Tuesday, 12 February 2019

PEMILIK CINTA ZANIA

Buku ni karya MISS DEE. Pertama kali membaca buku beliau. Saya tertarik dengan teasernya dan tambahan pula buku ni kombo sekali dengan novel yang dah lama saya tunggu he he sebab tu lah semangat beli. Saya tidaklah mahu menjatuhkan mood atau reputasi penulis tetapi secara jujur novel ni mendatangkan ketidakpuasan naluri pembacaan saya disebabkan :-
  1. Plot cerita yang berterabur. Penulis nak merumitkan sesuatu konflik tu tetapi dengan cara yang meleret-leret menyebabkan konflik itu menyebalkan. Semakin konflik DENDAM itu dirumitkan dan disulami dengan teknik saspens yang agak kurang menyakinkan menimbulkan rasa keboringan dalam diri pembaca.
  2. Kewujudan kisah lain seperti pasangan Aina dan Zaf sedikit sebanyak menganggu plot cerita sebab penulis menimbulkan satu cerita baru.
Kisah ni tentang Dania Wafa yang tertekan dengan sikap Zahin. Zahin ni tak berhenti-henti nak kan c Dania walaupun berkali-kali ditolak oleh Dania. Penulis cuba untuk menimbulkan dendam antara mereka ni tetapi ditonjolkan dalam keadaan yang mengejut dan meleret-leret menyebabkan pada saya ksiah mereka ni tidak cukup utuh untuk menjadi sebuah dendam yang kompleks. Dania yang berdendam dengan Zahin telah memalukan Zahin semasa majlis harijadi lelaki itu. Hal ini menyebabkan Zahin pula makin tercabar ego lelakinya maka dia telah mengatur rancangan untuk memerangkap Dania dengan peristiwa hitam di sebuah hotel.

Di sini saya betul-betul pening. Penulis begitu teruja untuk menjadikan unsur ni saspens sehinggakan saya tak tau apa sebenarnya yang berlaku di hotel tu. Kata peristiwa hitam tapi selepas mereka kawin Zahin tu macam tak sentuhpun isteri dia tu malah dia kata dia akan tunggu isteri dia benar-benar bersedia. Jadi...gambar yang dihantar kepada abah Dania tu apa...gambar dia dengan Dania sedang tidur atas katil dan atas sebab itulah Dania dan Zahin berkahwin.

Bila mereka dah berkahwin...makin tmbh pening dengan adegan romantis yang tak berapa nak menjadi he he. Penulis cuba untuk menggambarkan betapa romantiknya pasangan ni terutama apabila mereka saling menggoda antara satu sama lain tapi feel tu tak sama (atau saya yang gatal ha ha). Pengolahan bahagian ni agak hambar dan berulang-ulang perlakuan yang sama.

Muncul pula watak Zaidi kawan Zahin yang tiba-tiba menculik Dania pada masa reunion walaupun penulis ada terangkan yang itu sebenarnya rancangan Zahin sendiri agar nampak hero di mata Dania tapi sampai kesudah penulis tidak bagitau motif Zaidi membongkarkan rahsia Zahin tu. Dia hanya bgtau Zahin dah berjanji akan menyerahkan Dania untuk dirasai oleh Zaidi tapi tak logik pada saya sebab digambarkn pada endingnya Zahinnya memang cinta mati kat Dania dari awal lagi...so ai is pening seketika ha ha.

Tiada konflik yang lain. Hanya berkisar tu je. Mainan tarik tali perasaan Zahin dan Dania. Akhirnya merekapun berbaik tapi tiba-tiba Zahin menghilangkan diri selama sebulan dan terbongkarlah kisah semuanya. Abah dan Along Dania yang pada saya sepatutnya menjadi watak pelindung kepada Dania tidak perlu berkomplot dengan Zahin walaupun alasannya nampak sinar cinta dan keikhlasan pada mata Zahin. Tapi agak-agaklah Abah tu sanggup berkomplot edit gambar atas katil anak dia sendiri...ish ish ish...k HAPPY ENDING.

