Buku ni karya SERA ELYA...buku pertama karya beliau yang saya baca walaupun sebelum ni baru saya perasaan saya dah ada satu lagi buku penulis ini tapi sudah lama tersadai di rak. Selepas ni bolehlah dibaca he he cuma bukan dalam sehari dua ni lah sebab saya tidak boleh membaca buku penulis yang sama berturut-turut.
Saya teruja membaca novel ni selepas Iman rakan daripada Dunia Novel kata buku ni best. Sayapun menjadikan ini buku yang kedua dalam menyahut cabaran. Tidak dinafikan, buku ni memang kena dengan taste saya he he walaupun pada mulanya tidaklah menarik minat kerana melibatkan percintaan antara guru dan murid. Jujur saya tidak berapa suka membaca cerita berkaitan dunia pendidikan mungkin disebabkan saya berhadapan dengan realiti sebenar. Tapi cerita ni bolehlah pula masuk selera he he mungkin kerana cara penulis menzahirkan plot cerita dengan perwatakan watak yang menjadikan saya meneruskan pembacaan sehingga ke muka surat terakhir.
Kisah yang santai. Berkisar tentang seorang remaja bernama Deanaress (susah nak sebut nama budak ni he he) yang berusia 19 tahun. Anak tunggal yang tidak dipedulikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Anak tunggal yang dipaksa oleh ibu bapanya untuk mengikut kehendak mereka. Anak tunggal yang tidak dibenarkan menentukan hala tuju hidup sendiri. Pendek kata anak tunggal yang kurang kasih sayang dan memerlukan perhatian ibu bapanya.
Namun saya suka dengan wata Dea ni sebab dia seorang gadis yang cekal dalam kedegilannya. Dia tidak mampu untuk melempiaskan rasa tidak puas hati maka tipikal remaja akan mencari sesuatu yang disukai di luar seperti bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Dea ni pula mempunyai rupa paras yang cantik menyebabkan dia tidak disenangi dan dicemburui oleh rakan2 perempuan. Oleh sebab itulah, dia tidak mempunyai kawan karib dalam kalangan pelajar perempuan. Yang ada pun asyik tikam dia dari belakang.
Cerita ni ala-ala drama Korea he he....hero lambat nak dekat dengan heroin. Second hero lebih banyak ditonjolkan dalam bab-bab awal. Syed Casper yang saya anggap teman tapi mesra kepada Dea banyak digambarkan bersama Dea ketika di kala susah dan senang. Casper turut digambarkan mempunyai perasaan mendalam terhadap Dea dan jika diasah kedua-duanya mereka boleh jadi kekasih cuma tup-tup lain pula kejadiannya.
Hero iaitu Sir Eiden yang digelar Sir Monster oleh Dea merupakan pengetua muda di sekolah swasta tersebut. Disebabkan perangai luar biasa yang ditunjukkan oleh Dea menjadikan Sir Eiden tertarik untuk mendekati dan melindungi gadis tersebut. Sir Eiden ni menjadi kegilaan pelajar perempuan di sekolah tersebut. Hanya Dea seorang sahaja yang tidak tergila-gilakan pengetuanya kerana dia tidak suka dibebel sepertimana yang biasa dilakukan oleh ibu bapanya. Terdapat beberapa peristiwa yang menjadikan Sir Eiden penyelamat kepada Dea seperti peristiwa di kolam renang, peristiwa di rumah Lucas dan sebagainya. Lama-kelamaan, timbul perasaan dalam jiwa gadis ini terhadap pengetua dan dalam masa yang sama Sir Eiden juga menyimpan perasaan yang sama.
Ketika kembar Sir Eiden iaitu Isaac menyamar sebagai pengetua dia sekolah itu, Dea telah tersalah sangka yang Sir Eiden telah bertunang. Dia telah pergi secara senyap-senyap ke London seperti yang dikehendaki oleh ibu bapanya yang mahu dia melanjutkan pelajaran dalam bidang Forensik. Namun jodoh mereka kuat apabila di sana mereka sekali lagi dipertemukan. Namun muncul pula si langau Irina iaitu bekas pelajar Sir Eiden yang pernah ditolak cintanya oleh Eiden atas alasan Eiden tidak mahu bercinta dengan org yang jauh lebih muda daripadanya. Prinsip ini jugalah yang menghalang dia untuk terus mendekati Dea. Namun perceraian ibu bapa Dea dan menyebabkan dia terpaksa membiayai pengajiannya sendiri menyebabkan Eiden akhirnya menikahi Dea.
Konflik berlaku dalam hubungan mereka yang agak jauh perbezaan usia lebih kurang 14 tahun. Dea yang masih muda dan tidak putus-putus memanggil suaminya sendiri SIR menyebabkan hubungan mereka tidak seperti suami isteri yang lain. Kemuncak cerita apabila Stella rakan baiknya mengkhianati dirinya. Rupanya Stella adalah adik kepada Irina dan mereka sama-sama membalas dendam terhadap Dea. Malangnya Casper yang ditikam. Hal ini menimbulkan kemarahan Eiden terhadap isterinya yang keluar tanpa izin tanpa dia menyedari kata-katanya telah melukakan hati isterinya yang turut tercedera tanpa Eiden sedari.
Dea kembali ke London membawa hati yang terluka. Pastinya Eiden datang memujuk. Part ni agak meruntun jiwa tapi tidaklah sampai menitis air mata cuma sendu tu ada he he...akhirnya HAPPY ENDING he he....k dapatan novel ini :-
- JANGAN MEMBENCI YANG TERAMAT TAKUT NANTI KENA KAT KITA BALIK. KALAU HANDSOME MACAM SIR EIDEN ATAU CANTIK MACAM DEANARESS TAK PE LAH JUGA HE HE.
- OBSES....JANGAN TURUTKAN RASA HATI. DAH ORANG TAK NAK TU TAK PAYAH PAKSA-PAKSA. SOAL HATI MANA BOLEH DIPAKSA
#Syed Casper dengan Sir Eiden ni ada hubungan tau dan inilah yang menyebabkan Casper berundur daripada terus menawan Dea...nak tahu hubungan mereka...bacalah ye he he
#Mungkin disebabkan pengolahan santai penulis atau mungkin juga penulis ini masih muda maka banyak unsur-unsur remaja yang diterapkan dalam novel yang adakalanya membuatkan saya mcm kembali mengimbas zaman remaja....ha ha ha...
2/60 CABARAN MEMBACA 60 NOVEL SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL (7 JANUARI 2019)
No comments:
Post a Comment