Wednesday, 25 October 2017

NOVEL RED VELVET


Image result for novel red velvet



Novel ini karya ACIK LANA.....penulis ni bukan asing lagi dalam kalangan penggemar novel....dengan kepelbagaian idea dan juga penyampaian tema yang berbeza...saya tahupun hasil daripada review pembaca yang lain....awal-awalnya saya tidaklah berminat sangat untuk membaca hasil karya beliau sebab saya tahu hasil karyanya memang hebat-hebat dengan pembawaan tema yang menarik...namun oleh sebab saya membaca mahukan hiburan bukannya memberatkan emosi dan fikiran maka saya cuba untuk elakkan karya beliau...tetapi ntah mcamana saya terdorong pula untuk membaca novel beliau yang ini.....yang pada saya agak menarik dari segi tajuknya....
Novel ini antara novel yang tersimpan agak lama dalam rak sebelum dibaca....sungguh saya tidak sangka bahawa novel ini mempunyai sentuhan yang mendalam dalam jiwa saya selepas saya memulakan pembacaan. Ceritanya tidaklah terlalu berat...penyampaian yang bersahaja tetapi mesej yang dalam untuk masyarakat di luar sana sarat dalam novel ini...jalan ceritanya biasa-biasa sahaja....kisah perbezaan prinsip hidup yang dipengaruhi oleh kehidupan masa lampau seseorang menutup segala nilai kasih sayang yang menggunung di jiwa....adakah disebabkan oleh rasa ego ataupun sudah dikuasai oleh perasaan kecewa dan merasakan dirinya telah dikhianati oleh orang yang dia sayang.....ayuh...kita kongsi dapatan novel :-
1.    JANGAN JADI PENGHANCUR KEPADA KEBAHAGIAAN ORANG LAIN.
- Kita mahu bahagia tetapi atas kesedihan dan limpahan air mata orang lain merupakan satu perkara sia-sia dalam hidup. Mana mungkin kita akan tenang mengecapi kebahagiaan sedangkan ada orang lain yang sedang menderita dengan teruk sekali atas perbuatan kita. Apatah lagi jika kita merampas sesuatu yang memang nyata menjadi milik yang sah pada orang tersebut. Lebih teruk lagi jika kita sendiri pula yang memujuk rayu pihak sebelah sana agar merelakan perpisahannya demi kebahagian untuk kita. Balasan mungkin tidak kita nampak atau terima dengan segera tetapi orang yang teranaiya itu pasti akan terbela juga nasibnya. Oleh itu, sudah-sudahlah mengharap atau mendapatkan kebahagiaan di atas penderitaan orang lain. Helena atau Elle cuba untuk membina kebahagiaan dengan bersedia untuk mengorbankan orang lain namun dia sempat tersedar sebelum dia menjadi lebih tamak dan merampas lebih banyak kebahagiaan orang lain.

2.    DENDAM PEMBAWA KEPADA KEMUSNAHAN.
- Jika kita terlalu membenci sesuatu perkara kerana dendam yang begitu kuat dalam diri maka bersedialah untuk dibolakbalikkan hati sehingga kita sendiri terjebak dengan apa yang terlalu kita benci. Dendam yang menguasai diri akan menimbulkan kebencian yang sukar untuk kita menilai rasional sesuatu perkara dengan jelas. Belajar untuk reda dan cuba untuk tidak membenci dengan begitu kuat apatah lagi menyimpan dendam yang menghuni hati bertahun-tahun lamanya. Bimbang nanti akan membentuk kekerasan hati kita yang akhirnya memudaratkan kehidupan sendiri. Izzat yang menyimpan dendam terhadap kemusnahan keluarganya akibat gangguan pihak ketiga terjebak dengan pekara yang amat dibencinya menyebabkan penderitaan dalaman yang hebat kepadanya. Oleh itu, jaga-jagalah..sesuatu yang kita benci mungkin sahaja bertukar menjadi sesuatu yang kita sayangi.

3.    JANGAN MUDAH PERCAYA KEPADA ORANG YANG MENYATAKAN CINTA.
- Manis tutur bicara dengan seribu kata janji belum tentu menjamin kepada sebuah kebahagiaan yang diimpikan. Berhati-hatilah apabila orang menuturkan kata-kata cinta sedangkan kita tahu yang dia telah menjadi milik sah orang lain. Jika ini berlaku mungkin ada sesuatu yang dia inginkan dari kita selain daripada kata-kata cinta yang diluahkannya. Walaupun cinta itu buta tetapi jangan sampai hati kita pula buta untuk menilai keadaan. Elle yang menyakini janji-janji manis Fareeq sanggup membelakangkan segala-galanya semata-mata untuk hidup bersama Fareeq yang telahpun berkahwin.

SINOPSIS
Helena atau Elle merupakan anak seorang yang berprofil tinggi dalam dunia politik. Hidup Elle membesar dalam kemewahan memandangkan dia merupakan anak tunggal. Namun Elle berhadapan dengan tentangan ayahnya terhadap kisah cintanya dengan Fareeq memandangkan kekasihnya itu merupakan suami orang. Elle yang sangat mencintai Fareeq sanggup merancang untuk kahwin lari bersama kekasihnya. Namun dia terselamat apabila Fareeq tidak muncul di tempat yang mereka janjikan kerana isteri Fareeq iaitu Suhaila telah menyampaikan berita kehamilannya yang menyebabkan Fareeq serba salah untuk meninggalkan isterinya walaupun dia sebenarnya berkahwin dengan Suhaila atas dasar desakan keluarga.

