Wednesday, 28 February 2018

NOVEL CINTA ABANG SADO


Image result for novel cinta abang sado


Novel ini karya O’CHA. Saya yakin ini kali pertama saya membaca karya beliau he he. Novel ni tidaklah terlalu tebal tapi sarat dengan pertarungan ha ha...ala-ala pertarungan hero dengan penjahat dalam filem Hindustan he he. Cerita ni mudah tapi penuh dengan emosi. Penulis lebih memaparkan unsur sedih. Dimulai dengan kesedihan dan dilerai dengan kesedihan trauma akibat perbuatan zalim manusia yang berpaksikan dendam dan kebencian.

Kisah sedih pasangan Azrai dan Ros Adiba yang tidak direstui oleh ibu Azrai iaitu Puan Sri Zuraidah yang terlalu mementingkan darjat dalam hidupnya. Ros meninggal sewaktu melahirkan anak manakala Azrai kemalangan dan turut meninggal dunia. Tinggallah Isma Naufal anak kecil yang menjadi yatim piatu. Nasib baik Azrai sempat menyerahkan Isma kepada Dian Arrisa sahabat baik Ros sebelum dia kemalangan.

Selama 5 tahun Dian membesarkan Isma dengan penuh kasih sayang dan didikan agama, tidak pernah timbul sebarang masalah sehinggalah kemunculan Adam iaitu adik Azrai yang inginkan anak saudaranya itu demi memenuhi impian ibunya. Puan Sri Zuraidah yang meratapi pemergian Azrai tidak dapat menerima kenyataan. Dia sangat menginginkan cucu yang dahulunya tidak diakui malah dihalau kerana dianggap pembawa bala dalam keluarga mereka.

Adam telah melaksanakan strategi untuk menculik Isma daripada Dian dengan cara lebih lembut. Namun sungguh dia tidak menyangka dia akan terjatuh hati kepada gadis yang menjadi ibu angkat kepada anak saudaranya. Kelembutan dan kasih sayang gadis tersebut kepada Isma menawan hati Adam. Namun tindakan Adam menculik Isma untuk ibunya menyebabkan kemarahan Dian. Dia beranggapan Adam sama sahaja dengan Zahid bekas kekasihnya yang pernah menipunya satu ketika dulu.

Adam terpaksa melepaskan Dian setelah melihat hinaan dan cacian ibunya terhadap Dian pasti menyukarkan untuk mereka bersama. Namun semua ini berubah apabila Adam sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan Dian daripada pembunuh upahan Puan Sri Zuraidah. Adam cedera parah dan koma. Di sinilah Puan Sri Zuraidah mula berubah dan insaf atas kesalahan. Dia mula berubah dan mula merestui hubungan Adam dan Dian.

Malang masih lagi melanda apabila Zahid yang keluar daripada penjara tidak berpuas hati dengan tindakan Dian meninggalkannya. Dia bergabung dengan Sabron musuh Adam ketika di Sabah dalam memusnahkan Adam dan Dian. Berlaku pertarungan sengit sehingga menyebabkan beberapa orang terdekat Dian termasuk Adam dan Abangnya Em tercedera parah. Ia juga turut meninggalkan trauma dalam diri Dian yang hampir dinodai oleh Zahid di hadapan Adam sendiri.apa-apaun HAPPY ENDING...mereka berkahwin dan hidup gembira. K dapatan :-

1.    DARJAT BUKAN JAMINAN KEBAHAGIAAN HIDUP
-     Jangan terlalu mementingkan darjat atau kedudukan sebab ia tidak akan menjamin kebahagiaan hidup kita. Semewah manapun kita jika tidak disertai dengan rasa rendah diri kepada pemilik segala kemewahan iaitu Allah maka ia hanya sia-sia sahaja.

2.    IKHLAS DALAM SETIAP TINDAKAN
-       Apabila kita betul-betul ikhlas dalam sesuatu perbuatan maka ganjarannya pasti ada. Namun untuk mendapatkan ganjaran tersebut ia memerlukan kita kadangkala menempuh ujian hidup yang pasti memeritkan.

#Mengapa Zahid masuk penjara....mengapa Sabron memusuhi Adam......korang bacalah ya he he.....nipis tapi sarat dengan pertarungan.

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...