Ini merupakan novel kelima karya Suri Ryana yang telah saya baca.....penulis ini memang seorang yang berbakat besar dan mempunyai gaya penulisan yang tersendiri....jika nak membaca novel yang sweet-sweet.....carilah karya penulis ini he he...tpi saya tidaklah mengatakan hasil karya beliau hanya berkaitan dengan yang sweet sahaja tau....beliau mungkin ada sahaja banyak lagi novel lain yang memaparkan plot dan tema cerita yang lain....tapi yang saya baca hanyalah yang genre sweet2 ni sebab memangpun tujuan nak cari hiburan yang sweet jugakan he he.....
Mula-mula saya terlihat tajuk novel ini....jujur saya tidaklah terlalu teruja sebab saya masih lagi terbayang-bayangkan cerita yang 7 Hari Mencintaimu yang begitu popular sebelum ini...jadi saya mempunyai andaian asal ada 'hari-hari' ni memang cerita macam tu lah.....jadi saya tangguhkan niat untuk membuat pembelian secara online......namun ntah mcmana saya terbaca review tentang novel ni....macam bestlah pula he he.......dan setelah membaca novel ini....dapatan saya ialah :-
1. KEPERCAYAAN KUNCI KEPADA SEBUAH PERHUBUNGAN
- Jika kita inginkan sebuah perhubungan yang berkekalan maka tanamlah nilai kepercayaan kepada pasangan kita. Adakalanya perasaan cemburu yang menguasai diri akan menyebabkan kita mudah hilang pertimbangan dan sukar untuk berfikir secara rasional. Diikuti pula dengan perasaan marah dan merasakan diri telah dikhianati memburukkan lagi keadaan. Oleh itu syaitan mudah masuk main peranan untuk membakar lagi bara kebencian agar perhubungan sah yang terjalin akan terlerai begitu sahaja. Kalau dah sayang, apa salahnya mendengar dan memberi peluang kepada orang yang kita sayang untuk memberikan penjelasan. Jangan main hentam keromo dan meletakkan ego masing-masing di tahap yang tertinggi. Jika ini berlaku maka bersedialah untuk menerima keretakan dalam perhubungan yang pasti menyakitkan. Begitulah juga permasalahan yang dihadapi oleh Isaac Iskandar dan Melissa dalam novel ini. Dek perasaan marah, cemburu dan terasa dikhianati maka perpisahan tanpa sebarang penjelasan telah diambil menyebabkan banyak pihak yang terasa disakiti terutamanya si kecil Dina.
2. JANGAN MENGANIAYAI DAN MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS ORANG LAIN.
- Saya paling geram dengan orang yang memaksa orang lain untuk menyukai malah mencintainya. Malah sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang disukainya hidup bersamanya. Fikirlah secara logik, apa yang kita dapat dengan memaksa orang lain untuk hidup bersama kita sedangkan dia nak tengok muka kitapun langsung tak ada makna malah terpahat seribu kebencian. Janganlah berandaian bahawa orang lain akan mudah menerima setelah pelbagai kejahatan yang telah kita lakukan untuk memilikinya. Akurlah bahawa dia mungkin bukan yang terbaik untuk kita. Oleh itu, tidak perlulah menganiayai orang lain dengan mengambil kesempatan terhadap kebaikan ataupun kelemahan orang tersebut untuk kepentingan sendiri. Rania watak perempuan gedik yang hanya tahu mengambil kesempatan terhadap hubungan Melissa dan Iskandar dengan mempergunakan ibu dan adik Iskandar sendiri. Namun niat yang jahat ini tidak selamanya akan kekal. Pasti akan terbongkar satu hari nanti dengan cara yang lebih memalukan dan mengaibkan diri sendiri.
3. HARGAI MASA DEPAN ANAK-ANAK KECIL. SEKALI MEREKA TERLUKA MAKA IA AKAN MEMBENTUK SIKAP MEREKA PADA MASA HADAPAN.
- Kita sentiasa beranggapan bahawa anak-anak akan menerima sahaja apa yang ibu bapanya telah tetapkan. Namun kita lupa bahawa mereka juga mempunyai perasaan tersendiri. Mereka juga mempunyai suara hati mereka sendiri. Mereka juga berhak untuk mengecapi nikmat kebahagiaan hidup yang bukan sahaja seratus peratus ditentukan oleh ibu bapanya tetapi juga oleh jiwa mereka sendiri. Contohnya perceraian....ibu bapa berpendapat bahawa satu hari nanti anak-anak akan faham dengan situasi itu. Ya...memang betul mereka akan faham tetapi dalam proses mereka memahami situasi tersebut mereka telah melalui lorong kepahitan yang penuh dengan luka-luka kecil dan dalam dalam jiwa mereka. Dina yang kehilangan ibunya berasa terpencil dan rendah diri apabila rakan-rakannya hidup bahagia bersama keluarga masing-masing.
