Tuesday, 27 February 2018

NOVEL AKU AKAN DATANG


Image result for novel aku akan datang


Yeah....saya suka novel ni.....santai dan rileks...perasaanpun agak lega sepanjang pembacaan....maknanya tidak adalah konflik berat sampai berkerut-kerut dahi ketika membacanya. Jiwa tenang dan selepas sahaja selesai pembacaan terpancar senyuman kepuasan dan kegembiraan hasil hiburan santai melalui pembacaan he he.....novel ini merupkaan karya IMAN NIZRINA....rasanya pertama kali kot saya membaca karya beliau. Buku ni kombo dengan Pilihan Hati Mr Milionaire yang dipromosikan oleh Suara Hati Publications.

Kisahnya simple sahaja. Kisah tentang gadis yatim bernama Hanni yang kehilangan ibunya sejak dia berusia 12 tahun. Dia dibesarkan dalam keadaan yang tidak diterima dengan sepenuh hati oleh keluarga ayah kandungnya iaitu Tuan Najwan ahli perhotelan yang berjaya. Hal ini disebabkan Tuan Najwan beranggapan Hanni bukan anaknya kerana dia yakin isterinya Hajar curang kepadanya. Dia telah menceraikan isterinya yang sedang mengandung pada waktu itu. Hal ini menyebabkan Hanni seolah-olah dilabelkan sebagai anak luar nikah oleh keluarga ayahnya. Konflik menjadikan Hanni seorang gadis yang tegas dalam pendirian dan sangat berdikari. Dia mencari kehidupan sendiri dan dia sebenarnya merupakan seorang fotografi terkenal di peringkat antarabangsa tetapi bersembunyi di bawah nama Hezzy.

Perkenalannya dengan Iskandar seorang arkitek berjaya tetapi terkenal dengan perangai kasanova melalui Sara yang selalu keluar dengan lelaki itu menyebabkan dia berasa sebal dan benci dengan ‘kegatalan’ lelaki itu. Iskandar juga tidak menyenangi sikap Hanni yang terlalu kasar dan tidak sesuai dengan sifat seorang wanita di mata Iskandar. Dalam proses tidak sebulu mereka, Hanni menggelar Iskandar sebagai mawas manakala Hanni pula Iskandar gelar anak singa. Rasa tidak senang antara mereka berterusan sehinggalah mereka bersama-sama menghadiri majlis di Pulau Pinang. Bermula dari sini, Iskandar mula melihat sisi baik Hanni yang selama ini tersembunyi dari matanya.

Hubungan mereka mula menjadi baik. Hubungan ini menjadi lebih baik apabila Iskandar terjumpa dengan Hanni ketika di hospital menguruskan anak saudaranya Balqis yang didera oleh ibunya sendiri. Kisah Balqis anak istimewa yang sumbing ini meruntun jiwa Hanni. Dia tidak menyangka sama sekali ada ibu bapa yang sanggup membiarkan anak kandung mereka menderita. Balqis didera dan dikurung kerana ibunya malu mengaku mempunyai anak yang istimewa. Iskandar dan Hanni mengambil keputusan akan menjaga bersama Balqis. Hanni menjadi ibu dan Iskandar menjadi ayah kepada Balqis. Apabila selalu bersama akhirnya timbul rasa saling memerlukan antara mereka. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berkahwin demi Balqis.

Saya suka sikap tegas Iskandar. Dia lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang serta pelindung kepada keluarganya. Hanni yang sentiasa didera oleh persekitaran seperti fitnah Shila dan Nisha serta perangai jahat ibu Balqis iaitu Rania berjaya diselesaikan oleh Iskandar. Iskandar juga berjaya menyatukan Tuan Najwan dan anaknya Hanni melalui bantuan Balqis. Penyatuan mereka membongkar rahsia fitnah terhadap ibu Hanni satu ketika dahulu adalah disebabkan oleh ahli keluarga Tuan Najwan sendiri. Setelah masalah keluarga Hanni selesai, Rania pula membuat onar. Dia tidak berhenti-henti mengacau kehidupan Hanni kerana dia mahukan Iskandar semula. Oh ya.....Rania ni dulu cinta pertama Iskandar namun beralih hati kepada abang Iskandar iaitu Rafi disebabkan pada waktu itu Iskandar belum berjaya dalam kerjayanya. Alasan inilah yang digunakan oleh Rania untuk menganggu kehidupan Hanni. Namun Rafi yang selama ini berdiam diri kerana terlalu sayangkan isterinya akhinya bertindak bijak apabila dia menjatuhkan talak terhadap Rania yang semakin tidak terkawal menganggu keluarga adiknya Iskandar. Apabila semuanya selesai maka cerita ini pun HAPPY ENDING....k dapatan :-

1.    FITNAH PENGHANCUR KEHIDUPAN MANUSIA
-       Fitnah umpama bom jangka masa yang boleh meruntuhkan kehidupan manusia. Fitnah boleh menjadikan hidup seseorang menjadi teruk dan juga menjadikan orang itu menderita. Jaga tutur kata...jaga hati agar tidak mudah menabur fitnah. Sekali kita menjatuhkan orang lain hanya menggunakan fitnah....kesakitan orang tersebut belum tentu akan hilang walaupun dengan seribu kemaafan yang kita pinta.

2.    BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK
-    Jangan terlalu menurut kata hati. Adakalanya hati ini terlalu dipengaruhi oleh perasaan. Cuba seimbangkan dengan akal fikiran yang waras supaya setiap tindakan yang kita lakukan tidak membawa kemudaratan pada masa hadapan.

#Dalam saya seronok cerita ini, ada satu persoalan yang tidak terjawab sebenarnya....siapa yang menyebabkan Hanni pengsan ketika dia membantu suaminya Iskandar yang dalam keadaan tidak bermaya disebabkan pil yang dimasukkan ke dalam minuman. Ketika dia bersama Zakuan memapah Iskandar, ada seseorang yang telah memukul Zakuan dan memengsankan Hanni namun sampai ke hujung cerita tidak diketahui siapa...yang lebih menimbukan tanda tanya kerana daripada peristiwa inilah Hanni dan Iskandar pertama kalinya menjalani kehidupan mereka sebagai suami isteri yang sebenar...tapi logiknya sapa yang lakukan itu dan atas tujuan apa...kalau kata nak buat jahat tapi kenapa kebaikan tu kepada Hanni dan Iskandar he eh.....

Apa-apaun cerita ni masih best k.....

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...