea gila pengurus aka teman baiknya Atif agar berkahwin melalui perjanjian dengan Citra. Mereka cuba mempergunakan keadaan gadis malang itu yang dalam keadaan terdesak untuk mencari duit membiayai pembedahan mata ibunya. Cadangan perkahwinan itu menjadi mudah apabila Qammar tunang Citra sendiri bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk melepaskan Citra. Dia juga berjanji dengan Citra akan berkahwin semula dengannya selepas setahun berkahwin dengan Rasfal. Sebagai balasannya Rasfal akan menanggung perbelanjaan pembedahan tersebut.

Tarikh pembedahan ibu Citra serentak dengan tarikh pernikahannya. Maka atas nasihat ibunya Citra meneruskan pernikahannya dengan harapan selepas sahaja dia menikah ibunya akan dapat melihat semula. Namun takdir menentukan bahawa ibu Citra meninggal selepas pembedahan menyebabkan Citra dalam keadaan yang sangat tertekan. Apatah lagi dengan status perkahwinannya dengan Rasfal yang hanya bersifat sementara. Dalam proses mereka melayari alam perkahwinan banyak perkara yang berlaku khususnya dari segi konflik perasaan antara Citra dan Rasfal. Kedua-duanya mula hanyut dengan kehadiran satu perasaan baru yang menghuru-harakan ketenangan hidup mereka. Namun disebabkan ego terutamanya Rasfal mereka tenggelam dengan dunia ciptaan sendiri.

Nasib baik Atif ni jenis sahabat yang sentiasa cuba untuk membangkitkan Rasfal daripada rasa egonya dan mengakui perasaannya terhadap isterinya sendiri. Pasti kehadiran Qammar yang selalu mempergunakan Citra menyulitkan perhubungan mereka. Kehadiran Raqeeb abang kepada Rasfal turut mengeruhkan konflik kerana emosi Rasfal akan berubah menjadi baran setiap kali adanya Raqeeb. Rasfal seolah-olah menyimpan satu rahsia dendam terhadap  abangnya. Rahsia dendam terbongkar apabila Rasfal memaklumkan Imran anak kecil yang satu ketika dulu dibawa ke dalam keluarga mereka merupakan anak Raqeeb dengan Mya. Raqeeb terkejut kerana dia tidak mengetahui hal tersebut. Namun dia sedar yang dia sudah terlanjur dengan Mya. Tambah mengeruhkan keadaan apabila Mya pada waktu itu merupakan kekasih Rasfal tetapi jatuh cinta dengan abang kekasihnya sendiri. Rasfal berdendam dengan Raqeeb kerana Mya meninggal dalam pangkuannya. Raqeeb bertaubat dan berjanji akan menjaga anaknya Imran.

Hubungan Citra dan Rasfal juga menjadi baik. Mereka mula menjalani kehidupan seperti suami isteri yang lain namun halangan pasti muncul apabila Qammar datang membuat kekecohan. Hal perkahwinan mereka telah diketahui oleh ibu Rasfal menyebabkan Citra telah dihalau. Rasfal berada dalam kekecewaan apabila mendapati isterinya telah tiada. Dia turut berhadapan dengan kemarahan ibunya. Lama baru dia tersedar bahawa kontrak yang mereka bina itu tidak sah selama ini kerana dia tidak pernah menurunkan tandatangan pada perjanjian itu. Bererti perkahwinannya dengan Citra bukan berdasarkan kontrak. Citra menghilang selama setahun bersama dengan kandungannya. Akhirnya Rasfal berjaya menjejaknya. Rasfal menculik anaknya sendiri kerana dia tahu isterinya seorang yang degil. Citra tidak ada pilihan selain mengikut Rasfal kembali semula. Mereka menuntut kemaafan daripada ibu Rasfal dan semuanya pulih seperti biasa HAPPY ENDING. K dapatan novel ini :-
1.    BERBALOIKAH HARGA SEBUAH PENGORBANAN
-       Ramai saja di antara kita yang sanggup untuk melakukan sesuatu atas nama pengorbanan namun natijahnya berbaloi atau tidak untuk kita lakukannya. Kesilapan memilih pilihan hidup bukan sahaja memerangkap jalan hidup seterusnya tetapi juga menjanjikan seribu kedukaan. Oleh itu, berfikirlah sebelum anda mengorbankan diri. Citra berkorban segala-galanya demi ibunya kerana termakan dengan pujuk rayu tunang tak gunanya itu. Nasib baik Citra jatuh  ke tangan lelaki budiman yang masih berperikemanusiaan terhadapnya.

