Ini novel pertama keluaran Penerbitan Tiga
Dara yang saya baca.....hasil tulisan KAT MARIAM....awal-awalnya saya tidaklah
berminat sangat sebab tengok tajuk tu pun dah nampak pelik......tapi apabila
saya terbaca sinopsisnya macam menarik pula...sewaktu saya mengeluarkan buku ni
daripada rak untuk dibaca...Mr Hubby sempat memerli cover novel ni.....dia kata...Playboy
tapi gambar berpurdah.....issh...rasa nak bagi ceramah saja dgn dia
ni.....tu lah namanya sarkastik....kena fahamlah cik abang oi....
Saya mula membaca....di peringkat awal cerita
tu feeling biasa-biasa saja tapi apabila sudah mula masuk bahagian perkembangan
ceritanya dah mula teruja.....sampai lagi kepada klimaks.....fuuuh....berjaya
mencuit emosi sedih saya....hu hu....rasanya jarang saya menitiskan air mata
apabila membaca novel tapi tidak tahu novel ni punya penangan walaupun ceritanya
biasa-biasa saja tapi berjaya membuatkan saya menangis hu hu....ada beberapa
perkara yang berjaya menjentik emosi saya iaitu :-
i.
Saat-saat
Amina Munawwarah dipaksa menikah dengan Syed Iskandar dan selepas itu dihalau
keluar oleh ayah angkatnya.....dahlah dia anak yatim piatu hu hu...
ii.
Ketika
Syed Iskandar mendera perasaan dan emosi Amina sebagai isterinya....sedih weii
iii. Saat
emosi seorang isteri yang begitu tulus mencintai suaminya namun dia tidak dicintai
oleh suaminya sendiri
iv.
Saat
kembalinya seorang hamba Allah kepada penciptanya
Mungkin cara penyampaian dan pengolahan
cerita oleh penulis yang dapat menggambarkan suasana malah emosi watak pada
setiap kejadian tersebut membuatkan jiwa pembaca saya menjadi
sensitif......fuuuh....hebat penulis ini....k..dapatan novel ini :-
1. JANGAN HANYUT DENGAN NIKMAT DUNIA
-
Adakalanya
kita diuji dengan nikmat kelebihan yang kita ada seperti kekayaan atau
kecantikan dan ketampanan sehingga kita menjadi alpa dan lebih teruk lagi
terjerumus dalam kemaksiatan. Apabila jiwa sudah sebati dengan maksiat maka
mudah sangat untuk kita lalai beribadah kepadaNya. Kelalaian itulah yang akan
membawa kita semakin jauh daripada mengingati Allah. Berhati-hatilah dengan
perkara remeh nikmat dunia yang mungkin sudah menjadi kebiasaan kita tetapi
lama-kelamaan penyumbang kepada kemaksiatan yang kita lakukan. Nikmat dunia
boleh wujud dalam pelbagai cara namun terpulanglah kepada kita bagaimana untuk
mengendalikannya sama ada di jalan yang betul ataupun sebaliknya. Dalam novel
ni....penulis menegaskan bahawa pencegah kepada nikmat dunia yang melalaikan
ialah IMAN yang kita miliki. Jika iman kita kosong maka senang sangatlah kita
melakukan kemaksiatan kerana tidak ada pedoman dan pegangan dalam hidup
yang boleh membatasi kehidupan kita.
-
2. KECANTIKAN BUKAN JAMINAN KEKAL
- Iskandar
Si Playboy...terlalu obeses dengan wanita-wanita cantik. Dia berpandangan
bahawa wanita-wanita cantik ini hanyalah aset kepada lelaki untuk memuaskan
nafsu mereka. Tambahan pula jika wanita-wanita tersebut rela untuk menggadai
maruahnya sendiri menggunakan kecantikan yang dimiliki. Kecantikan yang sejati
hanya untuk mereka yang berhak melihatnya. Kecantikan yang digunakan di jalan
yang salah umpama mengundang bala kepada pemiliknya. Oleh itu, hargailah ‘nilai
kecantikan’ yang kita miliki.
3. BERKORBAN PERASAAN SENDIRI UNTUK ORANG YANG DICINTAI : BERBALOI ATAU BODOH
-
Maaflah
agak kasar sedikit.....adakalanya saya terfikir juga....kenapalah masih ada
orang di luar sana yang begitu sanggup berkorban perasaan sendiri semata-mata
untuk orang yang dicintai.....k.....berkorban tu k...tapi janganlah
melampau-lampau sangat macam tak senonoh pula he he....yalah kita cintakan
orang itu...dan sanggup membiarkan hati kita terluka dengan parah walhal dia yahu
yahu dengan kebahagiaannya atas penderitaan kita...TAPI bila saya fikir
semula...mungkin ada sebab kukuh mengapa manusia begini merasakan tindakannya
walaupun bodoh tetapi berbaloi untuk mereka yang disayangi...
