Thursday, 21 September 2017

SURI HATI MR PILOT


Image result for novel suri hati mr pilotImage result for novel suri hati mr pilot

Novel pertama karya Dila Dyna yang menarik perhatian saya.....teruja untuk merasai keseronokan membacanya...mungkin disebabkan oleh populariti drama adaptasi novel ini yang mendapat sambutan luar biasa. Kesan pengaruh drama ini juga saya cuba untuk menonton dramanya namun tidak mampu untuk menghabiskan kesemua episod kerana kesan lakonan yang kurang mantap sedikit sebanyak menganggu tumpuan saya he he....mhn maaf LOFATAH...

Oleh itu, saya beralih kepada novel.....usaha demi usaha dibuat untuk mendapatkan novel ini...akhirnya berjaya memilikinya dengan bantuan Mr. Hubby yang sporting tolong mencarikan untuk isterinya he he.....saya menghabiskan pembacaan novel ini lebih kurang dalam 8 jam...banyak jugalah unsur pengajaran yang boleh kita fikirkn bersama dan sememangnya ada hubungkaitnya dengan kehidupan kita seharian. Antaranya :-

1. KUNCI KEPADA KEUTUHAN RUMAH TANGGA ADALAH KEPERCAYAAN
- Rumah tangga antara Warda dan Ejaz runtuh disebabkan oleh tiadanya kepercayaan antara satu sama lain. Warda sangsi terhadap Ejaz dan Ejaz juga turut tidak mempercayai Warda. Keengganan Ejaz untuk mendengar dan mempercayai sebarang penjelasan Warda turut mengeruhkan keadaan. Warda yang hilang kepercayaan dan keyakinan untuk bersama Ejaz akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya bersama kandungan yang dirahsiakannya. Fuuh..... waktu ini...gelodak perasaan pembaca juga turut meningkat....he he....geram, sedih....bercampur baur....cuba untuk berada di tmpt Warda...agak geram apabila dia merahsiakan kandungannya namun berasa sedikit gembira apabila memikirkan....itulah nilai maruah perempuan...

2. JANGAN TERLALU BERAHSIA DENGAN PASANGAN ANDA DENGAN ANDAIAN ITU ADALAH PENYELESAIAN TERBAIK. BERKONGSILAH KERANA ITULAH NIKMAT ERTI RUMAH TANGGA YANG SEBENAR.
- Saya cuba untuk menyelami watak Warda dengan berfikir secara KBAT he he......Warda merahsiakan segala-galanya kerana menjaga MARUAH atau kerana EGO....ya tidak semudah bicara jika kita pula berada di tempat Warda....tapi saya melihat tindakan Warda dari dua sudut yang berbeza iaitu dari sudut positif...tindakannya itu menunjukkan bahawa Warda merupakan seorang wanita yang bermaruah....yang tahu untuk berdikari sendiri dan tidak bergantung walaupun pada orang yang amat dia cintai.....Warda mahu yang terbaik untuk orang yang dia sayangi....dia tidak mahu menjadi penyebab kepada segala kesakitan yang dialami oleh Ejaz...Warda merasakan dia bertanggungjawab atas semua kesakitan Ejaz dan menyebabkan dia rasa dia tidak layak untuk berdamping dengan suaminya......wuuuui.....ini tidak semua wanita mampu untuk melakukkannya.....fitrahnya sebagai wanita....kita jarang dapat melakukan pekara ini iaitu bersembunyi dan menyembunyikan sesuatu semata-mata untuk melihat kebahagiaan orang lain walaupun bukan salah kita sepenuhnya.....
Dari sudut negatifnya pula, saya melihat tindakan Warda ini sesuatu yang tidak rasional meninggalkan Ejaz dalam keadaan seperti itu akan menambahkan luka yang timbul antara mereka....apatah lagi merahsiakan kandungannya...dan inilah punca kepada keretakan rumah tangga mereka...tapi siapa suruh juga Ejaz mengikut emosi....sehinggakan kata-katanya amat melukai hati Warda (tetap menangkan wanita ha ha)......

Novel ini banyak memberi saya peluang untuk merenung dan muhasabah semula dalam hal mempertahankan sesuatu perhubungan....memang benarlah bukan mudah untuk terus bahagia selamanya tetapi usaha untuk terus bangkit agar dapat terus bersama itu paling penting....

