Saturday, 5 January 2019

MELAKAR MEMORI KEHIDUPAN 2019

04 Januari 2019

Wah...gais...Selamat Tahun Baru 2019 walaupun dah lewat 4 hari he he. Tahun ni saya tak nak meletakkan apa-apapun azam baru sebab sama sahaja ha ha. Cuma untuk dunia novel, saya cuma mahu menyahut Cabaran 60 Novel Setahun yang dilancarkan oleh novelis Hessa Widad. InsyaAllah kalau berdasarkan stok yang sentiasa bertambah tu sampailah jumlah tu malah berlipat ganda tetapi yang menjadi masalahnya masa untuk membaca.

Terima kasih juga kepada semua yang mengunjungi blog saya selama ini. Paling saya tidak sangka, Lelaki Kiriman Tuhan telah menjangkau 17303 setakat ini pengunjung yang telah membaca review ini. Saya terlebih dahulu memohon maaf jika ada kekurangan...blog ini seperti yang saya telah maklumkan hanyalah online diari untuk novel-novel yang telah saya baca. Banyak lagi yang saya tak sempat-sempat nak buat review sebenarnya. 

SELAMAT MEMBACA DAN TERIMA KASIH MENGUNJUNGI BLOG BICARA NOVEL.

6 Januari 2019

Saya mengubah theme blog bersempena dengan tahun baru ha ha. Saya bukanlah seorang yang mahir dalam bidang IT jauh sekali mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam bidang ini. Saya cuma seorang pembaca novel yang suka untuk meluahkan rasa selepas saya selesai membaca novel itu. Tidak semua orang akan sudi mendengar luahan kita. Kena pada orang yang tidak meminat membaca novel Melayu, muntah hijau dia mendengar kita membebel tentang cerita novel.

Oleh itu, di sinilah saya akan meluahkan segala rasa selepas membaca. Adakalanya kita cukup berpuas hati selepas pembacaan dan kadangkala berlaku di sebaliknya. Namum, saya sedar batas-batas saya sebagai pembaca. Mungkin ada yang kata saya hipokrit tetapi prinsip saya adalah lebih baik menjaga daripada menyakiti. Ada orang kata klu mcm tu smpi bila nak maju. Bab-bab yang ini kita serah dengan golongan pengkritik yang memang pakar untuk membantu penulis-penulis kita. Tak pelah....saya akan tetap dengan cara saya mengisi blog ni. Tambahan pula, semua novel yang saya baca memang saya pillih dulu betul-betul he he sebab tu kuranglah bebelan negatif saya ha ha.

Untuk menyahut Cabaran 60 Novel Setahun....saya telahpun berjaya memulainya bererti 1/60 he he. Tak pe.....akan diusahakan untuk sampai target....nak tengok apa yang saya dah baca dalam menyahut cabaran ini...silalah berkunjung ke blog saya sebab saya akan cuba pastikan selepas pembacaan saya akan buat review di blog ini.

15 Januari 2019

Setakat ni untuk menyahut Cabaran 60 Novel Setahun...saya dah pun sampai 5/60 he he...masih sedikit berbanding rakan-rakan lain yang sudahpun menjangkau berbelas-belas bacaan. Tak per. Untuk tahun ni dan saya mulakan dengan sahutan cabaran ini di samping nak habiskan 60 buah buku dibaca saya juga nak pastikan review diupdate dalam blog ni. Dan saya sedang berusaha ke arah itu. Beratus dah buku yang dibaca tapi tidak sempat untuk dimasukkan dalam blog ini.

Friday, 4 January 2019

JODOH DARIPADA DIA


Image result for jodoh daripada dia

Wawa Akil merupakan antara penulis fav saya. Gaya penulisan beliau yang santai dan bersahaja walaupun banyak menggunakan teknik deskriptif iaitu penceritaan namun masih mampu untuk menyampaikan mesej yang hendak disampaikan. Salah satu kelebihan penulis ini ialah unsur humor yang disampaikannnya cukup bersahaja dan mampu untuk mengeletek hati pembaca saya. Biasanya Wawa akan menggunakan watak-watak sampingan untuk memasukkan unsur humor ini dan memang menjadi pada saya kerana membuatkan saya tertawa sorang-sorang he he.

