Friday, 21 September 2018

NOVEL CEO TAK DIJANGKA


Image result for novel ceo tak dijangka
Novel ni karya NORSHIEMAH MD YASAN...macam ini bukan buku pertama beliau yang saya baca tapi tidak taulah pula...macam familiar pula nama penulis ni he he...mungkin penulis di bawah penerbitan Kaki Novel dulu kot. Sekarang penerbitan itu dah ditutup. Rata-rata penulis yang dulu bernaung di bawahnya ada yang berpindah ke Suara Hati Publications dan ada juga yang beralih ke penerbitan lain. Adui...apa pula melalut tentang penerbitan ni huhu.

Kisah dalam novel ni agak berlainan sedikit dengan cerita klise lain yang bersangkut paut dengan tajuk yang seangkatan dengannya. Tak taulah pula kalau pendapat orang lain tak sama dengan saya selepas membaca novel ini he he.

Kisah tentang Hadif seorang penjual burger yang tiba-tiba mendapat wasiat untuk menjadi CEO Mentari Jingga (Klise bukan he he) selepas kematian Tan Sri Hamdan yang tidak dikenalinya. Seingatnya dia hanya berjumpa sekali dengan seorang lelaki tua yang dipanggilnya Pakcik Hamdan ketika berteduh di gerai burgernya. Oleh itu, terlalu sukar untuk dia menerima wasiat itu apatah lagi dia diminta untuk berkahwin dengan Diana anak arwah Tan Sri Hamdan yang tersangatlah sombong, angkuh, riak dan kerek. Namun atas sokongan ibunya dan juga kawan baiknya Kamal serta janji Reisya(bekas PA Tan Sri Hamdan) yang akan sentiasa membantunya menyebabkan Hadif akhirnya akur dengan wasiat itu.

Reisya ni pula sangat dibenci oleh Diana kerana hubungan rapat dengan bapanya. Tambahan pula, Diana sangat tidak menyukai Rumah Kasih yang diusahakan oleh Reisya bersama Mak Kiah dengan bantuan kewangan Tan Sri Hamdan. Diana mahu menutup Rumah Kasih tersebut dan menghalau anak-anak yatim yang tinggal di situ. Diana yang menyimpan dendam terhadap dua manusia ini iaitu Hadif dan Reisya yang dianggapnya merampas hartanya telah mengatur rancangan untuk mengahwinkan mereka. Diana berandaian jika kedua-duanya berkahwin maka dia akan dapat syarikatnya dan juga sekaligus mengusir Reisya. Tambahan pula, jika dia tidak jadi berkahwin dengan Hadif maka wasiat kedua akan dibaca dan Diana yakin wasiat kedua itu menyebelahinya.

Hadif dan Reisya terpaksalah berkahwin atas sebab sendiri. Hadif nak melepaskan jawatannya sebagai CEO manakala Reisya pula mahu mempertahankan Rumah Kasih. Apabila mereka berkahwin, Hadif secara jujurnya tidak dapat menerima kehadiran Reisya dan ini berbeza dengan Reisya yang berusaha untuk menerima Hadif sebagai suaminya. Namun mereka ni mendapat sokongan padu daripada Kamal dan Puan Julia ibu Hadif. Pelbagai usaha konspirasi mereka jalankan untuk memastikan Hadif dan Reisya kekal bersama he he....lucu jugalah....tgk telatah mereka berdua yang adakalanya menimbulkan kemarahan Hadif.

Setelah wasiat kedua dibacakan, Diana terkejut kerana apa yang diperolehinya lebih teruk. Hadif kekal sebagai CEO dan dia pula diturunkan hanya sebagai Pengarah Urusan dan diminta berpindah ke Rumah Kasih. Atas dasar inilah maka Diana melakukan pelbagai perkara termasuk memisahkan Hadif dan Reisya. Tapi jangan haraplah kan....selepas Hadif dah jatuh cinta dan sayang dengan isteri dia...cnfrmlah tak ada sapa yang boleh sentuh dan sakiti dia. Tambahan pula, kehadiran Kamal sebagai bodyguard yang sentiasa membantu mereka dan melindungi mereka. Banyak bendalah c Diana ni buat.....korang bacalah ya....tak larat nak cerita kejahatan dia memburuk-burukkan Hadif terutamanya Reisya.

Sampai pada klimaksnya apabila Diana cuba memerangkap Hadif dengan memintanya datang ke rumah sewanya kerana kononnya dia dalam bahaya. Tapi pada waktu itu, dia tidak tahu yang Hadif berada di kampung bersama Reisya jadi yang datang adalah Kamal. Perangkap Diana menjadi namun malangnya dia terpaksa berkahwin dengan Kamal bukannya Hadif he he. Berlakulah pertengkaran semula....Diana mengamuk dan melarikan diri dan dikejar oleh Kamal. Akhirnya Kamal pula yang kemalangan kerana menyelamatkan isterinya....selepas itu korang taulah kan ending dia....semua HAPPY ENDING he he.

Okey....saya tinggalkan sedikit suspen yang tak berapa suspens he he...Hadif dan Diana ni ada pertalian yang menyebabkan Hadif menjadi pilihan Tan Sri Hamdan..korang baca eeh

# Novel ni kombo dengan AKU ADA UNTUKMU maka mesej utamanya lebih kurang sama iaitu jangan dikejar harta dunia tak akan ke mana.

# Jangan memandang rendah terhadap orang lain. Anda tidak tahu satu ketika nanti orang yang anda perlekehkan itulah yang paling anda sayangi.

BICARA NOVEL 14 SEPT 2018

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...