Sinopsis novel ini agak mudah....tidak rugi anda membacanya jika anda membaca untuk tujuan santai dan mengambil pengajaran yang tersirat di dalamnya.....SURI HATI MR PILOT.....kisah  antara seorang pilot dengan wanita pilihan ibunya.....wujud sedikit dendam di peringkat awal apabila wanita tersebut melarikan diri sewaktu hendak ditunangkan dengannya...hal ini telah mencabar kelelakian pilot tersebut....apabila dia sdh melupakan kisah pahit masa lampau melalui hubungan cintanya dengan seorang pramugari (yang tidak direstui oleh ibunya)....wanita itu muncul semula dan mula menarik minatnya....

Hidup tidak selalunya indah.....begitu juga dengan hubungan Mr Pilot dan suri hatinya....kesan daripada salah sangka dan fitnah maka mereka terpisah juga di saat suri hati tersebut mengandungkan zuriat Mr Pilotnya.....bertemu kembali setelah sekian lama....setelah pelbagai duka telah ditempuh oleh kedua-duanya untuk merawat hati masing-masing namun kuasa cinta masih utuh mengikat mereka berdua....cuma halangan pasti wujud he he.....pasti ada watak penganggu yang adakalanya menyebalkan namun penting sebenarnya untuk menaikkan mood pembaca....saya sangat suka babak sewaktu suri hati kembali mengunjungi rumah mak mentua bersama anaknya dan adik iparnya menghinanya dengan begitu teruk sekali....sehinggakan suri hati merasakan dia sungguh tidak berguna....kehadiran Mr Pilot mempertahankan suri hatinya....fuuuh sangat menggembirakan jiwa...rasa nak melompat waktu tu he he......

Mood saya kembali menurun dan timbul rasa geram apabila suri hati mula jual mahal....alahai.....memenatkan jiwa jer lah he he....tapi k jugalah....nak memanjangkan cerita dengan mewujudkn lbh bnyk konflik...tapi betul jugalah kan.....tak kanlah nak kembali mcm tu saja....bagi rasa sikit Mr Pilot tu....dan Mr Pilot pun membalas juga dgn cuba berlakon berkahwin dgn org lain tpi malangnya lakonan yang diharapkn dapat meleburkan kemarahan suri hatinya telah menambahkan bara kemarahan sedia ada dan mengeruhkan keadaan...plot cerita semakin menurun apabila Mr Pilot sakit dna suri hati datang menjaga....dan korang tahulah kan ending selepas itu....mestilah diorang berbaik-baikkan....he he...

Selebihnya.....bacalah ya....atau sesiapa yang tgk drama dia blhlah membuat perbandingan dgn novel...namun sy tetap suka karya asal yang lebih menarik dan menghiburkan he he....


CINTA BUKAN UNTUK DIPERTIKAI
CINTA  BUKAN UNTUK DILUAH SEMATA-MATA
CINTA JUGA BUKAN SATU HIASAN
TETAPI
CINTA ADALAH ANUGERAH PERASAAN TERINDAH DARI ALLAH



WARDA = Wanita sempurna di hadapan Mr Pilotnya....menjaga standard diri mengikut piawaiannya yang tersendiri. Banyak terluka kerana terlalu berahsia dan menjaga hati orang lain tanpa mempedulikan perasaan sendiri....sentiasa merasakan dirinya tidak layak untuk berdampingan dengan orang yang dicintainya menyebabkan hidupnya terseksa.

EJAZ = Lelaki yang pernah ditolak oleh suri hatinya namun keikhlasan yang ditunjukkannya akhirnya berjaya menambat hati suri hatinya. Namun akibat terlalu mempercayai sesuatu tanpa usul periksa menyebabkan dia kehilangan wanita yang dia amat sayangi....cuma watak ini terlalu sempurna untuk seorang lelaki he he sebab dia sanggup menunggu dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan semula orang yang dicintainya....

SEDUTAN PETIKAN NOVEL

"Mana ada model pakai tudung buat fashion show, ma. Kalau ada pun dalam majlis tertutup aje. Lagipun..." Mata Ejaz memandang gadis itu atas bawah. "Warda ni bukannya model profesional, kalau jatuh tergolek atas pentas tu nanti macam mana?Mama juga yang malu."
Ewah...sedapnya mulut mengutuk aku. Siapa cakap aku tak pernah jadi model?! Gerutu Warda dalam hati.
"Kenapa mama tak minta tolong dengan Inara aje?Ejaz rasa Inara lagi sesuai, with her height, her figure. Cantik pun cantik,"cadang Ejaz lagi. Manalah athu dengan cara ini, hubungan mama dengan buah hatinya itu dapat dirapatkan.