Berbalik kepada novel ini, ceritanya santai sahaja. Tidak ada konflik yang berat dan menyesakkan minda anda he he. Hanya konflik tarik tali dan mainan perasaan sahaja. Watak langau penganggupun tidak terlalu dominan ditonjolkan menjadikan cerita ini santai untuk dibaca. Kisah ini tentang Harris Daniel yang pada waktu itu berusia 25 tahun telah mengikat seorang gadis berusia 19 tahun bernama Indah dalam sebuah tali pernikahan demi menghalalkan hubungan mereka. Harris yang menurut kata hati dan nafsu semata-mata tanpa menyedari perasaannya sendiri telah menjadikan gadis muda yang malang itu sebagai mangsa keadaan. Indah yang masih muda bersetuju dengan rancangan gila Harris dan sanggup mengenepikan keluarganya pastilah disebabkan oleh perasaan cintanya terhadap lelaki itu. Mereka bernikah dua kali tau. Sekali tanpa pengetahuan bapa Indah dan sekali lagi atas permintaan bapa Indah kerana dia mahu memastikan pernikahan mereka sah. Namun malangnya, selepas mendapat apa yang diingininya, Harris telah meninggalkan isterinya yang masih muda.

Indah seorang gadis muda yang cekal, tabah dan berdikari. Selepas ditinggalkan oleh suaminya, Indah telah mengandung. Disebabkan ketiadaan Harris maka mereka sekeluarga menerima penghinaan masyarakat dengan menuduh Indah mengandung anak luar nikah. Demi menyelamatkan maruah mereka, mereka sekeluarga telah berpindah dan hal inilah yang menyebabkan Harris tidak menemui Indah sewaktu dia mencarinya suatu ketika dahulu. Cuma silapnya Harris, dia tidak bersungguh-sungguh mencari. Dia hanya mencuba sekali dan selepas itu dia terus melupakan isterinya sehinggalah dia asyik diganggu dengan mimpi kehadiran seorang anak kecil dan wanita dalam tidurnya.

Setelah 5 tahun berlalu, pertemuan antara mereka berlaku secara tidak sengaja. Namun, malangnya Harris tidak mengenali isterinya sendiri malah dia nak mengorat pula dengan isterinya itu he he. Dia juga terjatuh suka dengan Iman Raykal si budak comel yang petah bercakap dan bersedia menerima kehadiran Iman dalam hubungannya dengan wanita pengusaha kedai dobi tanpa mengetahui bahawa mereka itu adalah anak dan isterinya yang sebenar he he. Part ni memang best sebab Indah betul-betul kenakan suami dia....yalah sapa suruh...suami tak kenal isteri kot.

Watak abang Indah bernama Firman banyak membantu menjernihkan hubungan mereka. Firman mahu melihat kebahagiaan adiknya dengan suaminya. Namun luka yang ditinggalkan oleh Harris dalam diri Indah begitu dalam dan menyebabkan Indah begitu sukar untuk menerima semula kehadiran suaminya itu. Maka bermulalah episod pujuk-memujuk. Harris berusaha sedaya upaya untuk menawan semula hati isterinya yang telah dilukainya. Macam-macam Harris buat he he...yang ni korang bacalah ya dan akhirnya berjaya apabila Harris dengan rendah dirinya balik ke kampung Indah memohon kemaafan dengan kedua orang mertuanya. Keikhlasan Harris dan rasa penyesalan yang menebal dalam dirinya melembutkan hati Indah dan keluarganya untuk menerima Harris.

