Thursday, 11 January 2018

NOVEL MAHABBAH TERINDAH ADAM DAN HAWA


Image result for novel Mahabbah Terindah Adam dan Hawa
Novel ini hasil karya pertama Cik Tet yang saya baca...sebelum ini saya tidak pernah membaca karya beliau. Seperti biasa saya banyak membaca review sebelum memulakan pembacaan. Saya agak takut-takut dan teragak-agak untuk memulakan pembacaan kerana rata-rata pembaca mengatakan novel ini tersangatlah sedih hu hu...saya macam biasalah takut nanti diri sendiri yang akan rasa stress he he. Dalam teragak-agak tu saya beranikan diri untuk  memulakan pembacaan dan ternyata novel ini sangat tidak mengecewakan saya...he he....saya bagi 5 bintang untuk novel ini sebab memang menepati citarasa pembacaan saya.

Saya sempat bertanyakan Pakcik Google tentang maksud Mahabbah....he he walaupun guru Bahasa Melayu dan Sastera namun ilmu perbendaharaan kata masih cetek dalam diriku.....betullah...banyak membaca walaupun dalam bentuk cerita memang menjanjikan pelbagai pengalaman dan ilmu baharu yang kita dapat.....k...Pakcik Google jawab Mahabbah itu lebih kurang maksudnya CINTA...wah....pandai sungguh Cik Tet mencari tajuk yang memang bertepatan...Mahabbah Terindah Adam & Hawa = CINTA TERINDAH ADAM & HAWA...

Terus-terang saya susah nak move on daripada novel ini he he....banyak lagi novel dalam simpanan namun rasanya belum sanggup untuk menghilangkan jalan cerita novel ini dalam minda saya he he...over tak......walaupun jalan ceritanya biasa-biasa saja dan mungkin akan meloyakan bagi mereka yang tidak meminati genre seperti ini tapi pada saya tetap menarik kerana saya menyukai genre seperti ini ha ha......saya tersentuh dengan kepetahan watak si comel Uyi....walaupun pelat namun cukup menghiburkan.....antara hasil dapatan :-

1.    CEMBURU : SAYANG ATAU DENDAM
Orang selalu kata, cemburu tu tandanya sayang namun orang juga mudah lupa bahawa daripada cemburu jugalah maka lahirnya dendam yang memakan jiwa dan seterusnya menghancurkan kehidupan orang lain. Disebabkan rasa cemburu pada teman wanitanya menyebabkan Adam melakukan perkara terkutuk dan menimbulkan kebencian dalam diri Hawa. Disebabkan cemburu juga kaum sejenis saya iaitu WANITA gagal untuk mengawal emosi dan melakukan perkara-perkara yang keji. Banyak contohnya dalam novel ini seperti Lia, Umairah dan juga Kartini.

2.    BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK
Gunakan akal rasional dalam setiap tindak tanduk kita. Berfikir sebelum bertindak seribu kali lebih baik daripada menyesali apatah lagi memperbetulkannya semula selepas sesuatu tindakan bodoh yang kita lakukan. Datin Aisah....watak wanita tipikal yang hanya mengikut nafsu hati tanpa menggunakan rasional akal. Akhirnya diri sendiri yang merana kerana keterlanjuran diri.

3.    NILAI SEBUAH KEMAAFAN
Jika kemaafan adalah ganjaran kepada sebuah kebahagiaan...walaupun perit namun itulah yang perlu kita lakukan. Perit macamana sekalipun..nilai kemaafan pastinya mendapat redha Allah. Hawa wanita cekal yang dijanjikan dengan kebahagiaan melalui salam kemaafan yang diberikannya.

SINOPSIS

Novel ini berkisar tentang kehidupan Adam dan Hawa. Simple tapi amat berkesan di hati saya. Perencah pengolahan oleh penulisnya cukup mengetarkan naluri pembacaan saya. Adam yang begitu menyayangi Hawa telah menodai gadis tersebut semata-mata kerana cemburunya. Hal ini menimbulkan kebencian dalam diri Hawa dan dia akhirnya melarikan diri meninggalkan suaminya. Selepas 3 tahun mereka bertemu semula dan Adam dikejutkan dengan kehadiran seorang budak perempuan comel yang petah bercakap walaupun pelat bernama Suri Dahlia Adam Syafik Daniel. Ternyata anak itu merupakan anak Adam dan Hawa.

