Sudah lama berhenti rehat daripada membaca
buku keluaran Love Novel sebab sebelum ini saya banyak order buku daripada
penerbitan ini. Mungkin benar jugalah tanggapan peribadi saya iaitu jika kita
terlalu kerap membaca buku daripada penerbit atau penulis yang sama dalam
tempoh masa yang lama maka akan terbit perasaan seolah-olah jemu dengan jalan
cerita he he. Berpaksikan sebab itulah maka saya cuba untuk berehat sekejap
daripada penerbit atau penulis yang sama risau mengundang rasa jemu di jiwa. Oh
ya, jangan pula kata saya mengutuk atau mengkritik buku-buku keluaran Love
Novel...tidak itu bukan maksud saya....saya juga peminat buku-buku keluaran
penerbitan ini cuma sebagai insan biasa kita perlu bijak untuk mengatur dunia
pembacaan sendiri agar kekal berkembang dan menghiburkan dengan tujuan membaca
untuk hiburan dan mengisi masa lapang he he....
Saya pilih novel karya ALSYA KHAIRIN sebagai
tirai pembukaan pembacaan semula buku Love Novel he he sebab ada beberapa lagi
koleksi yang belum dibaca. Lama tak baca buku Love Novel....rasa rindu pula he
he. Biasanya buku Love Novel ni kalau anda nak cerita tentang pergolakan dunia
percintaan memang tidak mengecewakan kerana memang buku-bukunya akan penuh
dengan pemaparan pelbagai konflik dalam dunia percintaan.
Novel ini berkisar tentang kisah seorang gadis
malang bernama Citra Nur Alfiya yang hidup dalam kesusahan selepas kematian
ayahnya. Hidup mereka bertambah malang apabila ibunya yang terlalu meratapi pemergian
ayahnya pula hilang penglihatan. Doktor telah mengesahkan bahawa ibu Citra
boleh sembuh dan dapat melihat semula selepas pembedahan namun memerlukan kos
RM 30 ribu. Citra yang hanya bekerja kilang semestinya tidak mampu untuk
menyediakan wang sebanyak itu. Oleh itu, dia telah meminta bantuan Qammar
tunangnya agar dapat membantu dia mendapatkan part time job sebagai tea lady di
produksi tempat Qammar menjadi jurukamera.
Rasfal Haqemmi pula seorang pelakon dan
pengarah muda terkenal yang dilanda kontroversi dituduh sebagai gay. Pelbagai cerita
dan gambar mengenai kehidupannya sebagai gay telah tersebar menyebabkan maruah
keluarganya tercemar. Masalah Rasfal bertambah apabila Fiona pelakon wanita
yang selalu bergandingan dengannya membuat kenyataan yang mereka mempunyai
hubungan istimewa. Akibat desakan untuk membersihkan namanya Rasfal telah
mengikut idea gila pengurus aka teman baiknya Atif agar berkahwin melalui
perjanjian dengan Citra. Mereka cuba mempergunakan keadaan gadis malang itu
yang dalam keadaan terdesak untuk mencari duit membiayai pembedahan mata
ibunya. Cadangan perkahwinan itu menjadi mudah apabila Qammar tunang Citra
sendiri bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk melepaskan Citra. Dia
juga berjanji dengan Citra akan berkahwin semula dengannya selepas setahun
berkahwin dengan Rasfal. Sebagai balasannya Rasfal akan menanggung perbelanjaan
pembedahan tersebut.
Tarikh pembedahan ibu Citra serentak dengan
tarikh pernikahannya. Maka atas nasihat ibunya Citra meneruskan pernikahannya
dengan harapan selepas sahaja dia menikah ibunya akan dapat melihat semula. Namun
takdir menentukan bahawa ibu Citra meninggal selepas pembedahan menyebabkan
Citra dalam keadaan yang sangat tertekan. Apatah lagi dengan status
perkahwinannya dengan Rasfal yang hanya bersifat sementara. Dalam proses mereka
melayari alam perkahwinan banyak perkara yang berlaku khususnya dari segi
konflik perasaan antara Citra dan Rasfal. Kedua-duanya mula hanyut dengan
kehadiran satu perasaan baru yang menghuru-harakan ketenangan hidup mereka. Namun
disebabkan ego terutamanya Rasfal mereka tenggelam dengan dunia ciptaan
sendiri.
