Saya sempat bertanyakan Pakcik Google tentang
maksud Mahabbah....he he walaupun guru Bahasa Melayu dan Sastera namun ilmu perbendaharaan
kata masih cetek dalam diriku.....betullah...banyak membaca walaupun dalam
bentuk cerita memang menjanjikan pelbagai pengalaman dan ilmu baharu yang kita
dapat.....k...Pakcik Google jawab Mahabbah itu lebih kurang maksudnya
CINTA...wah....pandai sungguh Cik Tet mencari tajuk yang memang bertepatan...Mahabbah
Terindah Adam & Hawa = CINTA TERINDAH ADAM & HAWA...
Terus-terang saya susah nak move on daripada
novel ini he he....banyak lagi novel dalam simpanan namun rasanya belum sanggup
untuk menghilangkan jalan cerita novel ini dalam minda saya he he...over
tak......walaupun jalan ceritanya biasa-biasa saja dan mungkin akan meloyakan
bagi mereka yang tidak meminati genre seperti ini tapi pada saya tetap menarik
kerana saya menyukai genre seperti ini ha ha......saya tersentuh dengan
kepetahan watak si comel Uyi....walaupun pelat namun cukup
menghiburkan.....antara hasil dapatan :-
1. CEMBURU : SAYANG ATAU DENDAM
Orang selalu kata,
cemburu tu tandanya sayang namun orang juga mudah lupa bahawa daripada cemburu
jugalah maka lahirnya dendam yang memakan jiwa dan seterusnya menghancurkan
kehidupan orang lain. Disebabkan rasa cemburu pada teman wanitanya menyebabkan
Adam melakukan perkara terkutuk dan menimbulkan kebencian dalam diri Hawa.
Disebabkan cemburu juga kaum sejenis saya iaitu WANITA gagal untuk mengawal
emosi dan melakukan perkara-perkara yang keji. Banyak contohnya dalam novel ini
seperti Lia, Umairah dan juga Kartini.
2. BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK
Gunakan akal rasional
dalam setiap tindak tanduk kita. Berfikir sebelum bertindak seribu kali lebih
baik daripada menyesali apatah lagi memperbetulkannya semula selepas sesuatu
tindakan bodoh yang kita lakukan. Datin Aisah....watak wanita tipikal yang
hanya mengikut nafsu hati tanpa menggunakan rasional akal. Akhirnya diri
sendiri yang merana kerana keterlanjuran diri.
3. NILAI SEBUAH KEMAAFAN
Jika kemaafan adalah
ganjaran kepada sebuah kebahagiaan...walaupun perit namun itulah yang perlu
kita lakukan. Perit macamana sekalipun..nilai kemaafan pastinya mendapat redha
Allah. Hawa wanita cekal yang dijanjikan dengan kebahagiaan melalui salam
kemaafan yang diberikannya.
SINOPSIS
Novel ini berkisar tentang kehidupan Adam dan
Hawa. Simple tapi amat berkesan di hati saya. Perencah pengolahan oleh
penulisnya cukup mengetarkan naluri pembacaan saya. Adam yang begitu menyayangi
Hawa telah menodai gadis tersebut semata-mata kerana cemburunya. Hal ini
menimbulkan kebencian dalam diri Hawa dan dia akhirnya melarikan diri
meninggalkan suaminya. Selepas 3 tahun mereka bertemu semula dan Adam
dikejutkan dengan kehadiran seorang budak perempuan comel yang petah bercakap
walaupun pelat bernama Suri Dahlia Adam Syafik Daniel. Ternyata anak itu
merupakan anak Adam dan Hawa.
Maka bermulalah kisah pujuk memujuk...namun
pasti ada konflik untuk memberatkan cerita melalui watak-watak seperti Lia dan
Umairah yang tak pernah putus-putus mengharapkan cinta Adam. Mereka ni banyak
melakukan onar untuk memisahkan Adam dan Hawa.
Kehadiran watak Suri sangat menambat hati
saya. Keletahnya sangat menghiburkan. Si comel ini jugalah yang menjadi taruhan
kasih sayang ayah dan ibunya. Walaupun terpisah untuk kali kedua...bak kata
Adam....cinta Adam terhadap Hawanya tidak akan pernah terpisah walaupun jarak
menjadi halangan mereka...HAPPY ENDING.....
*Tak larat untuk menceritakan detail he
he....jadi saya belanja sedikit teasernya ya....
KERINDUAN
PERPISAHAN
Satu
keluhan dilepaskan. Mata terpejam seketika. Lantas, wajah ayu itu menjelma di
depan mata. Mengundang pilu yang tak pernah jauh dari hatinya. Jiwanya sakit. Seksa
menanggung rindu pada seraut wajah ayu itu. Wajah yang telah terpahat kemas di
hatinya. Kukuh tanpa terhakis walaupun sedikit. Sungguh, kerinduannya sudah
tidak tertanggung. Kerana luka yang dia palitkan, si dia pergi tanpa sebarang
kesan untuk dia jejak.
PERTEMUAN
SEMULA
Demi
saja lampu terpasang balik, dua pasang mata terus terpaku. Tidak berkelip dan
langsung tidak bergerak. Ia terkunci di situ. Hanya desah nafas yang kedengaran
tidak teratur. Agak lama mereka di situ. Sudah seperti patung cendana. Hanya hati
yang memainkan peranan. Itu pun sukar untuk ditafsirkan.
