Wednesday, 13 February 2019

LAYAKKAH AKU MENCINTAIMU?

Image result for layakkah aku mencintaimu
Waduh.... dah lama tak update blog ni disebabkan kekangan masa walaupun sebenarnya banyak juga buku yang saya baca dalam beberapa minggu ni. Awal-awal tahun hari tu, azam kononnya akan sentiasa buat review terus buku yang dah dibaca namun malangnya tak kesampaian. Cabaran 60 novel setahun banyak membantu menimbulkan mood untuk membaca he he bagus jugalah untuk mengurangkan stok buku yang banyak belum dibaca.

Ok....berbalik kepada novel ni. Ni karya kedua NANI YUHANNA yang telah saya baca dan berjaya memasukkan penulis ni dalam novelis kegemaran saya he he kenapa...sebab saya suka dengan idea jalinan cerita beliau yang santai namun dalam masa yang sama masih terselit permainan emosi yang mampu menjentik naluri pembaca acah-acah nak menitis ayaq mata tapi tak de lah smpi menangispun cuma sendu dan rasa meruntun jiwa tu ada he he...kekuatan pada novel ini juga saya letakkan pada penceritaan yang tidak meleret-leret dan jalinan konflik yang tidak diperbesarkan dan diselesaikan dengan segera. Yang menyebalkan apabila konflik yang sama diperbesar2kan sehingga tak nampak penyelesaian....sakit weei nak menghabiskan bacaan ha ha...

Kisah klise yang menyeronokkan antara Tuan Dariss dengan pembantu rumahnya Ainuha. Ainuha ni tersangatlah pemalu kalau berhadapan dengan Tuan Dariss sampai nak bercakap pun susah. Dan pastinya ada sebab Ainuha berkelakuan demikian he he. Berbeza dengan Tuan Dariss yang sangat baik terhadap semua orang gajinya termasuk Ainuha. Namun sifat pemalu Ainuha ini adakalanya menjengkelkan Tuan Dariss sebab pemalu sangat ha ha. Ainuha ni sebenarnya menyimpan perasaan terhadap majikannya tu yang dia berusaha untuk selamba agar tidak kantoi di hadapan Tuan Dariss. Saya suka perwatakan Ainuha yang begini. Tak lah nampak watak heroin yang mengedik dan mengada2 cuma nampak kalut je lah ha ha. 

Sampai kat meja, Dariss angkat plastik jernih berisi kota berbunga dan diletakkan atas meja. Wajah menunduk Ainuha yang berada di sebelah Kak Wawa dipandang.

"Nuha macam mana dengan dahi awak? Dah okey?"Mata jatuh pada dahi yang masih tertampal plaster.

Ainuha tersentak. Terjongket bahunya. Seakan terkena renjatan elektrik saat namanya meniti di bibir basah lelaki itu. Kepala diangkat lambat-lambat. Dan renungan mereka berlaga! Makin meremang bulu tengkuknya.

"Errr...dah okey,Tuan." Hampir tak kedengaran suaranya. Tangan anik menyentuh dahi yang masih belum kering lukanya. Senyum janggal terukir di bibir.

"Baguslah dah baik. Lega saya," Dariss senyum nipis pada si gadis

Ainuha kemam bibir. Merah padam kulit mukanya tatkala dia angkat muka, renungan mata lelaki itu masih padanya. Rasa nak bersepai jantungnya!

Kadang dia sendiri hairan dengan penyakit darah gmuruhnya ini. Bila berada dekat dengan Tuan Dariss aje penyakitnya tu datang. kalau tak elok aje semua organ dalamannya. Tuan Dariss elok aje tenang seperti biasa, dia aje yang terlebih gabra.

Nampak tak betapa kalut dan gabra Ainuha kalau berhadapan dengan Tuan Dariss he he. Banyak lagi kisah kekalutan Nuha ni namun gaya cool dan bersahaja Dariss tu banyak membantu menjernihkan keadaan. Kisah mereka berkembang apabila kemunculan Ammara adik angkat kepada tunang tak jadi Dariss satu ketika dahulu. Ammara ni macam biasalah menyimpan perasaan terhadap Dariss dan berusaha untuk memilikinya namun pada hakikatnya Dariss langsung tidak ada perasaan terhadapnya. Dia cuma menganggap Ammara sebagai adiknya sahaja. Kemunculan Ammara pastinya menimbulkan rasa cemburu yang dikawal sehabis baik oleh Ainuha tanpa dapat dikesan oleh sesiapa. Oleh sebab tidak mahu terus-terusan menyeksa diri maka Nuha mengambil keputusan untuk mencari kerja lain dan kantoi dengan Dariss namun tak adalah pula Dariss menghalangnya walaupun wujud rasa keberatan melepaskan gadis itu.