# Apa DENDAM mereka sebenarnya ni he he...korang baca. 

# Maaf saya tak jumpa cover buku ni di google mungkin sebab baru kot...

18/60 CABARAN MEMBACA 60 NOVEL SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 12 FEBRUARI 2019

Monday, 4 February 2019

SATU METER KE HATI


Image result for SATU METER KE HATI

Novel ni karya NIA QURRATUN'AINI dan mungkinlah dan rasa-rasanyalah ni kali pertama saya membaca karya beliau he he. Masih kisah yang santai dan tidaklah menyebalkan. Pada mulanya, lari jugalah mood seketika namun saya gigihkan untuk habiskan pembacaan atas dua sebab iaitu :-
  1. Ini kali pertama saya membaca buku beliau dan ada beberapa buah lagi yang masih tersimpan cantik di rak maka saya perlu mengetahui rentak penullisan beliau. Oleh itu, saya teruskan pembacaan.
  2. Awal-awal cerita ni, tidaklah suwit-mawit seperti kebanyakan karya yang saya baca. Penceritaan tidaklah berat tetapi jalinan konflik di awal tu membuatkan saya tekun meneruskan pembacaan.
Kisah ni tentang Kasturi Raudhah gadis yang mengalami kekecewaan apabila tunangnya meninggal akibat kemalangan semimggu sebelum mereka melangsungkan perkahwinan. Hal ini menyebabkan Raudhah tertekan dan cuba untuk lari daripada kepahitan itu dengan merantau ke luar negara. Oh ya, lupa nak perkenalkan. Raudhah ni anak kepada pemilik Taming Sari Holdings. Nama adik-beradik mereka memang sangat unik he he...Tuah Inderawan, Jebat Zulkarnaein, Kasturi Raudhah, Lekiu Syafiq dan Lekir Naqiuddin...antikkan pilihan nama watak penulis ni he he. Oleh sebab dia adalah anak orang kaya dan ada kejadian pahit yang menimpa keluarga mereka sebelum itu menyebakan Raudhah diwajibkan untuk memiliki pengawal peribadi.

Mungkin novel ni rentetan daripada novel penulis sebelumnya sebab ada beberapa perkara yang dihighlight. Selama 3 tahun dia merantau di luar negara, dia ditemani oleh Nina sebagai pengawal peribadi. Masalah timbul apabila Nina berhenti kerja kerana berkahwin. Hal ini menyebabkan Raudhah terpaksa mencari pengawal baru dengan syarat mestilah perempuan namun demikian ayahnya berkeinginan di sebaliknya supaya dapat menghalang anak perempuannya ke luar negara lagi. Sewaktu abangnya Jebat Zulkarnaein menunjukkan 4 resume terakhir, Raudhah tanpa melihat terlebih dahulu mengambil keputusan untuk memilih calon daripada Nina kerana dia yakin calon Nina menepati kehendaknya. Tanpa Raudhah sedari calon Nina adalah Merah Miqael iaitu lelaki yang ditemuinya sewaktu majlis pertunangan Nina.

Walaupun pertemuan mereka sebagai majikan dan pekerja tidaklah terlalu teruk tetapi tetap tidak menyenangkan hati Raudhah. Apabila sudah serasi bersama maka timbul pula perasaan saling menyukai antara satu sama lain. Apabila mereka hampir melangsungkan perkahwinan, timbul pula konflik. Robert telah memutarbelitkan cerita sebenar tentang kematian Lutfhi Haqimi tunang Raudhah suatu ketika dahulu dengan mengatakan yang Merah Miqael membunuh tunangnya. Hal ini menimbulkan kemarahan Raudhah. Perkahwinan tetap diteruskan untuk menjaga hati orang tua. Dalam masa inilah, Merah Miqael berusaha untuk meraih kepercayaan isterinya. Namun bukan mudah untuk melenturkan kemarahan Raudhah. Dalam marah-marah tu pun masih juga terselit rasa sayang dan cemburu dalam diri Raudhah apabila suaminya dipandang oleh wanita lain he he.

