Tuesday, 13 February 2018

NOVEL MENTORKU SUAMI AKU


Image result for novel mentor suamiku

Novel ini merupakan karya CAHAYA AINN. Pertama kali membaca karya beliau. Buku ini saya beli ketika mengunjungi kedai buku Popular. Tidak pernah dapat review tentang novel ini namun disebabkan sinopsis dan tajuk buku ni agak menarik minat saya maka buku ni selamat berada dalam pelukan ha ha.....

Cerita buku ni simple sahaja. Santai dan menghiburkan. Jiwa anda tenang ketika membacanya sebab tidak ada konflik yang menyesakkan jiwa. Yang ada hanyalah rasa geram sahaja he he. Kalau anda tidak menyukai cerita yang ramai orang kata klise umpama Cinderalela bertemu dengan Prince Charmingnya.....tak payahlah baca buku ni....nanti masuk hospital pula sebab sakit jiwa dengan ceritanya... tapi bagi mereka yang seangkatan dengan saya...membaca untuk mendapatkan hiburan atau mengisi masa lapang dan tak kisah dengan cerita klise macam ni....seronok novel ni he he.

Kisah ni tentang Wafa yang baru mendapat pekerjaan sebagai Admin Officer di Kuala Lumpur. Hari pertama dia berada di KL berlaku satu peristiwa memalukan apabila dia terkentut dengan bau yang teruk di hadapan sekumpulan mat rempit yang cuba untuk mengusik mereka. Perkara paling mengejutkan ialah antara mat rempit tersebut, salah seorangnya ialah Airil yang merupakan mentor kepadanya. Namun Airil ni teramatlah garang dang tegas terhadap Wafa. Nak terkencing Wafa ni hari-hari dimarah oleh Airil. Dalam marah-marah tu terselit satu rasa dalam jiwa Airil terhadap Wafa.

Bayanglah Wafa yang hari-hari dimarah oleh Airil pastilah perasaannya terluka teruk. Bertambah terkejut beruk dia apabila Airil meluahkan perasaan terhadapnya. Wafa berusaha untuk tidak melayan baran dan cemburu Airil apatah lagi melibatkan Lukman, lelaki pujaan hati Wafa. Kemuncak perhubungan mereka bertambah-tambah teruk apabila Airil telah diumumkan sebagai pewaris syarikat tempat mereka berkerja. Wafa semakin merasakan dia tidak layak untuk berganding dengan Airil. Namun Airil ni gigih sungguh mengurat Wafa. Dia tidak putus asa walaupun Wafa bersungguh-sungguh mengelak daripadanya. Banyak kisah antara dua orang ni boleh membuatkan anda tersenyum-senyum ketika membacanya. K dapatan :-

1.    KESUNGGUHAN MENGGAMBARKAN HASIL
-      Jika kita betul-betul mahukan sesuatu, perkara utama yang kita perlu lakukan ialah BERUSAHA dan TIDAK PUTUS ASA. Namun usaha tersebut perlulah dalam keadaan yang tidak menyebabkan kemarahan orang lain. Adakalanya nak mendesak orang ni satu perkara yang menjengkelkan. Tapi ada juga yang berani dan sanggup berbuat demikian kerana didorong oleh satu rasa iaitu rasa CINTA.

2.    JANGAN TERLALU MEMPERCAYAI SESUATU SECARA LUARAN SAHAJA
-    Sesuatu yang kita nampak secara luaran belum tentu memberikan gambaran penuh tentang sesuatu perkara. Sesuatu yang kita sukai belum tentu yang terbaik untuk kita dan sesuatu yang kita tidak sukai secara luaran mungkin itu adalah yang terbaik untuk kita.


#Jiwa santai membaca buku ni. Tak perlu fikir banyak-banyak. Baca dengan hati yang tenang dan damai he he. Oh ya apa yang berlaku paa Lukman, korang bacalah ya tentang mamat ni...sikit jer watak dia he he

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...