Maka bermulalah kisah pujuk memujuk...namun pasti ada konflik untuk memberatkan cerita melalui watak-watak seperti Lia dan Umairah yang tak pernah putus-putus mengharapkan cinta Adam. Mereka ni banyak melakukan onar untuk memisahkan Adam dan Hawa.

Kehadiran watak Suri sangat menambat hati saya. Keletahnya sangat menghiburkan. Si comel ini jugalah yang menjadi taruhan kasih sayang ayah dan ibunya. Walaupun terpisah untuk kali kedua...bak kata Adam....cinta Adam terhadap Hawanya tidak akan pernah terpisah walaupun jarak menjadi halangan mereka...HAPPY ENDING.....

*Tak larat untuk menceritakan detail he he....jadi saya belanja sedikit teasernya ya....

KERINDUAN PERPISAHAN

Satu keluhan dilepaskan. Mata terpejam seketika. Lantas, wajah ayu itu menjelma di depan mata. Mengundang pilu yang tak pernah jauh dari hatinya. Jiwanya sakit. Seksa menanggung rindu pada seraut wajah ayu itu. Wajah yang telah terpahat kemas di hatinya. Kukuh tanpa terhakis walaupun sedikit. Sungguh, kerinduannya sudah tidak tertanggung. Kerana luka yang dia palitkan, si dia pergi tanpa sebarang kesan untuk dia jejak.

PERTEMUAN SEMULA

Demi saja lampu terpasang balik, dua pasang mata terus terpaku. Tidak berkelip dan langsung tidak bergerak. Ia terkunci di situ. Hanya desah nafas yang kedengaran tidak teratur. Agak lama mereka di situ. Sudah seperti patung cendana. Hanya hati yang memainkan peranan. Itu pun sukar untuk ditafsirkan.

Hanya menelan air liur yang tersekat di rongga. Pendengarannya mula kabur dan berpinar. Kepala terasa begitu berat dan matanya semakin mengecil. Tubuh pula semakin longlai.

“Aa...bang,” Tubuhnya terjelepok ke bawah namun sempat disambut oleh sepasang tangan sasa.

Tubuh yang longlai itu dipaut Adam. Sedaya upaya cuba diapungkan  dengan tubuhnya. Sebelah tangannya mengangkat wajah itu menghadap wajahnya. Perasaannya sendiri tengah berperang ketika ini. Antara percaya dengan tidak, antara yakin dan gementar. Adakah ini suratan ataupun kebetulan? Yang pasti kini wajah itu ada di depan mata. Tubuh itu kini dalam dakapannya. Matanya menyoroti setiap sudut wajah lesu di hadapannya. Wajah yang terlentok sekejap ke depan dan ke belakang itu adalah wajah yang dirindukannya selama ini.wajah terluka dek kerana perbuatannya dulu.

SAAT SATU KEBENARAN TERSINGKAP

Adam duduk di birai katil. Melihat iras wajah halus itu, hati kuat menyatakan kebenaran.

“Hai si comel. Kenapa menangis ni?” Tegurnya perlahan.

Suri hanya diam memandang. Sesekali, tangan halusnya nak menyapu sisa air mata di pipinya.

“Sini... dekat uncle.” Tangan dihulur pada Suri. Si kecil itu jeling tangannya sekilas sebelum kembali menatap wajahnya. “Jangan takut, uncle Cuma nak kawan aje dengan si comel ni.”

“Papa...”

Sepatah perkataan yang keluar dari mulut halus sudah cukup untuk buat lidah Adam menjadi kelu seketika. Hanya mata yang tak berkelip memandang. Panggilan yang sama sewaktu mereka bertemu di padang baru-baru ini.

“Papa? Uncle?” Ibu jari ditunjuk ke dada sendiri. Suri diam. Hanya kepala yang terangguk perlahan menjawab soalan daripada Adam.