4. KEBIJAKSANAAN DAN KEBERANIAN MEMBAWA KE JALAN BENAR
-
Saya
suka watak Pak Razak dalam novel ni.....terhapus terus rasa geram dengan sikap
garangnya yang tanpa usul periksa mengahwinkan Amina dengan Iskandar...tetapi
dialah juga yang berjaya menyedarkan Iskandar agar berhenti melakukan
kemaksiatan...sanggup ayah mertua ni masuk pub semata-mata mengekori
menantunya....yang kelakarnya dia siap ceramahkan semua pengunjung pub tersebut
he he......akhirnya Pak Razak mengambil pendekatan lembut untuk mendekati
menantunya dan berjaya....
SINOPSIS
Novel ini mengisahkan tentang Amina
Munawwarah seorang gadis kacukan Jepun-Melayu yang telah kehilangan ibu bapanya
sejak kecil lagi. Oleh itu dia telah dipelihara dan dibesarkan oleh keluarga
Pak Razak. Konflik bermula apabila Faris iaitu abang angkatnya melamarnya dan
cadangan perkahwinan tersebut sangat dipersetujui oleh Pak Razak. Namun demikian,
Amina berada dalam keadaan serba salah kerana dia sama sekali tidak menyimpan
sebarang perasaan cinta terhadap Faris. Atas faktor hendak membalas budi maka
Amina cuba untuk menerima perkahwinan tersebut.
Dia bertemu dengan Si Playboy Syed Iskandar
di KLIA ketika dia dalam keadaan susah hati memikirkan masalah lamaran Faris
manakala Iskandar pula terlepas penerbangan ke UK. Amina telah memberikan
ceramah agama percuma kepada si Playboy ini yang memang kerjanya menjadi
pengunjung setia pub dan juga tidur dengan perempuan-perempuan cantik yang
gedik. Apalagi terbakarlah rasa ego Iskandar terhadap seorang gadis berniqab
yang dianggap ala-ala ustazah. Adalah beberapa kisah pertemuan mereka selepas
itu....korang bacalah ya he he
Pada hari pernikahannya, atas dorongan Maisarah adik Faris dan Farihah sahabat baiknya, Amina nekad lari. Ketika dia dikejar oleh Pak Razak.....dia bersama dengan Iskandar yang kebetulan berada di kampung tersebut dan hampir melanggarnya. Situasi ini telah menimbullkan salah sangka Pak Razak yang sememangnya marah dengan tindakan Amina yang memalukan anaknya dan keluarga mereka. Oleh itu, Pak Razak telah mengarahkan Amina dan Iskandar menikah malam tu juga. Amina juga telah dihalau dan dimarah teruk oleh Pak Razak.
Pernikahan itu menjadi satu bebanan kepada
Iskandar apatah lagi wanita yang dinikahinya tidak pernah dilihat wajah
sepenuhnya. Dia juga masih mahu bebas dan berfoya-foya dengan wanita-wanita
tanpa ada ikatan. Bermula kisah penderitaan emosi oleh si suami terhadap
isterinya yang telah mula jatuh hati kepada suaminya sendiri. Namun ego
Iskandar ni tinggi....dia tidak dapat menerima ikatan perkahwinan tersebut
malah dia juga melarang Amina untuk tidak menunjukkan muka sebenar dan teruskan
berniqab walaupun di rumah kerana takut Amina memiliki wajah yang hodoh.
Banyaklah cara Amina nak menawan dan
menyedarkan suaminya...korang bacalah ya....termasuklah Amina sanggup membantu
suaminya untuk mengurat wanita yang dicintai oleh suaminya. Paling best saat
Iskandar terlihat sebenar wajah milik isterinya...kejadian sewaktu dia dating
dengan kekasihnya dia terserempak dengan Amina yang diperkenalkannya sebagai
adik kandungnya....punyalah jahat lelaki ni.....tiba-tiba Iskandar tercedera di
tangan sewaktu bergelut dengan peragut yang cuba meragut kekasihnya....Amina
yang melihat kejadian tersebut datang dan membuka kain niqabnya untuk membalut
luka Iskandar....barulah Iskandar ternampak betapa jelitanya si isteri...dan
barulah dia tahu mengapa isterinya sentiasa menutup mukanya kerana mengelakkan
fitnah atas sebab kejelitaan yang dimilikinya..
Iskandarpun mcm biasalah baru terbuka
hati....mula-mula nak pilih....nak pinang kekasih dia atau kekal dengan
Amina...bab sedih bila Amina bersungguh-sungguh membantu Iskandar melamar
kekasihnya malah dia turut menghantar Iskandar ke rumah Natalia....ntah
berbaloi atau tidak...rasa nak lempang jer he he...tpi lepas tu Amina terus
tinggalkan Iskandar....dan korang dah dapat agak endingnya kan...Iskandar mula
menyesal...cari punya cari...pujuk punya pujuk....akhirnya dapat....HAPPY
ENDING.....
# Wujud
tak wanita setulus hati Amina Munawwarah....fuuh...mcm bengang jer rasa
menyakiti hati sendiri tapi dia ada alasan tersendiri untuk berkelakukan
demikian...
No comments:
Post a Comment