Nasib baik Atif ni jenis sahabat yang sentiasa
cuba untuk membangkitkan Rasfal daripada rasa egonya dan mengakui perasaannya
terhadap isterinya sendiri. Pasti kehadiran Qammar yang selalu mempergunakan
Citra menyulitkan perhubungan mereka. Kehadiran Raqeeb abang kepada Rasfal
turut mengeruhkan konflik kerana emosi Rasfal akan berubah menjadi baran setiap
kali adanya Raqeeb. Rasfal seolah-olah menyimpan satu rahsia dendam
terhadap abangnya. Rahsia dendam
terbongkar apabila Rasfal memaklumkan Imran anak kecil yang satu ketika dulu
dibawa ke dalam keluarga mereka merupakan anak Raqeeb dengan Mya. Raqeeb terkejut
kerana dia tidak mengetahui hal tersebut. Namun dia sedar yang dia sudah
terlanjur dengan Mya. Tambah mengeruhkan keadaan apabila Mya pada waktu itu
merupakan kekasih Rasfal tetapi jatuh cinta dengan abang kekasihnya sendiri.
Rasfal berdendam dengan Raqeeb kerana Mya meninggal dalam pangkuannya. Raqeeb
bertaubat dan berjanji akan menjaga anaknya Imran.
Hubungan Citra dan Rasfal juga menjadi baik. Mereka
mula menjalani kehidupan seperti suami isteri yang lain namun halangan pasti
muncul apabila Qammar datang membuat kekecohan. Hal perkahwinan mereka telah
diketahui oleh ibu Rasfal menyebabkan Citra telah dihalau. Rasfal berada dalam
kekecewaan apabila mendapati isterinya telah tiada. Dia turut berhadapan dengan
kemarahan ibunya. Lama baru dia tersedar bahawa kontrak yang mereka bina itu
tidak sah selama ini kerana dia tidak pernah menurunkan tandatangan pada
perjanjian itu. Bererti perkahwinannya dengan Citra bukan berdasarkan kontrak. Citra
menghilang selama setahun bersama dengan kandungannya. Akhirnya Rasfal berjaya
menjejaknya. Rasfal menculik anaknya sendiri kerana dia tahu isterinya seorang
yang degil. Citra tidak ada pilihan selain mengikut Rasfal kembali semula. Mereka
menuntut kemaafan daripada ibu Rasfal dan semuanya pulih seperti biasa HAPPY
ENDING. K dapatan novel ini :-
1.
BERBALOIKAH
HARGA SEBUAH PENGORBANAN
-
Ramai
saja di antara kita yang sanggup untuk melakukan sesuatu atas nama pengorbanan
namun natijahnya berbaloi atau tidak untuk kita lakukannya. Kesilapan memilih
pilihan hidup bukan sahaja memerangkap jalan hidup seterusnya tetapi juga
menjanjikan seribu kedukaan. Oleh itu, berfikirlah sebelum anda mengorbankan
diri. Citra berkorban segala-galanya demi ibunya kerana termakan dengan pujuk
rayu tunang tak gunanya itu. Nasib baik Citra jatuh ke tangan lelaki budiman yang masih berperikemanusiaan
terhadapnya.
2.
MARUAH
VS EGO
-
Adakalanya
kita keliru dengan dua keadaan ini. Kita sedang mempertahankan maruah kitakah
atau kita sedang menjunjung ego. Kalau rasa tidak mahu menderita berpanjangan
rendahkanlah ego anda supaya anda tahu isi hati yang sebenarnya.
#Banyak juga konflik dalam usaha
memperjuangkan cinta dalam novel ni. Sempat jugalah nak sesak nafas dengan
kemunculan konflik tersebut. Nak tahu dengan lebih detail....bacalah novel ni...oh
ya....cerita Raqeeb dan Rasfal tak tau lagikan....diorang akhirnya berbaik
semula dan si kecil Imran pun menjadi anak yang normal. Apa yang berlaku dengan
Imran....saya tinggalkan sedikit persoalan agar korang tertarik untuk membaca
buku ini he he.....jangan marah....
No comments:
Post a Comment