Masalah pula muncul apabila ibu Harris mahu menjodohkan Harris dengan Rania. Tipikal cerita Melayu memang macam ni kan he he. Tapi tak boleh juga salahkan ibu Harris sebab dia tidak mengetahui tentang kewujudan Indah dan Iman Raykal. Saya suka apabila penulis menggambarkan penerimaan ayah Harris iaitu Tan Sri Imran terhadap kehadiran menantu dan cucunya. Begitu juga dengan adik-adik perempuan Harris yang sangat menyayangi kakak ipar dan anak buah mereka. Langau Rania tu hanya muncul sipi-sipi sahaja dan berjaya ditepis dengan mudah oleh Harris he he. Dan akhirnya....HAPPY ENDING...he he....k dapatan novel ini :-
  1. SESUNGGUHNYA JODOH ITU ADALAH MILIK ALLAH. SEJAUHMANAPUN KITA MENJAUH AKAN TETAP BERSATU JUGA JIKA IA BENAR-BENAR MILIK KITA.
  2. EGO PENGHANCUR KEPADA KEBAHAGIAAN. AKUILAH IA JIKA MAHUKAN KEBAHAGIAAN MENJADI MILIK ANDA.
#Macamana Harris mengetahui identiti isteri dan anaknya....korang bacalah ya he he..dan dalam cerita ni watak Firman dan Cempaka cukup menghiburkan he he

#Novel ni sebenarnya reprint tau....dulu2 preloved buku ni pun mahalnya...tapi akhirnya direprint semula oleh penulis atas permintaan ramai.

KOLEKSI BICARA NOVEL ( 1 JANUARI 2019)

Saturday, 17 November 2018

DERHAKA CINTA JEBAT


Image result for DERHAKA CINTA JEBAT

Ini karya antara penulis fav saya iaitu Cik Tet. Penulisan penulis ni lebih kepada genre melo romantik ha ha...ntah wujud atau tidak genre tu saya yang klasifikasikan begitu sebab penulisan dia biasanya mesti ada unsur kesedihan yang disulami dengan romantis yang terlebih sawit ha ha. Sya dah lama dapat buku ni tapi disebabkan ramai sangat yang kata buku ni best sangat2 maka saya tahan diri daripada membaca sebab takut nanti high expectation. Apabila dah reda sikit keterujaan tu, maka sayapun mulakan pembacaan.
Cik Tet ni sentiasa berjaya menimbulkan rasa sedih dan romantis dalam diri pembaca he he. Satu lagi yang saya suka dengan beliau ialah gambaran watak yang perfect ha ha. Malaslah nak baca cerita yang heroin tu digambarkan tak cantik cthnya hitam legam bak buntut kuali...eheem...mmg tak lah saya membacanya. Bukan tak berpijak di bumi yang nyata tapi membaca untuk hiburan dan santai kan so mestilah mencari sesuattu yang boleh menghiburkan ha ha.

Okey berbalik pada cerita ini, kisah tentang seorang gadis bernama Aisyah (ntah betul atau tidak ejaan ni) yang telah berkahwin atas dasar suka sama suka dengan seorang lelaki bernama Jebat. Aisyah membuka semula hatinya kepada Jebat selepas lama terseksa akibat kecurangan bekas kekasihnya. Namun, bahagia yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Selepas sahaja dia bergelar sebagai isteri Jebat maka tersingkaplah kisah sebenar sebab utama Jebat berkahwin dengannnya  hanya kerana DENDAM (klise bukan tapi best) he he. Bermulalah episod kesedihan penderitaan Aisyah.

Namun novel ni lain tau. Penulis banyak menggunakan unsur teknik imbas kembali dalam penceritaan.Jadi kalau korang berhenti sekerat jalan memang korang tak fahamlah cerita dia. Dendam Jebat ni berpunca daripada kecacatan yang dialami oleh adiknya Tuah selepas dikecewakan oleh Aisyah. Jebat tanpa usul periksa dan langsung tidak mahu mendengar penjelasan Aisyah menyeksa isterinya sendiri. Namun apabila kebenaran terbongkar macam biasalah Aisyah telahpun pergi jauh daripada hidupnya.

Jebat mula menjejaki isterinya. Bermulalah pula episod pujuk memujuk namun Jebat menghadapi kesukaran kerana bukan mudah untuk melenturkan hati isterinya. Tambahan pula, Jebat ni masih main tarik tali dengan Aisyah. Kononnya dia telahpun berkahwin dengan Inara. Memang tak lah Aisyah nak kembali dengan dia. Jangankan Aisyah, saya sendiripun sakit hati dengan Jebat walaupun di ending cerita memanglah hanya Aisyah yang menjadi isterinya tapi jenuh menahan rasa dipermain-mainkan macam tu he he...yalah kalau penulis tak buat macam tu...nipis sajalah novel ni.