SINOPSIS
Kisah ini tentang Melissa yang telah digantung tanpa tali oleh suaminya Isaac Iskandar selama 2 tahun. Selama itulah Melissa merasakan hidupnya sangat menderita kerana dia ditinggalkan langsung tanpa sebarang penjelasan daripada suaminya. Malah dia lebih tertekan apabila ibu mertuanya sendiri yang membuangnya seperti sampah pada hari dia diusir daripada rumah mereka. Melissa tambah tertekan apabila dia sangat merindui anak susuannya iaitu Dina. Walaupun Dina bukan anak kandungnya tetapi Melissa sangat menyayanginya seperti anaknya sendiri kerana ibu kandung Dina iaitu Emilia yang merupakan isteri pertama Iskandar telah meninggal dunia sewaktu melahirkan Dina. Melissa telah menjadi ibu susuan Dina sebelum dia berkahwin dengan Iskandar.
Seorang lelaki yang tidak dikenal telah memberikan alamat Iskandar yang kini berada di Itali kepada Melissa. Melissa telah mengambil keputusan untuk menjejaki Iskandar untuk mendapatkan penjelasan dan kata putus suaminya tentang status hubungan mereka. Sepanjang berada di Itali, Melissa tinggal bersama sepupunya Zati yang sedang melanjutkan pelajaran di sana. Pertemuan Melissa dengan Iskandar secara tidak sengaja membuatkan Melissa merasakan dirinya belum bersedia berhadapan dengan suaminya apatah lagi sudah ada perempuan yang mendampingi Iskandar iaitu Rania.
Pertemuan semula Melissa dengan Dina telah meninggalkan kesan yang begitu dalam terhadap mereka berdua. Dina yang masih mengenali Melissa berulangkali membuat perangai semata-mata untuk bersama dengan mama yang dirinduinya. Melissa semakin bingung apabila Iskandar tidak mahu menceraikannya dengan alasan dia mahu Melissa terseksa dengan situasi mereka sebagai balasan terhadap perbuatan yang telah Melissa lakukan padanya. Melissa semakin buntu apatah lagi ibunya terus-terusan mendesaknya menuntut cerai secara fasakh dan menerima lamaran Hilman yang sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya.
Melissa yang tidak berpuas hati dengan tindakan Iskandar yang tidak mahu menunjukkan bukti penipuan yang kononnya telah dilakukan oleh dirinya menyebabkan Melissa telah mengambil keputusan mencari bukti tersebut dengan menggeledah bilik suaminya. Dia begitu terkejut apabila menemui sepucuk surat yang ditandatanganinya menyatakan bahawa dia tidak mahu bersama dengan Iskandar kerana mahu bersama dengan lelaki lain. Turut ada bersama surat itu adalah gambarnya bersama Hilman yang sengaja diambil dari 'angel' yang salah semata-mata untuk menunjukkan dia ada hubungan sulit dengan lelaki itu. Melissa begitu terkejut kerana dia masih ingat sewaktu gambar itu diambil...ibunya ada bersama mereka.
Kebenaran terbongkar apabila Affendi akhirnya memberitahu kisah sebenar. Dialah yang telah menganiayai hubungan Iskandar dan Melissa dengan mengambil gambar Melissa dan Hilman dari sudut yang menimbulkan kecurigaan atas arahan Rania dan hasutan ibu saudara Rania yang juga merupakan Mak Lang kepada Melissa. Iskandar sangat menyesal dan cuba untuk berbaik dengan Melissa semula namun tidak semudah seperti yang diharapkan kerana Melissa rasa begitu terluka dengan perbuatan Iskandar...jeng jeng jeng.....part ni memang sweet...pelbagai cara yang Iskandar buat untuk menawan semula hati isterinya he he....sehinggalah dia menawarkan 100 hari untuk Melissa tinggal bersama semata-mata demi Dina...dan dalam tempoh 100 hari inilah Melissa diberi peluang untuk membuat pilihan sama ada menerima Iskandar atau menolaknya....