“Nama siapa?”

“Uyi”

“Bukan, maksud uncle, nama penuh?”

“Uyi Ayiyah.”

“Suri Aliah?”Sebut Adam perlahan. Dia hanya tahu Suri sahaja. Nama yang di belakang tu dia tak tahu.

“Utanyah papa niii!”

“Okey...okey! Mama nama apa?” Soalan ditukar bila si kecil sudah mula tunjuk muka bengang. Cepat sungguh nak naik angin. Hati melonjak ingin tahun. Inginkan kepastian.

“Mama. Awa Apichayah.”
“Ooo...Hawa Nafisa?Betul tu nama mama?”

Suri mengangguk laju. Ada segaris senyum yang terukir bila papanya menyebut dengan betul nama mamanya.

“Nama papa?”

Suri diam seketika. Matanya hanya tunak pada wajah Adam. “Tu papa Uyiyah.” Mulut dimuncungkan pada Adam. Tangannya mencapai teddy bear kecilnya dan didakap ke dada. Seakan malu-malu dengan aksinya tadi.

“Ialah, papa tahulah ini papa Suri, tapi papa nak juga tahu nama papa Suri ni sapa?”Tersenyum Adam dengan aksi si kecil. Comel sangat.

Suri pandang sekeliling. Jemari halusnya bermain-main dengan teddy bearnya.

“Sampai hati tak tahu nama papa. Papa nak pergilah kalau macam ni.” Adam pura-pura bangkit dari katil.

“Papa...anyanyah!”Cepat-cepat Suri menghalang. Papa mana boleh pergi. Dia baru saja berjumpa dengan papa. Mama cakap papa kerja jauh tapi lama sungguh papanya itu pergi kerja.

“Kalau tak nak papa pergi, beritahu dulu nama papa.” Desak Adam lagi. Dia betul-betul nak tahu siapa sebenarnya si comel itu dengannya.

“Atam...Apik.”

Dumm!

Terasa dadanya dihempap dengan batu yang amat berat sekali. Sakit! Teramat sakit. Sakit dengan kenyataan yang baru diperdengarkan. Tiba-tiba juga ada sesuatu yang ingin melonjak keluar dari tubir matanya.

“Atu aji ni.” Suri bersuara tiba-tiba. Mata bersinar indah. Tak sabar untuk beritahu pada papanya.

“Apa dia sayang?” Tangan Adam sudah mula menarik tubuh halus itu rapat ke sisinya. Suri hanya mengikut. Langsung tidak menolak. Elok saja berlabuh di atas riba papanya.

“Atam...Apik...Anyel...”

Tergelak Adam mendengar namanya disebut Suri. Gelak yang muncul bersama dengan tangisan kegembiraan. Adam Syafik Danial. Itu namanya. Sudah jelas kini, si kecil itu memang  anaknya. Zuriat yang disembunyikan daripada pengetahuannya.

* Selebihnya bacalah ya....memang tak rugi....berbaloi....jika anda peminat genre sebegini seperti saya.....

NOVEL QIDRAN

Related image





Novel ni Badboy Project pertama yang saya baca. Dalam group Whatapps Dunia Novel, ada rakan-rakan pencinta novel kata...daripada tiga serangkai Jibrael, Rafael dan Qidran...depa suruh baca Qidran dulu sebab katanya antara tiga tu...Qidran yang paling tak kejam....kebetulan pula buku ni yang dulu sampai berbanding yang lain. Dua lagi saya tengah tunggu ketibaannya sebab order terus dengan penulisnya.

Novel ini merupakan hasil karya HANA. First time juga rasanya membaca karya penulis muda yang berbakat ni. Dia tulis dan dia terbit sendiri tau buku dia. Memang berbakat betul dia ni dan kalau tak salah ini merupakan novel ke-13 beliau. K berbalik pada novel ni....saya pada peringkat awal memang tak naklah membacanya...baca teaserpun dah menakutkan...tak kiralah....Jib, Raf atau Qid semuanya kejam dalam teaser tu....

