Ini juga kali pertama saya membaca hasil
karya penulis ini iaitu UMIE NADZIMAH....tak taulah pula kalau ada dalam
longgokan koleksi yang tersusun rapi dalam rak buku novel tu...atas dasar minat
yang tinggi terhadap novel...akhirnya My Hubby belikan sebuah rak buku kecil
untuk memuatkan novel-novel hasil belian isteri kesayangannya(ha ha) yang
semakin hari semakin bertambah.....eeh melalut pula...saja bagi intro..
Berbalik semula kepada novel ini...saya
sebenarnya dah lama perasaan yang tajuk novel sekarang ni dah
pelik-pelik...kalau dahulu punyalah pemilihan nama tu pun dah metafora
sangat...baca tajuk bukupun dah rasa berbunga-bunga dek namanya yang hiperbola
sangat tapi mutakhir ini trend dah berubah...tajuk novel dah jadi
‘selamba’...main bubuh jer lah namanya...macam ni novel ni....blh pula Si Baju
Kurung Kasut Kanvas....
Mula-mula saya ternampak novel ni...memang
tak menarik langsung perhatian saya sebab dah tajuk pun pelik-pelikkan macam
tak best saja.....tapi jangan menilai dari luaran ya...he he...setelah
membacanya memang best pula cerita ni..boleh buat saya tersengih-sengih malah
adakalanya meletus juga ketawa kecil apabila penulis memaparkan unsur humor
bersahaja dalam penceritaannya....dan walaupun tak adalah sampai menitiskan air
mata tetapi adakalanya konflik dalam cerita benar-benar menyentuh naluri
pembaca saya.......baiklah.....dapatan saya dalam novel ini:-
1.
RIAK
ITU PERMULAAN KEJAHATAN DIRI
-
Saya
sebenarnya terkesima sewaktu membaca novel ini apabila penulisnya berjaya
memaparkan kisah masyarakat yang terlalu riak dalam kehidupan mereka...walaupun
jalan cerita simple dan isu biasa sahaja iaitu melibatkan masyarakat Utara yang
begitu taksub dengan kelebihan diri namun mesej RIAK itu sebagai permulaan
kepada segala kejahatan amat jelas.....disebabkan RIAK orang sanggup menghina
orang lain kerana merasakan dia lebih baik walhal sesungguhnya apabila kita
merasakan kita lebih baik daripada orang lain maka itu adalah satu permulaan
sikap yang tidak baik.
2.
HIPOKRIT
SIKAP YANG AKAN MENJATUHKAN NILAI MARUAH DIRI
-
Jadi
diri kita sendiri adalah lebih baik...jujur dan akui apa sahaja kelemahan yang
kita miliki...namun sebagai insan biasa yang nalurinya ingin sentiasa kelihatan
hebat daripada orang lain...bukan mudah untuk kita mengamalkannya...saya
sendiri insan lemah yang sentiasa alpa dengan nikmat Allah...sebagai peringatan
diri...tak perlulah hipokrit jika inginkan perhatian orang lain..syukuri dan
berbanggalah dengan apa yang kita miliki...yang paling penting...jangan
hipokrit di hadapan orang lain semata-mata untuk dapatkan perhatian kerana
apabila tembelang anda pecah.....waduh....tak tahu di mana nak letak muka
selepas itu....adalah lebih baik kita akui kelemahan diri agar apabila kita
tidak mampu melakukan sesuatu...kita lebih reda dan akur dengan keadaan
daripada bersikap hipokrit konon hebat padahal sekali pecah nak letak maruah
diri di kutub utarapun dah tak ada gunanya.
3.
FITNAH
SENJATA UNTUK MENJATUHKAN SESAMA INSAN
-
Aduh....takut
sangat dengan hal seperti ini..memfitnah dan difitnah..dua-duanya
mengerunkan..mudahan terhindar daripada pekara ini. Fitnah jika dijadikan
sebagai santapan seharian kehidupan maka tunggulah apabila kifarah Allah tiba
pada dirimu. Bukan mudah untuk seseorang yang difitnah menjalani kehidupannya
selepas difitnah..kesan dan lukanya kekal terpahat walaupun ungkapan maaf telah
diucap..kedukaan fitnah yang mencengkam orang itu bukan boleh hilang dalam
sekelip mata tetapi makan masa yang lama untuk sembuh...oleh itu berfikirlah
sebelum terlibat dengan fitnah-memfitnah
4.
JUJUR
DAN IKHLAS KUNCI KETENANGAN JIWA
-
Perlu
jujur dengan diri sendiri...perlu ikhlas dengan diri sendiri...barulah kita
boleh hidup dengan jujur dan ikhlas di hadapan orang lain. Nak jujur...nak
ikhlas kena ada kekuatan dalam diri..perlu ditanamkan dan diamalkan dalam
diri...bukan mudah untuk jujur dan ikhlas kerana ini adalah lambang hati
seorang manusia yang benar-benar bersih..
SINOPSIS
Cerita novel ni simple sahaja...berkisar
tentang seorang gadis sempoi....jujur dan ikhlas menerima kekurangan dirinya
bernama Suria Rihana....Suria menerima setiap kekurangan dirinya dengan
terbuka...bermula dengan saiz badannya yang agak tembam dan wajah yang kurang
jelita seperti kakak sepupunya Ratnasari...Suria akur dengan kekurangannya..