Pengarang ini memang hebat kalau nak sweet2....he he....terutama sewaktu mereka berada di Venice.....waktu mlm ulang tahun perkahwinan...sehinggalah mereka akhirnya bersama semula....sama-sama memberikan peluang kedua kepada diri masing-masing....namun ceria tidak berpanjangan apabila Rania sekali lagi muncul membuat onar bersama dengan penyokong tegarnya iaitu ibu Iskandar dan adiknya sendiri. Mereka telah menjalankan operasi menipu Melissa dan Iskandar dengan mengatakan bahawa Datin Seri Ainon hanya boleh hidup selama 6 bulan sahaja kerana dia menghidap kanser. Luluh rasa hati saat-saat menghayati situasi tertekan yang dihadapi oleh Iskandar dan Melissa yang dipaksa untuk menerima kehadiran Rania dalam perhubungan mereka. Iskandar tidak mahu perempuan lain selain Melissa apatah lagi Rania yang terang-terangan punca kepada keretakan hubungan mereka sebelum ini. Melissa pula tidak mampu untuk menerima hakikat dalam usia muda dia akan hidup bermadu namun dia tidak ada pilihan selain daripada akur kepada permintaan ibu mertuanya. Sakit jiwa mereka berdua apabila mengetahui Iskandar ditunangkan dengan Rania yang gedik itu.
Namun tembelang Rania, Intan dan Datin Seri Ainon pecah sewaktu mereka datang untuk membawa Iskandar ke butik pengantin. Kebetulan pada waktu itu, ayah Iskandar ada di situ dan melihat secara tersembunyi penipuan yang dibuat oleh isterinya sendiri dengan meminum air sirap untuk menunjukkan dia sedang sakit. Kemarahannya memuncak....dia telah memasang strategi untuk mencari isteri muda sebagai pengajaran terhadap isterinya yang tidak habis-habis mengenakan Melissa. Waktu ni seronok beb...ha ha....waktu inilah baru dia ingat menantunya....minta Melissa supaya menghentikan tindakan ayah mertuanya untuk bekahwin lain (dia sendiri bermadu tak nak, tapi nak madukan orang lain dia gigih pula.....geram betul manusia mcm ni)..Intan pula telah dibekukan segala hartanya oleh ayahnya...oleh itu dia telah melanjutkan pelajaran.....Iskandar dan Melissa akhirnya boleh hidup dengan aman......happy ending
ooops....apa pula cerita dengan Hilman.....oh ya...Hilman ni pun tak habis-habis juga nak kacau Melissa...dia mengambil peluang untuk memujuk rayu Melisa semasa dia terjumpa Melissa dan Dina yang sedang bercuti di PD tanpa Iskandar kerana pada waktu itu...Melissa dalam keadaan yang tertekan dengan permintaan ibu mertuanya untuk membenarkan Iskandar berkahwin dengan Rania....namun Hero muncul pada waktu yang tepat dan menghancur leburkan niat dan harapan Hilman untuk memiliki Melissa....tu lah...nak juga kejar isteri orang c Hilman ni.....boleh-boleh pula dia meminang Melissa sedangkan Melissa masih bergelar isteri Iskandar yang sah.....giler ker apa....
Note : Tak ada sweetnya...ha ha...korang bacalah sendiri....tak mampu nak menulis ayat-ayat sweet mueet yang penulis ni guna...segala ayat-ayat romantis dalam bahasa Itali pun ada tau....Ti amo...ti amo...sweetheart....fuuuh....tu belum lagi ayat merayu-rayu Iskandar dan Melissa tu....sesuailah dengan tajuknya TI AMO SWEETHEART....memang sweet....tak caya....baca ha ha...okeylah....belanja sikit-sikitlah ya.....

"You have no idea how much i miss you...your voice...your smile...your touch...your cuddles...your kisses.....(Iskandar)
"I miss everything about you too...abang..(Melissa)
"Do you know you're getting more beautiful now?" (Iskandar)
"Sweet talker" (Melissa)
No...bukan sekadar ayat manis. I am being serious. Do you know how many times I wanted kiss you? Do you know how many times I wanted to hold you in my arms? Do you know how many times I have to remind myself to stay away from you?...(Iskandar)
"Sono dipendete dei tuoi baci". (Iskandar)
" Sono pazzo di te" (Melissa)
"Ti amo, sweetheart. I love you so much Melissa...."
"Ti amo...abang...."
BAHAGIA ITU MILIK MEREKA YANG IKHLAS DAN JUJUR DALAM PERHUBUNGAN
No comments:
Post a Comment