Thursday, 1 March 2018

NOVEL DESTINY


Image result for novel destiny lana sophillea


Novel ini merupakan karya Lana Sophillea. Kali pertama juga rasanya membaca hasil karya beliau. Novel ini santai sahaja. Rileks dan tidaklah terlalu menyebalkan perasaan ketika membacanya. Namun ada jugalah bahagian yang ada sedikit menimbulkan kesebalan tapi berjaya dirungkaikan dengan penuh ceria oleh penulis he he...

Kisah ini tentang seorang wanita bernama Nur Dayana yang terkenal dengan gelaran hati beku sejak zaman sekolah lagi. Pertemuannya dengan Fattah lelaki yang pernah berkomplot dengannya waktu zaman sekolah menengah kononnya ingin membuatkan bekas kekasihnya jeles dengan mereka benar-benar menganggu percutiannya di Korea. Waktu itu Yana bersedia membantu Fattah kerana teman lelaki baru bekas kekasih Fattah tu merupakan crushnya ha ha.

Di sebalik pertemuan yang tidak diduga oleh Yana tetapi memang dirancang oleh Fattah benar-benar menimbulkan satu episode baru dalam hidup Yana. Dia seorang wanita yang mempunyai prinsip teguh bahawa tidak mudah untuknya menyerahkan hatinya kepada seorang lelaki yang belum tentu menjadi suaminya. Namun usaha Fattah yang tidak pernah mengenal erti putus asa untuk mendapatkan hatinya akhirnya membuka hati Yana untuk menjadikan Fattah lelaki yang berjaya memperoleh cinta pertamanya. Setelah mereka menyulam cinta dan janji untuk bersama perhubungan mereka tergugat apabila Faiz rakan baik Fattah ketika sekolah menengah yang turut tergila-gilakan Yanna membocorkan rahsia yang Yana sebenarnya merupakan pertaruhan Fattah dan rakan-rakan mereka pada waktu itu. Ini menyebabkan Yana rasa terhina namun berjaya dipujuk dan diyakinkan oleh Fattah.

Kata sepakat dicapai untuk mereka bertunang walaupun Yana tidak pernah berjumpa dengan keluarga Fattah. Ekoran daripada latar belakangnya yang kematian ibu bapa menjadikan Yana tidak berkeyakinan untuk berjumpa dengan ibu bapa Fattah. Ketika mereka hendak bertunang Fattah terpaksa menguruskan rombongan tour ke Korea. Berlaku satu kesilapan pada hari pertunangan apabila keluarga Fattah bukannya meminang Yana tetapi Insyirah bekas kekasih Fattah. Hal ini berlaku kerana ibu Fattah tersalah ambil nombor Yana dalam telefon milik Fattah. Yana itu nama timangan Insyirah dalam kalangan keluarganya dan oleh sebab dia pernah menjadi kekasih Fattah maka ibunya ingatkan memang itulah pilihan Fattah. Nama Yana sebenar dalam telefon Fattah diset sebagai sayang.....korang bayanglah haru biru keadaan tu. Dahlah Yana ni didera oleh keluarga Mak Su....adik-adiknya juga mula mempertikaikan dirinya yang selama ini bertungkus lumus membiayai perbelanjaan mereka.

Fattah kembali dengan segera setelah menyedari kesilapan itu namun tidak semudah yang disangka apabila Yana yang telah dipecat akhirnya menghilangkan diri. Fattah cuba untuk menjernihkan keadaan dengan segera memutuskan pertunangan dengan Insyirah yang jelas mengambil kesempatan terhadap status dirinya sebagai CEO syarikat pelancongan miliknya. Tindakan Fattah ini tidak dipersetujui oleh ahli keluarga namun Fattah tetap berkeras tidak akan melangsungkan perkahwinan dengan mana-mana wanita kecuali Yana.

Setelah setahun berlalu, Fattah akhirnya bertemu dengan Yana tanpa diduga. Maka berlaku sesi pujuk-memujuk. Yana juga muncul menjadi businesswoman dan punya jenama shawl tersendiri. Akhirnya dengan bantuan adik-adik Yana maka Fattah dan Yana.....HAPPY ENDING.....k dapatan novel :-

1.    CINTA PANDANG PERTAMA : SATU REALITI YANG PERLU DIPERTAHANKAN ATAU HANYA CUKUP KOLEKSI KENANGAN
-       Rata-rata orang mengharapkan cinta pandang pertama akan kekal ke jinjang pelamin. Tidak ada manusia yang menginginkan hati dan perasaanya akan disakiti jika dia mula menghulurkan rasa cinta. Namun siapalah kita untuk menolak ketetapan Allah.

2.    USAHA TANPA KENAL ERTI PUTUS ASA
-       Usaha itu akan berlaku apabila kita tidak kenal erti putus asa. Hanya melalui ini maka kita akan dapat apa yang kita perolehi.

#Apa yang berlaku kepada Yana dan Fattah selepas berpisah selama setahun tu...korang bacalah ya.....cinta dari zaman sekolah akhirnya berakhir di jinjang pelamin setelah melalui ujian perit.

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...