Hal ini berterusan sehinggalah Merah Miqael tercedera diserang oleh Robert. Di sini barulah Raudhah mengetahui hal sebenar apabila kakak Robert iaitu Celine yang menjadi orang kanan nenek Merah Miqael menceritakan hal sebenar. Hubungan suami isteri ini pun mula menjadi baik. Berbeza dengan karya lain...novel ni nak hujung-hujung barulah keluar suwit-mawitnya. HAPPY ENDING..dapatan novel ni :-
  1. TAKDIR : SIAPA YANG PATUT DISALAHKAN. JAWAPANNYA REDA SUPAYA ANDA TIDAK RASA LEBIH TERTEKAN.
  2. HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN PERLUKAN PENGORBANAN

# Banyak lagi kisah menarik yang lain ya. Novel ni banyak juga menyelitkan unsur-unsur keagaaman. Hijrah seorang taiko along kepada kehidupan yang lebih baik. Merah Miqael ni sebenarnya tinggal bersama neneknya yang bukan Islam namun saling menghormati walaupun awalnya wujud juga konflik apabila neneknya mahu Merah Miqael mewarisi bisnes keluarga mereka.

# Apa sebenarnya yang berlaku kepada Lutfhi Haqimi dan kenapa Raudah dengan Merah Miqael berkahwin. Ada sebab tu ya he he....ada cerita di sebaliknya jadi korang bacalah ya.

15/60 CABARAN BUKU SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 01 FEBRUARI 2019

Monday, 7 January 2019

SIR MONSTER


Image result for NOVEL SIR MONSTER SERA ELYA

Buku ni karya SERA ELYA...buku pertama karya beliau yang saya baca walaupun sebelum ni baru saya perasaan saya dah ada satu lagi buku penulis ini tapi sudah lama tersadai di rak. Selepas ni bolehlah dibaca he he cuma bukan dalam sehari dua ni lah sebab saya tidak boleh membaca buku penulis yang sama berturut-turut.

Saya teruja membaca novel ni selepas Iman rakan daripada Dunia Novel kata buku ni best. Sayapun menjadikan ini buku yang kedua dalam menyahut cabaran. Tidak dinafikan, buku ni memang kena dengan taste saya  he he walaupun pada mulanya tidaklah menarik minat kerana melibatkan percintaan antara guru dan murid. Jujur saya tidak berapa suka membaca cerita berkaitan dunia pendidikan mungkin disebabkan saya berhadapan dengan realiti sebenar. Tapi cerita ni bolehlah pula masuk selera he he mungkin kerana cara penulis menzahirkan plot cerita dengan perwatakan watak yang menjadikan saya meneruskan pembacaan sehingga ke muka surat terakhir.

Kisah yang santai. Berkisar tentang seorang remaja bernama Deanaress (susah nak sebut nama budak ni he he) yang berusia 19 tahun. Anak tunggal yang tidak dipedulikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Anak tunggal yang dipaksa oleh ibu bapanya untuk mengikut kehendak mereka. Anak tunggal yang tidak dibenarkan menentukan hala tuju hidup sendiri. Pendek kata anak tunggal yang kurang kasih sayang dan memerlukan perhatian ibu bapanya.

Namun saya suka dengan wata Dea ni sebab dia seorang gadis yang cekal dalam kedegilannya. Dia tidak mampu untuk melempiaskan rasa tidak puas hati maka tipikal remaja akan mencari sesuatu yang disukai di luar seperti bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Dea ni pula mempunyai rupa paras yang cantik menyebabkan dia tidak disenangi dan dicemburui oleh rakan2 perempuan. Oleh sebab itulah, dia tidak mempunyai kawan karib dalam kalangan pelajar perempuan. Yang ada pun asyik tikam dia dari belakang.

Cerita ni ala-ala drama Korea he he....hero lambat nak dekat dengan heroin. Second hero lebih banyak ditonjolkan dalam bab-bab awal. Syed Casper yang saya anggap teman tapi mesra kepada Dea banyak digambarkan bersama Dea ketika di kala susah dan senang. Casper turut digambarkan mempunyai perasaan mendalam terhadap Dea dan jika diasah kedua-duanya mereka boleh jadi kekasih cuma tup-tup lain pula kejadiannya.

Hero iaitu Sir Eiden yang digelar Sir Monster oleh Dea merupakan pengetua muda di sekolah swasta tersebut. Disebabkan perangai luar biasa yang ditunjukkan oleh Dea menjadikan Sir Eiden tertarik untuk mendekati dan melindungi gadis tersebut. Sir Eiden ni menjadi kegilaan pelajar perempuan di sekolah tersebut. Hanya Dea seorang sahaja yang tidak tergila-gilakan pengetuanya kerana dia tidak suka dibebel sepertimana yang biasa dilakukan oleh ibu bapanya. Terdapat beberapa peristiwa yang menjadikan Sir Eiden penyelamat kepada Dea seperti peristiwa di kolam renang, peristiwa di rumah Lucas dan sebagainya. Lama-kelamaan, timbul perasaan dalam jiwa gadis ini terhadap pengetua dan dalam masa yang sama Sir Eiden juga menyimpan perasaan yang sama.