Jadi apabila saya mula membaca novel ni.....saya boleh pula terhenti pembacaan kerana rasa sebal menikam jiwa he he...pandai betul penulis ni memainkan perasaan....sebal dengan watak Qidran...sebal juga pada watak Yara di peringkat awal...kasihan, simpati namun rasa geram kerana dia akhirnya boleh terjatuh dalam perangkap c Qidran yang tak berperikemanusiaan ni...

Pada saya watak Qidran ni dah cukup kejam kot....hu hu tak taulah pula watak Jibrael dan Rafael kejamnya mungkin lebih teruk hu hu.....

Qidran menjadi liar dan tidak berperikemanusiaan terlebih lagi terhadap Yara kerana dendam kesumat yang tersimpan begitu lama menghuni dalam dirinya. Dendam terhadap kecurangan bekas kekasih yang mempunyai nama yang sama dan raut wajah yang hampir sama dengan Yara mengundang rasa benci dalam diri Qidran. Namun dalam rasa benci itu tersirat rasa cinta yang mula terbit terhadap Yara. Qidran telah memerangkap Yara menyebabkan Yara kehilangan maruah dirinya. Kesan perbuatan Qidran menyebabkan Yara kehilangan keluarga dan juga peluang melanjutkan pelajaran. Qidran pula berhijrah ke Scotland setelah dihalau oleh ibu bapanya selepas mereka menerima panggilan telefon daripada Yara tentang perbuatan kejam Qidran terhadapnya.

Takdir menemukan mereka semula apabila Yara telah dijadikan anak angkat oleh ibu bapa Qidran. Maka bermula kisah benci-membenci antara Qidran dan Yara namun tetap disulami dengan rasa cinta yang mula menjalar dalam jiwa mereka. Qidran memaksa Yara berkahwin dengannya dan daripada situlah Yara mengetahui bahawa dirinya selama ini masih suci. Mengapa Qidran sanggup menipunya....kenapa Yara sanggup berkahwin dengan Qidran...bagaimana Yara masuk ke dalam keluarga Qidran....baca ya he he....saya tinggalkan debaran ini untuk anda baca.....

Kemuncak cerita apabila Qidran terpaksa merelakan pemergian Yara yang sedang mengandungkan anak mereka dengan satu tujuan....memberi ruang untuk Yara menerima semula dirinya.....4 tahun barulah mereka bersatu semula.....HAPPY ENDING.....dapatan novel :-
 
1.    DENDAM MEMAKAN DIRI
Dendam ni memang tak elok. Semua orang tahu tentang perkara tersebut tetapi bukan mudah untuk seseorang melupakan sesuatu perkara yang menyakitinya. Jika dibiarkan kelukaan tersebut menguasai kita maka dari situlah dendam kesumat akan menguasai diri kita. Apabila dendam menguasai maka manusia sanggup melakukan sesuatu di luar batas manusia yang waras akalnya. Rasanya semua cerita Badboy Project ni mesti tentang dendam he he....prasangka awal...nanti dah baca yang dua lagi....saya komen kemudian.

2. PENYERAHAN SEPENUHNYA KEPADA ALLAH MERUPAKAN LANGKAH TERBAIK DALAM MENEMPUH DUGAAN HIDUP.
Sentiasa ingatkan dalam diri bahawa setiap yang berlaku itu mesti ada sebabnya. Setiap yang berlaku itu Dia yang Maha Mengetahui....telah melihat dan mencipta kita untuk mampu melaluinya. Namun senang untuk memujuk diri tetapi nak melalui dan mengharunginya bukan satu perkara yang mudah. Perlu sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan yakin pertolongan Allah pasti akan tiba.

#Saya suka novel ini....suka sangat-sangat...dalam kejam Ku Qidran tersemadi seorang lelaki yang penyayang he he.....kejammu membuatkan jiwa Yara terseksa dan lemas dalam lautan benci yang disulami dengan gelora rindu dan cinta yang semakin melanda jiwanya.....