2.    MARUAH VS EGO
-       Adakalanya kita keliru dengan dua keadaan ini. Kita sedang mempertahankan maruah kitakah atau kita sedang menjunjung ego. Kalau rasa tidak mahu menderita berpanjangan rendahkanlah ego anda supaya anda tahu isi hati yang sebenarnya.


#Banyak juga konflik dalam usaha memperjuangkan cinta dalam novel ni. Sempat jugalah nak sesak nafas dengan kemunculan konflik tersebut. Nak tahu dengan lebih detail....bacalah novel ni...oh ya....cerita Raqeeb dan Rasfal tak tau lagikan....diorang akhirnya berbaik semula dan si kecil Imran pun menjadi anak yang normal. Apa yang berlaku dengan Imran....saya tinggalkan sedikit persoalan agar korang tertarik untuk membaca buku ini he he.....jangan marah....

Tuesday 13 February 2018

NOVEL MENTORKU SUAMI AKU


Image result for novel mentor suamiku

Novel ini merupakan karya CAHAYA AINN. Pertama kali membaca karya beliau. Buku ini saya beli ketika mengunjungi kedai buku Popular. Tidak pernah dapat review tentang novel ini namun disebabkan sinopsis dan tajuk buku ni agak menarik minat saya maka buku ni selamat berada dalam pelukan ha ha.....

Cerita buku ni simple sahaja. Santai dan menghiburkan. Jiwa anda tenang ketika membacanya sebab tidak ada konflik yang menyesakkan jiwa. Yang ada hanyalah rasa geram sahaja he he. Kalau anda tidak menyukai cerita yang ramai orang kata klise umpama Cinderalela bertemu dengan Prince Charmingnya.....tak payahlah baca buku ni....nanti masuk hospital pula sebab sakit jiwa dengan ceritanya... tapi bagi mereka yang seangkatan dengan saya...membaca untuk mendapatkan hiburan atau mengisi masa lapang dan tak kisah dengan cerita klise macam ni....seronok novel ni he he.

Kisah ni tentang Wafa yang baru mendapat pekerjaan sebagai Admin Officer di Kuala Lumpur. Hari pertama dia berada di KL berlaku satu peristiwa memalukan apabila dia terkentut dengan bau yang teruk di hadapan sekumpulan mat rempit yang cuba untuk mengusik mereka. Perkara paling mengejutkan ialah antara mat rempit tersebut, salah seorangnya ialah Airil yang merupakan mentor kepadanya. Namun Airil ni teramatlah garang dang tegas terhadap Wafa. Nak terkencing Wafa ni hari-hari dimarah oleh Airil. Dalam marah-marah tu terselit satu rasa dalam jiwa Airil terhadap Wafa.

Bayanglah Wafa yang hari-hari dimarah oleh Airil pastilah perasaannya terluka teruk. Bertambah terkejut beruk dia apabila Airil meluahkan perasaan terhadapnya. Wafa berusaha untuk tidak melayan baran dan cemburu Airil apatah lagi melibatkan Lukman, lelaki pujaan hati Wafa. Kemuncak perhubungan mereka bertambah-tambah teruk apabila Airil telah diumumkan sebagai pewaris syarikat tempat mereka berkerja. Wafa semakin merasakan dia tidak layak untuk berganding dengan Airil. Namun Airil ni gigih sungguh mengurat Wafa. Dia tidak putus asa walaupun Wafa bersungguh-sungguh mengelak daripadanya. Banyak kisah antara dua orang ni boleh membuatkan anda tersenyum-senyum ketika membacanya. K dapatan :-

1.    KESUNGGUHAN MENGGAMBARKAN HASIL
-      Jika kita betul-betul mahukan sesuatu, perkara utama yang kita perlu lakukan ialah BERUSAHA dan TIDAK PUTUS ASA. Namun usaha tersebut perlulah dalam keadaan yang tidak menyebabkan kemarahan orang lain. Adakalanya nak mendesak orang ni satu perkara yang menjengkelkan. Tapi ada juga yang berani dan sanggup berbuat demikian kerana didorong oleh satu rasa iaitu rasa CINTA.

2.    JANGAN TERLALU MEMPERCAYAI SESUATU SECARA LUARAN SAHAJA
-    Sesuatu yang kita nampak secara luaran belum tentu memberikan gambaran penuh tentang sesuatu perkara. Sesuatu yang kita sukai belum tentu yang terbaik untuk kita dan sesuatu yang kita tidak sukai secara luaran mungkin itu adalah yang terbaik untuk kita.