Ketika kembar Sir Eiden iaitu Isaac menyamar sebagai pengetua dia sekolah itu, Dea telah tersalah sangka yang Sir Eiden telah bertunang. Dia telah pergi secara senyap-senyap ke London seperti yang dikehendaki oleh ibu bapanya yang mahu dia melanjutkan pelajaran dalam bidang Forensik. Namun jodoh mereka kuat apabila di sana mereka sekali lagi dipertemukan. Namun muncul pula si langau Irina iaitu bekas pelajar Sir Eiden yang pernah ditolak cintanya oleh Eiden atas alasan Eiden tidak mahu bercinta dengan org yang jauh lebih muda daripadanya. Prinsip ini jugalah yang menghalang dia untuk terus mendekati Dea. Namun perceraian ibu bapa Dea dan menyebabkan dia terpaksa membiayai pengajiannya sendiri menyebabkan Eiden akhirnya menikahi Dea.

Konflik berlaku dalam hubungan mereka yang agak jauh perbezaan usia lebih kurang 14 tahun. Dea yang masih muda dan tidak putus-putus memanggil suaminya sendiri SIR menyebabkan hubungan mereka tidak seperti suami isteri yang lain. Kemuncak cerita apabila Stella rakan baiknya mengkhianati dirinya. Rupanya Stella adalah adik kepada Irina dan mereka sama-sama membalas dendam terhadap Dea. Malangnya Casper yang ditikam. Hal ini menimbulkan kemarahan Eiden terhadap isterinya yang keluar tanpa izin tanpa dia menyedari kata-katanya telah melukakan hati isterinya yang turut tercedera tanpa Eiden sedari.

Dea kembali ke London membawa hati yang terluka. Pastinya Eiden datang memujuk. Part ni agak meruntun jiwa tapi tidaklah sampai menitis air mata cuma sendu tu ada he he...akhirnya HAPPY ENDING he he....k dapatan novel ini :-

  1. JANGAN MEMBENCI YANG TERAMAT TAKUT NANTI KENA KAT KITA BALIK. KALAU HANDSOME MACAM SIR EIDEN ATAU CANTIK MACAM DEANARESS TAK PE LAH JUGA HE HE.
  2. OBSES....JANGAN TURUTKAN RASA HATI. DAH ORANG TAK NAK TU TAK PAYAH PAKSA-PAKSA. SOAL HATI MANA BOLEH DIPAKSA
#Syed Casper dengan Sir Eiden ni ada hubungan tau dan inilah yang menyebabkan Casper berundur daripada terus menawan Dea...nak tahu hubungan mereka...bacalah ye he he

#Mungkin disebabkan pengolahan santai penulis atau mungkin juga penulis ini masih muda maka banyak unsur-unsur remaja yang diterapkan dalam novel yang adakalanya membuatkan saya mcm kembali mengimbas zaman remaja....ha ha ha...

2/60 CABARAN MEMBACA 60 NOVEL SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL (7 JANUARI 2019)

Saturday, 5 January 2019

MELAKAR MEMORI KEHIDUPAN 2019

04 Januari 2019

Wah...gais...Selamat Tahun Baru 2019 walaupun dah lewat 4 hari he he. Tahun ni saya tak nak meletakkan apa-apapun azam baru sebab sama sahaja ha ha. Cuma untuk dunia novel, saya cuma mahu menyahut Cabaran 60 Novel Setahun yang dilancarkan oleh novelis Hessa Widad. InsyaAllah kalau berdasarkan stok yang sentiasa bertambah tu sampailah jumlah tu malah berlipat ganda tetapi yang menjadi masalahnya masa untuk membaca.

Terima kasih juga kepada semua yang mengunjungi blog saya selama ini. Paling saya tidak sangka, Lelaki Kiriman Tuhan telah menjangkau 17303 setakat ini pengunjung yang telah membaca review ini. Saya terlebih dahulu memohon maaf jika ada kekurangan...blog ini seperti yang saya telah maklumkan hanyalah online diari untuk novel-novel yang telah saya baca. Banyak lagi yang saya tak sempat-sempat nak buat review sebenarnya. 

