Thursday, 15 February 2018

NOVEL KEJU DI HATIKU


Image result for novel keju dihatiku

Novel ni karya DOMI RYC. Kalau berdasarkan promosi novel ni melalui online katanya ia merupakan novel ala-ala korea. Watak dan latar tempat cerita ini memang di Korea. Malah latar masyarakatnya juga berkisar tentang masyarakat Korea yang terlibat dengan dunia hiburan. Novel ini memaparkan kesungguhan masyarakat Korea untuk membolehkan mereka terlibat dengan dunia hiburan sama ada lakonan, nyanyian ataupun penullisan skrip. Melalui novel ini juga digambarkan bahawa untuk berkecimpung dalam dunia hiburan Korea memerlukan proses yang agak rumit kerana melalui pelbagai audition. Dan melalui novel ini juga saya mengetahui bahawa banyak institusi pendidikan di Korea yang menawarkan kursus persediaan menjadi seorang artis.

Novel ini berkisar tentang Jung Hana gadis yang kematian ibunya ketika berusia 8 tahun. Dia telah dibesarkan oleh ibu tirinya. Dia sangat tidak disukai oleh ibu dan kakak tirinya Jung Hani. Jung Hani telah mengunci Jung Hana dalam bilik kostum namun tidak disangka itulah permulaan perkenalannya dengan seorang model lelaki yang kacak iaitu Daniel Kim. Hubungan mereka tidaklah terlalu baik. Masing-masing cuba untuk menyembunyikan perasaan. Daniel sanggup menjadi stalker kepada Hana semata-mata untuk menjaga keselamatan Hana. Kemunculan Shiwon yang misteri dalam hidup Jung Hana sedikit menimbulkan tanda tanya. Mengapa Shiwon begitu beria-ria membantunya untuk merungkai kes kematian ibu Jung Hana yang selama ini Jung Hana bermati-matian percaya ibunya kemalangan disebabkan kes langgar lari. Namun Shiwon muncul bersama bukti pembunuhan ibunya dan yang lebih mengejutkan pembunuh itu adalah ibu dan kakak tirinya.

Setelah berlaku pertelingkahan dengan Jung Hani, Jung Hana telah keluar dari rumahnya dan atas pertolongan Daniel dia terpaksa menumpang sementara di apartment Daniel. Masalah baru pula muncul apabila wartawan mula menyebarkan gossip hubungan mereka menyebabkan reputasi Daniel tercalar. Jung Hana akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada apartment Daniel dan kembali ke rumahnya. Berlaku pula episode pergaduhan dengan ibu tirinya sehingga menyebabkan ibu tirinya ingin membunuhnya namun malangnya Jung Hani yang terbunuh dalam pergelutan itu. Jung Hana dijadikan tawanan ibu tirinya namun ketika saat-saat dia hampir di bunuh di Sungai Han, Daniel datang membantu. Jung Hana tercedera sewaktu menyelamatkan Daniel. Polis tiba bersama Shiwon dan papa Jung Hana. Akhirnya Jung Hana mengikut Shiwon berpindah ke US. Setelah 4 tahun dia kembali semula sebagai penulis skrip dan akhirnya bertemu dengan Daniel. HAPPY ENDING. K dapatan novel ini :-

1.    PENIPUAN VS KEBAHAGIAAN
-       Sebesar manapun penipuan yang kita sembunyikan satu hari nanti pastikan akan terbongkar juga. Kebahagiaan yang dibina atas dasar penipuan tidak akan sampai ke pengakhiran yang membahagiakan.

2.    KASIH SAYANG VS KEKAYAAN
-       Nilai kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kemewahan yang kita miliki tidak mampu untuk membeli sebuah kasih sayang kerana rasa sayang tidak boleh dipaksa-paksa. Ia hadir secara semulajadi dalam diri kita.
#Nak kata korea sangat....k lah...watak dan latar dah korea dah he he....terhiburlah juga dengan novel ini. Jangan pula korang anggap macam drama Korea tu yer...ooopss...apa hubungan Shiwon dengan Jung Hana.....alamak lupa nak cerita.....alah korang bacalah ya....bagi suspens sikit...he he 

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...