NOVEL MR HOT DADDY



Image result for novel mr hot daddy
Novel ini merupakan karya MUM LINZ. Ini antara novel yang saya beli melalui online. Biasanya pembelian secara online ni dari segi kos ada sedikit mahal berbanding harga di kedai buku disebabkan kos penghantaran namun pada saya masih berbaloi kerana biasanya novel-novel online ini ada yang Limited Edition, Special Edition atau Print On Demand dan jarang dijual di kedai buku. Sejak dah mula berjinak-jinak dengan pembelian novel secara online tambah pula masuk group DUNIA NOVEl maka bajet pembelian tu dah semakin berganda-ganda he he

Kali pertama saya membaca sinopsis novel ni....tidaklah menarik hati saya sebab kisah tentang seorang doktor duda anak satu dengan cleaner muda. Namun dalam group ramai yang pakat-pakat order buku ni dan kata syok tambahan pula apabila teaser yang dipaparkan menarik minat. Buku ni tidak tebal. Boleh dikategorikan sebagai novel yang nipis tapi cerita dia agak ‘daring’ pada sayalah.

Penulis ni agak berani dalam menulis novel yang agak ‘daring’ dan ‘nakal’ seperti ini he he. Walaupun orang kata masih terkawal dan tidaklah terlalu detail tetapi rasanya novel ini kurang sesuai untuk golongan remaja membacanya. Kenakalan Mr Hot Daddy dalam menggoda isterinya yang masih muda memang terserlah.

Novel ni berkisar tentang Dr Illham yang berkahwin dengan Aisyah Amanda seorang gadis yang bekerja sebagai cleaner di hospital tempatnya bekerja. Illham telah membantu Amanda yang tinggal sebatang kara dan tidak ada tempat tinggal. Amanda ni anak yatim piatu yang dibesarkan di Indonesia. Datang ke Malaysia untuk mencari ayah kandungnya. Dia akhirnya tinggal di rumah ibu bapa Illham bagi mengelakkan fitnah. Tambahan pula, pada waktu ini Illham betul-betul tidak mahu memikirkan soal kahwin.

Namun mereka berkahwin juga selepas satu peristiwa Illham hampir menodai Amanda di rumah ibunya sendiri. Lantaran itu bermulalah kisah urat-mengurat....pujuk-memujuk antara mereka he he. Pekahwinan dirahsiakan sehinggakan kawan baik Illham iaitu Dr Haq mula menyimpan perasaan terhadap Amanda. Hal ini mula membuatkan Illham rasa terancam dan dia akhirnya menyedari dia sudah jatuh cinta dengan isterinya sendiri. Ketika Amanda mengandung, berlaku konflik antara Amanda dan Illham disebabkan rasa cemburu Amanda dan emosinya yang sangat sensitif menyebabkan Illham jadi marah dan melancarkan perang dingin dengan Amanda. Namun atas nasihat sahabatnya Haq, Illham beralah dan berusaha memenangi semula hati isterinya.

Ketika mereka berbulan madu di Tasik Kenyir, Amanda mengalami kecelakaan dan keguguran. Dia juga terpaksa dibedah dan dibuang tiub fallopio yang ada masalah. Tamparan hebat untuk Amanda namun atas kuasa Allah dia mengandung juga malah dikurniakan anak yang ramai dengan jarak yang dekat pula tu ha ha......ada lagi kisah nakal Illham dan Amanda ni tapi korang baca sendirilah ya......kalau nak santai bolehlah baca novel ni....konflik tak adalah yang memeningkan....rileks jer baca....k dapatan novel ini :-

1.    SALING MEMAHAMI KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA
Cinta sahaja tidak mencukupi jika tidak diiringi dengan sikap memahami antara pasangan. Jika tiada sikap memahami ini maka sukar adanya keharmonian dalam sesebuah rumahtangga. Wujudkan rasa saling mempercayai supaya adanya persefahaman antara pasangan. Jangan bina banteng yang boleh menimbulkan kecurigaan.

