Masih lagi dengan karya penulis Sha
Ibrahim.......saya memang sukalah dengan penulis
ni.....santai...rileks...terhibur di samping mendapat mesej-mesej yang bernilai
sepanjang pembacaan...ada juga rakan-rakan yang mempersoalkan review dan juga
dapatan yang saya tulis untuk sesebuah novel...ada yang kata...dah novel
cinta-cinta....mesej apa lagi yang boleh diperolehi....memang sah-sahlah
tentang cinta...
Pada saya, bergantunglah kepada sejauhmana
tanggapan dan kebolehan seseorang pembaca itu untuk menilai mesej yang ada
dalam novel...kalau memang otak tu dah diset dengan cinta sahaja maka mesej
cintalah yang pembaca tu dapat...tapi kalau pembaca tu open minda dia untuk
menilai secara menyeluruh bukan sahaja dari segi cinta semata-mata tetapi juga
pergolakan, permasalahan, unsur kebahagiaan, unsur keagamaan, nilai
kemasyarakatan.....banyak sahaja dalam novel tu....tinggal kebijaksanaan
pembaca tu sendiri sahajalah yang menentukannya...
Itulah sastera...kita nak menegur
orang...kita nak memberikan kesedaran tak semestinya dengan kata-kata pedas
sahaja...boleh sahaja dengan cara yang lembut dan tersirat tapi mampu sampai
jauh ke lubuk hati jika kena pada gayanya...nah dah kena bebel dengan guru
sastera he he....tak perlah....masing-masing punya citarasakan....kita saling
menghormati pilihan kita...jika kita tidak suka..terima sajalah...jika kita
sukapun layan sajalah...macam saya yang tak gemar dengan drama adaptasi...mgkn
di luar sana...ramai penggemarnya...jadi...win win situationlah
kan......k....ayuh...dapatan untuk novel ini saya pernah share dalam FB:-
1.
NIKMAT
KASIH SAYANG MERUPAKAN ANUGERAH TERINDAH ALLAH.
-
Rasa
sayang dan cinta itu merupakan perasaan yang sukar untuk kita tafsir. Adakalanya
perasaan itu mengundang sejuta kebahagiaan dalam hidup kita dan adakalanya juga
boleh menyebabkan kehidupan kita menderita hanya kerana perasaan ini. Oleh itu,
saya katakana ia adalah anugerah terindah kerana kehadiran boleh sahaja
menggembirakan dan dalam sekelip mata mengundang derita.
-
Adakala
juga kasih sayang ini merupakan ujian Allah kepada hambanya agar lebih matang
dalam mengharungi cabaran kehidupan. Dengan wujudnya perasaan sayang maka Allah
minta manusia berfikir secara rasional bagaimana cara untuk menggunakannya di
jalan yang diredhaiNya. Kasih sayang antara anak dan ayah yang terjalin begitu
kuat sehinggakan menjadikan c ayah tidak rela melepaskan anaknya mencari
kebahagiaan sendiri yang dia tidak temui ada pada kasih sayang ayahnya.
2.
HUBUNGAN
RAPAT DALAM KALANGAN AHLI KELUARGA
-
Saya
turut terkesan dengan ikatan kekeluargaan yang begitu rapat dalam cerita ini. Ikatan
antara mereka jelas tergambar gelombang kasih sayang yang walaupun nampak berserabut
namun menuju kepada satu matlamat yang sama iaitu SAYANG. DP Zyne yang begitu
menyayangi anaknya Tiara dan dalam masa yang sama membuka hati untuk seorang
wanita bernama Rania. Saya membuat kesimpulan sendiri bahawa perlu wujud
hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak apabila mereka semakin meningkat
dewasa.
3. JODOH MERUPAKAN RENCANA TERHEBAT ALLAH. JANGKA MASA PERHUBUNGAN BUKAN JAMINAN KEPADA SATU IKATAN YANG KEKAL
- Pendek
kata...bercintalah bagai nak rak sekalipun jika itu bukan jodoh kita maka tak
akan ke mana. Salute dengan Fateh dan DP Zyne yang benar-benar menjaga batas
perhubungan mereka kerana mereka ikhlas untuk melangkah dalam dunia perhubungan
yang lebih serius.
SINOPSIS
Novel ini mengisahkan kehidupan ayah-anak
yang sangat rapat selepas mereka kehilangan insan tersayang dalam hidup mereka.
Datuk Paduka Zyne Airiz dan anak tunggal perempuannya iaitu Tiara Ameena
menjadi sahabat karib. Hubungan rapat mereka boleh menimbulkan syak wasangka
bagi mereka yang tidak mengetahui hubungan sebenar antara DP Zyne dan Tiara. Oleh
itu, tidak mustahil untuk seorang lelaki luar seperti Fateh yang kebetulan baru
putus cinta melontarkan kata-kata sinis terhadap pasangan anak-beranak tersebut
yang disangkanya sugar daddy dengan anak belaannya. Natijahnya Fateh terpaksa
berhadapan dengan situasi tegang apabila dia akhirnya jatuh cinta denga Tiara
dan nak memujuk bapa mertua spt DP Zyne bukanlah satu pekara yang mudah... he
he...bingung c Fateh dikerjakannya.
Banyak kisah lucu dalam novel ini yang
mencuit hati saya...seperti sewaktu DP Zyne melamar Rania.....sewaktu Fateh nak
mengurat Tiara....dan begitu juga sebaliknya. Banyak sangat kisah lucu yang
memaparkan ikatan kasih sayang yang kukuh antara kesemua watak dalam novel ini
menguatkan rasa berbunga-bunga dalam jiwa. Tak masuk lagi gelagat Tok Mi yang
asyik nak berbalah dengan Tiara dan DP Zyne he he...
Tu tak masuk lagi Pak Long....insan yang
ditemui oleh Tiara sewaktu dia melarikan diri kerana bergaduh dengan papanya. Walaupun
agak kasar dan kesat bahasa yang digunakan namun Pak Long berasa selesa dengan
kemunculan Tiara seorang anak gadis yang jujur dan berhati mulia di hadapan. Dia
dan isterinyta bercadang untuk menjodohkan Tiara yang juga merupakan anak
kepada bekas anak muridnya dengan anak bongsu mereka namun awal-awal telah
direject ha ha......
Last sekali...berjaya juga Pak Long dan Mak
Long bermenantukan Tiara sebab akhirnya anak bongsu mereka sendiri yang membawa
balik menantu pilihan mereka...betapa aturan jodoh Allah itu sungguh
hebat...korang faham sendirikan he he
Note :
Saya memang bagi 5 bintang untuk novel ini he he.....sebab dari awal saya
membacanya malah dari review penulisnya lagi di FB memang saya sangat terpikat
dengan jalan ceritanya...sebab tu saya kata keterujaan saya untuk memilikinya
amat berbaloi....saya asyik ketawa sahaja apabila membaca kisah lucu dalam
keluarga Tiara dan DP Zyne....terhibur sangat...apatah lagi penggunaan bahasa
luar alam he he ni ayat yang mesti ada dalam novel karya penulis ini...perangai
luar alam ha ha...tak percaya...korang baca......mmg best......
*Saya dapat sign daripada penulis Sha Ibrahim
untuk buku ni sebab tu lebih berbunga-bunga rasa hati ha ha....sebab beli buku
ni direct dgn dia....
No comments:
Post a Comment