ALI ALAUDDIN - nama yg sedap disebut..tergmbr di minda jelmaan lelaki solid, macho dan of cos gentleman😁😁😁ternyat penulis berjaya menggarap karakter Ali dlm novel ni seindah namanya...dgn kelembutan dan kesabaran disulami dgn kebijaksanaan dlm meneladani sikap si isteri yg penuh huru hara akibat trauma yg melanda hidupnya. Kesungguhan Ali berbaloi apb akhirnya dia berjaya membawa keluar isteri yg disayanginya drpd kemelut trauma yg menyakitkn. Melting kat Ali pula dah😅😅😍😍
Alilatul Barizah...wanita polos yg bergelumang dgn trauma yg menghantui hidupnya slps terlibat dgn kemalangan yg akhirnya membawa kpd kematian tunangnya Fateh...penderitaan hidupnga didalangi oleh kwn karib merangkap adik arwah Fateh yg bertopengkn kasih sayang memusnahkan hidup Barizah dlm diam..kelembutan Barizah menjadikan dia mangsa C Farah ni namun jelas terserlah ketegasannya apb ada langau Jana yg cb utk memporak-perandakn rumah tangganya....keistimewaan watak Barizah ni pd sy umpama epal yg sedang masak ranum kekal terpelihara dgn baik disebabkn ketegasan didikan daddynya...namun drpd sini jugalah org luar mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Novel ini banyak menyelitkn unsur pengajaran dlm kehidupan rumah tangga :-
1. Jangan mudah membuka aib pasangan kita di hadapan org tak kisah lah dlm bentuk gurauan ataupun gossip santai bersama teman2.
2. Jgn pandang remeh kepuasan dlm hubungan suami isteri kerana kelak iya umpama bom jangka yg menunggu waktunya utk meletup. Berterus teranglah dan berkomunikasilah dgn pasangan anda agar penyelesaian blh dicari dan bknnya mencari 'makan' di luar utk memenuhi naluri kepuasan anda.
3. Fahamilah bahawa men want more sex but women want more intimacy...dlm melayari kemanisan berumahtangga perkara asas ini tdk blh dipandang remeh..adakalanya pertelingkahan tercetus hanya krn egoisnya kt utk mengakui keperluan diri.
4. Utamakn kepuasan pasangan tdk kira zahir dan batin...tdk ada gunanya kt tampak hebat dan sempurna di luar tetapi di mata pasangan kt hanya pendamping bongkak, kayu dan tak berperasaan menghormati pasangan.
# Cm agak terkejut dgn klimaks penulis cerita ini dgn unsur kejutan dan suspens...mcm tak logik tpi kira logiklah🤣🤣ttg nikah khitbah yg tiba2 benar2 berlaku sdgkn awal2 tu punyalah c Jana tu tak mau...nasib watak Barizah tu kuat...klu tak...main tarik tali lagi🤦♀🤦♀🤦♀
# Okey...done 'membebel' ttg buku ini🤣🤣🤣🤣naskah yg berbaloi utk dimiliki...cerita santai namun sarat dgn ilmu jika kt benar2 melihatnya dr sudut positif.
No comments:
Post a Comment