Elle yang begitu kecewa dengan Fareeq akhirnya melarikan diri. Izzat yang membesar dengan kebencian terhadap perempuan yang menjadi penganggu rumah tangga orang merupakan seorang pengusaha kedai kek. Dia menyimpan dendam itu dalam hatinya kerana dia sendiri menyaksikan penderitaan ibunya yang telah diseksa oleh bapanya sendiri kerana kewujudan perempuan lain. Kebenciannya bertambah-tambah apabila kakaknya sendiri menjadi pemusnah rumah tangga orang lain dengan menjadi isteri kedua.
Izzat selepas tamat masa bekerja akan menghilangkan penatnya dengan mengambil udara segar di atas sebuah bukit. Ketika dia sedang menikmati keindahan malam, dia terlihat ada seorang perempuan yang memakai gaun putih dan cuba untuk membunuh diri. Izzat telah menyelamatkan perempuan tersebut dan membawanya balik ke rumah. Perempuan itulah Elle yang cuba membunuh diri kerana kecewa dengan Fareeq. Maka bermula kisah gaduh-gaduh manja mereka sehinggalah akhirnya mereka berdua benar-benar telah jatuh cinta.

Namun Elle merahsiakan identiti sebenarnya siapa ayahnya dan mengapa dia sanggup membunuh diri. Namun semuanya terbongkar apabila ayahnya sendiri datang ke tempat Elle bekerja iaitu di kedai kek Izzat. Terbongkarlah yang dia sebenarnya anak kepada Timbalan Menteri yang sangat berpengaruh dan kisahnya sebagai pemusnah rumah tangga Suhaila dan Fareeq turut diketahui Izzat. Izzat semestinya marah apabila mengetahui dan tidak memberikan sedikitpun peluang kepada Elle untuk memberikan penjelasan. Elle membawa hatinya luka ke Jepun seperti yang diarahkan oleh ayahnya. 

Setelah 3 tahun berada di sana, Elle mengambil keputusan untuk balik bercuti ke Malaysia. Di situ dia mengetahui daripada Kuza yang Izzat telahpun menjalin hubungan dengan seorang pekerja perempuannya yang bernama Syafiqah. Kekecewaan terus membaluti hati Elle namun dia perlu move on sama seperti Izzat. Dalam keadaan hubungannya yang tegang dengan Izzat...dia masih berhubungan baik dengan Izzati adik Izzat. Sewaktu mereka bercuti bersama di sebuah pulau...Izzat yang secara diam-diam menjadi stalker kepada instagram milik adiknya sendiri terkejut melihat Elle berada di Malaysia. Izzat teringat kejadian sebelum ini sewaktu dia merasakan ada dorongan yang sangat kuat untuk pergi ke bukit tempatnya berjumpa dengan Elle buat kali pertama. Sewaktu dia memberi ruang kepada sebuah kereta yang sedang menuruni bukit, dia melihat dengan jelas wajah seorang wanita yang mirip Elle. 

Izzat mengambil keputusan untuk berterus-terang dengan Syafiqah tentang isi hatinya yang sebenar. Izzat cuba untuk mendapatkan semula Elle dengan bantuan adiknya Izzati. Pertemuan kali pertama mereka selepas 3 tahun berpisah berakhir dengan ungkapan cinta yang masih kekal utuh dalam diri masing-masing. Selepas itu....korang taulah kan ceritanya....mestilah happy ending.....diorg kawin....familypun k......so bestlah cerita ni......santai dan rileks.....minda anda pasti terhibur he he

Note : Saya suka sangat part Izzat mula jatuh cinta semula kepada Elle he he.....garang-garang Izzat ni tapi dengan Elle....dia kalah....Elle yang dulunya wanita sosialpun sudah mula berubah dan akhirnya mereka menemui keserasian bersama.

Awal Pertemuan :-
"You dengar tak I cakap ni? You patut biarkan I mati saja!"
"Kau ni kenapa? Kalau kau nak mati sangat, mati dekat tempat lain boleh? Apehal dekat bukit ni jugak kau sibuk nak bunuh diri?
Bukit ini port aku melepak tahu tak? Aku tak nak roh kau bergentayangan dekat sini nanti. Kalau kau nak jadi hantu sangat, kau pergi bunuh diri dekat bangunan kosong belakang sana tu"

Saat Perpisahan :-
"Izzat, betul ke you tak nak bagi I peluang kedua? Just say it. Kalau you sudi, I akan tunggu you sampai bila-bila. Sampai you boleh maafkan I!"
"Kau memang tak faham bahasa ke? Jangan tunggu aku, jangan cari aku, dan jangan fikir pasal aku pun!Aku dah tak ingin nak jumpa kau lagi,"

Pertemuan Semula :-
"Aku tahu semua ni mungkin bodoh di telinga kau, tapi aku tak pernah lupakan hubungan kita. Sekali pun tak pernah. Aku pura-pura macam tak pedulikan pasal kau, tapi sebenarnya aku terseksa rindukan kau."
"Elle, boleh tak kita mulakan sekali lagi?" Aku tahu mungkin susah untuk kau terima tapi aku yakin aku tak boleh bahagia dengan perempuan lain. Bukan aku tak cuba, tapi hati aku tetap berdegil nak pilih kau. Aku nak kita sama-sama bina hubungan kita semula".
"I...I sentiasa cintakan you, Izzat."

Ooh....kenapa tajuknya Red Velvet...he he sebab Elle suka sangat dengan Red Velvet buatan Izzat...malah ketika dia berada di Jepun pun Elle sempat membuka cafe untuk red velvet menggunakan resepi yang Izzat pernah ajar kepadanya.

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...