Namun di sebalik kekurangan itu, Suria
memiliki hati yang bersih...dia jujur dalam setiap tingkah laku dan tutur
katanya...dia juga seorang yang berpegang teguh kepada ajaran agama lebih-lebih
lagi sejak dia rapat dengan keluarga Ustazah Latifah. Hal ini membolehkan dia
menerima sikap ibunya Che Pah yang terang-terangan mengutuk dan menghina
dirinya yang tidak suka melawa sepertinya dan Ratna. Che Pah benar-benar marah
dengan cara berpakaian Suria yang lebih suka mengenakan baju kurung dengan
kasut kanvas tanpa ada secalit makeup di wajahnya. Che Pah berpendapat kerana
sikap sempoi Suria dalam berpakaian inilah menjadi punca Suria tidak kelihatan
cantik dan tidak laku. Malah keluarga bekas kekasihnya Jejai menolak dia
disebabkan oleh raut wajahnya yang tidak cantik.
Saya agak penasaran dan geram sangat-sangat
saat Mak Cik Ropawan tu menghina Suria di hadapan orang ramai...rasa anak
lelaki dan menantunya tu lah yang paling hebat di muka bumi....geram sungguh
waktu membaca part ni...tpi syoknya apabila di peleraian cerita rupa-rupanya
menantu kesayangan dia tu lagi hodoh daripada Suria cuma dia jadi cantik sebab
telah menjalani pembedahan plastic...Jejai pula dah jadi mereng sebab nak
berbalik dengan Suria..waktu dulu-dulu tak nak...bila Suria dah jadi lawa
barulah terhegeh-hegeh nak mampus....padan muka manusia tembok mcm ni
.....oooppps
Waktu Che Pah melebih-lebihkan Ratna daripada
anak kandung sendiripun antara part yang cukup mengeramkan. Pandai sangatlah c
Ratna hipokrit tu berlakon sampai semua adik-beradik Suria pun
menyebelahinya...dia ni hasad dengki sangat tinggi..tak boleh nak tengok Suria
tu hidup senang sikit ada saja kata-kata dan rancangan jahatnya yang
menyakitkan keluar daripada hati dan mulut busuknya tu...nasib baik Suria ada
hero yang sentiasa berada di sisi he he...jeng jeng...siapa lagi kalau bukan
Gary Rahman c abang sado...oh ya..kalau korang nak tahu..Gary ni merupakan
lelaki idaman Ratna tau...dia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan Gary
namun tidak pernah dihiraukan oleh Gary yang sememangnya sudah bosan dengan
sikap perempuan-perempuan hipokrit...sebab tu lah Gary terpikat dengan Suria
sebab ketulusan hati dan kejujuran sikap gadis itu berjaya mengocak jiwa lelaki
Gary yang mula berubah kea rah mencari reda Allah...
Gary terpikat dengan sikap jujur
Suria....jodoh bertambah kuat apabila Suria menjadi guru mengaji anak
saudaranya si manis Sophea...dan bertmbah kuat lagi apabila ibunya Puan Saria
berkenaan sangat dengan Suria untuk dijadikan menantu....
Cerita ni jadi best di endingnya apabila
semua yang jahat dapat balasan yang setimpal he he.....Ratna yang berlagak nak
mampus konon kawin dengan orang kaya...CEO...rupanya bakal suami hanyalah
bekerja sebagai guard sahaja he he...Suria yang dikutuk, dihina oleh ahli
keluarganya sendiri...yang dikatakan hanya layak untuk berkahwin dengan lelaki
tua akhirnya Allah kurniakan kebahagiaan dengan seorang suami yang beriman.
Saya membaca buku ni macam ala-ala drama
Korea Oh My Venus he he....saya dapat gambarkan bagaimana penderitaan emosi
seorang gadis yang dihina kerana kekurangan dalam dirinya...namun berkat
kejujuran dan kesabaran maka Allah kurniakan anugerah yang jauh lebih baik
daripada kehilangan yang pernah dilaluinya.
Saya sangat mengharapkan Suria tu akan jadi
cantik he he sebab yalah nak berdampingan dengan Gary Rahman perunding
kecergasan yang popular kenalah sepadan dengan dia. Sebelum sampai ending tu
hati dan minda saya dah mula berkecamuk he he....takut Suria tak cantik sebab
adakalanya apabila membaca novel ni ending yang kita mahu tidak sama seperti
apa yang penulis mahu tup tup penulis letak Suria tu gemuk smpi ending tak kah
sakit jiwa mak membacanya ha ha...
Nasiblah juga Suria akhirnya jadi
kurus....sebab bakal suami pun namanya perunding kecergasan kan....he he
Suka sangat dengan cerita ni.....rasa
terhibur sangat...lari daripada tanggapan awal....nampak macam cerita tak best
tapi rupanya...best giler untuk mereka yang nak kan hiburan untuk membaca..
Korang janganlah harap klu novel-novel yang
saya baca ni jenis yang thrill pula...tak ada maknanya saya membaca novel
begitu...memberatkan minda dan kepala hotak jer...saya nak baca untuk
berhibur..untuk melepaskan tekanan namun dalam masa yang sama mendapat
pengajaran di sebaliknya...ala novel sweet mana ada pengajarannya....korang ni
kan dah cukup akal...pandailah nak cari pengajaran tu dari sudut mana...huuuh
No comments:
Post a Comment