Monday, 4 February 2019

SATU METER KE HATI


Image result for SATU METER KE HATI

Novel ni karya NIA QURRATUN'AINI dan mungkinlah dan rasa-rasanyalah ni kali pertama saya membaca karya beliau he he. Masih kisah yang santai dan tidaklah menyebalkan. Pada mulanya, lari jugalah mood seketika namun saya gigihkan untuk habiskan pembacaan atas dua sebab iaitu :-
  1. Ini kali pertama saya membaca buku beliau dan ada beberapa buah lagi yang masih tersimpan cantik di rak maka saya perlu mengetahui rentak penullisan beliau. Oleh itu, saya teruskan pembacaan.
  2. Awal-awal cerita ni, tidaklah suwit-mawit seperti kebanyakan karya yang saya baca. Penceritaan tidaklah berat tetapi jalinan konflik di awal tu membuatkan saya tekun meneruskan pembacaan.
Kisah ni tentang Kasturi Raudhah gadis yang mengalami kekecewaan apabila tunangnya meninggal akibat kemalangan semimggu sebelum mereka melangsungkan perkahwinan. Hal ini menyebabkan Raudhah tertekan dan cuba untuk lari daripada kepahitan itu dengan merantau ke luar negara. Oh ya, lupa nak perkenalkan. Raudhah ni anak kepada pemilik Taming Sari Holdings. Nama adik-beradik mereka memang sangat unik he he...Tuah Inderawan, Jebat Zulkarnaein, Kasturi Raudhah, Lekiu Syafiq dan Lekir Naqiuddin...antikkan pilihan nama watak penulis ni he he. Oleh sebab dia adalah anak orang kaya dan ada kejadian pahit yang menimpa keluarga mereka sebelum itu menyebakan Raudhah diwajibkan untuk memiliki pengawal peribadi.

Mungkin novel ni rentetan daripada novel penulis sebelumnya sebab ada beberapa perkara yang dihighlight. Selama 3 tahun dia merantau di luar negara, dia ditemani oleh Nina sebagai pengawal peribadi. Masalah timbul apabila Nina berhenti kerja kerana berkahwin. Hal ini menyebabkan Raudhah terpaksa mencari pengawal baru dengan syarat mestilah perempuan namun demikian ayahnya berkeinginan di sebaliknya supaya dapat menghalang anak perempuannya ke luar negara lagi. Sewaktu abangnya Jebat Zulkarnaein menunjukkan 4 resume terakhir, Raudhah tanpa melihat terlebih dahulu mengambil keputusan untuk memilih calon daripada Nina kerana dia yakin calon Nina menepati kehendaknya. Tanpa Raudhah sedari calon Nina adalah Merah Miqael iaitu lelaki yang ditemuinya sewaktu majlis pertunangan Nina.

Walaupun pertemuan mereka sebagai majikan dan pekerja tidaklah terlalu teruk tetapi tetap tidak menyenangkan hati Raudhah. Apabila sudah serasi bersama maka timbul pula perasaan saling menyukai antara satu sama lain. Apabila mereka hampir melangsungkan perkahwinan, timbul pula konflik. Robert telah memutarbelitkan cerita sebenar tentang kematian Lutfhi Haqimi tunang Raudhah suatu ketika dahulu dengan mengatakan yang Merah Miqael membunuh tunangnya. Hal ini menimbulkan kemarahan Raudhah. Perkahwinan tetap diteruskan untuk menjaga hati orang tua. Dalam masa inilah, Merah Miqael berusaha untuk meraih kepercayaan isterinya. Namun bukan mudah untuk melenturkan kemarahan Raudhah. Dalam marah-marah tu pun masih juga terselit rasa sayang dan cemburu dalam diri Raudhah apabila suaminya dipandang oleh wanita lain he he.

Hal ini berterusan sehinggalah Merah Miqael tercedera diserang oleh Robert. Di sini barulah Raudhah mengetahui hal sebenar apabila kakak Robert iaitu Celine yang menjadi orang kanan nenek Merah Miqael menceritakan hal sebenar. Hubungan suami isteri ini pun mula menjadi baik. Berbeza dengan karya lain...novel ni nak hujung-hujung barulah keluar suwit-mawitnya. HAPPY ENDING..dapatan novel ni :-
  1. TAKDIR : SIAPA YANG PATUT DISALAHKAN. JAWAPANNYA REDA SUPAYA ANDA TIDAK RASA LEBIH TERTEKAN.
  2. HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN PERLUKAN PENGORBANAN

# Banyak lagi kisah menarik yang lain ya. Novel ni banyak juga menyelitkan unsur-unsur keagaaman. Hijrah seorang taiko along kepada kehidupan yang lebih baik. Merah Miqael ni sebenarnya tinggal bersama neneknya yang bukan Islam namun saling menghormati walaupun awalnya wujud juga konflik apabila neneknya mahu Merah Miqael mewarisi bisnes keluarga mereka.

# Apa sebenarnya yang berlaku kepada Lutfhi Haqimi dan kenapa Raudah dengan Merah Miqael berkahwin. Ada sebab tu ya he he....ada cerita di sebaliknya jadi korang bacalah ya.

15/60 CABARAN BUKU SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 01 FEBRUARI 2019

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...