Akhirnya selepas beberapa peristiwa, Aisyah kembali kepada Jebat dan bermulalah pula episod sawit2 mereka ha ha. Tuah adik Jebat pun walaupun tidak sembuh sepenuhnya tetapi dia sudah boleh bercakap. HAPPY ENDING. Ok dapatan novel ini :-

1. DENDAM PEMUSNAH KEHIDUPAN. JANGAN BIARKAN IA MENGUASAI DIRI.

2. JANGAN DIJUNJUNG SANGAT EGO TU KELAK MEMBAKAR DIRI SENDIRI.

#Watak heroin penulis ni semua cantik he he. Mesti digambarkan kesempurnaannya sebagai seorang wanita jelita ha ha. Nak cerita santai dan menghiburkan.....bacalah novel ni. Ada juga rakan-rakan yang kata menangis-nangis selepas baca novel ni. Pada saya, sedih tu memang sedih bergetar jugalah rasa di dada menahan kesedihan ha ha tapi namanya menangis tidak jugalah. Nak tahu korang nangis atau tidak...bacalah ha ha

KOLEKSI BICARA NOVEL(18 NOV 2018)


Saturday, 29 September 2018

NOVEL HATI YANG TERSAKITI



Image result for novel hati yang tersakiti

Sewaktu saya membaca review untuk novel ini, saya rasa sedikit teruja sebab ramai yang kata best dan ada kelainan sebab perempuan yang berusaha untuk memenangi hati suaminya. Namun selepas membeli novel ni....tidaklah pula terus membacanya....kata teruja he he....selepas dua bulan dalam simpanan baru tergerak hati nak membuka bungkusannya....mungkin banyak lagi simpanan novel belum dibaca tu yang take turn tu.....novel ini karya NURFIFFA

Saya sebenarnya teragak-agak nak  memulakan pembacaan....takut-takut nanti jalan ceritanya menyebalkan jiwa...hu hu....harap-harap janganlah......lalu saya mulakan pembacaan dan akhirnya.....apa yang mampu terluah ialah BEST he he...tak adalah konflik yang besar sangat dalam novel ni.....cerita mudah sahaja...lebih kepada konflik dalam perhubungan...k dapatan novel ni :-

1. JANGAN SESEKALI BERANI UNTUK MEMPERGUNAKAN ATAU MEMPERMAINKAN PERASAAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN DIRI
-       Sehebat manapun masalah yang kita hadapi, adalah tidak wajar untuk menyelesaikannya dengan cara menyakiti orang lain. Apatah lagi jika kita seolah-olah mengambil kesempatan atas kebaikan orang tersebut. Jangan sesekali berani untuk membiarkan kita berbahagia atas penderitaan orang lain. Farhaini yang mempergunakan perasaan Adam untuk keluar drpd kemelut perasaan peribadinya terhadap Idham adalah sangat tidak wajar.

2.    SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA
-       Setiap yang berlaku pasti ada sebab di sebaliknya. Bukan mudah untuk kita menerima sesuatu perkara yang menyakitkan namun kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana sesungguhnya rencana Allah lebih baik daripada apa yang kita impikan. Farhaini berasa marah apabila mengetahui keluarga kandungnya masih hidup dan dia merasakan dirinya telah dibuang daripada keluarga tersebut. Namun apabila dia berjumpa terus dengan keluarganya baru dia tahu kisah sebenar.

3.    BELAJAR UNTUK MENERIMA KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT.
-       Apabila kita berani untuk membuat keputusan maka kita juga haruslah akur dengan keputusan yang telah dibuat. Ini bermaksud kalau kita sudah menyatakan untuk meninggalkan seseorang maka adalah tidak wajar untuk kita menjilat semula ludah tersebut semata-mata untuk kepentingan sendiri. Rafika yang cuba untuk mendapatkan semula Adam selepas mendapati dirinya mengandung hasil hubungannya dengan orang lain.