Nuha ni sebenarnya mempunyai kisah keluarga yang tragik. Selepas kematian ayah dan adiknya dalam kemalangan, ibunya pula lumpuh dan hilang ingatan. Kewujudan Nuha langsung tidak diingatinya. Malah lebih teruk apabila Pak Su dan Mak Su Nuha telah mengambil kesempatan dengan mengenepikan semua hak Nuha terhadap ibunya. Nuha tidak dibenarkan berjumpa ibunya malah harta Nuha juga diambil oleh Pak Su. Oleh sebab itulah, Nuha tidak pernah bercerita kepada sesiapa tentang kisah keluarganya

Kisah terus berkembang apabila Dariss memberikan cuti kepada semua pekerjanya. Kak Wawa balik ke kampung manakala Radi balik bertunang. Nuha pula bercadang bercuti ke Melaka memandangkan dia tidak ada tempat nak dituju. Ammara pula ada trip bersama kawan-kawannya. Dariss menikmati masa santai bersendirian di rumah sehinggalah suatu malam dia terdengar ada orang di dapur dan apabila diamati orang itu adalah Nuha. Dariss terkejut bukan main dengan keberadaan Nuha yang ditimpa malang sebab kad pengenalannya hilang menyebabkan dia tidak boleh bercuti ke Melaka. 

Kisah hitam mereka bermula dengan kehadiran mengejut Ammara dan sahabat baiknya Bella ke rumah Dariss. Mereka tidak menyangka kehadiran Nuha dalam rumah itu. Mereka telah menjalankan rancangan untuk memerangkap Dariss dengan meletakkan pil perangsang pada minuman Dariss dengan harapan Dariss akan merogol Ammara dan seterusnya berkahwin dengan Ammara. Namun Ammara mengubah fikiran dan tidak sanggup menggadai maruahnya hanya kerana cinta. Dan akhirnya Nuha menjadi mangsa Dariss pada malam itu. Kesian kat Nuha namun nasibnya baik apabila Dariss sanggup bertanggungjawab terhadap kejadian itu dan mengahwininya.

Pernikahan mereka dirahsiakan dan mereka tetap seperti biasa iaitu hubungan antara majikan dan pekerja. Namun dalam masa yang sama wujud rasa yang mendalam tetapi tidak terluah antara mereka. Macam-macam peristiwa berlaku antara kedua-dua suami isteri yang berhubung secara diam-diam ini sehinggalah Nuha ditangkap khalawat dengan sepupunya Zamarul. Hal ini menmimbulkan kemarahan Dariss sehingga dia menghalau isterinya keluar daripada rumah. Nuha terpaksa membocorkan status dirinya selepas dia dipaksa oleh Pak Su dan Mak Su untuk berkahwin dengan Zamarul untuk menutup malu. Nuha meneruskan kehidupan bekerja di sebuah kilang namun selalu mengambil cuti kecemasan sebab dia mengandung. Melihatkan penderitaan Nuha, Zamarul telah mengambil tindakan berjumpa dengan Dariss dan menerangkan semua perkara tentang mereka.

Kesilapan Nuha di sini ialah dia tidak berterus-terang dengan Dariss tentang kewujudan keluarganya yang sebenar. Dia mengaku sebagai anak yatim piatu menyebabkan Dariss tidak mempercayai Zamarul sepupu Nuha dan sebab itulah dia marah dengan isterinya. Tetapi apabila semua sudah dijelaskan, Dariss datang mencari dan memujuk isterinya. Dan pastinya Dariss lah menangkan he he dan membawa isterinya ke kondo persendiriannya. Pernikahan mereka berterusan sehinggalah Dariss terdengar perbualan Ammara dan Bella dan mengetahui segala rancangan jahat mereka. Dariss mengambil keputusan berterus-terang dengan mummy dan Tok Mama dan akhirnya HAPPY ENDING he he...k dapatan novel ini :-
  1. BERSIKAP JUJURLAH AGAR KITA TIDAK TERBEBAN DENGAN SATU PENIPUAN YANG MENYESAKKAN.
  2. HORMAT PADA PERASAAN ORANG LAIN WALAUPUN HATI KITA SENDIRI TIDAK MENYENANGINYA.
# Oh ya...apa kesudahan cerita ibu Nuha....adakah dia boleh berjalan semula...adakah dia kembali mengingati Nuha sebagai anaknya...he he saya tinggalkan sedikit rasa saspens supaya korang baca ya.


14/60 CABARAN 60 BUAH NOVEL SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 30 JANUARI 2019

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...