Ini pula novel kedua ANJELL yang saya baca.
Bezanya yang ini saya tengok dahulu melalui drama kemudian barulah saya
dapatkan novelnya sebab saya rasa tidak puas melihat drama tersebut he he…jauh
di sudut hati saya berkata-kata…novel mesti lebih best…dan ternyata telahan
saya tepat…saya lebih menyukai novel daripada jalan cerita dalam drama walaupun
tidaklah lari jauh. Saya selesa dengan lakonan hero namun saya tidak berapa
selesa dengan lakonan heroin yang saya rasa lari jauh daripada gambaran
perwatakan untuk Mia dalam novel…he he..dan yang paling saya tak gemar
ialah….heroin part2 romantispun blh ketawa mcmanalah nak real ha ha…..
Seperti novel pertama karya beliau yang saya
baca….kelebihan penulis ini tidak dapat dinafikan dalam mengembangkan cerita
sehingga membuatkan pembaca terbuai dengan perasaan ingin tahu yang kuat kerana
adakalanya perkembangan plot cerita berputar daripada jalan cerita
asal….biasanya perasaan sebeginilah yang menjadikan pembacaan bertambah seronok
he he….mcm-mcm perasaan yang ada….sedih, marah, lucu….sebab itu saya suka
membaca karya beliau. Tidak hairanlah….karya beliau semuanya tebal-tebal belaka
he he…oleh sebab saya dah tgk dalam drama maka saya mengambil masa yang agak
panjang sedikit membaca novel ini…..lebih daripada 24 jam sebab berhenti2 he
he….
Walaupun masih mengekalkan gaya penulisan
yang bersahaja….saya suka bahasa-bahasa yang digunakan oleh penulis ini sebab
sangat santai…dan itulah yang menjentik rasa lucu sehingga membuatkan saya
ketawa terbahak-bahak sendiri. Adakalanya bahasa yang beliau gunakan terlalu
santai sehingga saya sendiri jarang mendengar penggunaanya. Cara ANJELL menulis
juga sangat mudah untuk difahami. Bahasa-bahasa yang mudah ini menjadikan
pembaca seperti saya lebih selesa untuk memahaminya dan seronok membacanya. Itu
belum lagi ditambah dengan perjalanan dan gambaran perwatakan watak yang saya
rasa real tergambar di ruang minda saya….fuuh….memang hebat penulis
ini…patutlah semua bukunya menjadi best seller dan didramakan…
Dapatan saya dalam novel ini ialah :-
1.
DENDAM
HANYA MEMAKAN DIRI MAKA PENAWARNYA IALAH SEBUAH KEMAAFAN YANG AMAT MENYAKITKAN
-
Apabila
hati disakiti maka adalah normal untuk
seorang insan biasa seperti kita untuk terluka. Kadangkala luka dalaman yang
ditanggung lebih menyakitkan daripada luka luaran yang dapat dilihat dengan
mata kasar. Lebih parah apabila orang
yang mengkhianati kita adalah orang yang rapat dan sentiasa berada di hati kita
sepanjang masa. Bayangkanlah jika anda berada di tmpt yang dikhianati oleh
saudara kandung dan buah hati sendiri. Namun dendam yang tersimpan dalam hati
akan tambah menyakitkan jika hati tidak mampu untuk mengungkapkan rasa maaf.
Mungkin bukan mudah untuk memujuk hati supaya menerima bahawa dia bukan jodoh
kita tetapi jika inginkan kehidupan yang lebih tenang....ayuh belajarlah untuk
memaafkan.
2.
JANGAN
MEMPERGUNAKAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI
-
Jangan
terlalu angkuh dengan kelebihan diri apatah lagi menggunakannya untuk menakluki
orang lain. Perasaan suka merupakan sesuatu yang terlalu subjektif dalam diri
setiap manusia. Oleh itu, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa-paksa.
Mempermainkan perasaan orang lain adalah satu perkara yang seolah-olah
merendah-rendahkan maruah dan martabat orang lain. Sehebat manapun kemampuan
kita tetapi percayalah, ia hanya akan menimbulkan sebal dalam diri orang-orang
yang kita pandang rendah.
3.
PERASAAN
CINTA ADALAH ANUGERAH ALLAH.
-
Setiap
manusia Allah kurniakan dengan sekeping hati yang memang telah diselitkan
dengan perasaan halus untuk disayangi dan menyayangi. Seiring dengan itu, Allah
juga kurniakan kita akal untuk menilai dan menggunakan perasaan tersebut di
landasan yang betul. Nasihat orang tua...jangan terlalu sombong dengan perasaan
benci kita terhadap orang lain kerana kita mungkin akhirnya akan mempunyai
perasaan terhadap orang tersebut...maksudnya...takut Allah bolak balikkan hati
kita maka bercintalah kita dengan orang yang kita benci sebelum ini he
he....ibu saya selalu berpesan....benci orang jgn sampai ke tulang takut nnti menggigit
tulang sendiri dan cinta orang jangan sampai ke hati nnti takut makan
diri..tinggalkan sedikit untuk diri kita supaya kita mampu belajar untuk
mengawal perasaan benci dan sayang dalam diri kita....
