Thursday, 11 January 2018

NOVEL QIDRAN

Related image





Novel ni Badboy Project pertama yang saya baca. Dalam group Whatapps Dunia Novel, ada rakan-rakan pencinta novel kata...daripada tiga serangkai Jibrael, Rafael dan Qidran...depa suruh baca Qidran dulu sebab katanya antara tiga tu...Qidran yang paling tak kejam....kebetulan pula buku ni yang dulu sampai berbanding yang lain. Dua lagi saya tengah tunggu ketibaannya sebab order terus dengan penulisnya.

Novel ini merupakan hasil karya HANA. First time juga rasanya membaca karya penulis muda yang berbakat ni. Dia tulis dan dia terbit sendiri tau buku dia. Memang berbakat betul dia ni dan kalau tak salah ini merupakan novel ke-13 beliau. K berbalik pada novel ni....saya pada peringkat awal memang tak naklah membacanya...baca teaserpun dah menakutkan...tak kiralah....Jib, Raf atau Qid semuanya kejam dalam teaser tu....

Jadi apabila saya mula membaca novel ni.....saya boleh pula terhenti pembacaan kerana rasa sebal menikam jiwa he he...pandai betul penulis ni memainkan perasaan....sebal dengan watak Qidran...sebal juga pada watak Yara di peringkat awal...kasihan, simpati namun rasa geram kerana dia akhirnya boleh terjatuh dalam perangkap c Qidran yang tak berperikemanusiaan ni...

Pada saya watak Qidran ni dah cukup kejam kot....hu hu tak taulah pula watak Jibrael dan Rafael kejamnya mungkin lebih teruk hu hu.....

Qidran menjadi liar dan tidak berperikemanusiaan terlebih lagi terhadap Yara kerana dendam kesumat yang tersimpan begitu lama menghuni dalam dirinya. Dendam terhadap kecurangan bekas kekasih yang mempunyai nama yang sama dan raut wajah yang hampir sama dengan Yara mengundang rasa benci dalam diri Qidran. Namun dalam rasa benci itu tersirat rasa cinta yang mula terbit terhadap Yara. Qidran telah memerangkap Yara menyebabkan Yara kehilangan maruah dirinya. Kesan perbuatan Qidran menyebabkan Yara kehilangan keluarga dan juga peluang melanjutkan pelajaran. Qidran pula berhijrah ke Scotland setelah dihalau oleh ibu bapanya selepas mereka menerima panggilan telefon daripada Yara tentang perbuatan kejam Qidran terhadapnya.

Takdir menemukan mereka semula apabila Yara telah dijadikan anak angkat oleh ibu bapa Qidran. Maka bermula kisah benci-membenci antara Qidran dan Yara namun tetap disulami dengan rasa cinta yang mula menjalar dalam jiwa mereka. Qidran memaksa Yara berkahwin dengannya dan daripada situlah Yara mengetahui bahawa dirinya selama ini masih suci. Mengapa Qidran sanggup menipunya....kenapa Yara sanggup berkahwin dengan Qidran...bagaimana Yara masuk ke dalam keluarga Qidran....baca ya he he....saya tinggalkan debaran ini untuk anda baca.....

Kemuncak cerita apabila Qidran terpaksa merelakan pemergian Yara yang sedang mengandungkan anak mereka dengan satu tujuan....memberi ruang untuk Yara menerima semula dirinya.....4 tahun barulah mereka bersatu semula.....HAPPY ENDING.....dapatan novel :-
 
1.    DENDAM MEMAKAN DIRI
Dendam ni memang tak elok. Semua orang tahu tentang perkara tersebut tetapi bukan mudah untuk seseorang melupakan sesuatu perkara yang menyakitinya. Jika dibiarkan kelukaan tersebut menguasai kita maka dari situlah dendam kesumat akan menguasai diri kita. Apabila dendam menguasai maka manusia sanggup melakukan sesuatu di luar batas manusia yang waras akalnya. Rasanya semua cerita Badboy Project ni mesti tentang dendam he he....prasangka awal...nanti dah baca yang dua lagi....saya komen kemudian.

2. PENYERAHAN SEPENUHNYA KEPADA ALLAH MERUPAKAN LANGKAH TERBAIK DALAM MENEMPUH DUGAAN HIDUP.
Sentiasa ingatkan dalam diri bahawa setiap yang berlaku itu mesti ada sebabnya. Setiap yang berlaku itu Dia yang Maha Mengetahui....telah melihat dan mencipta kita untuk mampu melaluinya. Namun senang untuk memujuk diri tetapi nak melalui dan mengharunginya bukan satu perkara yang mudah. Perlu sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan yakin pertolongan Allah pasti akan tiba.

#Saya suka novel ini....suka sangat-sangat...dalam kejam Ku Qidran tersemadi seorang lelaki yang penyayang he he.....kejammu membuatkan jiwa Yara terseksa dan lemas dalam lautan benci yang disulami dengan gelora rindu dan cinta yang semakin melanda jiwanya.....

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...