#Jiwa santai membaca buku ni. Tak perlu fikir banyak-banyak. Baca dengan hati yang tenang dan damai he he. Oh ya apa yang berlaku paa Lukman, korang bacalah ya tentang mamat ni...sikit jer watak dia he he

Saturday 10 February 2018

NOVEL CINTA UNTUK DIA


Image result for novel cinta untuk dia- hana

Novel ini mengandungi dua buah mini novel di dalamnya iaitu Zuriat Cinta dan Hati Kita Sama. Oh ya novel ni hasil karya HANA. Kira dah banyak jugalah koleksi Hana dalam rak buku saya dan yang dah diorder cuma belum sampai ke tanganpun ada lagi he he. Saya tertarik dengan teaser Zuriat Cinta...itu yang tak sabar sungguh menanti buku ni. Bila dah dapat ‘peluk’ buku ni.....rasa happy sangat-sangat he he.

ZURIAT CINTA

Cerita ini yang saya tunggu-tunggu. Kisah CEO muda Hiraz yang telah difitnah dan dimalukan oleh bekas isterinya Fira dengan kenyataan dia mandul. Hiraz cuba untuk membersihkan namanya dengan cara membuktikan dia buka  mandul. Oleh itu, dia telah memilih atau pendek kata mendesak Marlia Arrisa menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Panjang sikit kisah dia nak memujuk Marlia untuk jadi isteri dan juga dan dapatkan anak tu. Selepas melahirkan, seperti yang terkandung dalam kontrak Hiraz, Marlia telah meninggalkan Hiraz dan anak mereka Hail. Namun dalam masa yang sama Hiraz ni dah lama suka kat Marlia tetapi sebab EGO jadilah macam tu.

Marlia pula asyik salah sangka saja kerja dia. Yalah, dia tak bolehlah dipersalahkan sebab dari awal lagi memang Hiraz dah pantakkan dalam minda dia yang fungsi Marlia dalam perkahwinan mereka hanyalah kerana dia nak anak untuk membersihkan semula namanya. Atas dasar sayang dengan Marlia jugalah Hiraz sanggup menyerahkan semula Hail dalam jagaan Marlia. Kehidupan mereka kembali pulih apabila Hiraz mula rendahkan egonya semata-mata untuk memastikan dia tidak kehilangan isteri dan anaknya. HAPPY ENDING.

HATI KITA SAMA

Kisah tentang gadis cilik bernama Ressa yang berkahwin dengan Ezkal kawan baik kakaknya. Hal ini kerana Raini kakak Ressa terpaksa berhijrah ke Hong Kong dan Ressa memerlukan penjaga. Oleh sebab perbezaan umur yang agak ketara lebih kurang 10 tahun maka wujud perbezaan watak antara keduanya. Ezkal yang matang dan Ressa yang adakala perangai gila-gila dan keanak-anakkannya muncul.

Konflik timbul tentang isu anak. Ressa di usia muda teringin nak jadi ibu manakala Ezkal pula agak keberatan disebabkan trauma yang dilaluinya. Ezkal sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak namun dia kehilangan orang-orang tersayang. Oleh sebab tidak berterus-terang dengan Ressa merumitkan keadaan hubungan mereka. Namun semuanya terlerai dengan baik. HAPPY ENDING.


#Jujur.....saya tak berapa minatlah baca yang mini novel ni sebab macam tak puas he he...walaupun penulis berjaya juga merungkai kesemua persoalan melalui pelbagai teknik penceritaan yang digunakan tetapi jiwa pembacaan saya masih tamak untuk tahu dan ingin tahu semua benda dengan lebih detail. Namun jika ditanya perlu sambungan tak....saya lagi tak berapa gemar dengan cerita sequel ni hu hu....apa-apapun kalau ada...rasanya saya beli jugalah......ha ha

NOVEL JIBRAEL


Image result for novel jibrael

Fuuh....ini novel kedua yang saya baca dalam tempoh satu hari....penangan dah lama tak membaca gamaknya...habis dua novel dalam satu hari he he.....kedua-duanya novel karya SUCI HIDAYAT.....Cuma daripada genre yang berbeza. Kalau novel yang pertama Tuan I Love You tu...lebih kepada genre komedi yang adakalanya saya tidak berkenaan dengan watak sengal dan gedik Ain maka novel yang ini berjaya mengubat kesebalan di jiwa dan ternyata karya yang ini memang saya suka dengan cara penulisan beliau he he....

Novel ini merupakan novel Badboy Project kedua yang saya baca. Sebelumnya adalah Qidran dan satu lagi yang masih dalam simpanan adalah Rafael. Apabila sudah membaca yang kedua...andaian saya bahawa novel Badboy Project mesti berpaksikan dendam ternyata betul. Cuma untuk rumus ketiga-tiganya sekali saya tidak berani kerana Rafael belum lagi saya baca.