SELAMAT MEMBACA DAN TERIMA KASIH MENGUNJUNGI BLOG BICARA NOVEL.

6 Januari 2019

Saya mengubah theme blog bersempena dengan tahun baru ha ha. Saya bukanlah seorang yang mahir dalam bidang IT jauh sekali mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam bidang ini. Saya cuma seorang pembaca novel yang suka untuk meluahkan rasa selepas saya selesai membaca novel itu. Tidak semua orang akan sudi mendengar luahan kita. Kena pada orang yang tidak meminat membaca novel Melayu, muntah hijau dia mendengar kita membebel tentang cerita novel.

Oleh itu, di sinilah saya akan meluahkan segala rasa selepas membaca. Adakalanya kita cukup berpuas hati selepas pembacaan dan kadangkala berlaku di sebaliknya. Namum, saya sedar batas-batas saya sebagai pembaca. Mungkin ada yang kata saya hipokrit tetapi prinsip saya adalah lebih baik menjaga daripada menyakiti. Ada orang kata klu mcm tu smpi bila nak maju. Bab-bab yang ini kita serah dengan golongan pengkritik yang memang pakar untuk membantu penulis-penulis kita. Tak pelah....saya akan tetap dengan cara saya mengisi blog ni. Tambahan pula, semua novel yang saya baca memang saya pillih dulu betul-betul he he sebab tu kuranglah bebelan negatif saya ha ha.

Untuk menyahut Cabaran 60 Novel Setahun....saya telahpun berjaya memulainya bererti 1/60 he he. Tak pe.....akan diusahakan untuk sampai target....nak tengok apa yang saya dah baca dalam menyahut cabaran ini...silalah berkunjung ke blog saya sebab saya akan cuba pastikan selepas pembacaan saya akan buat review di blog ini.

15 Januari 2019

Setakat ni untuk menyahut Cabaran 60 Novel Setahun...saya dah pun sampai 5/60 he he...masih sedikit berbanding rakan-rakan lain yang sudahpun menjangkau berbelas-belas bacaan. Tak per. Untuk tahun ni dan saya mulakan dengan sahutan cabaran ini di samping nak habiskan 60 buah buku dibaca saya juga nak pastikan review diupdate dalam blog ni. Dan saya sedang berusaha ke arah itu. Beratus dah buku yang dibaca tapi tidak sempat untuk dimasukkan dalam blog ini.

Friday, 4 January 2019

JODOH DARIPADA DIA


Image result for jodoh daripada dia

Wawa Akil merupakan antara penulis fav saya. Gaya penulisan beliau yang santai dan bersahaja walaupun banyak menggunakan teknik deskriptif iaitu penceritaan namun masih mampu untuk menyampaikan mesej yang hendak disampaikan. Salah satu kelebihan penulis ini ialah unsur humor yang disampaikannnya cukup bersahaja dan mampu untuk mengeletek hati pembaca saya. Biasanya Wawa akan menggunakan watak-watak sampingan untuk memasukkan unsur humor ini dan memang menjadi pada saya kerana membuatkan saya tertawa sorang-sorang he he.

Berbalik kepada novel ini, ceritanya santai sahaja. Tidak ada konflik yang berat dan menyesakkan minda anda he he. Hanya konflik tarik tali dan mainan perasaan sahaja. Watak langau penganggupun tidak terlalu dominan ditonjolkan menjadikan cerita ini santai untuk dibaca. Kisah ini tentang Harris Daniel yang pada waktu itu berusia 25 tahun telah mengikat seorang gadis berusia 19 tahun bernama Indah dalam sebuah tali pernikahan demi menghalalkan hubungan mereka. Harris yang menurut kata hati dan nafsu semata-mata tanpa menyedari perasaannya sendiri telah menjadikan gadis muda yang malang itu sebagai mangsa keadaan. Indah yang masih muda bersetuju dengan rancangan gila Harris dan sanggup mengenepikan keluarganya pastilah disebabkan oleh perasaan cintanya terhadap lelaki itu. Mereka bernikah dua kali tau. Sekali tanpa pengetahuan bapa Indah dan sekali lagi atas permintaan bapa Indah kerana dia mahu memastikan pernikahan mereka sah. Namun malangnya, selepas mendapat apa yang diingininya, Harris telah meninggalkan isterinya yang masih muda.