SINOPSIS

Novel ini berkisar tentang seorang gadis bernama Farhaini yang menyimpan perasaan terhadap abang angkatnya Idham. Farhaini tidak mampu untuk menghilangkan perasaannya terhadap abang angkatnya itu telah mengambil keputusan untuk mempergunakan Adam sebagai penyelesai masalah. Farhaini telah mengajak Adam berkahwin dengannya walaupun dia tidak mempunyai sebarang rasa cinta  kepada Adam. Sebaliknya Adam pula mula mencintai Farhaini setulus hatinya.

Adam begitu mengambil berat dan sentiasa ada untuk Farhaini. Muslihat Farhaini terbongkar apabila Adam terbaca diari isterinya itu. Adam merasakan dirinya telah dipergunakan. Bermula kisah sang isteri memujuk sang suami he he korang bacalah ya....apabila diorang dah berbaik....muncul pula ex-girlfriend si Adam iaitu Rafika yang meminta Adam menjadi pak sanggup terhadap anak yang dikandungnya. Konflik menjadi rumit apabila Adam dan Rafika kemalangan bersama. Pasti terperanjat Farhaini dibuatnya. Adam koma dan Rafika keguguran serta mendakwa anak itu adalah anak Adam. Bertambah bingunglah c Farhaini. Nasib baik Qayyum muncul dan.....HAPPY ENDING....

#Cerita ini bukan kisah jutawan...lebih kepada kehidupan masyarakat marhaein yang berusaha untuk mencari kebahagiaan hidup....




Friday, 21 September 2018

NOVEL CEO TAK DIJANGKA


Image result for novel ceo tak dijangka
Novel ni karya NORSHIEMAH MD YASAN...macam ini bukan buku pertama beliau yang saya baca tapi tidak taulah pula...macam familiar pula nama penulis ni he he...mungkin penulis di bawah penerbitan Kaki Novel dulu kot. Sekarang penerbitan itu dah ditutup. Rata-rata penulis yang dulu bernaung di bawahnya ada yang berpindah ke Suara Hati Publications dan ada juga yang beralih ke penerbitan lain. Adui...apa pula melalut tentang penerbitan ni huhu.

Kisah dalam novel ni agak berlainan sedikit dengan cerita klise lain yang bersangkut paut dengan tajuk yang seangkatan dengannya. Tak taulah pula kalau pendapat orang lain tak sama dengan saya selepas membaca novel ini he he.

Kisah tentang Hadif seorang penjual burger yang tiba-tiba mendapat wasiat untuk menjadi CEO Mentari Jingga (Klise bukan he he) selepas kematian Tan Sri Hamdan yang tidak dikenalinya. Seingatnya dia hanya berjumpa sekali dengan seorang lelaki tua yang dipanggilnya Pakcik Hamdan ketika berteduh di gerai burgernya. Oleh itu, terlalu sukar untuk dia menerima wasiat itu apatah lagi dia diminta untuk berkahwin dengan Diana anak arwah Tan Sri Hamdan yang tersangatlah sombong, angkuh, riak dan kerek. Namun atas sokongan ibunya dan juga kawan baiknya Kamal serta janji Reisya(bekas PA Tan Sri Hamdan) yang akan sentiasa membantunya menyebabkan Hadif akhirnya akur dengan wasiat itu.

Reisya ni pula sangat dibenci oleh Diana kerana hubungan rapat dengan bapanya. Tambahan pula, Diana sangat tidak menyukai Rumah Kasih yang diusahakan oleh Reisya bersama Mak Kiah dengan bantuan kewangan Tan Sri Hamdan. Diana mahu menutup Rumah Kasih tersebut dan menghalau anak-anak yatim yang tinggal di situ. Diana yang menyimpan dendam terhadap dua manusia ini iaitu Hadif dan Reisya yang dianggapnya merampas hartanya telah mengatur rancangan untuk mengahwinkan mereka. Diana berandaian jika kedua-duanya berkahwin maka dia akan dapat syarikatnya dan juga sekaligus mengusir Reisya. Tambahan pula, jika dia tidak jadi berkahwin dengan Hadif maka wasiat kedua akan dibaca dan Diana yakin wasiat kedua itu menyebelahinya.