Dendam pemusnah kepada jiwa seorang lelaki yang sebelum ini sangatlah baik, penyayang dan bertanggungjawab. Namun akibat angkara seorang Zara Azalea yang tergamak mencalar maruah Ku Jibreal sekeluarga pada hari pernikahan mereka menyebabkan Jibrael bertukar menjadi manusia pendendam. Apabila dendam mula menguasai maka secara tidak langsung segala sifat buruk yang lain akan muncul secara pakejnya. Dendam akan menjadi bara api yang akan menyalakan sifat kejam dan zalim sehingga hilang perkemanusiaan.

Jibrael menikahi Dara Adelia atas sebab inginkan zuriatnya. Dia memilih Dara untuk menjadi wanita yang melahirkan anaknya. Jibrael mendapatkan Dara dengan cara paksaan dan ugutan hutang budi. Dara yang pada waktu itu tidak ada pilihan terpaksa menerima tawaran Jibrael kerana mahu mendapatkan duit menanggung kos rawatan ibunya. Nasib saja Dara ini disukai oleh mentuanya Ku Jasmin dan Ummi Lisa maka terubatlah juga rasa duka di jiwa.

Perasaan bercampur baur saat Jibrael menjadikan Dara sebagai hamba abdi dalam rumahnya. Penyeksaan zahir dan batin terhadap Dara berterusan dan bertambah teruk apabila baran Jibrael datang. Saat Dara keguguran kali pertama sangat sedih apabila Jibrael menuduhnya sengaja mengugurkan kandungan kerana takut kehilangan Jibrael. Jibrael mengharamkan Dara untuk mencintainya. Jibrael memperkukuhkan ugutan terhadap Dara andainya dia tidak mengandung sehingga ulang tahun pertama perkahwinan mereka maka Dara akan diceraikan di hadapan semua orang. Waktu ni rasa nak hempuk jer kepala Jibrael.....kejamnya manusia....

Saat sedih pula muncul apabila tempoh Dara menyusukan anaknya Jazriel tamat seperti yang mereka persetujui. Part yang ini memang sedih beb....tak taulah pula kalau korang rasa biasa-biasa saja....saya sedih menggambarkan perasaan seorang ibu yang dipaksa meninggalkan anaknya yang baru berusia 6 bulan. Jangan kata Dara bodoh kerana telah termaktub gentian nyawa antara ibunya dengan anaknya dengan Jibrael sejak dari awal perkahwinan mereka. Namun tiba-tiba resah di jiwa saya kembali bersinar bahagia apabila penulis memutarkan plot.......Dara Adelia binti Zainal Abidin....aku ceraikan kau dengan ungkapan AKU CINTAKAN KAU.....

Fuuh.....senyuman saya melebar ha ha....puas hati sungguh...tak perlah tutup mata jerlah semua penyeksaan yang Jibrael buat pada Dara asalkan endingnya mereka mula bahagia ha ha.....saya puas hati betul dengan endingnya sebab betul-betul memuaskan hati saya. Kemunculan Azalea pun Jibrael buat tak layan malah siap tengking lagi...huuh....macam tu lah....jangan bagi muka...he he....HAPPY ENDING...k dapatan novel :-

1.    DENDAM PEMUSNAH HIDUP
-      Dah banyak  kali dah saya ingatkan diri saya tentang hal ini. Banyak benda yang berlaku di persekitaran kita yang digambarkan dalam novel  berpunca daripada dendam kesumat yang membakar jiwa. Jika kita boleh berlapang dada dengan apa yang berlaku..kesannya tidaklah dua tiga kali ganda menghentam jiwa sehingga melenyapkan nilai perikemanusiaan dalam diri. Memang perkataan MAAF sukar untuk dilafazkan tetapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk membuka sedikit ikatan dendam itu agar mampu menjalani kehidupan dengan lebih tenang.

2.    REDHA DENGAN ATURAN ALLAH
-       Sejauhmanapun kita merancang jika itu bukan yang terbaik maka kita tetap tidak akan memilikinya. Berusahalah untuk redha walaupun memang perit dan menyakitkan kerana di penghujungnya pasti Allah berikan yang terbaik. Apa yang penting usaha dan pengharapan yang tak pernah putus kepada Allah pemilik setiap helahan nafas kita.

#Qidran dan Jibrael sudah kutakluki....kini hanya tinggal Rafael menunggu masa ha ha...oh ya....Zara Azalea dan Dara Adelia....ada sesuatu antara mereka yang menyebabkan Jibrael memilih Dara sebagai wanita pilihannya. Nak tau apa...saya tinggalkan untuk korang rungkai dalam novel ini ya...he he...

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...