Indah seorang gadis muda yang cekal, tabah dan berdikari. Selepas ditinggalkan oleh suaminya, Indah telah mengandung. Disebabkan ketiadaan Harris maka mereka sekeluarga menerima penghinaan masyarakat dengan menuduh Indah mengandung anak luar nikah. Demi menyelamatkan maruah mereka, mereka sekeluarga telah berpindah dan hal inilah yang menyebabkan Harris tidak menemui Indah sewaktu dia mencarinya suatu ketika dahulu. Cuma silapnya Harris, dia tidak bersungguh-sungguh mencari. Dia hanya mencuba sekali dan selepas itu dia terus melupakan isterinya sehinggalah dia asyik diganggu dengan mimpi kehadiran seorang anak kecil dan wanita dalam tidurnya.

Setelah 5 tahun berlalu, pertemuan antara mereka berlaku secara tidak sengaja. Namun, malangnya Harris tidak mengenali isterinya sendiri malah dia nak mengorat pula dengan isterinya itu he he. Dia juga terjatuh suka dengan Iman Raykal si budak comel yang petah bercakap dan bersedia menerima kehadiran Iman dalam hubungannya dengan wanita pengusaha kedai dobi tanpa mengetahui bahawa mereka itu adalah anak dan isterinya yang sebenar he he. Part ni memang best sebab Indah betul-betul kenakan suami dia....yalah sapa suruh...suami tak kenal isteri kot.

Watak abang Indah bernama Firman banyak membantu menjernihkan hubungan mereka. Firman mahu melihat kebahagiaan adiknya dengan suaminya. Namun luka yang ditinggalkan oleh Harris dalam diri Indah begitu dalam dan menyebabkan Indah begitu sukar untuk menerima semula kehadiran suaminya itu. Maka bermulalah episod pujuk-memujuk. Harris berusaha sedaya upaya untuk menawan semula hati isterinya yang telah dilukainya. Macam-macam Harris buat he he...yang ni korang bacalah ya dan akhirnya berjaya apabila Harris dengan rendah dirinya balik ke kampung Indah memohon kemaafan dengan kedua orang mertuanya. Keikhlasan Harris dan rasa penyesalan yang menebal dalam dirinya melembutkan hati Indah dan keluarganya untuk menerima Harris.

Masalah pula muncul apabila ibu Harris mahu menjodohkan Harris dengan Rania. Tipikal cerita Melayu memang macam ni kan he he. Tapi tak boleh juga salahkan ibu Harris sebab dia tidak mengetahui tentang kewujudan Indah dan Iman Raykal. Saya suka apabila penulis menggambarkan penerimaan ayah Harris iaitu Tan Sri Imran terhadap kehadiran menantu dan cucunya. Begitu juga dengan adik-adik perempuan Harris yang sangat menyayangi kakak ipar dan anak buah mereka. Langau Rania tu hanya muncul sipi-sipi sahaja dan berjaya ditepis dengan mudah oleh Harris he he. Dan akhirnya....HAPPY ENDING...he he....k dapatan novel ini :-
  1. SESUNGGUHNYA JODOH ITU ADALAH MILIK ALLAH. SEJAUHMANAPUN KITA MENJAUH AKAN TETAP BERSATU JUGA JIKA IA BENAR-BENAR MILIK KITA.
  2. EGO PENGHANCUR KEPADA KEBAHAGIAAN. AKUILAH IA JIKA MAHUKAN KEBAHAGIAAN MENJADI MILIK ANDA.
#Macamana Harris mengetahui identiti isteri dan anaknya....korang bacalah ya he he..dan dalam cerita ni watak Firman dan Cempaka cukup menghiburkan he he

#Novel ni sebenarnya reprint tau....dulu2 preloved buku ni pun mahalnya...tapi akhirnya direprint semula oleh penulis atas permintaan ramai.