Hadif dan Reisya terpaksalah berkahwin atas sebab sendiri. Hadif nak melepaskan jawatannya sebagai CEO manakala Reisya pula mahu mempertahankan Rumah Kasih. Apabila mereka berkahwin, Hadif secara jujurnya tidak dapat menerima kehadiran Reisya dan ini berbeza dengan Reisya yang berusaha untuk menerima Hadif sebagai suaminya. Namun mereka ni mendapat sokongan padu daripada Kamal dan Puan Julia ibu Hadif. Pelbagai usaha konspirasi mereka jalankan untuk memastikan Hadif dan Reisya kekal bersama he he....lucu jugalah....tgk telatah mereka berdua yang adakalanya menimbulkan kemarahan Hadif.

Setelah wasiat kedua dibacakan, Diana terkejut kerana apa yang diperolehinya lebih teruk. Hadif kekal sebagai CEO dan dia pula diturunkan hanya sebagai Pengarah Urusan dan diminta berpindah ke Rumah Kasih. Atas dasar inilah maka Diana melakukan pelbagai perkara termasuk memisahkan Hadif dan Reisya. Tapi jangan haraplah kan....selepas Hadif dah jatuh cinta dan sayang dengan isteri dia...cnfrmlah tak ada sapa yang boleh sentuh dan sakiti dia. Tambahan pula, kehadiran Kamal sebagai bodyguard yang sentiasa membantu mereka dan melindungi mereka. Banyak bendalah c Diana ni buat.....korang bacalah ya....tak larat nak cerita kejahatan dia memburuk-burukkan Hadif terutamanya Reisya.

Sampai pada klimaksnya apabila Diana cuba memerangkap Hadif dengan memintanya datang ke rumah sewanya kerana kononnya dia dalam bahaya. Tapi pada waktu itu, dia tidak tahu yang Hadif berada di kampung bersama Reisya jadi yang datang adalah Kamal. Perangkap Diana menjadi namun malangnya dia terpaksa berkahwin dengan Kamal bukannya Hadif he he. Berlakulah pertengkaran semula....Diana mengamuk dan melarikan diri dan dikejar oleh Kamal. Akhirnya Kamal pula yang kemalangan kerana menyelamatkan isterinya....selepas itu korang taulah kan ending dia....semua HAPPY ENDING he he.

Okey....saya tinggalkan sedikit suspen yang tak berapa suspens he he...Hadif dan Diana ni ada pertalian yang menyebabkan Hadif menjadi pilihan Tan Sri Hamdan..korang baca eeh

# Novel ni kombo dengan AKU ADA UNTUKMU maka mesej utamanya lebih kurang sama iaitu jangan dikejar harta dunia tak akan ke mana.

# Jangan memandang rendah terhadap orang lain. Anda tidak tahu satu ketika nanti orang yang anda perlekehkan itulah yang paling anda sayangi.

BICARA NOVEL 14 SEPT 2018

Friday, 14 September 2018

NOVEL MAAF TAK INDAH


Image result for novel maaf tak indah


Novel ini merupakan karya EMY ROBERTO...penulis ni terkenal dengan hasil karya beliau yang telah diadaptasi ke drama bertajuk Jangan Benci Cinta he he....tagline Husna sangat popular hasil penangan drama ini. Saya teruja ketika membaca buku ini sebab dari mula lagi sudah sedih....hati saya terasa sayu dan sedih saat Raimie berhadapan dengan sikap keras kepala isterinya Syazan yang tidak mahu menerima hakikat yang dia mengandung. Kesilapan terbesar Syazan telah buat hasil hasutan rakan baiknya Cheryl iaitu dengan mengugurkan kandungannya yang telah berusia tujuh bulan di Amerika Syarikat namun tidak berhasil dan akhirnya anak tersebut lahir juga tetapi mengalami kecacatan kesan perbuatan Syazan.


