Novel ini mengandungi dua buah mini novel di
dalamnya iaitu Zuriat Cinta dan Hati Kita Sama. Oh ya novel ni hasil karya
HANA. Kira dah banyak jugalah koleksi Hana dalam rak buku saya dan yang dah diorder cuma belum sampai ke tanganpun ada lagi he he. Saya tertarik dengan teaser
Zuriat Cinta...itu yang tak sabar sungguh menanti buku ni. Bila dah dapat ‘peluk’
buku ni.....rasa happy sangat-sangat he he.
ZURIAT CINTA
Cerita ini yang saya tunggu-tunggu. Kisah CEO
muda Hiraz yang telah difitnah dan dimalukan oleh bekas isterinya Fira dengan
kenyataan dia mandul. Hiraz cuba untuk membersihkan namanya dengan cara
membuktikan dia buka mandul. Oleh itu,
dia telah memilih atau pendek kata mendesak Marlia Arrisa menjadi isteri dan ibu
kepada anak-anaknya. Panjang sikit kisah dia nak memujuk Marlia untuk jadi
isteri dan juga dan dapatkan anak tu. Selepas melahirkan, seperti yang
terkandung dalam kontrak Hiraz, Marlia telah meninggalkan Hiraz dan anak mereka
Hail. Namun dalam masa yang sama Hiraz ni dah lama suka kat Marlia tetapi sebab
EGO jadilah macam tu.
Marlia pula asyik salah sangka saja kerja
dia. Yalah, dia tak bolehlah dipersalahkan sebab dari awal lagi memang Hiraz
dah pantakkan dalam minda dia yang fungsi Marlia dalam perkahwinan mereka
hanyalah kerana dia nak anak untuk membersihkan semula namanya. Atas dasar
sayang dengan Marlia jugalah Hiraz sanggup menyerahkan semula Hail dalam jagaan
Marlia. Kehidupan mereka kembali pulih apabila Hiraz mula rendahkan egonya semata-mata
untuk memastikan dia tidak kehilangan isteri dan anaknya. HAPPY ENDING.
HATI KITA SAMA
Kisah tentang gadis cilik bernama Ressa yang
berkahwin dengan Ezkal kawan baik kakaknya. Hal ini kerana Raini kakak Ressa
terpaksa berhijrah ke Hong Kong dan Ressa memerlukan penjaga. Oleh sebab
perbezaan umur yang agak ketara lebih kurang 10 tahun maka wujud perbezaan
watak antara keduanya. Ezkal yang matang dan Ressa yang adakala perangai
gila-gila dan keanak-anakkannya muncul.
Konflik timbul tentang isu anak. Ressa di
usia muda teringin nak jadi ibu manakala Ezkal pula agak keberatan disebabkan
trauma yang dilaluinya. Ezkal sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai
seorang anak namun dia kehilangan orang-orang tersayang. Oleh sebab tidak
berterus-terang dengan Ressa merumitkan keadaan hubungan mereka. Namun semuanya
terlerai dengan baik. HAPPY ENDING.
#Jujur.....saya tak berapa minatlah baca yang
mini novel ni sebab macam tak puas he he...walaupun penulis berjaya juga
merungkai kesemua persoalan melalui pelbagai teknik penceritaan yang digunakan
tetapi jiwa pembacaan saya masih tamak untuk tahu dan ingin tahu semua benda
dengan lebih detail. Namun jika ditanya perlu sambungan tak....saya lagi tak
berapa gemar dengan cerita sequel ni hu hu....apa-apapun kalau ada...rasanya
saya beli jugalah......ha ha
No comments:
Post a Comment