Terlebih rajin dan bersemangat pula menulis hari ini he he.....perancangan mahu buat review semua novel yang telah dibaca..namun bukanlah boleh dibuat dalam tempoh sehari dua he he sebab koleksi dah menjangkau 30 lebih buah novel...perlu masa jua kot...tak per lah...sikit-sikit lama-lama nanti siaplah tu he he..
Kali ini saya tarik perhatian semua pada satu lagi karya Dila Dyna yang bertajuk Manisnya Souffle...mula-mula tak adalah berminat sangat untuk membaca buku ni sebab masih kurang review kerana buku ini baharu berada di pasaran....namun sewaktu menilik-nilik buku ni di kedai buku Popular...macam menarik pula...sempat bertanya dengan Uncle Google...maksud SOUFFLE..katanya ia adalah sejenis manisan yang terkenal di Perancis....wuui...sesuailah dengan cerita novel ini yang ada kaitan dengan negara tersebut....
Secara umumnya novel ini tidaklah terlalu rumit untuk difahami...jalan cerita masih lagi santai...namun masih diselitkn dengan beberapa konflik untuk mengukuhkan binaan plotnya oleh penulis. Antara dapatan saya untuk novel ini ialah :-
1. SOMBONG DAN RIAK MENGUNDANG PADAH
- Hidup ini umpama roda. Adakalanya kita di atas adakalanya kita berada di bawah. Apabila kita berada di atas jangan sesekali memandang rendah pada mereka yang berada di bawah kerana kita tidak tahu waktu bila putaran akan berpusing dan meletakkan kita pula berada di tempat mereka. Senang merupakan nikmat yang Allah bagi.....susah pula ujian yang Allah bagi untuk hambaNya kembali mendekatkan diri kepada ajaranNya. Jika waktu senang kita penuhi dengan rasa sombong dan riak maka bersedialah menghadapi pusingan hidup yang mungkin boleh mengundang sejuta penyesalan kepada kita.
2. TAMAK PUNCA KEPADA KERUNTUHAN AKHLAK
- Tamak pada harta...tamak pada cinta manusia...maka jawapannya keberanian melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan. Usah dikejar harta dunia...usah dipertahankan cinta manusia yang tidak pernah menghargai anda...Harta boleh dicari...harta boleh dimiliki tetapi jangan sampai membiarkan diri kita bergelumang dengan noda dosa semata-mata untuk mengejarnya. Cinta pula adalah satu perasaan yang tidak boleh dipaksa-paksa. Hadir dengan sendirinya, hadir bersama keikhlasan untuk bersama...hadir dalam erti kata menyayangi dan mencintai. Cinta boleh menghancurkan... maka berhati-hatilah supaya tidak memakan diri.
3. DENDAM HANYA MEMUSNAHKAN
- Jangan berdendam... kelak menghancurkan hidup sendiri. Berusahalah untuk menerima dan memaafkan jika itu mampu meleraikan kesemuanya.
SINOPSIS NOVEL
Kehidupan mewah seorang gadis jelita Mia Aizara yang membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Disebabkan dendam terhadap ibu tiri yang dianggapnya penyebab kepada keruntuhan rumah tangga dan kematian ibunya menjadikan Mia membenci Puan Sri Sarimah. Tindakan teman lelakinya Danny yang mempunyai skandal dengan Kayla kawan baiknya sendiri benar-benar menyakiti zahir dan batin Mia. Hal ini turut membawa kepada sikapnya yang bertukar-tukar teman lelaki sebagai balas dendam. Ketika dalam kesedihan, Mia telah mendengar satu suara misteri sewaktu menikmati Souffle yang digemarinya di sebuah restoran di Paris. Suara lelaki yang tidak dikenalinya itu meminta dia supaya tidak bersedih dan melupakan semua kesedihannya. Souffle dan suara tersebut mula menghuni dalam hati Mia.
Mia kembali ke Malaysia atas desakan ayahnya supaya membantu menguruskan hotel mereka. Akibat perangai DIVA yang terlebih-lebih menyebabkan dia mendapat gelaran Paris Hilton Malaysia oleh para pekerjanya. Mia tidak mempedulikan gelaran tersebut dan mengekalkan gaya DIVAnya sehinggalah insiden dia bertemu dengan Chef Zafeeq Aidan. Zafeeq lain dari yang lain kerana dia berani melawan Mia malah memalukannya dengan menuangkan kuah spageti ke atas kepala Mia akibat tindakan kurang sopan Mia membuang masakan Zafeeq dan pekerjanya yang tidak mencapai standard yang dikehendaki oleh Mia.
Seperti biasalah, permusuhan, rasa benci dan marah pasti akan berlaku di sebaliknya. Akhirnya Mia dan Zafeeq tidak mampu untuk menipu diri sendiri apabila rasa cinta mula menghuni hati mereka. Namun tidak semudah seperti yang dirancang apabila rahsia dendam antara keluarga mereka terungkai. Datin Sri Maisarah menghalang perhubungan mereka kerana ibu Mia dan ayah Zafeeq penah mempunyai skandal. Malah diperhebatkan lagi apabila mama Zafeeq berada di tempat kejadian sewaktu ibu Mia lemas ke dalam kolam namun tidak memberikan pertolongan.