Kelahiran anak yang dinamakan Adam itu akhirnya menyedarkan Syazan. Tangisan pertama anaknya ketika dilahirkan menzahirkan rasa bahagia dalam dirinya. Namun dia terpaksa berhadapan dengan kemarahan suaminya Raimie yang tidak dapat menerima perbuatan isterinya. Syazan tidak dibenarkan untuk menyentuh atau menjaga Adam. Hal ini amat menyakitkan Syazan kerana haknya sebagai ibu kandung diketepikan. Raimie berpendapat Syazan tidak layak bergelar ibu dan isteri. Permohonan maaf Syazan tidak dilayan oleh Raimie malah hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila.

Raimie akhirnya menceraikan Syazan dan mahu berkahwin dengan Zila. Sewaktu Syazan diceraikan dia sedang mengandung namun Syazan mengambil keputusan untuk menyimpan berita tersebut kerana dia yakin jika Raimie tahu Raimie akan mengambil anak itu daripadanya. Setelah lima tahun mereka berjumpa semula dan Raimie terkejut kerana Syazan mempunyai seorang anak. Setelah diselidiki akhirnya Raimie mengetahui bahawa anak itu adalah anak kedua mereka.

Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa. Raimie membenarkan Syazan berjumpa Adam dengan syarat Syazan tidur bersamanya. Demi kasih seorang ibu Syazan bersetuju dengan syarat bodoh bekas suaminya namun di sebaliknya Raimie yang masih menyayangi Syazan tidak bermaksud untuk berlaku jahat terhadap bekas isterinya. Adam jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Raimie mengambil keputusan untuk menikahi semula Syazan. Pernikahan semula mereka menimbulkan kemarahan Zila yang tak henti-henti mengharapkan Raimie mengahwininya. Raimie tidak mahu berkahwin dengan Zila setelah mengetahui perbuatan jahat Zila terhadap arwah anaknya Adam.

Hati Raimie hancur dan penuh dengan penyesalan apabila melihat isteri yang disayanginya, hidup dalam penderitaan  sepanjang lima tahun mereka bercerai. Parut-parut duka dalam badan isterinya cukup menyeksa jiwa Raimie sehingga air mata penyesalannya menitis. Syazan juga masih hidup dalam penyesalan namun kekuatan dan kasih sayang suaminya memberikan semangat kepadanya.

Sedih tau rasa di jiwa sepanjang membaca novel ni. Tidaklah tebal. Nipis sahaja. Saya boleh habiskan membaca dalam dua jam sebab mula saja pembacaan...hati ku diruntun rasa pilu hu hu.....tapi saya suka he he...HAPPY ENDING.

# Novel ini mengajar saya erti sebuah kemaafan dan penyesalan. Betapa mudahnya untuk kita mengungkapkan kata-kata maaf tetapi belum tentu semudah itu kita akan mampu untuk melupakan apa yang telah berlaku. Bak kata orang...hati yang terluka itu terlalu sukar untuk diubati.

#Sebuah rasa penyesalan sangat sakit untuk kita lalui. Kesilapan demi kesilapan...kesalahan demi kesalahan yang telah kita lakukan akan menjadi bayangan penyesalan yang sentiasa mencengkam memori kehidupan kita.

Saturday, 1 September 2018

NOVEL TUAN MUDA CIK HANA


Image result for novel tuan muda cik hana


Novel ini merupakan karya CHEMPAKA LYANA. Macam pertama kali membaca karya beliau tapi ntahlah tak pasti pula kalau dah ada sebelumnya. Buku terbitan Trop Publications. Dalam group Dunia Novel kata novel ni....BOLEHLAH...rakan-rakan yang sudah membacanya macam nak kata best tak juga nak kata tak best pun tak juga...sebab tu saya gigihlah membacanya he he. Selepas pembacaan pada saya pula, saya suka novel ni walaupun adakalanya watak heroin tu agaklah menyebalkan tetapi masih boleh dihadam ha ha.