Hanya menelan
air liur yang tersekat di rongga. Pendengarannya mula kabur dan berpinar. Kepala
terasa begitu berat dan matanya semakin mengecil. Tubuh pula semakin longlai.
“Aa...bang,”
Tubuhnya terjelepok ke bawah namun sempat disambut oleh sepasang tangan sasa.
Tubuh yang
longlai itu dipaut Adam. Sedaya upaya cuba diapungkan dengan tubuhnya. Sebelah tangannya mengangkat
wajah itu menghadap wajahnya. Perasaannya sendiri tengah berperang ketika ini. Antara
percaya dengan tidak, antara yakin dan gementar. Adakah ini suratan ataupun
kebetulan? Yang pasti kini wajah itu ada di depan mata. Tubuh itu kini dalam
dakapannya. Matanya menyoroti setiap sudut wajah lesu di hadapannya. Wajah yang
terlentok sekejap ke depan dan ke belakang itu adalah wajah yang dirindukannya
selama ini.wajah terluka dek kerana perbuatannya dulu.
SAAT SATU
KEBENARAN TERSINGKAP
Adam duduk
di birai katil. Melihat iras wajah halus itu, hati kuat menyatakan kebenaran.
“Hai si
comel. Kenapa menangis ni?” Tegurnya perlahan.
Suri hanya
diam memandang. Sesekali, tangan halusnya nak menyapu sisa air mata di pipinya.
“Sini...
dekat uncle.” Tangan dihulur pada Suri. Si kecil itu jeling tangannya sekilas
sebelum kembali menatap wajahnya. “Jangan takut, uncle Cuma nak kawan aje
dengan si comel ni.”
“Papa...”
Sepatah
perkataan yang keluar dari mulut halus sudah cukup untuk buat lidah Adam
menjadi kelu seketika. Hanya mata yang tak berkelip memandang. Panggilan yang
sama sewaktu mereka bertemu di padang baru-baru ini.
“Papa?
Uncle?” Ibu jari ditunjuk ke dada sendiri. Suri diam. Hanya kepala yang
terangguk perlahan menjawab soalan daripada Adam.
“Nama
siapa?”
“Uyi”
“Bukan,
maksud uncle, nama penuh?”
“Uyi
Ayiyah.”
“Suri
Aliah?”Sebut Adam perlahan. Dia hanya tahu Suri sahaja. Nama yang di belakang
tu dia tak tahu.
“Utanyah
papa niii!”
“Okey...okey!
Mama nama apa?” Soalan ditukar bila si kecil sudah mula tunjuk muka bengang. Cepat
sungguh nak naik angin. Hati melonjak ingin tahun. Inginkan kepastian.
“Mama.
Awa Apichayah.”
“Ooo...Hawa
Nafisa?Betul tu nama mama?”
Suri mengangguk
laju. Ada segaris senyum yang terukir bila papanya menyebut dengan betul nama
mamanya.
“Nama
papa?”
Suri
diam seketika. Matanya hanya tunak pada wajah Adam. “Tu papa Uyiyah.” Mulut dimuncungkan
pada Adam. Tangannya mencapai teddy bear kecilnya dan didakap ke dada. Seakan malu-malu
dengan aksinya tadi.
“Ialah,
papa tahulah ini papa Suri, tapi papa nak juga tahu nama papa Suri ni sapa?”Tersenyum
Adam dengan aksi si kecil. Comel sangat.
Suri pandang
sekeliling. Jemari halusnya bermain-main dengan teddy bearnya.
“Sampai
hati tak tahu nama papa. Papa nak pergilah kalau macam ni.” Adam pura-pura
bangkit dari katil.
“Papa...anyanyah!”Cepat-cepat
Suri menghalang. Papa mana boleh pergi. Dia baru saja berjumpa dengan papa. Mama
cakap papa kerja jauh tapi lama sungguh papanya itu pergi kerja.
“Kalau
tak nak papa pergi, beritahu dulu nama papa.” Desak Adam lagi. Dia betul-betul
nak tahu siapa sebenarnya si comel itu dengannya.
“Atam...Apik.”
Dumm!
Terasa dadanya
dihempap dengan batu yang amat berat sekali. Sakit! Teramat sakit. Sakit dengan
kenyataan yang baru diperdengarkan. Tiba-tiba juga ada sesuatu yang ingin
melonjak keluar dari tubir matanya.
“Atu
aji ni.” Suri bersuara tiba-tiba. Mata bersinar indah. Tak sabar untuk beritahu
pada papanya.
“Apa
dia sayang?” Tangan Adam sudah mula menarik tubuh halus itu rapat ke sisinya. Suri
hanya mengikut. Langsung tidak menolak. Elok saja berlabuh di atas riba
papanya.
“Atam...Apik...Anyel...”
Tergelak
Adam mendengar namanya disebut Suri. Gelak yang muncul bersama dengan tangisan
kegembiraan. Adam Syafik Danial. Itu namanya. Sudah jelas kini, si kecil itu
memang anaknya. Zuriat yang disembunyikan
daripada pengetahuannya.
* Selebihnya bacalah ya....memang tak rugi....berbaloi....jika anda peminat
genre sebegini seperti saya.....
No comments:
Post a Comment