Permulaannya saya terasa pelik sedikit dengan
judul novel ini yang agak berlainan ya....he he...selamba gitu...Pakcik Kerek....jarang
kot dengar perkataan ni....kalau diterjemahkan....kerek samalah dengan maksud
sombong kot eeh he he....apabila membaca judulnya, saya langsung tidak
tertarik..tetapi selepas membaca review beberapa orang yang telah membaca novel
ini...nampak menarik dan timbul rasa keterujaan untuk memilikinya...seperti
biasa....kerana sifat gelojoh dalam diri yang tidak sabar-sabar mengetahui
kesudahan cerita...saya sanggup bersekang mata menghabiskan pembacaan yang
memakan masa lebih kurang 5 jam.
Setelah selesai pembacaan...biasanya saya
akan menulis hasil dapatan pembacaan saya khususnya dari aspek pengajaran yang
ingin disampaikan oleh penulis. Walaupun jalan cerita yang simple, santai namun
masih mampu mendatangkan kesan mendalam dalam jiwa pembaca khususnya mesej yang
ingin disampaikan oleh penulis. Saya mula terfikir...wujud lagikah insan-insan
mulia seperti watak dalam novel ini..mungkin ada cuma kita sahaja yang tidak
menjumpainya...antara dapatannya ialah :-
1.
BETAPA
TINGGINYA NILAI SEBUAH PERSAHABATAN
-
Kawan
ketawa senang dicari, kawan menangis sukar dicari.....ketika kita senang begitu
ramai sekali orang yang sanggup berada di sekeliling kita, tidak kiralah sama
ada ikhlas atau tidak berkawan dengan kita, itu jatuh di tempat yang
kedua...dalam dunia sekarang...nilai keikhlasan sudah tidak menjadi asas
penting dalam persahabatan...apa yang penting ialah apa yang dia boleh dapat
daripada jalinan persahabatan itu. Ini sememangnya menyakitkan kerana ketara
sangat orang tersebut hanya berkawan pada waktu kita senang sahaja.
-
Namun
dalam banyak-banyak kawan kita yang berperangai begini, pasti akan wujud
seorang kawan yang sentiasa bersama kita, ikhlas berkawan dengan kita dalam apa
keadaan sekalipun. Jika ada sahabat seperti ini, jagalah dan hormatilah sebab
bukan mudah untuk menemui insan yang benar-benar menghargai kita sebagai
sahabat.
2.
JANGAN
BIARKAN EMOSI MENGUASAI DIRI SEHINGGA TIMBUL SIFAT MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
-
Jangan
ambil kesempatan terhadap orang yang betul-betul ikhlas bersama kita. Sekali anda
mengkhianatinya, saat itu juga anda akan kehilangan kepercayaannya. Rasa rendah
diri terhadap kekurangan yang ada tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan
emosi menguasai kita sehingga melakukan perkara yang boleh menghancurkan
kehidupan orang lain.
-
Jujurlah
dalam sesebuah perhubungan. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sehingga
menyebabkan orang lain mengharap dan akhirnya terluka dengan penantian yang
tidak ada penghujungnya.
3.
KESUNGGUHAN
UNTUK BANGKIT SEMULA MENERIMA KETENTUAN TAKDIR
-
Tidak
semua orang mampu untuk bangkit semula selepas menerima ujian yang sangat berat
dan melemahkan seluruh semangat hidup kita. Apatah lagi apabila melibatkan
kehilangan nyawa akibat khilaf diri. Kesakitan dalamannya sukar untuk diubati
dan menjadi trauma berpanjangan dalam hidup. Apabila ditimpa kesulitan, kita
memerlukan seseorang untuk membantu kita bangun semula.
SINOPSIS NOVEL
Kisah seorang gadis bernama Ajda yang
mengusahakan perniagaan online The Jida Dessert. Dia telah memohon untuk
menjadi vendor di sebuah butik terkenal iatu Talqisya dan menerima layanan
kerek daripada pemilik butik tersebut iaitu Megat Talhah. Saya seronok dengan
watak Ajda he he....walaupun nampak lurus bendul tetapi dia punya prinsip dan
keperibadian hidup yang tinggi.
