Wednesday, 13 February 2019

BUKAN LELAKI TERINDAH


Image result for bukan lelaki terindah

Ni karya pertama NANI YUHANNA yang saya baca. Beliau bukan calang-calang penulis juga ni sebab banyak dah karya dia di bawah Idea Kreatif dan rasanya dalam simpanan saya ada lebih daripada satu karyanya namun buku baru ni jugalah yang saya baca dulu. Zue rakan dari Dunia Novel yang mempromosikan buku ni...dia kata dia melting habis dengan Izdiyad watak dalam novel ni ha ha...adakalanya hanya penggemar novel sahaja yang tahu pelbagai perasaan yang akan dilalui ketika membaca novel. Mereka yang tidak suka tu biasanya tak rasa apa-apa jadi biorkanlah.

Buku ni tidaklah tebal. Sekejap sahaja nak habiskan jika kita betul-betul berikan tumpuan penuh. Kisah santai yang rileks tanpa ada sebarang konflik yang menganggu jiwa. Kisah tentang Izdiyad seorang duda dingin beku disebabkan menerima penghinaan yang terlalu menyakitkan daripada bekas isterinya telah berusaha untuk bangkit daripada kesakitan itu Hasilnya dia berjaya menjadi lelaki berjaya dan dalam masa yang sama lelaki yang menyimpan seribu kedukaan mendalam. Dia dipertemukan secara tidak sengaja dengan Cikgu Aisya seorang pencinta sejati yang tetap bertahan walaupun dicurangi oleh kekasih sendiri.

Pertemuan mereka ketika Izdiyad mengambil anaknya di sekolah dan bertemu dengan Cikgu Aisya namun sebenarnya mereka ni pernah bertemu sebelum ini tetapi tidak saling mengenali. Pertemuan demi pertemuan tanpa dirancang membolehkan Izdiyad mengetahui permasalahan hidup Aisya tanpa sengaja. Hal ini disebabkan ketika mereka bertemu, di situ jugalah Aisya terlihat aksi curang kekasihnya Zulfan. Hidup Aisya semakin tertekan apabila Zulfan ditangkap khalawat dengan Dania dan seterusnya berkahwin dengan gadis tersebut walaupun pada dasarnya dia masih mahukan Aisya. Itu yang selepas kahwinpun Zulfan macam orang gila talak. Asyik menganggu Aisya saja nak balik dengan Aisya. Tu tak campur lagi cemburu Dania yang asyik marahkan Aisya dan menuduh Aisya mengejar lakinya.

Jodoh Aisya dan Izdiyad ni agak kuat apabila kedua-dua keluarga mereka saling mengenali dan akhirnya bersetuju untuk menjodohkan mereka. Permulaan perkahwinan mereka sangatlah tidak bermula dengan baik sebab pada malam pertama pernikahan mereka jugalah kedua-duanya bertengkar setelah Aisya mengetahui Izdiyad itu adalah duda. Aisya rasa tertipu apabila Izdiyad tidak mahu berterus-terang dengannya. Izdiyad pula tidak mahu mengungkit kisah silamnya yang sangat menyakitkan maka kedua-duanya menjadi dingin. Puas Aisya cuba memujuk suaminya namun layanan Izdiyad tetaplah dingin. Namun setelah dinasihati oleh ibunya, Izdiyad cuba untuk beralah dan mereka mula menjalani kehidupan suami isteri yang sebenar.

Cerita ni santai sebab tiada konflik berat. Langau macam Zulfan + Dania, sekali jentik saja dah tumbang. Muncul juga bekas isteri Izdiyad tetapi hanya sebagai langau baik yang telah insaf. Santaikan he he. Yang jadi masalah sikit-sikit tu salah faham dan juga kes Izdiyad cemburu itu je. Jadi anda akan rileks membaca novel ini. K dapatan novel :-

  1. FAHAMI HATI DAN PERASAAN ANDA. JIKA SUDAH TIDAK ADA RASA TERHADAP SESEORANG ITU MAKA LEBIH BAIK BERTERUS-TERANG DARIPADA CURANG DAN TAMBAH MENYAKITKAN HATI ORANG LAIN.
  2. CINTA BUKAN SEGALA-GALANYA
# Apakah kisah silam Izdiyad yang begitu kelam sehingga menjadikan dia serik dalam kehidupannya.

#Mengapakah Aisya nak juga bertahan walaupun telah berkali-kali dibentangkan bukti depan mata tentang kecurangan Zulfan.

#Di manakah pertemuan pertama Izdiyad + Aisya....he he...saya tinggalkan ini untuk korang baca k.



5/60 CABARAN 60 BUAH NOVEL SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL (14 JANUARI 2019)


No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...