Sekarang ini, short drama sama ada Cdrama mahupun Kdrama yang juga sudah mula berlambak di medsos menjadikan trending ini menyebarluas dalam kalangan masyarakat. Tidak dinafikan bahawa plot cerita untuk short drama ini memang rata-ratanya sama iaitu CEO dengan wanita miskin, CEO menyamar, penganaiyaan yang kejam, balas dendam paling mantap tetapi apabila sudah 'ketagih' dengan drama pendek ini maka ia tetap juga ditengok ha ha ha. Tapi jujur, kalau saya dah boleh agak plot dia memang saya akan skip2 sahaja mana-mana scene yang saya tidak suka.
Ok berbalik kepada Cdrama pendek ini...saya suka walaupun jalan ceritanya klise tetapi agak menarik bagi saya sebab karakter FL dan ML itu sangat power. Ia tidak selembik FL lain yang mudah ditindas oleh keluarga yang biasanya broken family. Saya tidak boleh nyatakan nama watak sebab dalam drama tu, nama tersebut bukan lagi berunsurkan Chinese tapi telah diInggeriskan atau diIndonesiakan sesuai dengan terjemahan subtitlenya. Jujur ini sangat menganggu terutama kalau nama tersebut jadi Rizma...Zahara adui...takkanlah tapi ya difahami untuk memudahkan terjemahannya.
FL ini telah terjebak dengan one night stand yang dirancang oleh ibu dan kakak tirinya. Macam biasalah target FL akan tidur dengan pengemis tetapi malangnya ML yang juga pada waktu itu dijebak (kita guna istilah ni sajalah ha ha) oleh adik sepupunya atas dasar dengki dan tamak menjadi pasangan one night stand dalam keadaan mereka tidak sedar. Kesannya FL telah mengandung dan melahirkan baby girl. Tiba-tiba datang segerombolan orang mengambil baby tersebut. FL menangis dan berlari mengejar anaknya tapi tidak berdaya dan jeng jeng...tiba-tiba doktor kata ada lagi anak dalam perut dia means dia kembar (haaa....jangan fikir logik ok he he...kt mmg ambil ini untuk hiburan sahaja)kalau terlampau mempertikaikan logik akal maka hilanglah keseronokan anda untuk berhibur.
Selepas bersalin FL pergi ke luar negara membawa baby boynya (Throne). Selepas 5 tahun, FL kembali semula untuk mencari baby girlnya yang dirampas daripadanya. Tapi kali ini, FL tidak kosong. Dia merupakan chairwoman kepada Dream Group cuma macam biasalah dia merahsiakan identitinya. Pertemuan mereka bermula apabila ML yang membawa anak perempuannya(Mia) bertemu dalam blind date dan memintanya untuk merahsiakan identiti mereka telah tersalah meja. Throne yang telah menterbalikkan no 6 menjadi no 9 mewujudkan salah sangka itu. Bermula sesi penyamaran kedua-dua CEO ini ha ha...satu CEO Lu Group dan satu lagi Dream Group sehingga akhirnya membawa kepada perkahwinan mereka yang bersyaratkan jika FL berjaya menemui anak perempuannya dan ML bertemu dengan ibu kandung Mia maka mereka akan bercerai.
Banyaklah kisah-kisah klise mereka hide n seek identiti masing-masing he he. FL inipun bukan kosong ya gaiss...dia ada ilmu mempertahankan diri. Dialah yang menyelamatkan adik iparnya daripada penculikan dengan menyamar sebagai lelaki. Ini membuatkan adik iparnya jatuh cinta. Saya ingatkan cerita akan drag berlanjutan tentang hal ini tapi pengarah bijak dengan terus mematikan dengan scene FL balik ke rumah masih dengan baju penyamarannya sebagai lelaki ha ha.
Konflik berterusan apabila Liam adik sepupu ML berkomplot pula dengan kakak tiri FL. Penipuan demi penipuan mereka lakukan termasuklah mengaku dialah yang bersama dengan ML dalam one night stand dan dia adalah ibu kandung kepada Mia. Tapi semua itu berjaya diatasi oleh ML dan FL. Saya suka sebab plot dia tidak meleret-leret sangat dan karakter FL dan ML juga cakep dan ganteng banget gaiss. FL lawa dan ML juga kacak.
Ending cerita ini pun menarik. Rupa-rupanya FL tu pembunuh upahan taraf antarabangsa gaiss ha ha jangan main-main. Akhirnya mereka pun bahagia bersama anak-anak mereka...yeah...itu saja ha ha
DraPen Cdrama : 5 Januari 2026
Refleksi : Syukuri apa yang ada. Jangan tamak dan dengki dengan apa yang tidak kita miliki
No comments:
Post a Comment