******************************************************

Ejaz berdehem kuat menghalau gelora rasa yang mula menjentik kuat hati lelakinya itu. Pertama kali melihat gadis itu tanpa hijab di kepala, sungguh dia terpesona dengan kecantikan yang hanya akan menjadi tatapan matanya seorang saja mulai saat ini. Betapa beruntungnya dia. Betullah orang kata, yang tersorok dan tersembunyi itu lebih seronok dan teruja kalau dapat tengok.


******************************************************
 "Pasal pekara yang berlaku dua tahun lepas tu, I betul-betul minta maaf pada you. I tahu I silap." Liur ditelannya payah. "Terlalu ikutkan hati dan perasaan. Terlalu taasub dengan cinta lelaki. Tapi akhirnya tetap tak ada pengakhiran yang bahagia. Selama ni I berpegang pada prinsip, perkahwinan itu perlukan cinta. Tapi selepas apa yang I lalui.. I tahu cinta bukanlah segalanya. Cinta memang boleh buat manusia bahagia, tapi cinta juga bileh buat manusia jadi buta untuk menilai yang mana baik, yang mana buruk."


*******************************************************

Ejaz masih dengan senyuman penuh maknannya. Tubuhnya disandar ke panel pintu sambil terangguk-angguk mendengar Warda tak berhenti berpesan itu ini untuknya.
"You menangis sebab I nak fly ke?
         Terus terhenti bicara yang keluar daripada mulut Warda.
"Tak. Kenapa pula nak menangis?"nafi Warda walaupun hati mengatakan sebaliknya.
         "Just admit it, Warda. Bukan salah pun, suami you jugak. Kalau tak rindukan I, you nak rindu siapa pulak?"
           "Kalau ya pun kenapa? You still kena pergi jugak kan?
Makin lebar senyuman Ejaz, berbunga-bunga rasa hatinya dengan pengakuan isterinya itu. Pipi itu dicubitnya kuat. Comel sangat isteri aku ni!
           "I pergi kerja, bukannya pergi berfoya-foya. Nak tak nak I tetap kena pergi. Tapi bukannya you tak boleh call I, kan?"
       Warda masih diam terkebil.


*******************************************************
 
 "Apa lagi yang you nak daripada I? Empat tahun I menjauh daripada hidup you. I kotakan permintaan you dulu. Jadi apa lagi yang you nak daripada I? Apa lagi yang you masih tak puas hati?!"hambur Warda kasar bersama air mata yang turut merembes keluar. Kelihatan bergerak-gerak rahang lelaki itu. Mungkin rasa tercabar dengan kata-katanya tadi. Sesaat kemudian cnegkaman di tangannya terasa semakin kuat dan menyakitkan.
       Bibir diketap kuat. Entah kenapa kata-kata Warda begitu mengguris hatinya. Kata-kata itu seolah-olah hanya dia yang bersalah menyebabkan perpisahan ini. Padahal, kalau isterinya itu tidak terlalu berahsia dan berterus terang dengannya tentang keadaan sebenar dia, Muslim dan Humaira tika dulu, rasa curiga dan cemburu takkan mengasak kuat diri dan akalnya!
           "Kita berpisah Ejaz."


*******************************************************

"Kurang ajar!"jerkah Ejaz kuat seraya meluru pada adiknya dengan berang yang tak mampu dikepung.
              Pang!
             Warda terjelepok ke rumput dek tamparan hebat itu. Air mukanya tak beriak. laju air mata yang keluar seolah tak mampu ditahan.
              Suasana jadi sunyi sepi. Semua di situ tergamam dengan kejadian yang berlaku begitu pantas itu.
             Emi yang turut terkejut dengan apa yang berlaku itu turut jatuh terduduk ke rumput. Air mata mengalir ke pupu, lesu. Langsung tak menyangka kalau kakak iparnya itu tiba-tiba muncul menghalangnya daripaa menerima tamparan hebat abangnya itu.
           Ejaz yang turut tergamam dengan apa yang berlaku itu pantas mendapatkan isterinya itu dengan riak bersalah yang teramat sangat. Lengan itu disentuh lembut. rasa bersalahnya makin bertimpa-timpa saat matanya tertancap pada darah merah yang terpalit di hujung bibir mungil itu. Ya Allah...apa yang aku dah buat ni?
         "Sayang...I'm sorry sayang..."ucapnya rendah berbunyi kesal. Hujung bibir itu cuba disentuhnya, tetapi isterinya terlebih dulu mengalih wajah ke tepi, mengelak dari disentuh.
              " It's okay...memang sepatutnya I yang ditampar," balas Warda dengan pilu dan perlahan hanya buat pendengaran suaminya. Dia bangkit bangun berdiri walaupun pipinya dan kepalanya rasa berdenyut menahan sakit. Tanpa membuang masa terus dia mendukung anak yang turut teresak di sisi. Mama didekati dan disalam hormat sebelum mengorak langkah laju ke arah pagar meninggalkan berpasang-pasang mata yang tak lepas memandangnya itu.