2.    HORMAT HAK ORANG LAIN VS HORMATI DAN HARGAI HAK KITA
Saya suka dengan Dr. Haq he he....dia walaupun menyukai Amanda namun dia hormat dengan hak sahabat baiknya Illham sebagai suami kepada gadis pujaannya. Illham pula ni mungkin atas faktor ego dia melukai hati isterinya namun dia tersedar apabila Dr Haq mengugutnya akan mengambil Amanda jika Illham mengabaikannya. Hargai apa yang kita ada jika tidak mahu orang lain menghargai dan akhirnya mengambil hak yang kita sendiri abaikan.

#Saya suka dengan jalan cerita novel yang santai dan kalau dikembangkan lagi rasanya boleh 3 kali ganda tebal novel ni he he......

Sunday, 7 January 2018

NOVEL AWAK DAH CURI HATI SAYA


Image result for novel awak dah curi hati saya



Dalam banyak-banyak novel yang ada dalam koleksi saya setakat ini, hampir separuh daripadanya merupakan novel terbitan Love Novel Publication. Kalau nak cari novel yang sweet memang penerbitan ini mempunyai koleksinya yang tersendiri he he...mungkin sebab namapun Love Novel kan...tambahan pula satu yang saya suka sangat dengan Love Novel ni...selalu sangat buat jualan kombo yang sentiasa membakar naluri pembeli novel seperti saya...kombo tu bukan alang-alang ya...sampai berbelas-belas buah sekali beli tapi harganya berbaloi..

Berbalik pada novel ini...ia merupakan karya penulis LUVIS EIJA..tak terperasaan pula saya sama ada ini kali pertama saya membaca karya beliau ataupun mungkin juga bukan pertama kali...sebab saya memang dah banyak baca novel keluaran Love Novel cuma saya belum sempat untuk buat review disebabkan lepas baca sebuah buku....terus baca lagi buku lain he he...jadi memang tak sempat nak buat review...lagipun novel-novelnya tidaklah tebal maka memang dalam 4-6 jam pembacaan akan habis jadi ambil lagi novel yang lain..kadang-kadang sehari boleh baca dua buah novel....ini novel kedua selepas novel Cinta Asma & Ferhad yang saya buat reviewnya.

Melalut lagi....k...novel ni saya tertarik dengan jalan ceritanya yang betul-betul santai...tak adalah rasa sebal dan jengkel ketika membaca novel ni....rasa diulit ketenangan dan kebahagiaan sebagai pembaca yang benar-benar inginkan hiburan ha ha.....walaupun orang kata novel Melayu ni plot sama tapi percayalah anda tidak akan mampu untuk menjangkakan apa yang berlaku selepas itu sebab setiap novel yang saya baca memang akan wujud kelainannya....lainlah kalau anda jenis pembaca yang baca sekerat-sekerat lepas tu terus buat kesimpulan samalah dengan novel bla bla....tak akan sama punyalah...mungkin anda temui plot hampir sama tetapi cara adunan konflik tetap tak akan sama...k dapatan :-

1.    CINTA VS NAFSU
Nafsu ni bukan setakat satu tapi banyak jenis.....nafsu serakah....nafsu materealistik...nafsu  gila dan banyak lagi...ada orang yang sanggup mempergunakan nafsu semata-mata untuk kepentingan sendiri dan ada juga manusia yang mempergunakan alasan cinta untuk memuaskan nafsu masing-masing...maka berfikirlah sewajarnya...jangan sampai kita pula menjadi hamba cinta apatah lagi hamba nafsu yang tak akan pandai pudar dalam diri setiap insan. Mikail kehilangan cintanya kerana mengutamakan nafsu yang menguasai diri.

2.    JODOH KETENTUAN ALLAH
Frasa yang ini tak perlu dipertikaikan. Bercintalah bagai nak rak sekalipun jika anda bukan jodoh untuknya maka tidak ada gunanya. Sebab itu suka sangat dengan watak Wazif yang walaupun dia pada awalnya tersasar lantaran kekecewaan namun akhirnya akur pada ketentuan jodohnya.

3.    PERSAHABATAN VS PERCINTAAN
Ramai yang tidak boleh memilih sama ada antara persahabatan atau percintaan. Ramai yang hilang ikatan persahabatan kerana berebutkan perasaan cinta. Adira sanggup mengkhianati sahabat baiknya Husna semata-mata untuk mendapatkan kesenangan berkahwin dengan Mikail.

