Thursday, 11 January 2018

NOVEL MR HOT DADDY



Image result for novel mr hot daddy
Novel ini merupakan karya MUM LINZ. Ini antara novel yang saya beli melalui online. Biasanya pembelian secara online ni dari segi kos ada sedikit mahal berbanding harga di kedai buku disebabkan kos penghantaran namun pada saya masih berbaloi kerana biasanya novel-novel online ini ada yang Limited Edition, Special Edition atau Print On Demand dan jarang dijual di kedai buku. Sejak dah mula berjinak-jinak dengan pembelian novel secara online tambah pula masuk group DUNIA NOVEl maka bajet pembelian tu dah semakin berganda-ganda he he

Kali pertama saya membaca sinopsis novel ni....tidaklah menarik hati saya sebab kisah tentang seorang doktor duda anak satu dengan cleaner muda. Namun dalam group ramai yang pakat-pakat order buku ni dan kata syok tambahan pula apabila teaser yang dipaparkan menarik minat. Buku ni tidak tebal. Boleh dikategorikan sebagai novel yang nipis tapi cerita dia agak ‘daring’ pada sayalah.

Penulis ni agak berani dalam menulis novel yang agak ‘daring’ dan ‘nakal’ seperti ini he he. Walaupun orang kata masih terkawal dan tidaklah terlalu detail tetapi rasanya novel ini kurang sesuai untuk golongan remaja membacanya. Kenakalan Mr Hot Daddy dalam menggoda isterinya yang masih muda memang terserlah.

Novel ni berkisar tentang Dr Illham yang berkahwin dengan Aisyah Amanda seorang gadis yang bekerja sebagai cleaner di hospital tempatnya bekerja. Illham telah membantu Amanda yang tinggal sebatang kara dan tidak ada tempat tinggal. Amanda ni anak yatim piatu yang dibesarkan di Indonesia. Datang ke Malaysia untuk mencari ayah kandungnya. Dia akhirnya tinggal di rumah ibu bapa Illham bagi mengelakkan fitnah. Tambahan pula, pada waktu ini Illham betul-betul tidak mahu memikirkan soal kahwin.

Namun mereka berkahwin juga selepas satu peristiwa Illham hampir menodai Amanda di rumah ibunya sendiri. Lantaran itu bermulalah kisah urat-mengurat....pujuk-memujuk antara mereka he he. Pekahwinan dirahsiakan sehinggakan kawan baik Illham iaitu Dr Haq mula menyimpan perasaan terhadap Amanda. Hal ini mula membuatkan Illham rasa terancam dan dia akhirnya menyedari dia sudah jatuh cinta dengan isterinya sendiri. Ketika Amanda mengandung, berlaku konflik antara Amanda dan Illham disebabkan rasa cemburu Amanda dan emosinya yang sangat sensitif menyebabkan Illham jadi marah dan melancarkan perang dingin dengan Amanda. Namun atas nasihat sahabatnya Haq, Illham beralah dan berusaha memenangi semula hati isterinya.

Ketika mereka berbulan madu di Tasik Kenyir, Amanda mengalami kecelakaan dan keguguran. Dia juga terpaksa dibedah dan dibuang tiub fallopio yang ada masalah. Tamparan hebat untuk Amanda namun atas kuasa Allah dia mengandung juga malah dikurniakan anak yang ramai dengan jarak yang dekat pula tu ha ha......ada lagi kisah nakal Illham dan Amanda ni tapi korang baca sendirilah ya......kalau nak santai bolehlah baca novel ni....konflik tak adalah yang memeningkan....rileks jer baca....k dapatan novel ini :-

1.    SALING MEMAHAMI KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA
Cinta sahaja tidak mencukupi jika tidak diiringi dengan sikap memahami antara pasangan. Jika tiada sikap memahami ini maka sukar adanya keharmonian dalam sesebuah rumahtangga. Wujudkan rasa saling mempercayai supaya adanya persefahaman antara pasangan. Jangan bina banteng yang boleh menimbulkan kecurigaan.

2.    HORMAT HAK ORANG LAIN VS HORMATI DAN HARGAI HAK KITA
Saya suka dengan Dr. Haq he he....dia walaupun menyukai Amanda namun dia hormat dengan hak sahabat baiknya Illham sebagai suami kepada gadis pujaannya. Illham pula ni mungkin atas faktor ego dia melukai hati isterinya namun dia tersedar apabila Dr Haq mengugutnya akan mengambil Amanda jika Illham mengabaikannya. Hargai apa yang kita ada jika tidak mahu orang lain menghargai dan akhirnya mengambil hak yang kita sendiri abaikan.

#Saya suka dengan jalan cerita novel yang santai dan kalau dikembangkan lagi rasanya boleh 3 kali ganda tebal novel ni he he......

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...