Kematian bapa dan ibu tirinya angkara ketamakan dan hasad dengki sepupunya Julia dan Pak Ngahnya sendiri menyebabkan Mia kehilangan kuasa pemilikan hotel mereka. Pada saat Mia berhadapan dengan masalah ini, Zafeeq yang terlebih dahulu mengetahui rahsia keluarganya yang melibatkan Mia telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan Mia atas alasan tidak boleh menerima Jihad adik Mia yang telah lumpuh akibat kemalangan bersama ibu bapanya. Pada dasarnya, Zafeeq terpaksa melakukannya kerana tidak mahu mendatangkan penderitaan dan kesedihan yang lebih kepada Mia selepas mengetahui ibunya curang dengan bapa Zafeeq sendiri.
Mia telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke London bersama Jihad. Namun selepas kematian Jihad, Mia kembali semula ke Malaysia dengan salah satu tujuannya untuk mendapatkan semula hotel milik ayahnya. Zafeeq yang sebelum ini bekerja sebagai Chef telah kembali semula kepada kerjaya asalnya iaitu doktor untuk menyibukkan dirinya agar tidak ada masa untuk mengingati Mia. Pertemuan semula dengan Mia, membuktikan kedua-duanya masih mempunyai rasa cinta yang kuat dalam hati masing-masing. Keikhlasaan ibu bapa Zafeeq yang datang ke London untuk menuntut kemaafan daripada Mia setelah melihat kekecewaan yang mendalam dalam diri anak mereka Zafeeq membolehkan Mia mula rasional terhadap perhubungan mereka.
Watak Julia yang tidak pernah berpuashati dengan Mia banyak menimbulkan masalah dalam hidup Mia. Mia menerima tamparan Julia sewaktu dia melawat Pak Nganya yang sedang sakit. Julia bertambah-tambah benci dengan Mia apabila suaminya Muiz bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Mia. Julia menjadi mangsa keganasan Muiz namun demi memastikan Mia tidak mendapat Muiz maka dia menahan kesemua penderitaannya. Muiz dengan kejamnya telah cuba untuk memperkosa Mia namun berjaya diselamatkan oleh Zafeeq. Berlaku insiden yang memalukan apabila mereka pula telah diserbu oleh pegawai agama atas dakwaan melakukan maksiat. Hal ini menyebabkan perkahwinan mereka berlangsung sebulan lebih awal daripada yang ditetapkan.
Mia berhadapan dengan trauma apabila bersama suaminya kesan daripada kekejaman yang pernah dilakukan oleh Muiz terhadap dirinya. Zafeeq terpaksa bersabar dengan karenah isterinya dan menunggu sehingga isterinya benar-benar bersedia. Rumah tangga mereka diuji sekali lagi apabila Mia keguguran anak pertama mereka. Namun semuanya berakhir dengan baik. Mia mendapat semula hotelnya dan memiliki keluarga yang bahagia bersama Zafeeq.
Jujurnya, novel ini banyak menimbulkan tanda tanya kepada saya sepanjang pembacaan. Banyak kejutan yang berlaku dan lari daripada andaian atau telahan saya. Saya menjangkakan Datin Sri Maisarah akan menjadi watak yang jahat sehingga penghujung cerita...rupa2nya dia merupakan penyelamat kepada perhubungan Mia dan Zafeeq. Saya juga mengharapkan konflik antara Julia dan Mia akan dapat diperkembangkan sehinggalah Mia membalasnya sepertimana kekejaman yang dia lakukan kepada Mia...tapi tidak he he....nak juga Mia tu balas balik....
Lama saya berfikir kenapa agaknya plot ceritanya lain drpd jangkaan.....baru sy dpt jawapannya...mungkin disebabkan penulis ingin menumpukan pada erti KEMAAFAN DAN KASIH SAYANG...urusan kejahatan Julia dan Muiz....mahupun kisah silam keluarga mereka hanya diselesaikan dengan cara mereka tidak mendapat apa yang mereka mahu....cth Muiz tidak mendapat Mia, Julia kehilangan hotel....Datin Sri Maisarah berubah menjadi baik dan insaf atas kesalahannya.
Apa-apapun tidak rugi anda membaca novel ini. Saya membacanya dalam 6 jam. Santai dan menghiburkan...ada masa tersenyum sendiri2..ada masa perasaan jadi tegang....fuuuh....jika perasaan seperti ini muncul bererti novel ini telah mampu menjentik jiwa pembacaan saya he he...
Oh ya....mesti ada yang tertanya....apa pula kaitan dengan negara Perancis....he he...mcm ni...kisah diorg ni bermula sewaktu mereka berada di Paris...Mia melanjutkan pelajaran di sana dan Zafeeq pula menyambung pelajaran dalam bidang masakan yang sangat diminatinya...Zafeeq yang telah lama menyimpan perasaan terhadap Mia telah menghidangkan souffle buatannya kepada Mia yang sedang bersedih akibat perbuatan khianat sahabat baiknya sendiri...di situlah kisah mereka bermula he he....nak tahu lebih lanjut...bacalah novel ini...
No comments:
Post a Comment