Sunday, 29 October 2017

NOVEL 100 HARI MENGENAL CINTA



Image result for novel 100 hari mengenal cinta
Saya sebenarnya bercadang untuk berhenti membaca novel untuk beberapa hari memandangkan ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Namun demikian disebabkan gambaran cerita Cinta Asma & Ferhad begitu kuat menganggu di minda maka saya terpaksalah gagahkan diri mengambil satu lagi novel dalam koleksi yang belum dibaca dengan harapan akan dapat memudarkan sedikit kemendungan yang bertakhta di jiwa ha ha....saja nak cari alasan....

Saya pilih novel ini.....untuk lari seketika daripada novel-novel keluaran LN sebab nak mententeramkan jiwa ha ha....kelakar yang tak lawak...tidak apalah yang penting daku bahagia he he....novel ini keluaran Penulisan2u dan hasil karya SYU ARIANI....novel ini antara novel yang  terlaris dijual di Popular maka terdetik hati saya untuk membacanya...

Novel ni biasa-biasa sahaja...tiadalah kisah berkahwin dengan jutawan...ia lebih kepada unsur kemasyarakatan tentang kasih sayang yang agak bercelaru menimpa keluarga Airina dan Hazizul....k dapatan novel ini :-
1.    NAFSU PEMUSNAH KEBAHAGIAAN HIDUP
-       Nafsu ni luas....tak kiralah dalam bentuk apa-apapun.....namanya nafsu haruslah dikawal agar tidak memakan diri. Jika terlalu mengikut nafsu maka manusia akan mudah terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan. Sekali kita memulainya maka akan ada hasutan syaitan untuk terus melakuknnya semula. Oleh itu berhati-hatilah. Harris yang terlalu mengikut nafsu mengejar Syida telah mempergunakan kakak tiri Syida iaitu Airina tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Kesan daripada itu jugalah dia akhirnya tidak pernah tunduk dengan nafsunya walaupun selepas memiliki Syida.

2.    ANAK YANG HORMAT DAN TIDAK BERDENDAM AKAN ORANG TUANYA PASTI DIBERKATI.
-       Seteruk manapun layanan orang tua terhadap anak-anaknya, adalah menjadi tanggungjawab anak-anak agar terus menghormati orang tua mereka selagi tidak bertentangan dengan hukum Allah. Hazizul berhadapan dengan trauma yang teruk selepas didera oleh ayah kandung dan ibu tirinya sejak dari kecil. Namun dia tidak menyimpan sekelumit dendam kerana rasa hormat yang tinggi terhadap mereka.

3.    SENTIASA BERFIKIRAN RASIONAL DAN JANGAN BERTINDAK MENGIKUT KATA HATI
-       Kata hati kita adakalanya tidak benar....ia masih memerlukan akal waras kita untuk berfikir secara rasional supaya setiap tindakan yang kita lakukan berbaloi. Jangan terlalu menurut kata hati terutama apabila menyentuh tentang soal hati, kelebihan orang lain dan kekurangan yang kita miliki. Syida yang begitu lancang membenci kakak tirinya Airina tanpa sebarang sebab munasabah menjadikan dia sendiri tertekan dan meroyan.


SINOPSIS

Di peringkat awal novel ini digambarkan perasaan berkecamuk seorang gadis bernama Airina yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya namun dia tidak sedikitpun berasa teruja atau mempunyai perasaan terhadap Harris walaupun telah bertunang selama 2 tahun. Saat-saat menjelang pernikahan mereka, penipuan Harris terbongkar apabila Airina menyaksikan sendiri kecurangan tunangnya bersama Syida adik tirinya. Airina yang berasa kecewa dengan mereka telah bertemu dengan Hazizul adik tiri Harris yang telah menawarkan perkahwinan selama 100 hari untuk mereka mengenal cinta. Jika dalam tempoh itu mereka tidak mempunyai perasaan apa-apa maka mereka boleh menamatkan ikatan mereka.

Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang 100 hari itu. Termasuklah perkahwinan Syida dan Harris. Turut juga terbongkar kemaksiatan mereka selepas Syida didapati mengandung 6 minggu sedangkan mereka baru berkahwin seminggu. Turut terbongkar kisah kecurangan Harris dengan setiausahanya. Walaupun jelas di depan mata yang bersalah adalah mereka namun Syida tidak habis-habis meletakkan kesalahan kepada Airina. Dia menuduh Airina punca dia diceraikan talak tiga oleh Harris dan pembunuh kepada anak dalam kandungannya walhal dia yang menganggu Airina dalam pemanduannya sehingga menyebabkan mereka kemalangan.

Konflik diperhebatkan lagi apabila Syida menjalankan misi jahat menghancurkan rumah tangga Airina dan Hazizul dengan cubaan menggoda abang iparnya sendiri. Tindakan Syida berjaya menganggu hubungan suami isteri mereka namun berjaya dirasionalkan oleh ibu bapa Airina. Di penghujung cerita, semuanya pulih seperti biasa. Akhirnya Hazizul diterima oleh keluarganya dan kisah 100 hari mereka memang berjaya mengenal cinta....he he....

Tentang siapa Hazizul yang sebenar.....apa yang berlaku dengan dia....kenapa dia menawarkan perkahwinan 100 hari untuk mengenal cinta...korang baca sendiri k......



#Misi tercapai mengubat lara di jiwa he he.....malangnya teringin lagi membaca novel yang lain pula hu hu...janganlah banyak kerja ni......

1 comment:

  1. Terima kasih sudi dapatkan 100 Hari Mengenal Cinta! 😍😍

    Syukurlah Airina-Hazizul boleh tolong ubati lara di jiwa. Ecehhh

    Oh ya, Syu nak minta izin utk share review ni di Facebook, boleh?

    p/s: Tadi Syu ada comment juga tapi tak tahulah keluar ataupun tidak. Maaflah kalau double hehe

    ReplyDelete

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...