SINOPSIS

Kisah santai novel berkisar tentang pasangan Wazif dan Husna yang bertemu dalam suasana yang agak menjengkelkan kerana berebut parking. Husna telah mencalar kereta Honda City baru milik Wazif dan sebagai balasannya skuter pink hello kity Husna telah ditolak oleh Wazif. Pertemuan demi pertemuan dalam bentuk yang lebih menyebalkan berlaku antara mereka (Korang baca ya...boleh tergelak sendiri) namun ada rasa indah yang mengetuk jiwa masing-masing tanpa disedari.

Husna yang telah dikhianati oleh sahabat baiknya Adira yang telah berkahwin dengan kekasihnya Mikail menghadapi tekanan kekecewaan yang teruk. Dalam diam Wazif juga cuba bangkit daripada kekecewaannya terhadap kekasihnya merangkap sepupunya sendiri iaitu Zulaikha. Dalam kekecewaan dua insan ini, akhirnya jodoh mereka diperkuatkan apabila keduanya disatukan atas permintaan keluarga mereka.

Bermula episod membina bahagia namun muncul pula pelbagai ujian yang melanda. Tak habis dengan Zulaikha yang dah mengandung tapi masih nak menghancurkan rumah tangga mereka. Mikail dan Adira pula selalu muncul untuk mengeruhkan lagi keadaan. Nasiblah Wazif tidak mudah melatah dan betul-betul matang dalam mengharungi arus rumahtangga mereka. Dia boleh mengimbangi sikap manja dan mudah merajuk anak bongsu seperti Husna.Sampai satu ketika, mereka terpaksa kehilangan anak dalam kandungan Husna akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan Mikail.

Selepas mengharungi semua ujian dalam membina dan memupuk rasa cinta antara Wazif dan Husna akhirnya....HAPPY ENDING...ha ha....korang baca...kalau nak cari hiburan memang best...k...saya belanja teaser sikit :-

AWAL PERTEMUAN

“Awak tu yang gila! Dah Nampak saya bagi signal nak masuk parking ni, kenapa awak main redah je? Parking tu saya yang cop dulu! Nasib baiklah saya sempat tekan brek tadi. Kalau tidak...”Husna biarkan saja ayatnya tergantung di situ. Matanya merenung dalam ke dalam mata mamat kekwat tadi. Kali ini bukan sebab geram, tapi sebab rasa sayang nak alihkan pandangannya dari menikmati keindahan makhluk ciptaan Tuhan ni. ‘Ahaks!Gatai, kau Husna.’

“Simpanlah taktik lapuk kau tu! Aku tahu kau sebenarnya nak mengurat aku,kan?Pleaselah...perempuan macam kau ni...”Mamat kekwat itu menyoroti Husna dari atas sampai ke bawah. “Hmmm, bukan taste aku!” Kemudian, dia tersenyum sinis.

SELEPAS PERNIKAHAN

“Okey, saya mengaku...masa mula-mula dipaksa bertunang dengan abang dulu, saya rasa teruk sangat. Macam kena hempap dengan batu dekat kepala ni!Dahlah baru kena tinggal dengan kekasih, kena tikam dengan sahabat sendiri dari belakang, dipaksa pula bertunang dengan Mamat Kekwat yang selalu sakitkan hati saya. Kalau abang di tempat saya, macam mana? Apa yang abang rasa?” soal Husna menduga.

Wazif diam. Kemudian dia jongket bahu. Memang dia tidak tahu mahu rasa apa. Bagi dia, pertama kali melihat Husna dulu, hati dia memang sudah dicuri oleh gadis itu. Dalam diam dia mula sukakan Husna.

#Terus jiwaku berbunga-bunga bahagia membaca novel ini ha ha...tidaklah sampai berada di awang-awangan cuma rasa bahagia sangat sebab tidak ada konflik yang menyesakkan jiwa untuk kali ni....sebab dah beberapa novel yang dibaca dan sarat dengan konflik maka novel ni berjaya meredakan ketegangan di jiwa pembaca saya

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...