SINOPSIS NOVEL
Novel ini mengisahkan tentang Tengku Adrian
yang telah menyimpan dendam kesumat dalam hatinya sejak kembarnya sendiri
mengkhianatinya. Tengku Adrian tdk dapat menerima apapun alasan perkahwinan
antara kembarnya dengan teman wanitanya sendiri apatah lagi bukan setakat
dirinya yang terluka tetapi juga bekas teman wanita adik kembarnya sendiri yang
akhirnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sewaktu hendak menghalang
Tengku Adrian untuk berjumpa dengan kembarnya.
Oleh itu, Tengku Adrian telah menyimpan
perasaan dalam diri bahawa tiada lagi istilah CINTA dalam hidupnya. Namun atas
desakan untuk memmbuktikan kepada mereka yang telah mengkhianatinya bahawa dia
juga boleh hidup bahagia akhirnya dia mempergunakan Damia Farisha untuk
bekerjasama dengannya menjalankan rancangan EKSPERIMEN CINTA.
Damia Farisha yang tersepit dengan ugutan dan
lamaran Tengku Adrian akhirnya bersetuju dengan lamaran tersebut kerana takut
akan menyusahkan lebih ramai orang. Hal ini disebabkan Tengku Adrian mengugut
akan menarik sponsor projek terhadap syarikat tempat Damia bekerja seandainya
Damia menolak lamarannnya. Dalam proses mereka menuju gerbang perkahwinan ini
banyak pekara lucu berlaku he he.....memang mencuit hati...tetapi klu ditengok
dalam drama...saya agak terganggu sedikit kerana heroinnya nmpk tdk dpt
melakonkan watak tersebut dgn baik...dia jadi kalut dan tertawa pada saat-saat
yang sepatutnya tdk memerlukan dia beraksi begitu.....
Dalam tempoh perkahwinan tersebut, Tengku
Adrian akhirnya kalah dalam perasaan egonya sendiri. Dia akhirnya mula jatuh
cinta dengan isteri sendiri namun mestilah ada watak penganggu....he he...jeng
jeng....Sally muncul menganggu kehidupan mereka dengan mendakwa bahawa dia
telah mengandungkan anak Tengku Adrian....kejadian ini pula berlaku saat Damia
juga sedang mengandung...namun atas bantuan rakan Damia yang sepatutnya
bersubahat dengan Sally tetapi telah berpaling tadah kerana dia lebih suka
dengan kejujuran dan keikhlasan Damia dalam persahabatan.....saya suka sangat
sewaktu Sally tu mengaku dpn mak bapa Tengku Adrian dan akhirnya dia sendiri
yang mendapat malu.... lebih seronok lagi Tengku Adrian menafikan sepenuhnya
dan malah membantah cadangan ayahnya untuk berkahwin dengan Sally.
Oh ya apa yang berlaku dengan Tengku Adrian
dan kembarnya....akhirnya dendam Tengku Adrian hilang juga apabila akhirnya
Seri bekas kekasih dan juga merangkap iparnya....telah meninggal dunia...hal
ini memberikan kesan yang hebat kepada Tengku Adrian....dia mula belajar
memaafkan...dan akhirnya atas dorongan isterinya Damia...dia akhirnya dapat
menerima dan memaafkan saudara kembarnya....
Ending......mestilah happy ending....tak ada
novel yang saya baca tpi tdk happy ending...bikin pening kepala saja he
he.....Tengku Adrian kembali kepada Damia...sahabat Damia juga akhirnya
berkahwin dengan saudara kembar Tengku Adrian.....
Banyak pekara yang berlaku dalam hidup kita
bukan seperti yang kita impikan namun itulah yang perlu kita
hadapi....adakalanya apabila selesai membaca novel saya banyak mengaitkannya
semula dengan kehidupan sama ada yang berkaitan terus dengan diri sendiri atau
yang berlaku dalam kalangan masyarakat kini....
Adakalanya terlalu mudah kita menanggapi
bahawa kita akan mampu untuk melakukan semua pekara asalkan kita
bersungguh-sungguh dan punyai kelebihan sama ada dari segi kuasa ataupun
harta...tetapi kita lupa bahawa ada lagi satu kuasa besar yang menentukan
semuanya iaitu kuasa ALLAH.....kuasa yang kita tidak mampu untuk pertikaikan
lagi...
Susah untuk menyakinkan dan menguatkan hati
apabila berlaku sesuatu yang sukar diterima tetapi apa lagi yang mampu kita
boleh lakukan selain daripada belajar untuk reda kerana semakin kita menolak
maka semakin kuatlah juga penyeksaan dalaman kita.....cuba salami watak Tengku
Adrian...walaupun dia ada silapnya dalam perhubungan dengan Seri namun mampukah
kita tersenyum saat mengetahui teman wanita berkahwin dengan saudara kandung
sendiri...amat perit...tapi itu nilai kehidupan yang perlu dilalui.
CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI.....saya
betul-betul tidak suka dengan pernyataan ini he he....emangnya perlu bagaimana
untuk kita memiliki cinta....aduh...susah banget sih....apa-apapun....kita
tidak tahu apa yang akan berlaku di hadapan kita maka oleh itu....mohonlah
kekuatan daripadaNya pemilik segala ketentuan dan penentu kepada arah hidup kita.....
No comments:
Post a Comment