Fuuh....ini novel kedua yang saya baca dalam
tempoh satu hari....penangan dah lama tak membaca gamaknya...habis dua novel
dalam satu hari he he.....kedua-duanya novel karya SUCI HIDAYAT.....Cuma
daripada genre yang berbeza. Kalau novel yang pertama Tuan I Love You
tu...lebih kepada genre komedi yang adakalanya saya tidak berkenaan dengan
watak sengal dan gedik Ain maka novel yang ini berjaya mengubat kesebalan di
jiwa dan ternyata karya yang ini memang saya suka dengan cara penulisan beliau he
he....
Novel ini merupakan novel Badboy Project
kedua yang saya baca. Sebelumnya adalah Qidran dan satu lagi yang masih dalam
simpanan adalah Rafael. Apabila sudah membaca yang kedua...andaian saya bahawa
novel Badboy Project mesti berpaksikan dendam ternyata betul. Cuma untuk rumus
ketiga-tiganya sekali saya tidak berani kerana Rafael belum lagi saya baca.
Dendam pemusnah kepada jiwa seorang lelaki
yang sebelum ini sangatlah baik, penyayang dan bertanggungjawab. Namun akibat
angkara seorang Zara Azalea yang tergamak mencalar maruah Ku Jibreal sekeluarga
pada hari pernikahan mereka menyebabkan Jibrael bertukar menjadi manusia
pendendam. Apabila dendam mula menguasai maka secara tidak langsung segala
sifat buruk yang lain akan muncul secara pakejnya. Dendam akan menjadi bara api
yang akan menyalakan sifat kejam dan zalim sehingga hilang perkemanusiaan.
Jibrael menikahi Dara Adelia atas sebab
inginkan zuriatnya. Dia memilih Dara untuk menjadi wanita yang melahirkan
anaknya. Jibrael mendapatkan Dara dengan cara paksaan dan ugutan hutang budi.
Dara yang pada waktu itu tidak ada pilihan terpaksa menerima tawaran Jibrael
kerana mahu mendapatkan duit menanggung kos rawatan ibunya. Nasib saja Dara ini
disukai oleh mentuanya Ku Jasmin dan Ummi Lisa maka terubatlah juga rasa duka
di jiwa.
Perasaan bercampur baur saat Jibrael
menjadikan Dara sebagai hamba abdi dalam rumahnya. Penyeksaan zahir dan batin
terhadap Dara berterusan dan bertambah teruk apabila baran Jibrael datang. Saat
Dara keguguran kali pertama sangat sedih apabila Jibrael menuduhnya sengaja
mengugurkan kandungan kerana takut kehilangan Jibrael. Jibrael mengharamkan
Dara untuk mencintainya. Jibrael memperkukuhkan ugutan terhadap Dara andainya
dia tidak mengandung sehingga ulang tahun pertama perkahwinan mereka maka Dara
akan diceraikan di hadapan semua orang. Waktu ni rasa nak hempuk jer kepala
Jibrael.....kejamnya manusia....
Saat sedih pula muncul apabila tempoh Dara
menyusukan anaknya Jazriel tamat seperti yang mereka persetujui. Part yang ini
memang sedih beb....tak taulah pula kalau korang rasa biasa-biasa saja....saya
sedih menggambarkan perasaan seorang ibu yang dipaksa meninggalkan anaknya yang
baru berusia 6 bulan. Jangan kata Dara bodoh kerana telah termaktub gentian
nyawa antara ibunya dengan anaknya dengan Jibrael sejak dari awal perkahwinan
mereka. Namun tiba-tiba resah di jiwa saya kembali bersinar bahagia apabila
penulis memutarkan plot.......Dara Adelia binti Zainal Abidin....aku ceraikan
kau dengan ungkapan AKU CINTAKAN KAU.....
Fuuh.....senyuman saya melebar ha ha....puas
hati sungguh...tak perlah tutup mata jerlah semua penyeksaan yang Jibrael buat
pada Dara asalkan endingnya mereka mula bahagia ha ha.....saya puas hati betul
dengan endingnya sebab betul-betul memuaskan hati saya. Kemunculan Azalea pun
Jibrael buat tak layan malah siap tengking lagi...huuh....macam tu
lah....jangan bagi muka...he he....HAPPY ENDING...k dapatan novel :-
1.
DENDAM
PEMUSNAH HIDUP
- Dah
banyak kali dah saya ingatkan diri saya tentang hal ini. Banyak benda yang berlaku
di persekitaran kita yang digambarkan dalam novel berpunca daripada dendam kesumat yang
membakar jiwa. Jika kita boleh berlapang dada dengan apa yang berlaku..kesannya
tidaklah dua tiga kali ganda menghentam jiwa sehingga melenyapkan nilai
perikemanusiaan dalam diri. Memang perkataan MAAF sukar untuk dilafazkan tetapi
sekurang-kurangnya kita cuba untuk membuka sedikit ikatan dendam itu agar mampu
menjalani kehidupan dengan lebih tenang.
2.
REDHA
DENGAN ATURAN ALLAH
-
Sejauhmanapun
kita merancang jika itu bukan yang terbaik maka kita tetap tidak akan
memilikinya. Berusahalah untuk redha walaupun memang perit dan menyakitkan
kerana di penghujungnya pasti Allah berikan yang terbaik. Apa yang penting
usaha dan pengharapan yang tak pernah putus kepada Allah pemilik setiap helahan
nafas kita.
#Qidran
dan Jibrael sudah kutakluki....kini hanya tinggal Rafael menunggu masa ha
ha...oh ya....Zara Azalea dan Dara Adelia....ada sesuatu antara mereka yang
menyebabkan Jibrael memilih Dara sebagai wanita pilihannya. Nak tau apa...saya
tinggalkan untuk korang rungkai dalam novel ini ya...he he...
No comments:
Post a Comment