Ini adalah karya pertama penulis ANJELL yang
saya baca. Sebenarnya saya telahpun mendapat sedikit gambaran berkaitan novel
ini melalui drama adaptasinya namun tidaklah juga saya menonton kesemua episode
he he…sebab seperti yang saya katakan….saya lebih suka karya yang asli dan
adakalanya saya melihat juga kepada kekuatan dan kemampuan pelakon membawa
watak tersebut.
Penulis ini memang berkeupayaan hebat dalam
bermain-main dengan plot cerita. Adakalanya saya merasakan sudah berada di
klimaks cerita namun penulis begitu bijak menaikkan semula plotnya dengan
menggunakan teknik suspen dan kejutan melalui penambahan konflik baharu yang
memang mampu untuk mengembangkan dan melanjutkan lagi cerita.
Oleh sebab, saya sudah menonton sedikit
dramanya maka saya juga membaca dalam keadaan yang tidak berapa fokus
sebenarnya. Secara jujurnya saya tidak berapa teruja membaca novel ini walaupun
saya terus membaca tanpa meninggalkan satu patah perkataan lebih kurang dalam
tempoh 10 jam sebab banyak berhenti melakukan kerja yang lain. Antara dapatan
saya :-
1.
BERPEGANG
TEGUH KEPADA AJARAN ALLAH MAKA SELEBIHNYA AKAN DIPERMUDAHKAN.
-
Novel
ini membawa banyak unsur keagamaan sebenarnya. Bermula dengan kebencian
terhadap wanita bertudung sehinggalah kepada perlakuan lain yang dilarang oleh
agama. Penulis mengingatkan bahawa mereka yang selalu melakukan kemungkaran
akan mendapat balasannya. Setinggi manapun pangkat dan harta yang kita ada
tetapi kita tidak akan mampu untuk melawan ketentuan Allah. Hamba Allah yang
berharap teguh kepadaNya walaupun mendapat kesulitan tetapi Allah sentiasa
melindungi dalam apa jua keadaan.
2.
DIDIKAN
ANAK-ANAK BERMULA DENGAN IBU BAPA
-
Apabila
anak-anak membesar dalam keadaan yang tidak terdidik akhlak dan akidahnya maka
ibu bapa bersedialah untuk menerima bahananya pada masa hadapan. Kesibukan
dalam mengejar harta untuk tujuan kemewahan hidup anak-anak tersebut merupakan
satu kesilapan besar yang perlu diingati oleh semua ibu bapa.
3.
PELUANG
UNTUK BERTAUBAT TIDAK AKAN SELALU ADA
-
Gunakan
peluang yang ada untuk kembali kepada ajaran Allah. Novel ini banyak
mengingatkan saya tentang kuasa Allah yang sekelip mata menterbalikkan apa yang
kita suka kepada tidak suka dan yang kita tidak suka kepada suka. Juga penulis
memaparkan bahawa adakalanya kita diberi peluang untuk berubah namun kita
sendiri yang tidak menggunakannnya atas alasan masih muda atau akhirnya malu
dengan perbuatan sendiri. Untuk ini, dorongan dan bimbingan daripada orang yang
mempunyai pengetahuan agama yang tinggi sangat diperlukan supaya mereka yang
bersungguh-sungguh ingin kembali pada Allah dapat dibimbing.
SINOPSIS
NOVEL
Mengisahkan tentang seorang gadis bertudung
bernama Nurin Areesa yang berhadapan dengan karenah bosnya yang tidak menyukai
gadis bertudung. Namun atas dasar desakan kedua orang tua mereka maka kedua-dua
orang ini terpaksa bekerja di bawah bumbung yang sama. Sewaktu bekerja
bersama-sama inilah banyak peristiwa yang berlaku antara mereka. Kemunculan
watak Elfira yang sebelum ini merupakan
kawan Nurin dan juga menutup aurat sepertinya. Namun kerana perasaan Elfira
yang hanyut terhadap Harraz menyebabkan dia akhirnya terjebak dengan kehidupan
sosial yang liar.
Harraz yang pada awalnya begitu membenci
Nurin, akhirnya mengakui perasaannya yang akhirnya terpikat kepada wanita
bertudung. Namun dia berhadapan dengan sepupunya Farhan yang turut menyimpan
perasaan terhadap Nurin. Pekara yang menjadi kebetulan antara hero dan heroin
ialah jawapan kepada model wanita yang selama ini dicari-cari oleh Harraz kerana
terpegun dengan mata milik wanita tersebut ialah Nurin. Sungguh Harraz tidak
menyangka yang Nurin merupakan gadis yang dicari-carinya selama ini. Pertemuan
tersebut berlaku sewaktu Nurin menjadi model membantu kawannya dan dia memakai
penutup muka dan hanya mempamerkan bahagian matanya sahaja. Tarikan jodoh
bermula di sini.
Pelbagai cabaran yang telah mereka lalui
sebelum mereka mendirikan rumah tangga. Harraz mula berubah apabila berlaku
sesuatu peristiwa pelik kepadanya. Dia mula membuang segala tabiat buruknya dan
kembali mempelajari agama dengan bantuan rakan yang baru dikenalinya. Setelah
berumahtangga mereka sekali lagi diuji apabila kehilangan zuriat mereka. Akibat
tekanan keguguran, Nurin pula mula berubah dan menjauhkan diri daripada
suaminya sehinggalah akhirnya dia terbaca surat Harraz yang memintanya untuk
menerima ketentuan Allah.
Kesudahan untuk watak Elfira dan Farhan
pula…Elfira akhirnya akur pada hubungan Harraz dan Nurin setelah cuba untuk menganiayai mereka tetapi
dia pula yang terkena. Farhan pula akhirnya berkahwin dengan wanita cantik
seperti yang pernah Nurin doakan sebelum ini.
Of courselah happy endingkan…..he he….Nurin
dan Harraz akhirnya menimang cahaya mata.
Nak tahu detail…baca novel ni….apa yang
berlaku kepada Nurin dan Elfira, Elfira dan Harraz, Farhan dan Nurin, Farhan
dan Harraz…..kenapa dan bagaimana Harraz berubah…dengan bantuan siapa….apa yang
berlaku kepada Harraz Holding…syarikat kesayangan Harraz….bacalah ya….tak rugi
sebab memang menarik.
Seperti yang saya maklumkn di awal-awal
entri…penulis mmg pandai bermain-,main dengan perasaan pembaca….dah nak
landing….tup tup dia naikkan semula he he….tak percaya…meh baca novel ni….
Tak blh nak buat perbandingan dengan drama
sbb hanya tgk beberapa episod sahaja….mcm tak adil pula nak kutukkan ha ha….
No comments:
Post a Comment