Kisah ini tentang Hana seorang gadis berperwatakan kasar yang telah ditunangkan dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Ini semua adalah atas pilihan dan kehendak ibunya kerana lelaki tersebut telah banyak membantu keluarga mereka sejak ayah Hana sakit dan meninggal dunia. Ibu Hana yang sakit dan dipotong kaki kerana kencing manis juga telah mendapat penjagaan yang sempurna hasil bantuan lelaki itu. Namun keras kepala Hana ni punyalah kuat. Dia langsung tidak mahu ambil tahu sapa lelaki itu hatta nama tunang sendiri pun dia tak mahu tahu. Surat wasiat ibunya yang mengandungi gambar tunangnya telah dibuang ke laut begitu sahaja disebabkan rasa benci yang teramat sangat. Hal ini disebabkan Hana sebenarnya sudah menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang telah menggantikan pokok kegemarannya dengan selori benih he he tetapi dia tidak kenal siapa lelaki itu.

Selepas kematian ayah dan ibunya, dia tinggal bersama abangnya Hanafi dan kakak iparnya Ida. Hana telah mendapat tawaran bekerja di Jaaf Plantations sebagai pustawakan peribadi kepada Tuan Muda. Dalam syarat Hana diminta selama 4 bulan yang pertama tidak mengambil tahu atau tidak cuba mengambil tahu tentang siapa Tuan Muda. Jika Hana melanggar syarat maka dia dikehendaki membayar tiga bulan gajinya...dahlah gaji yang ditawarkan kepadanya tidak masuk akal sebab terlalu mahal tetapi sebab dekat dengan tempat tinggal abangnya maka dia terima saja tawaran itu tanpa mengetahui bahawa Tuan Muda itulah tunangannya he he. Banyak peristiwa lucu di sini yang boleh membuatkan anda gelak.

Tuan Muda Badri ni kaya tau ha ha.....satu Cameron tu dia yang pegang...gangsterlah katakana...dia digelar Ayahanda Badri. Kedudukan Badri memudahkan dia mengawal tunangnya yang tersangatlah keras kepala dan ikut kehendak dia sahaja. Hana ni mungkin cantik sangatlah kot sebab di universiti dia menjadi rebutan dua orang Megat bersaudara. Bertumbuk malah sanggup berbunuh2an kedua-duanya demi nak dapatkan Hana ni...bengong betul. Megat Amir telah menggunakan taktik kotor menggunakan gambar bogel Hana untuk mengugut Hana memutuskan pertunangan dengan Badri.

Hana yang bengong ni pun.....terpaksalah mengikut kehendak Megat Amir namun dia lupa keupayaan seorang Ayahanda Badri he he....samseng punya stylelah....lunyai dua beradik Megat tu dia kerjakan ha ha...akhirnya Hana berkahwin juga dengan Badri. Kisah sedih pula muncul apabila Hanafi abang Hana yang kemalangan meninggal selepas pernikahan Hana dan Badri hu hu. Kesannya sangat dalam kepada Hana apatah lagi dia dapat suami yang tersangatlah penyayang...masuk dapur untuk bancuh air pun tidak boleh....fuuuh semangat....untunglah bini macam tu tapi boringlah kot sebab Hana ni jenis yang suka dan pandai memasak.

Ada juga kisah langau Amira nak cuba mengacau tapi kemunculan Rayyan sepupu Badri membantu menghalangnya daripada menganggu Badri dan Hana. Sekali lagi perkahwinan mereka diuji dengan kemunculan Xander yang nakkan juga c Hana ni. Maka bermulalah kisah Xander mahukan Hana dengan bantuan Lara. Pelbagai usaha jahat mereka buat namun macam biasalah...siapa boleh lawan Ayahanda Badri he he....apabila Hana mengandung lagi haru-biru dengan perangainya...namun Badri berjaya juga atasi perangai isterinya...HAPPY ENDING...

* Korang kena baca sendiri tau....banyak benda yang berlaku...bagaimana Hana tahu tentang identiti tunangnya dan siapa sebenarnya lelaki yg Hana pernah sukai satu ketika dahulu he he...dan rasanya kalau penulis nak kembangkan watak Rayyan dengan kakak ipar Hana pun best juga...mungkin projek novel yang akan datang kot he he....sebab kisah diorg tu blh dijdikn sebuah cerita

REVIEW KDRAMA : OH MY GHOST CLIENTS

Kdrama ini memang saya dah lama tunggu untuk menontonnya. Tapi disebabkan kekangan masa maka barulah saya dapat meluangkan masa untuk drama ...