KOLEKSI BICARA NOVEL ( 1 JANUARI 2019)

Saturday, 17 November 2018

DERHAKA CINTA JEBAT


Image result for DERHAKA CINTA JEBAT

Ini karya antara penulis fav saya iaitu Cik Tet. Penulisan penulis ni lebih kepada genre melo romantik ha ha...ntah wujud atau tidak genre tu saya yang klasifikasikan begitu sebab penulisan dia biasanya mesti ada unsur kesedihan yang disulami dengan romantis yang terlebih sawit ha ha. Sya dah lama dapat buku ni tapi disebabkan ramai sangat yang kata buku ni best sangat2 maka saya tahan diri daripada membaca sebab takut nanti high expectation. Apabila dah reda sikit keterujaan tu, maka sayapun mulakan pembacaan.
Cik Tet ni sentiasa berjaya menimbulkan rasa sedih dan romantis dalam diri pembaca he he. Satu lagi yang saya suka dengan beliau ialah gambaran watak yang perfect ha ha. Malaslah nak baca cerita yang heroin tu digambarkan tak cantik cthnya hitam legam bak buntut kuali...eheem...mmg tak lah saya membacanya. Bukan tak berpijak di bumi yang nyata tapi membaca untuk hiburan dan santai kan so mestilah mencari sesuattu yang boleh menghiburkan ha ha.

Okey berbalik pada cerita ini, kisah tentang seorang gadis bernama Aisyah (ntah betul atau tidak ejaan ni) yang telah berkahwin atas dasar suka sama suka dengan seorang lelaki bernama Jebat. Aisyah membuka semula hatinya kepada Jebat selepas lama terseksa akibat kecurangan bekas kekasihnya. Namun, bahagia yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Selepas sahaja dia bergelar sebagai isteri Jebat maka tersingkaplah kisah sebenar sebab utama Jebat berkahwin dengannnya  hanya kerana DENDAM (klise bukan tapi best) he he. Bermulalah episod kesedihan penderitaan Aisyah.

Namun novel ni lain tau. Penulis banyak menggunakan unsur teknik imbas kembali dalam penceritaan.Jadi kalau korang berhenti sekerat jalan memang korang tak fahamlah cerita dia. Dendam Jebat ni berpunca daripada kecacatan yang dialami oleh adiknya Tuah selepas dikecewakan oleh Aisyah. Jebat tanpa usul periksa dan langsung tidak mahu mendengar penjelasan Aisyah menyeksa isterinya sendiri. Namun apabila kebenaran terbongkar macam biasalah Aisyah telahpun pergi jauh daripada hidupnya.

Jebat mula menjejaki isterinya. Bermulalah pula episod pujuk memujuk namun Jebat menghadapi kesukaran kerana bukan mudah untuk melenturkan hati isterinya. Tambahan pula, Jebat ni masih main tarik tali dengan Aisyah. Kononnya dia telahpun berkahwin dengan Inara. Memang tak lah Aisyah nak kembali dengan dia. Jangankan Aisyah, saya sendiripun sakit hati dengan Jebat walaupun di ending cerita memanglah hanya Aisyah yang menjadi isterinya tapi jenuh menahan rasa dipermain-mainkan macam tu he he...yalah kalau penulis tak buat macam tu...nipis sajalah novel ni.

Akhirnya selepas beberapa peristiwa, Aisyah kembali kepada Jebat dan bermulalah pula episod sawit2 mereka ha ha. Tuah adik Jebat pun walaupun tidak sembuh sepenuhnya tetapi dia sudah boleh bercakap. HAPPY ENDING. Ok dapatan novel ini :-

1. DENDAM PEMUSNAH KEHIDUPAN. JANGAN BIARKAN IA MENGUASAI DIRI.

2. JANGAN DIJUNJUNG SANGAT EGO TU KELAK MEMBAKAR DIRI SENDIRI.

#Watak heroin penulis ni semua cantik he he. Mesti digambarkan kesempurnaannya sebagai seorang wanita jelita ha ha. Nak cerita santai dan menghiburkan.....bacalah novel ni. Ada juga rakan-rakan yang kata menangis-nangis selepas baca novel ni. Pada saya, sedih tu memang sedih bergetar jugalah rasa di dada menahan kesedihan ha ha tapi namanya menangis tidak jugalah. Nak tahu korang nangis atau tidak...bacalah ha ha

KOLEKSI BICARA NOVEL(18 NOV 2018)