*******************************************************

"Kita perlukan peluang kedua, Warda. Peluang untuk kita perbaiki semula smeua kesilapan lalu. Peluang untuk kita bina semula kebahagiaan kita. Peluang untuk I...untuk you," Ejaz berjeda sebelum menyambung."Demi Wiya...demi kita..."
          Warda mendongak. menatap kabur wajah si suami.
       "You yakin ke kita boleh bahagia?" soalnya. Ada getar dalam suaranya. "Boleh ke you terima segala pembohongan I sleama ni? I dah membelakangkan you, Ejaz!I tipu you, I tipu semua orang. I tinggalkan you sewaktu you lalui detik paling sukar dalam hidup, kedua kaki you tak mampu bergerak. Dan semuanya berpunca daripada kesilapan I!"
           Menitis juga air mata yang ditahan tadi.
           "You cakap Ejaz...layak ke I untuk you? Lakyak ke I beri kebahagiaan pada you?" tanya Warda lagi menuntut jawapan. Dilihat mata lelaki itu turut memerah. Dia tunduk merenung tilam, tak kuat menentang sepasang mata itu. Naluri wanitanya rasa digigit-gigit!
           Ejaz menggeleng perlahan."You silap, Warda. Saat paling sukar yang I alami bukannya waktu kedua kaki I hilang."
           Wajah Warda yang menunduk ditariknya ke atas. Mata basah itu direnungnya dalam.
         "Tapi untuk bayangkan...macam mana I nak teruskan hidup tanpa you di sisi I,"tuturnya jujur.
       "Tapi you tetap baik, kan samapi sekarang. Malah makin baik, walaupun I tak ada di sisi you," balas Warda.
         "I hidup untu you, Warda!"tegas Ejaz seraya menggoncang kecil bahu itu supaya mengerti apa yang tersimpan lama dibenaknya selama ini. Betapa dalam setiap helaan nafasnya selama ini, hanya nama itu yang terlafaz dan sentiasa dirinduinya.
          "I kuat demi you! Sebab I tak nak bila you balik you tengok I sebagai seorang suami yang cacat tak berdaya. I nak jadi seorang suami yang sempurna untu you," luahnya lagi bersungguh-sungguh.
          Demi mendengar kata-kata itu, air mata Warda semakin laju mengalir. Ya Allah...kenapalah dia tak boleh jadi sekuat itu untuk mempertahankan cintanya buat lelaki itu hingga dia tergamak meminta perpisahan daripada suaminya itu.

********************************************************

"Banyak air mata yang tumpah. Banyak hati yag terluka. banyak juga pengajaran yang I belajar daripada ujian tu semua dan sekali gus buat kita lebih menghargai kebahagiaan yang kita rasakan sekarang. Tak macam tu?"
  Tak berkelip mata Warda menatap wajah suaminya dengan linangan air mata. Laju dia melangkah setuju. Memang ujian yang Allah berikan untuk menguji kasih sayang dan cinta mereka selama ini cukup melelahkan. Tetapi, itu jugalah yang menguatkan cintanya buat lelaki ini.

******************************************************

 Andai manusia itu bisa dilahirkan semula, pasti aku takkan berhenti daripada jatuh cinta, dan terus jatuh cinta sekali lagi pada wanita di hadapanku ini. Kerana aku tahu, sebaris nama itu telah tertulis di sisi namaku sebelum kami dilahirkan lagi untuk menjadi suri hatiku.

******************************************************


Image result for dila dyna

PENULIS YANG CUKUP BERBAKAT......MASIH MUDA........











































































No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...