Megat Talhah berhadapan dengan masalah teman
wanitanya bernama Melissa seorang model muslimah yang telah lama bercinta
dengannya namun tidak mahu melangsungkan perkahwinan dengannya. Hal ini
disebabkan keluarga Melissa tidak boleh menerima kehadiran Qisya anak buah
Megat Talhah yang lumpuh. Qisya tinggal bersama dengan Megat semenjak kematian
kedua-dua ibu bapanya dalam sebuah kemalangan kereta yang dipandu oleh Megat
sendiri. Kejadian ini turut menjadikan Megat trauma untuk memandu kereta.
Qisya yang telah lama mengasingkan diri
selepas ditimpa kemalangan mendapat cahaya baru apabila dia berjumpa semula
dengan kawan baiknya ketika berada di universiti iaitu Ajda. Namun kehadiran Dr
Ikhwan yang menunjukkan minat terhadap Ajda menimbulkan rasa cemburu dan tidak
senang dalam diri Qisya. Dia sebenarnya telah lama meminati secara diam Dr
Ikhwan yang juga merupakan doktor yang merawatnya. Oleh tu, Qisya telah
mengatur strategi serampang dua mata iaitu untuk menjauhkan Dr Ikhwan dengan
sahabatnya dan sekaligus memberikan sinar kebahagiaan kepada pakciknya yang
telah dikecewakan oleh teman wanitanya. Qisya akhirnya telah meminta supaya
Ajda berkahwin dengan Pak Su dengan alasan mereka dapat menghabiskan masa
bersama.
Satu pekara yang mengejutkan Ajda apabila
telah menyatakan persetujuan untuk berkahwin dengan Pak Su sahabatnya
itu....Pak Su Qisya ialah Pakcik Kerek Pemilik Butik Talqisya iaitu Megat
Talhah yang sangat digeruni oleh Ajda...banyak kisah lucu antara mereka sewaktu
ingin mengenali hati budi masing-masing...korang baca sendiri eeh....Namun
mereka dikejutkan dengan kematian Qisya secara tiba-tiba apabila jangkitan
kuman merebak ke seluruh badannya. Ajda berasa sangat sedih dan dia berasa
tidak layak untuk meneruskan perkahwinannya dengan Megat Talhah apatah lagi
selepas Melissa datang berjumpa dengannya memohon supaya Ajda berpisah dengan
Megat.
Timbul konflik kerana Megat sudah mula
mencintai Ajda dan telahpun membuang jauh Melissa daripada hidupnya namun Ajda
pula tidak dapat mempercayai segala kata-kata dan kesungguhan Megat Talhah
untuk meneruskan perkahwinan mereka. Di saat Megat Talhah meninggalkannya
selama 2 bulan atas urusan perniagaan di Jakarta, Ajda mula merasakan
kehilangan dan akhirnya dia memutuskan untuk kembali dan menerima Megat Talhah.
Best juga ceritanya......walaupun tiada
konflik luaran yang nyata tetapi penulis lebih banyak menumpukan kepada konflik
dalaman watak. Pertarungan dalaman yang wujud dalam diri Megat, Ajda dan Qisya
sangat menarik untuk kita jadikan sempadan dalam kehidupan. Tambah mendamaikan
jiwa apabila Melissa juga akhirnya berkawan baik dengan Ajda.....seronok rasa
hati saya sebab tak adalah tegang sangat sehinggakan pembaca rasa nak pecah
jantung ketika membacanya he he.....
Nak tahu banyak lagi....bacalah novel ini.
Bagaimana tanggapan anda pula bergantung kepada penilaian masing-masing. Tidak perlu
salahkan sesiapa sebab pastinya setiap persepsi kita adalah tidak sama. Ada yang
kata best ada pula yang kata boring.....tepuk dada tanya selera masing-masing
ya....sebab saya membaca bukan untuk memberatkan otak tapi untuk mencari
hiburan melepaskan tekanan penat bekerja......
*Misi
mencari novel lain karya penulis ini.....
No comments:
Post a Comment