Sunday, 7 January 2018

NOVEL AWAK DAH CURI HATI SAYA


Image result for novel awak dah curi hati saya



Dalam banyak-banyak novel yang ada dalam koleksi saya setakat ini, hampir separuh daripadanya merupakan novel terbitan Love Novel Publication. Kalau nak cari novel yang sweet memang penerbitan ini mempunyai koleksinya yang tersendiri he he...mungkin sebab namapun Love Novel kan...tambahan pula satu yang saya suka sangat dengan Love Novel ni...selalu sangat buat jualan kombo yang sentiasa membakar naluri pembeli novel seperti saya...kombo tu bukan alang-alang ya...sampai berbelas-belas buah sekali beli tapi harganya berbaloi..

Berbalik pada novel ini...ia merupakan karya penulis LUVIS EIJA..tak terperasaan pula saya sama ada ini kali pertama saya membaca karya beliau ataupun mungkin juga bukan pertama kali...sebab saya memang dah banyak baca novel keluaran Love Novel cuma saya belum sempat untuk buat review disebabkan lepas baca sebuah buku....terus baca lagi buku lain he he...jadi memang tak sempat nak buat review...lagipun novel-novelnya tidaklah tebal maka memang dalam 4-6 jam pembacaan akan habis jadi ambil lagi novel yang lain..kadang-kadang sehari boleh baca dua buah novel....ini novel kedua selepas novel Cinta Asma & Ferhad yang saya buat reviewnya.

Melalut lagi....k...novel ni saya tertarik dengan jalan ceritanya yang betul-betul santai...tak adalah rasa sebal dan jengkel ketika membaca novel ni....rasa diulit ketenangan dan kebahagiaan sebagai pembaca yang benar-benar inginkan hiburan ha ha.....walaupun orang kata novel Melayu ni plot sama tapi percayalah anda tidak akan mampu untuk menjangkakan apa yang berlaku selepas itu sebab setiap novel yang saya baca memang akan wujud kelainannya....lainlah kalau anda jenis pembaca yang baca sekerat-sekerat lepas tu terus buat kesimpulan samalah dengan novel bla bla....tak akan sama punyalah...mungkin anda temui plot hampir sama tetapi cara adunan konflik tetap tak akan sama...k dapatan :-

1.    CINTA VS NAFSU
Nafsu ni bukan setakat satu tapi banyak jenis.....nafsu serakah....nafsu materealistik...nafsu  gila dan banyak lagi...ada orang yang sanggup mempergunakan nafsu semata-mata untuk kepentingan sendiri dan ada juga manusia yang mempergunakan alasan cinta untuk memuaskan nafsu masing-masing...maka berfikirlah sewajarnya...jangan sampai kita pula menjadi hamba cinta apatah lagi hamba nafsu yang tak akan pandai pudar dalam diri setiap insan. Mikail kehilangan cintanya kerana mengutamakan nafsu yang menguasai diri.

2.    JODOH KETENTUAN ALLAH
Frasa yang ini tak perlu dipertikaikan. Bercintalah bagai nak rak sekalipun jika anda bukan jodoh untuknya maka tidak ada gunanya. Sebab itu suka sangat dengan watak Wazif yang walaupun dia pada awalnya tersasar lantaran kekecewaan namun akhirnya akur pada ketentuan jodohnya.

3.    PERSAHABATAN VS PERCINTAAN
Ramai yang tidak boleh memilih sama ada antara persahabatan atau percintaan. Ramai yang hilang ikatan persahabatan kerana berebutkan perasaan cinta. Adira sanggup mengkhianati sahabat baiknya Husna semata-mata untuk mendapatkan kesenangan berkahwin dengan Mikail.

SINOPSIS

Kisah santai novel berkisar tentang pasangan Wazif dan Husna yang bertemu dalam suasana yang agak menjengkelkan kerana berebut parking. Husna telah mencalar kereta Honda City baru milik Wazif dan sebagai balasannya skuter pink hello kity Husna telah ditolak oleh Wazif. Pertemuan demi pertemuan dalam bentuk yang lebih menyebalkan berlaku antara mereka (Korang baca ya...boleh tergelak sendiri) namun ada rasa indah yang mengetuk jiwa masing-masing tanpa disedari.

Husna yang telah dikhianati oleh sahabat baiknya Adira yang telah berkahwin dengan kekasihnya Mikail menghadapi tekanan kekecewaan yang teruk. Dalam diam Wazif juga cuba bangkit daripada kekecewaannya terhadap kekasihnya merangkap sepupunya sendiri iaitu Zulaikha. Dalam kekecewaan dua insan ini, akhirnya jodoh mereka diperkuatkan apabila keduanya disatukan atas permintaan keluarga mereka.

Bermula episod membina bahagia namun muncul pula pelbagai ujian yang melanda. Tak habis dengan Zulaikha yang dah mengandung tapi masih nak menghancurkan rumah tangga mereka. Mikail dan Adira pula selalu muncul untuk mengeruhkan lagi keadaan. Nasiblah Wazif tidak mudah melatah dan betul-betul matang dalam mengharungi arus rumahtangga mereka. Dia boleh mengimbangi sikap manja dan mudah merajuk anak bongsu seperti Husna.Sampai satu ketika, mereka terpaksa kehilangan anak dalam kandungan Husna akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan Mikail.

Selepas mengharungi semua ujian dalam membina dan memupuk rasa cinta antara Wazif dan Husna akhirnya....HAPPY ENDING...ha ha....korang baca...kalau nak cari hiburan memang best...k...saya belanja teaser sikit :-

AWAL PERTEMUAN

“Awak tu yang gila! Dah Nampak saya bagi signal nak masuk parking ni, kenapa awak main redah je? Parking tu saya yang cop dulu! Nasib baiklah saya sempat tekan brek tadi. Kalau tidak...”Husna biarkan saja ayatnya tergantung di situ. Matanya merenung dalam ke dalam mata mamat kekwat tadi. Kali ini bukan sebab geram, tapi sebab rasa sayang nak alihkan pandangannya dari menikmati keindahan makhluk ciptaan Tuhan ni. ‘Ahaks!Gatai, kau Husna.’

“Simpanlah taktik lapuk kau tu! Aku tahu kau sebenarnya nak mengurat aku,kan?Pleaselah...perempuan macam kau ni...”Mamat kekwat itu menyoroti Husna dari atas sampai ke bawah. “Hmmm, bukan taste aku!” Kemudian, dia tersenyum sinis.

SELEPAS PERNIKAHAN

“Okey, saya mengaku...masa mula-mula dipaksa bertunang dengan abang dulu, saya rasa teruk sangat. Macam kena hempap dengan batu dekat kepala ni!Dahlah baru kena tinggal dengan kekasih, kena tikam dengan sahabat sendiri dari belakang, dipaksa pula bertunang dengan Mamat Kekwat yang selalu sakitkan hati saya. Kalau abang di tempat saya, macam mana? Apa yang abang rasa?” soal Husna menduga.

Wazif diam. Kemudian dia jongket bahu. Memang dia tidak tahu mahu rasa apa. Bagi dia, pertama kali melihat Husna dulu, hati dia memang sudah dicuri oleh gadis itu. Dalam diam dia mula sukakan Husna.

#Terus jiwaku berbunga-bunga bahagia membaca novel ini ha ha...tidaklah sampai berada di awang-awangan cuma rasa bahagia sangat sebab tidak ada konflik yang menyesakkan jiwa untuk kali ni....sebab dah beberapa novel yang dibaca dan sarat dengan konflik maka novel ni berjaya meredakan ketegangan di jiwa pembaca saya

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...