Saturday, 29 September 2018

NOVEL HATI YANG TERSAKITI



Image result for novel hati yang tersakiti

Sewaktu saya membaca review untuk novel ini, saya rasa sedikit teruja sebab ramai yang kata best dan ada kelainan sebab perempuan yang berusaha untuk memenangi hati suaminya. Namun selepas membeli novel ni....tidaklah pula terus membacanya....kata teruja he he....selepas dua bulan dalam simpanan baru tergerak hati nak membuka bungkusannya....mungkin banyak lagi simpanan novel belum dibaca tu yang take turn tu.....novel ini karya NURFIFFA

Saya sebenarnya teragak-agak nak  memulakan pembacaan....takut-takut nanti jalan ceritanya menyebalkan jiwa...hu hu....harap-harap janganlah......lalu saya mulakan pembacaan dan akhirnya.....apa yang mampu terluah ialah BEST he he...tak adalah konflik yang besar sangat dalam novel ni.....cerita mudah sahaja...lebih kepada konflik dalam perhubungan...k dapatan novel ni :-

1. JANGAN SESEKALI BERANI UNTUK MEMPERGUNAKAN ATAU MEMPERMAINKAN PERASAAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN DIRI
-       Sehebat manapun masalah yang kita hadapi, adalah tidak wajar untuk menyelesaikannya dengan cara menyakiti orang lain. Apatah lagi jika kita seolah-olah mengambil kesempatan atas kebaikan orang tersebut. Jangan sesekali berani untuk membiarkan kita berbahagia atas penderitaan orang lain. Farhaini yang mempergunakan perasaan Adam untuk keluar drpd kemelut perasaan peribadinya terhadap Idham adalah sangat tidak wajar.

2.    SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA
-       Setiap yang berlaku pasti ada sebab di sebaliknya. Bukan mudah untuk kita menerima sesuatu perkara yang menyakitkan namun kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana sesungguhnya rencana Allah lebih baik daripada apa yang kita impikan. Farhaini berasa marah apabila mengetahui keluarga kandungnya masih hidup dan dia merasakan dirinya telah dibuang daripada keluarga tersebut. Namun apabila dia berjumpa terus dengan keluarganya baru dia tahu kisah sebenar.

3.    BELAJAR UNTUK MENERIMA KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT.
-       Apabila kita berani untuk membuat keputusan maka kita juga haruslah akur dengan keputusan yang telah dibuat. Ini bermaksud kalau kita sudah menyatakan untuk meninggalkan seseorang maka adalah tidak wajar untuk kita menjilat semula ludah tersebut semata-mata untuk kepentingan sendiri. Rafika yang cuba untuk mendapatkan semula Adam selepas mendapati dirinya mengandung hasil hubungannya dengan orang lain.


SINOPSIS

Novel ini berkisar tentang seorang gadis bernama Farhaini yang menyimpan perasaan terhadap abang angkatnya Idham. Farhaini tidak mampu untuk menghilangkan perasaannya terhadap abang angkatnya itu telah mengambil keputusan untuk mempergunakan Adam sebagai penyelesai masalah. Farhaini telah mengajak Adam berkahwin dengannya walaupun dia tidak mempunyai sebarang rasa cinta  kepada Adam. Sebaliknya Adam pula mula mencintai Farhaini setulus hatinya.

Adam begitu mengambil berat dan sentiasa ada untuk Farhaini. Muslihat Farhaini terbongkar apabila Adam terbaca diari isterinya itu. Adam merasakan dirinya telah dipergunakan. Bermula kisah sang isteri memujuk sang suami he he korang bacalah ya....apabila diorang dah berbaik....muncul pula ex-girlfriend si Adam iaitu Rafika yang meminta Adam menjadi pak sanggup terhadap anak yang dikandungnya. Konflik menjadi rumit apabila Adam dan Rafika kemalangan bersama. Pasti terperanjat Farhaini dibuatnya. Adam koma dan Rafika keguguran serta mendakwa anak itu adalah anak Adam. Bertambah bingunglah c Farhaini. Nasib baik Qayyum muncul dan.....HAPPY ENDING....

#Cerita ini bukan kisah jutawan...lebih kepada kehidupan masyarakat marhaein yang berusaha untuk mencari kebahagiaan hidup....




REVIEW KDRAMA : OH MY GHOST CLIENTS

Kdrama ini memang saya dah lama tunggu untuk menontonnya. Tapi disebabkan kekangan masa maka barulah saya dapat meluangkan masa untuk drama ...